saya kagum dengan jawaban saudara. kita orang melayu mesti guna bahasa 
melayu.kita bukan orang putih. kita tak bantah tapi sebagai orang melayu mesti 
martabatkan budaya bangsa bukan budaya asing. saya tidak musuhi bahasaa asing, 
tetapi apakah salah kita terus menggunakan bahasa melayu kala yang menerima 
juga orang melayu, lainlah kalau kita bercakap dengan orang asing yang bukan 
melayu. bagaimana mahu jadi pemimpin kalau otakpun orang putih. bagimana mahu 
majukan malaysia/1 malaysia kalau otak di london?

slogan satu malaysia adalah slogan lama. sejak dulu lagi kita sudah bercakap 
satu malaysia. kalau tidak ada slogan satu malaysia, bagaimana wujud nama 
malaysia? cuma slogannya saja idah tetapi pengisian untuk kepentingan para 
menteri anak bini dan suku sakat. ini rakyat yang di belakang saya miskin papa 
kedana. susahnya bukan main, tetapi mereka membina istana 
mengalahkan raja/lihat saja istana mantan menteri besar selangor. cakap tak 
serupa bikin/ekor bergelomang tahi
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah




Tulisan DINSMAN di Majallah PENTAS


......Di Sabah, pembacaan puisi oleh Ismaily Bungsu dilakukan secara 
berteater/hal ini juga dilakukan oleh Prof Rahman Shari(UM),cuma Teater Puisi 
Rahman tidak banyak memperlihatkan kemajuan ke arah yang 
dimatlamatkanya.Ismaily penuh penghayatan sehingga mencapai tahap sebuah 
persembahan teater yang menyebabkan Prof Anuar Arai(UiTM) dan Tokoh Seniman 
Negara Syed Alwi menyatakan kekagumannya bila melihat Ismaily beraksi di pentas 
Universiti Utara Malaysia sempena Pertemuan Teater........... 




________________________________
From: othman inayatullah <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Tuesday, 6 October 2009 4:50:17
Subject: Re: [PerisikRakyat] Komen Anda - OneMalaysia

  
Jawapan....maaf yaa saya menjawab dalam bahasa kebangsaan kerana saya 
menghargai bahasa tersebut sebagai bahasa ibunda. Bukan saya tidak pandai 
menjawabnya dalam bahasa penjajah ini namun ingin memertabatkan bahasa melayu 
sebagai bahasa yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa 
lain seprti Jepun, Korea, China dan lain-lain bahasa.

1.    Sehingga kini saya tidak faham apa itu Satu (1) Malaysia? Adakah 
ungkapannya dalam permasalahan matematik atau hanya teori falsafah. Kalau dalam 
konteks matematik, semua warga Malaysia dan warga dunia tahu bahawa hanya 
terdapat satu sahaja yang bernama Malaysia. Tiada dua atau tiga atau empat. 
Bendera Malaysia yang berkibar di bangungan PBB pun hanya satu. Dalam konteks 
falsafah saya cuma boleh andaikan ia hanya penyedap sebutan sahaja umpama 
belacan dalam sambal tumis hanya untuk menyebapkan sambal tersebut. Itupun jika 
ada belacan, kalau tidak ada pun tidak mengapa. Dengan itu boleh disamakan 1 
Malaysia sama dengan belacan. Kosong dan mengosongkan.

2.    Dalam perlaksanaannya dari dahulu lagi ianya telah dilaksanakan cuma 
ianya tidak dilakukan sepenuhnya. Tentang hubungan kaum amat baik cuma yang 
mencacatkannya adalah peristiwa 13 Mei 1969 namun yang mengerak huru-hara masa 
itu adalah orang UMNO yang telah kehilangan banyak kerusi samada di peringkat 
negeri atau pusat dalam PRU 1969. Pemimpin yang mencentuskan hura-hara ini 
adalah Harun (MB Selangor). Kesempatan ini juga digunakan oleh Abdul Razak 
bersama-sama Mahathir mendesak Abdul Rahman meletak jawatan sebagai PM. Abdul 
Razak menwujudkan DEB untuk merapatkan taraf ekonomi antara kaum tetapi orang 
Melayu dan peribumi masih terus tertinggal. Yang kaya adalah pemimpin-pemimpin 
UMNO dan koncu-koncunya. Contoh Menteri Wilayah Persekutuan adalah pemilik 
Phermaniaga yang menguasai 90% pembekalan ubat kepada Kementerian Kesihatan. 
Abdul Razak menwujudkan felda yang pada dasarnya untuk memberi tanah kepada 
rakyat yang tidak mempunyai tanah terutama
 sekali orang melayu. Namun sehingga kini ramai peneroka felda ditipu. Tanah 
belum tentu jadi milik kereka dan mereka terus dibebankan dengan hutang. Tanya 
mereka berapakah pendapatan mereka sebulan setelah tolak hutang kedai felda dan 
hutang pelbagai. Mereka yang sudah dapat grant tanah masih belum terlepas untuk 
ditipu. Felda Sendayan hanya tinggal nama sahaja apabila kerajaan Negeri 
Sembilan di bawah Isa Samad menbeli tanah tersebut dengan harga murah kemudian 
menjualnya dengan harga mahal. Itu yang berlaku di PKZ. Siapa punya kerja kalau 
bukan pemimpin UMNO. Syarikat yang menguruskan pembangunan PKZ secara terang 
membayar RM10 juta kepada Menteri Pengangkutan atas tiket MCA. Adakah betul 
semua duit itu masuk dalam dana MCA atau poket mereka. Bagaimana pula UMNO? 
Tidak mendapat apa-apa sumbangan daripada syarikat tersebut. Jika sumbangan 
kepada MCA, RM 10 juta, pastinya syarikat tersebut meningkatkan lagi kos projek 
untuk menampung keuntungan. Oleh
 itu, Najib dan sekutunya meluluskan tambahan kos tanpa membelakangi amalan 
yang ditetapkan. Duit yang digunakan adalah duit negara. Duit negara adalah 
duit rakyat. Najib dan konco-konco ingat duit tersebut bapa dia punya ka. Saya 
tak nampak 1 Malaysia berjalan sepenuhnya. Contoh bahasa yang digunakan telah 
dipelbagaikan. Mahathir suka bahasa penjajah maka diarahkan semua universiti 
kecuali UKM serta semua pelajar sekolah belajar sains dan matematik dalam 
bahasa penjajah. Mahathir sayang sangat dengan penjajah sebab dia masuk 
universiti dibawah tajaan penjajah. Bagaimana sekolah jenis cina dan tamil. 
Bagaimana dengan penggunaan bahasa melayu dalam bidang ilmu, perdagangan dan 
bidang-bidang lain. Akhirnya bahasa melayu hanya bahasa pasar atau bahasa 
kampung sahaja. Bagaimana dengan budaya, adakah kita berbudayakan Malaysia atau 
campuran dan pinjaman dari negara asing. 

3.    Tiada, sama sahaja sebelum belacan '1 Malaysia' dimahsyurkan. 

4.    Mungkin tidak kerana saya sendiri tidak faham dengan '1 Malaysia' ini. 
Kalau dalam penyelidikan yang perlu adalah pengenalan, kenyataan permasalahan, 
objektif, kaedah dan skop penyelidikan, keputusan yang dijangkakan dan 
kepentingan penyelidikan tersebut. Dalam '1 Malaysia' kesemua yang dinyatakan 
tidak ada dan tidak jelas. Persoalaan dari saya adakah '1 Malaysia' itu 
benar-benar wujud dalam keadaan realiti bukan dalam mimpi.

5.    Rasanya tidak perlu Malaysia untuk rakyat Malaysia. Cuma beberapa kaedah 
yang digunakan oleh Indonesia dan Thailand boleh diserapkan dalam 
mempertingkatkan perpaduan dan juga memertabatkan Malaysia. Di Indonesia ada 
orang cina, hinda dan bangsa lain tetapi mereka boleh bercakap bahasa Indonesia 
dengan baik. Sistem persekolahan dan universiti mereka menggunakan bahasa 
Indonesia sebagai bahasa penghantar. Keadaan ini juga berlaku di Thailand. Ini 
menjadikan universiti di Indonesia dan Thailand lebih baik daripada Malaysia 
dalam senarai dunia seperti ITB, UI, King Mongkut University, Cholungkorn 
Universiti. Di mana universiti Malaysia dalam senarai dunia?

Fikir-fikirkan ya.




________________________________
From: Razak <raz_sueries@ yahoo.com>
To: respeks_group@ yahoogroups. com; SahabatInteraktif@ yahoogroups. com; 
SahabatTazkirah@ yahoogroups. com; PerisikRakyat@ yahoogroups. com
Sent: Tuesday, 6 October 2009 1:54:39
Subject: [PerisikRakyat] Komen Anda - OneMalaysia

  
Salam Sejahtera
 
1) What is your understanding of One(1) Malaysia ? Any define?
2) Do you think we are already applying this concept in our daily lives? If 
yes, why? If no, why?
3) What are examples of 1Malaysia that you see around you?
4) Who should responsible/ support/practice towards achievement of 1Malaysia?
5) What is in your opinion, should we have one name determine 1Malaysia such 
done by Indonesia or Thailand (nationality name)?
 
2bc...
Wake up our 1 Malaysian!!! ...
________________________________
Feel safer online.Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free.
Get IE8 here! 
________________________________

Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel



      
____________________________________________________________________________________________
Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke