untuk anaknda Suhada dan Azam
KACANG NENEK SUHADA
Kala raya kelmrin Azam ke rumah Suhada di Johor yang kononnya Suhada mahu kenalkan Azam kepada keluarganya di sana. Azam yang asalnya Trengganu memangnya suka dan segera pergi bersama Suhada. melewati kebun kelapa sawit 2 jam dari lapangan terbang
Amy dari Sibu dan Liza dari Kuching pada mulanya yang mahu ikut sama terpaksa menolak pada saat akhir kerana sakit kepala dan Amy pula ketemu tunang di Kuching.
Azam dan Suhada sampailah di rumahnya Suhada di Johor. Kala itu ayah dan ibu Suhada tidak ada di rumah kerana menghadiri masjlis kawain anak Pak Kimi kecuali neneknya sahaja.
Suhada terus saja memeluk neneknya yang kala itu sedang berada di kamarnya tidur dan kemudian ia bercerita begitu lama tanpa memperdulikan Azam yang sudah duduk di ruang tamu sambil mengeluh mendesah dan berfikir dalam hati
”apa punya girl friend/kita dilupakan gitu saja. Nyesal aku pergi.” Memangpun Azam agak lama menunggu di luar tamu dan mula rasa jemu dan entah bagaimana secara tiba-tiba Azam terlihat ada kacang dalam piring di atas meja tamu.
Nah, sambil menunggu yang Suhada masih bercerita dengan nenek dia di kamar, maka Azampun pun makan kacang yang ada di atas meja itu di bilik tamu itu satu persatu sehingga habis dan kenyataannya Suhada masih terus jua bersama neneknya dalam kamar.
Kira-kita satu jam kemudian, Suhada tiba-tiba tersedar yang Azam ada di ruang tamu, lalu Suhada ajak neneknya keluar dan segera diperkenalkan kepada Azam dan kelihatannya nenek cukup senang sekali menerima kehadiran Azam yang datangnya dari Trengganu itu.
Nah, kala itu tiba-tiba nenek mencari kacang yang diletakkannya di atas meja dan Azam menjawab bahawa kacang itu sudah habis dimakan Azam kala lama menunggu di ruang tamu itu.
Rupanya kacang yang dimaksudkan adalah kacang coklat dimana coklatnya sudah dihisap oleh nenek Suhada, sementara kacang diletakkan dalam piring kerana neneknya Suhada tidak berupaya mengunyah kacang itu lantaran tidak punya gigi.
Tak apalah kacang yang Azam makan itu adalah kacang yang dihisap oleh nenek Suhada yang nanti jadi suami Suhada yang bakal ada 40 orang anak kata Azam.
Nah, inilah pengorbanan namanya dan sejak itu Azam dan Suhada suka sangat mendengar lagu nyanyian penyanyi Indonesia yang menyatakan tahi telinga jawapun rasa coklat.
Syvelster, Rizal, pak osman, Dr. Andika, tasia, Ng dan lain-lain sepakat untuk nantinya main rebana, sementara Prof Inon menjadi pengapit dan penyanyinya selendang mayang tentu saja si wen yang sekarang ini asyik main internet di Tawau.