POLITIK:  2X5=5X2

Ismaily Bungsu-Sabah-Malaysia

 

 

KAPAN  bicara minyak,gula, garam, pembantu rumah sehinggalah Proton atau apa sajalah/maka tidak boleh tidak ianya menyangkut soal politik bangsa, maka saat ini cuba buka minda kita sebentar saja, malah buka mata kepala dan mata hati kita dalam menghadapi politik ekonomi terutama sekali bagi pemimpin yang menghalalkan  segara cara untuk mencapai tujuan yang berbentuk setan yang biasa kayakan diri, keluarga dan sobat terdekat.

 

Memang dalam politik sebenarnya tidak ada jawaban sudah merupakan jawaban dan makanya Napoleon Bonaparte pernah berkata  bahawa kemustahilan bukanlah rintangan dan benarlah jua kata John Jay Chapman yang pernah bicara bahawa katanya politik selamanya dua puluh tahun di belakang dunia pemikiran. Cuba saja kita fikirkan bersama.Kalau memang tidak benar/ayuh lupakan dan kalau sebaliknya bahaskan atau bicaralah/kritiklah tanpa mikir takut gundah gelisah.

 

Mari kita fikirkan bersama bahawa apakah pemimpin sekarang ini bisa menambah dua jagung atau dua rumput  di tempat yang tadinya hanya dapat tumbuh satu sahaja? Nah, kalau ada yang bisa melakukan sedemikian rupa, maka itu nyatanya lebih berjasa dari manusia yang namanya politikus kata Jonathan Swift.  Kalau adapun pasti saja di halaman rumahnya sendiri melebih tumbuhnya dari halaman orang lain.

 

Apapun saya tertarik akan kenyataan Winston Churchil yang menyatakan bahawa politik bukanlah suatu permainan alias olah raga, tetapi suatu bisnis untuk bias kita mencari keuntungan. Apakah inilah konsep para pemimpin kita yang mahu menghabiskan harta rakyat sehingga rakyat berebut sebutir nasi? Atau bakal mati kelaparan atau bakal jadi rakyat yang merempat di negara sendiri? Kasihan Parameswara menangis dalam kuburan kerana Tamasek di riba orang.

 

Ah, bagi saya politik itu di mana-mana sama sahaja kerana mereka selalu mahu saja membina jambatan meski di tempat itu tidak punya sungai langsung, malah bukan saja pemikiran mereka ke arah itu/ternyata orang politik selalu saja memikirkan pemilihan umum yang akan datang dan berbeda dengan pemikiran negarawan yang selalu saja memikirkan jenerasi yang mendepan/cuba rujuk kenyataan James F Clark. Cuma bagi Mao Tse Tung politik ialah perang yang tidak berdarah, sedangkan perang ialah politik yang berdarah.

 

Kala kita baca kamus Indonesia, politik itu katanya membawa makna muslihat yang tentu saja berpupu dengan kata penipu. Nah, apakah orang politik itu penipu? Tapi benarlah juga kata Harold Robins bahawa katanya tiada sesuatu yang selamanya pasti akan politik. Kesimpulannya bagi saya politik itu 2x5 atau 5x2 alias tiada yang benar. Mahu bicara? Silakan Pak!Titik.


 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........


Connect instantly with friends on your blog and personal website.
Create your latest Pingbox today!

Kirim email ke