Baik kegiatan penulisan/persatuan, teater, tari kesenian khususnya di sabah ini 
agak lembab dan lemah tak bermaya. Hairan di mana silapnya. Kalau adapun 
kualitinya tidaklah sehebat mana kecuali seorang dua. Ada yang membikin teater 
secara alang-alang/asal ada. Teater perdana/namanya saja perdana, tetapi isinya 
jauh berbeda. Tidak serius dan apakah lantaran kerana mahu melihat peruntukan 
semata yang biasa diberikan oleh kerajaan sekitar 90k. Satu pembaziran yang 
amat sangat dalam keadaan negera kita sempitnya ekonomi. Bayangkan kalau-kalau 
peruntukan itu diagihkan sedikit buat persatuan-penulis yang ada, tetapi kalau 
dikira persatuan penulispun hanya beberapa kerat saja yang hidup dan masih 
diakui oleh ROS/barangkali selebihnya mendiam diri. Apa sebabnya? saya kira DBP 
sahaja yang bisa menjawab persoala ini.

Saya perhatian anak-anak di Sabah cukup berbakat besar. Misalnya saya mengajar 
di Uitm sejak 4 tahun yang lalu dan muncul sebagai juara Gerakpuisi kebangsaan 
3 tahun berturut dan sebelumnya di martikulasi Labuan/puan juara Malaysia, 
tetapi susudah itu langsung tidak lagi menempah nama dan kemungkinan saya 
semula mengajar di Uim selepas Raya.

Mengajar di UMS/saya lihat para pelajar sebuknya bukan main/tiap minggu ada 
saja pementasan di resital tanpa tahunya orang luar/inilah yang cuba 
saya berusaha orang-orang teater datang melihat dan nonton pelajar-pelajar 
UMS/bakat yang ada cukup bagus dan kerana itulah Asma/pelajar saya muncul juara 
baca pusi antara Universiti yang diadakan di Perlis bulan lalu.

Dan kemudian baru-baru ini UMS terpilih lagi mewakili negeri Sabah ke festival 
Teater yang diadakan di Kuala Lumpur disember depan. Drama yang bakal 
dipersembahkan ialah Terraosa dan kemudian kumpulan UMS juga mewakili 
universiti untuk hadir/bertandingan di festival teater antara Universiti di 
bulan sama/Barangkali drama berjodol "Selindang Mayang" bakal dipersembahkan.

Dua mingu lalu diadakan pertandingan baca puisi, nyanyi dan sketsa antara 
bpusat pengajian tinggi di Sabah dan kelihatannya UMS merangkul semua kejuaraan 
dan ini menjelaskan UMS sekarang ini cukup GAH, tetapi yang menghairankan 
sewaktu festival drama 4 bulan lalu drama orang lain jadi juara, sementara 
drama UMS tempat kedua(tetapi setelah dinilai oleh orang kuala lumpur/drama UMS 
lagi berkualiti). Apa sudah jadi? siapa hakimnya. Ternyata hakimnya ada 
diantaranya langsung tidak tahu tentang teater. Macam mana dia dijadikan hakim 
teater? apa kerana dia berjawatan tinggi, sedang ilmu mengenai teater langsung 
tidak punya. Inilah masalah pengajur yang kerjanya main pilih secara semborono.

Bila melihat pertandingan Sketsa di Politenik/sekali lagi saya terkejut kerana 
hakim-hakimnya adalah terdiri orang-orang muzik di Lembaga Kebudayaan 
semata-mata. Langsung tidak tahu hal teater dan mereka itu adalah anak didik 
saya yang memang saya tahu kebolehan mereka. Kasian. Memilih hakim tidak kena 
pada tempatnya.



 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... 


      
______________________________________________________________________________________________________________________
Get more social and better connected today.  Add more friends to Yahoo! 
Messenger now! 
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Kirim email ke