dalam lipatan sejarah semalam 
menyusun pelbagai prasangka aneh
semakin sukar menyingkir kepahitan
semakin bertandang perasaan benci 
membiarkan diri terus hanyut dalam sangkar angan-angan syaitan
dalam arus kehidupan
tergulung pelbagai kesalahan
terlerai segala kebaikan dirancang
tidak tercantum yang diinginkan
tidak tercipta selakar kemahuan
saat kuntuman bungamekar
mengharumkan setipis hayat
wangian dihembus racun-racun
pangkal rasa yang bertandang
tiba suatu situasi 
mentaliti terarah pada paksi
mula teraba-raba mencariakar yang kukuh
sayang...hanya suatu ketika dahulu
cuba kita bangkitkan semangat juang yang membara
cuba kita hancurkan titik khayalan
rugi...tiada keteguhan iman
musnah segala cubaan 


Kirim email ke