BIARKAN ibrahim ali bersuara lantang tetapi kosong dan temberang. dia satu-satunya yang tak mengenang budi. kalau menghentampun biarlah slow sikit sebab dia jadi yb kerana orang-orang pas. orang semacam dia nyawanya dalam politik akan mampus tidak lama lagi. dia ingat dia terus menjadi hero di bebas merangkap orang suruhan bn itu? kita lihat nanti/hancur kesemuanya. time itu baru dia macam cacing kepanasan ISMAILY BUNGSU UMS-SABAH [email protected] [email protected] [email protected] 019-8400005/016-8222262 014-5555175
sila layari http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS ......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... ________________________________ From: yeols <[email protected]> To: [email protected] Sent: Tuesday, 29 September 2009 12:32:17 Subject: [PerisikRakyat] [PRO REFORM] Ibrahim Ali Nyanyuk, Bagai Kacang Lupakan Kulit Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman - Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) diibaratkan oleh sebagai Kacang Lupakan Kulit. Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak TGNA meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri. Seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala keatas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya. Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini, begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja. Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala. Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini. Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini. Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri, kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya, menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri. Dr. Mohd Hatta Ramli - Bendahari PAS Pusat Tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan. Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali. Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini. Mahadi Mat Zain - Ketua Pemuda PAS Kuala Krai Keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf. Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru. Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu. Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya. Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan, seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan. sumber asal: HarakahDaily -- Posted By yeols to PRO REFORM at 9/29/2009 12:14:00 PM _______________________________________________________________________________ Get your new Email address! Grab the Email name you've always wanted before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
