Saudara abang Is
 
Saya menulis kerana Allah/bukan mahu top dan bukan mahu nama. Tidak. Saya berjuang bukan mahu pangkat atau nai ke puncak, tetapi kerana rakyat dibuli/dikasih bodoh dan dijadikan kerbau, sedang pemimpin kaya raya membina istana.
 
Saya dulu menduduki kerusi Pengarah Kebudayaan Sabah/hampir 30 tahun dan lalu bila menulis mengkritik ketua menteri/saya ditekan dan dipindah macam bola/tidak bergaji 8 bulan padahal saya pekerja yang menerima anugerah melintang dan menegak/cuma saya menolak anugerah bintang BK,BSK dan ADK kerana saya tidak gemar bintang-bintang, saya cuma suka merenung bintang di langit dan bulan terang.
 
Saya dipindah/lalu dipin dah dan pindah lagi/sebagai kakitangan yang menurut perintah berdasarkan perintah am, maka terpaksa akur dan semua dipindah ke jabatan asal, tetapi tak ada kerusi dan bebas 2 bulan/sesudah itu saya dikasih kamar tanpa meja, tanpa kerusi. yang ada hanya kamar bekas pegawai di jabatan sama yang sudah meninggal. Bayangkan saya seorang pegawai tertinggi diperlakukan sedemikian, tetapi saya tidak pernah marah dan kalau adapun hanya diam melulu.
 
Bila Dato seri Anwar datang ke rumah Awang Tengah untuk ceramah/lalu saya ketika itu dilantik menjadi ketua penerangan Keadilan Sabah dan sekali lagi saya dikasih amaran untuk majikan/tetapi saya bukan jenis penakut dan pengecut. SWaya melawan arus dan siap sedia dan ketika itulah saya adalah kakitangan yang tidak bergaji selama 8 bulan/nasib adalah rezeki di tempat lain. Tiada siapa orang keadilan tahu peristiwa susahnya saya.
 
Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana mereka yang di atas bertindak mengikut arahan/saya tidak balas dendam kerana saya tahu peraturan kerja yang harus dipatuhi oleh setiap kakitangan kerajaan.
 
sesudah itu saya melepaskan jawatan saya dan sepenuh masa berniaga dan politik sehingga sekarang. Parti PKR adalah parti pertama yang saya sertai dan parti ini juga parti yang terakhir saya sertai kecuali saya di pecat/kalau saya dipecat, maka saya mencari cara lain tetapi bukan berpolitik. itu kita bicarakan kemudian.
 
Saya menulis kerana saya minat dan saya suka. Saya berjuang kerana allah. Allah memperkatakan bahawa usaha yang terbaiki ialah usaha membantu orang susah atau orang-orang tertekan.
 
Apa yang saya kejar? saya tidak kejar apa-apa. Anak-anak saya sudah besar. ada ngajar di universiti dan ada ngajar di kolej. Semuanya sudah ok, jadi saya tidak perlu risau dan untuk saya? tidak perlu apa-apa/yang ada sudah cukup/makanya saya berani terus ke dunia politik/bukan saja pemerintah yang harus saya tegur/dalam partipun saya tegur tak peduli siapa. Saya jenis sanggup meski di pecatpun. Makanya pernah dua tahun dulu ada syor untuk memecat saya tepat jam 3 pagi/mesyuarat/saya akur dan sedikitpun saya tidak gentar kerana saya bukan cari makan di parti politik/malah saya banyak berkorban kasih ceramah di sana sini agar rakyat tahu kebinatangan yang dilakukan oleh BN, cuma di Sabah kita belum berjaya. Kita pasti akan berjaya. Ini saya katakan kepada Dato Seri Anwar dan Kak Wan selaku Presiden Parti.
 
Cuma orang PKR di Sabah harus turun ke padang. Harus banyakkan bicara/ceramah kepada rakyat. Ketua-ketua bahagian harus menggerak dan saya sanggup turun ke mana saja untuk menyampaikan ceramah seperti yang kami lakukan dulu bersama Ketua perhubungan dan para peguam-peguam di PKR Sabah.
 
Kami masuki kampung-kampung di pedalaman/sampai kesempadan/melalui perahu jam 2 dan 3 subuh/daki bukit/turun lembah dan segala macam. Tidur di hutan bertemankan nyamuk dan segala macam. Inilah namanya perjuangan. Perjuangan untuk mendapatkan mutiara buat rakyat kerana Allah bukannya sesuatu yang mudah. Perlu berkerja keras.
 
Kenapa saya menulis? kenapa saya berjuang? jawabannya dah jelas kerana Allah kerana rakyat jelata. Rakyat tak sokong tak apa, kerana rakyat belum tahu jelas perjuangan PKR. Macam juga nabi yang awalnya memperjuangkan Islam, tetrapi ramai yang membantah dan mengatakan nabi gila. Mungkinkah saya ini juga dianggap gila kerana melawan arus dan meninggalkan kerusi yang cukup bagus.
 
Saya tidak sedemikian/saya masih waras dan akan terus menyalak meski bukit itu tidak akan runtuhy. Kalau bukit ada gusar/bermakna sudah cukup untuk menggegarekan dan tentu saja Tuhan akan menurunkan sesuatu seperti dalam kerajaan Saba seperti yang tercatat dalam kitab suci.
 
Cukup setakat ini kerana sebentar saya ke Universiti baca puisi guna menyertai tanding baca puisi antarabangsa di kuala lumpur tangga 17 Oktober ini kerana UMS sebelum ini juara antara universiti2 di malaysia.
 
salam

 

 

 

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175



sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater...........




________________________________
From: ishak saleh <[email protected]>
To: [email protected]; [email protected]
Sent: Saturday, 3 October 2009 8:46:56
Subject: politik di sabah


saya kagum dgn  prinsip dan perjuangan yg di dukung oleh abang ismail. Teruskan abang ismail...teruskan. Sebagai anak bumi yg celik politik dan cerdik anda wajar mempamerkan kelemahan2 pemerintah sebagai FEEDBACK orang awam terhadap kecekapan polisi2 dan peraturan2 yg ambil oleh  pihak pemerintah dalam mengurus sumber2 kemanusiaan dan  sumber non kemanusiaan di Sabah..Bukan kah itu apa yg Datuk najib dan Pak Lah mahu demi membangun kn malaysia barat dan timur.

Lebih comel lagi kalau  kelemahan2 itu di bawa kpd ADUN2 BN yg memang di amanah sebagai wakil  dan sebagai mata pihak pemerintah agar perubahan2 yg konkrit dapat di laksanakan untuk kesejahterran sabah dan rakyatnya..one step at a time.

Lastly jika tak jugak berlaku perubahan yg di kehendaki, gunakan la kuasa Rakyat  atau kuasa Voting anda untuk memilih ADUN2  meski pun memilih Parti2 alternatif yg sanggup bekerja keras dan ikhlas untuk membangun kan sumber2 di Sabah .
wassalam dari abang is


Enjoy more chat on blogs and websites
Experience it with the Online Pingbox Creation Wizard!

Kirim email ke