BILA mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan untuk sertai pertandingan Teater itu bermakna bukan mewakili persatuan atau daerah atau bahagian tetapi mewakili negeri. Semangat mengangkat Negeri mesti dimiliki.
Festival teater yang lalu kumpulan dari Kudat menjadi wakil, tetapi rupanya UMS juga sama mewakili Sabah kerana sistem di negeri bersifat penilaian/bukan pertandingan, makna kalau Sabah mempunyai kumpulan terbaik banding Sarawak atau negeri-negeri lain, maka Sabah kalau tafsiran di Kuala Lumpur, layak menghantar 2 kumpulan, maka begitulah jadinya.
Nah, saya sebagai orang teater yang sudah mengauli budaya termasuk teater, puisi dan karya-karya lain tentu amat senang sekali dan tentu saja saya berbangga kalau kedua-dua kumpulan bisa muncul sebagai juara dan naib juara di peringkat kebangsaan kerana sejarah Sabah sebelum ini memang gagah dalam bidang teater.
saya kekadang rasa tidak begitu senang kerana ada pula yang tidak happy kerana dua kumpulan mewakili Sabah? kenapa ya/saya kira sikap semacam ini harus diketepikan/zaman sekarang ialah zaman menimba ilmu dan kita harus bersama-sama membangunkan dunia teater atau apa saja secara ikhlas tanpa prasangka dan kalau misalnya 5 kumpulan dari Sabahpun harus kita bangga kerana sistem penilaian begitulah keadaannya dan harus diakui.
Entahlah kekadang kita tidak mengerti sikap sebahagian kecil orang-orang teater kita atau bukan saja teater, malah bidang-bidang lain dan apakah kita tidak mahu bersyukur dan bangga kalau teman-teman kita menempah nama di peringkat kebangsaan? kenapa harus diperkatakan sesuatu yang sepatutnya diperkatakan sebagai insan seni yang mahu melihat karya seni itu di tempat yang sewajarnya.
Saya berterus terang/saya mahu anak-anak sabah terus dijulang namanya seperti baru-baru ini muncul juara tari kebangsaan yang saya kira sudah lama tidak diperolehi sejak saya meninggalkan kementerian tahun 2002/sebelum ini negeri sabah memang digeruni dalam bidang teater dan tari yabng selalu muncul sebagai juara kebangsaan.
kita masih ingat drama yang menjuari peringkat kebangsaan seperti permakaman kadok besar, injap sembilu, kerusi, tukang, gong dan macam-macam drama lagi demikian juga dalam bidang tari. saya cukup bangga dengan kehebatan anak-anak seni di sabah dan tentu saja saya harapkan hal ini berterusan/bukan saja bidang itu, malah juga penulisan.
barangkali cubalah kita bersikap terbuka sedikit dan biasakan membantu kawan-kawan agar seni di sabah ini dihormati diperingkat kebangsaan seperti sebelumnya. pengalaman saya sebagai pengarah kebudayaan hampir 30 tahun cukup kenal erti perjuangan orang seni di sabah ini.
makanya usia yang ada ini/saya dan osman gunakan untuk membantu anak bangsa terutama pelajar-pelajar universiti untuk terus maju ke depan kerana mereka sajalah harapan kita setelah yang lain sudah pergi/entah saya dan osman kapan waktunya.
salam
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected][email protected][email protected]019-8400005/016-8222262
014-5555175
sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah
Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS
......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........