BN AKAN HANCUR -ismaily bungsu- (i) YANG jadi calon dan menang mesti jujur dan tak meninggalkan parti. Yang jadi calon juga mesti yang amanah/bukan menang lompat parti dan kutuk kepimpinan. Manusia semacam itu namanya setan.
PKR sebuah parti memperjuangankan keadilan bukan parti tempat mendapatkan nama/meraih untung atau sesudah menang/meninggalkan parti dan akhirnya tumbanglah kerajaan pakatan. Tumbangnya kerajaan pakatan hanya sementara waktu saja dan nanti BN di Perak akan menerima hukuman jadah perbuatan mereka sendiri. Barangkali yang meningggalkan parti menyebabkan BN semula memerintah di Perak bisa ketawa sekarang, ketawa mereka hanya sementara dan sampai waktunya akan terbukti juga tibanya rakyat menghukum mereka. Insyallah (ii) Sesudah BN memerintah di Perak, maka ramai tali barut BN/kaki ampu bodek dan segala macam keluar dengan wajahnya di tv sambil berkata kerajaan PR tidak berbuat apa2. Mereka yang menilai yang hanya berbulan, tetapi tidak mereka nilai yang usianya 52 tahun. Dalam masa 52 tahun/tanya siapa yang kaya raya? siapa yang membuat istana berjuta harganya? wang dari rampokan mana? wang siapa yang ditipu? siapa yang terseksa? apakah kes mahkamah betul-betul adil? kenapa polis memukul Dato Sri Anwar hingga lebam matanya? menuduh liwat tanpa bukti/ada bukti sengaja dicipta untuk mengaibkan? bagaimana kes bunuh A/toya seribu? Peruntukan 300 juta membina jalanraya misalnya/hanya 100 juta dibelanjakan/selebihnya masuk poket sang menteri yang khianat tetapi di tv wajahnya semacam malaikat/bicaranya kalah ulama, tetapi tangan dan jiwa berlumuran najis yang diciptanya sendiri. Macam-macam mahu ditanya? Sabah yang jauh ini hanya dikenyit mata dan miskin di mana-mana. Kalau pulau mutiara hanya miskinnya 5%, tetapi Sabah yang kaya ditahap 23% miskinnya pula. Apa ini? Negeri kaya, tetapi miskin. Keadilan apa namanya ini? inilah keadilan setan kerajaan pimpinan beruk. Kerajaan semacam ini harus ditumbangkan dan tidak layak menjadi pemimpin dan nantinya tahulah para pemimpin kerajaan Beruk kala PR memerintah/biar dibongkar pembohongan dan penipuan yang tak sudah-sudah. kembalikan wang rakyat yang dirompak. Rakyat jadi mangsa. Hidup susah. ISMAILY BUNGSU UMS-SABAH [email protected] [email protected] [email protected] 019-8400005/016-8222262 014-5555175 sila layari http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS ..........Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UKM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... ___________________________________________________________________________________________ Try the new Yahoo! Messenger. Now with all you love about messenger and more! http://my.messenger.yahoo.com
