MEMANG  BN gambarkan Malaysia, Sabah khususnya sebuah Negara/Negeri yang kaya, hebat, adil dan pemimpinnya bijaksana. Tak cukup dengan itu digambarkan pula para pemimpin Malaysia sebagai pemimpin penyayang, cintakan rakyat, kasihkah rakyat dan segala macam?
 
Mata kita buta melihat wang, mata kita jadi samar-samar melihat kala dihulurkan sedikit wang atau projek pemerintah/maka kala itu menjadilah sang membodek dan mengatakan BN cukup prihatin Najib dan konci-konconya sebagai pemimpin yang baik, padahal lewat kepimpinannnya yang tidak kita lihat tidaklah seperti yang dibayangkan.
 
Mereka itu penuh dengan taktik/muslihat. Lain dihati, manis kata-katanya dan wajahpun mengalahkan malaikat. Selalu BN yang memulakan huruhara dan yang kena pula ialah PR. Bila BN menumbuk orang PR, lalu dibalas oleh BN, maka yang nampak di tivi ialah orang PR menumbuk BN sebab tivi milik mereka. Tivi dan media milik mereka/media PR masa pilihanraya ditutup tak dibenar disiar atas alasan menghasut, tetapi media kerajaan yang mencatatkan hal sensitif tidak pula menghasut, malah dianggap positif yang katanya rakyat harus tahu.
 
Dato seri Anwar ditumbuk, kata berita Anwar hantukkan kepalanya? terakhir jelas dipukul. Bicara tuduhan dipinda berulang-ulang. Tilam diangkat ke mahkamah untuk memalukan.Bukankah itu fitnah dari pemerintah. Hakimnya pula/adoh, rakyat yang tahu membaca dan mentafsir tahu segala teater yang dimainkan oleh BN yang kononnya maha jujur segala.
 
Rakyat Malaysia terutama di Sabah jangan sekali-kali bisa ditipu. Rakyat Malaysia yang ada di Sabah khususnya harus bijak mentafsir dan saya tidak memaksa raya harus percaya kepada PR, tetapi tafsirlah secara bijaksana dan saya harap rakyat harus membuka mata dan pilihan terbaik ialah mengundi PR, baik dia DAP, PKR atau PAS.

 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


.......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........


Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!

Kirim email ke