Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Terima kasih kepada saudara Ismail Bungsu yang mengutarakan keluhan dan 
rintihan mengenai Sabah negeri termiskin.
 
Pertama sekali izinkan saya untuk mencelah dan barsama-sama cube meleraikan 
permasalahan ini dan ia merupakan pendapat peribadi saya sendiri dan tidak ada 
kena mengena dengan mana-mana parti politik mahupun aliran pemikiran masa kini. 
Ianya hanyalah sekadar duskusi intelektual yang menjurus kepada percambahan 
pemikiran dan kelangsungan ilmu serta cuba menserlahkan intipati masalah secara 
substantif.
 
Hidup dan mati semuanya di Tangan Allah.  Memang tuan dilahirkan di 
Sabah..itupun kehendak Allah tetapi dengan yakin tuan mengatakan tuan mati juga 
di Sabah! itu silap. Allah s.w.t lah yang menentukan saudara mati bila dan di 
mana.  Mungkin Allah akan mematikan tuan di Semenanjung? mungkin juga di 
Brunei..atau lain2 tempat yang Allah sendiri yang tetapkan.  Sebagai manusia 
yang terlalu matang dan mukmin sepatutnya tidak mendahului Qada' dan Qadar 
Allah.
 
Keduanya, biar kita miskin harta tapi kaya budi dan bahasa.  Dalam abad ini 
kalau orang lain mengatakan kita miskin mengapa perlu kita sampai nak naik 
darah, naik angin sampai teriintas nak bukulimakan orang. Tidakkah kita belajar 
bahawa semua manusia ini FAQIR di sisi Allah.  Firman Allah "Kamu semua adalah 
faqir di sisi Allah".  Harta, anak-anak dan isteri semuanya adalah amanah dan 
fitnah kepada manusia.  
 
Ketiganya, kemiskinan di Sabah, apakah sebabnya? Adakah kerana pemimpinnya yang 
korup dari dulu, kini dan di masa akan datang? Adakah pemimpin baru nanti 
(Pakatan Rakyat) jika diizinkan Allah akan mengubah Sabah menjadi negeri 
terkaya dan maju atau sememangnya itu adalah pilihan dan kehendak rakyat yang 
mahukan pemerintah yang sedemikian.  Siapa patut dipersalahkan? Pemimpin negeri 
Sabah, pemimpin pusat atau rakyat negeri Sabah sendiri yang masih belum merubah 
minda dan "worldview" tentang kehidupan, politik, agama, alam dan kemanusiaan.
 
Keempatnya, di manakah intelektual mereka? di manakah ulamak mereka dan di 
manakah ilmu dan pengetahuan berada? Di manakah ekonomi mereka, siapa yang 
berkuasa dan menguasainya?
 
Kelima, adakah kita mahu menjadi negeri kaya sahaja? bagaimana dengan keimanan 
mereka terhadap Allah? terhadap agama mereka? mahukah kita menjadi seperti 
Selangor negeri maju dan kaya? apakah benar begitu?  Lihat saja masalah 
sosialnya, agamanya dan poitiknya.
 
Rakan taulan sekelian. Bukan kaya yang kita cari kalau ianya mendapat laknat 
dari Allah. Biar dikatakan miskin tetapi berkat dan mendapat pelihara dari 
Allah bukan negeri yang kaya, rakyatnya kaya tetapi semuanya dalam keadaan 
istidraj. Nauuzubillah.
 
Akhir sekali, kurangkanlah elemen Sabahanism, lebih baik  dahulukan rakyat 
Malaysia sahaja.  Sentimen kenegrian hendaklah dikurangkan. Kita sama saja, 
makan yang baik dan mahal di hotel 7 bintang ke, warong kopi ke, atau minum di 
rumah panjang semuanya menjadi najis.
 
Allah yang kekal, harta kita, jawatan kita, anak isteri kita akan 
ditinggalkan.  Hanya TIGA perkara yang dibawa mati: Harta yang di pergunakan, 
ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan..
 
Pemimpin yang zalim akan disoal.  Ketua Jabatan yang tidak adil juga akan 
ditanya dan kita juga akan ditanya....
 
Apakah langkah yang mesti diambil untuk menjadikan Sabah KAYA.  Tolong saudara 
siapkan "Plan of action" bagaimana untuk menjadikan rakyat Sabah kaya.  
Kritikan yang sebenar adalah selain menyatakan kelemahan hendaklah disertakan 
dengan alternatif cadangan dan pilihan supaya kita berlaku adil kepada diri 
sendiri dan perjuangkannya dalam kerangka keilmuan dan intelektual mahupun 
politik untuk merealisasikan alternatif tersebut bukan dengan caci maki, emosi 
tak terurus dan buruk sangka yang tidak terpimpin.
 
Semoga dapat menerima sekelumit cacatan ini untuk latihan pemikiran yang 
terbuka.  Harap tidak dibenci atau dikukulimakan kami disini.
 
Bahasa jiwa Bangsa
Adab natijah beragama
Mantiqi dan rasional asas intelektualisma
Politik terpimpin Hizbullahi
 
Insan yang lupa,
 
Bahlol
 


--- On Sun, 12/6/09, ISMAILY BUNGSU <[email protected]> wrote:


From: ISMAILY BUNGSU <[email protected]>
Subject: [ SASTERA ] SABAH NEGERI TERMIKSIN
To: "3 . KARYA SASTERA M0DERATOR" <[email protected]>, "3 . 
alfikrah" <[email protected]>, "3 .ISLAMIC" 
<[email protected]>, "3. LuqMan Moderator" 
<[email protected]>, "3. cerpen_puisi" 
<[email protected]>, "3. DAILY EXPRESS" <[email protected]>, 
"3. sastera" <[email protected]>, "3. al-Falaah Moderator" 
<[email protected]>, "3. apresisiasi" 
<[email protected]>, "3." <[email protected]>, 
[email protected], "3. bungamatahari" <[email protected]>, 
"3. HARAKAH DAILY" <[email protected]>, "3. HIDAYAH" 
<[email protected]>, "3. INGATAN" <[email protected]>, "3. 
komunitas puisi" <[email protected]>, "3. MELAYU CYBER" 
<[email protected]>, "3. msia ngo" <[email protected]>, "3. 
newakwfriends" <[email protected]>, "3. penyair" 
<[email protected]>, "3. perisikrakyat"
 <[email protected]>, "3. pkr power" 
<[email protected]>, "3. pkr realease" 
<[email protected]>, "3. pkr slgor" <[email protected]>, "3. 
RESPEK" <[email protected]>, "3. RESPEKK" 
<[email protected]>, "3. RESPOND" <[email protected]>, "3. sim 
yahoo" <[email protected]>, "3. SUTERA" <[email protected]>, "3. UiTM 
PMH" <[email protected]>, "3. watan sabah" 
<[email protected]>, "3.Sahabatsim" 
<[email protected]>
Date: Sunday, December 6, 2009, 4:48 AM






























SAYA anak asli Sabah. Bukan Indon, bukan Filifina, bukan Bengla dan bukan 
Pakistan dan bukan dari negeri Brunei. Saya lahir di Sabah, mati di Sabah, 
tetapi entahlah mahu dikubur di mana kala tanah bukan milik kita lagi nantinya.

Maaf, saya tak sampai hati mengatakan "orang Sabah bodoh". Ada yang mengatakan 
begitu dan cukup panas telinga saya mendengarnya dan mahu saja saya hantar 
tumbukan buku lima ke mukanya, tetapi bila memikirkan secara lojik/ada juga 
kebenarannya. Nah, kebenaran itu makanya saya semula bertanya kepada orang 
Sabah yang merupakan negeri termiskin di Malaysia/hampir sama dengan kemiskinan 
Afrika Selatan atau sama seperti Medan. Kenapa kita miskin?

Barangkali yang tinggal di Sabah bisa menjawab secara waras dan tentu saja 
merasa malu sangat bila negeri Sabah telah diakui sebagai Negeri termiskin dan 
yang anihnya Sabah ditadbir oleh kerajaan Nasional yang konon cukup baik dan 
prihatin serta bijaksana, tetapi merupakan negeri termiskin sekali dibanding 
Kelantan pimpinan Nik Aziz. Kenapa yang tinggal di Sabah tidak peka akan hal 
ini atau menelan bulat-bulat dunia miskin itu?

Sabah Negeri yang terkaya sekali. Tanahnya luas, hasilnya cukup hebat. Dengan 
balak, tembaga, kelapa sawit dan sekarang minyak yang merupakan telaga terbesar 
di Tenggara Asia dan hasilnya berbilion, tetapi apa yang orang Sabah dapat 
selain anugerah kemiskinan yang cukup memalukan? Saya harap anak-anak Sabah 
bisa menjawab pertanyaan saya ini.

Memang kita lihat diperkatakan berbilion peruntukankerajaan persekutuan kepada 
kerajaan Negeri Sabah, tetapi apakah bandingan dengan peruntukan yang diberikan 
kepada Sabah dengan bedanya Negeri Perlis yang sama keluasannya dengan daerah 
Semporna?

Kalau dikira keluasan Sabah dan Sarawak hampir sama dengan keluasan semananjung 
Malaysia/lalu cuba saja kita kira semula peruntukan yang diberikan kepada Sabah 
dan apakah NGAM dari segi pembahagiannya? sedang Sabah merupakan negeri yang 
banyak menyumbang kepada kerajaan persekutuan/lalu apakah kita harus 
mengucapkan terima kasih dengan peruntukan yang nampaknya besar, tetapi semacam 
satu penghinaan pula kepada Negeri Sabah.

Memang kelihatan peruntukan yang diberikan kepada Sabah semacam besar sangat, 
tetapi pada hakikatnya kala merujuk pendapatan dan sumbangan Sabah kepada 
kerajaan persekutuan memang jelas tidak adil dan rupanya rakyat Sabah ini cukup 
baik kerana bersedekah kepada orang lain, sedang anak-anak bangsa mereka hampir 
kelaparan mencari makan di Selangor, Johor dan Singapura yang kerjanya hanya di 
Kilang-kilang yang kemudian akibat hidup terdesak/ada yang menjadi pelacur dan 
dibunuh di Singapura. Kasian!

Apa pula tindakan para pemimpin Sabah kala ini? apakah mereka itu ikhlas 
membantu dan memperjuangkan hak Sabah yang terdiri dari suku kaum Dusun, Bajau, 
Brunei dan segala macam? atau barangkali mereka itu terdiri dari pak anggguk, 
raja pengampu, bodek dan tunduk-tunduk mengalahkan tunduknya Jepun kala ketemu 
jepun. Cukup memalukan kerana punya pemimpin yang kaki bodek/memeluk mencium 
tangan meski tangan yang dicium tangan penuh dosa dan kaki rasuah, malah ada 
yang tangan kotor membunuh Altantuya dan memfitnah Anwar begitu jijik sekali.

Apakah orang Sabah masih terus leka dengan pemberian RM50 kala pilihanraya lalu 
untuk menunggu lima tahun lagi bakal menerima RM50 atau siap sedia terus 
menerima negeri termiskin di Malaysia? di mana mahu meletakkan muka kita 
setelah diperkatakan "orang Sabah bodoh" akibat mengundi BN. Masih terngiang di 
telinga saya penghinaan yang begitu rupa.

Apakah kita tidak pernah berfikir betapa ribuan pelajar anak-anak Sabah 
menuntut di Universiti dan kolej-kolej di seluruh malaysia dan luar Negeri. 
Mahu jadi apa mereka itu nantinya? terpaksa berkerja di negeri-negeri 
Semananjung yang lebih baik ekonominya dari Sabah atau terpaksa kembali ke 
kampung halaman untuk membantu sang ayah berkerja di ladang atau menoreh getah 
meski harga getah sudah menjunam turun atau barangkali pergi ke laut menangkap 
ikan, tetapi laut sudah tidak punya ikan akibat rakusnya manusia dengan kapal 
pukat tunda yang tamak menghapuskan anak-anak ikan yang mula membesar. Setan!

Saya meneliti kehidupan orang-orang kampung di Paitan, Pitas, Sook, 
Kinabatangan dan segala macam. Kemiskinan mereka saya lihat begitu ketara, 
sedang wakil rakyat mereka kaya raya punya rumah berjuta dan simpanan ada di 
mana-mana. 

Makanan mereka adalah emas berkilauan di hotel lima bintang di kota atau di 
Kuala Lumpur atau London, Paris dan segala macam. Sedang rakyat makan sampah 
dan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Universiti janganlah mengharap 
sangat sebab untuk makanpun tidak mampu. Kasian!

Lalu apa saja yang rakyat tunggu? mengharapkan pemimpin yang ada, sampai 
kapanpun Sabah tetap terus miskin kerana sikap pemimpin kita tidak lebih dan 
kurang seperti kita ini dalam kerajaan Beruk yang masing-masing mahu kaya cepat 
sebelum kerajaan beruk nantinya hancur dan yang menjadi mangsa ialah rakyat 
Sabah yang terus berkelana.

Saya minta kerajaan Beruk ini menjelaskan kenapa saja Sabah merupakan negeri 
termiskin(23%) di Malaysia? apakah orang Sabah akan terus dipersalahkan? Kalau 
memang rakyat Sabah salah, kenapa saja dalam pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS 
negeri Sabah tidak pula merupakan negeri termiskin sekali dan kenapa pula 
terjadi dalam kerajaan barisan nasional yang dikata cukup prihatin kepada 
rakyat. Apakah kita ini buta atau tuli melihat/mendengar hakikat nyata?

Mari kita bincang secara terbuka atau kita bisa naik pentas dan debat perkara 
ini/saya memangnya siap untuk berhadapan dengan siapapun.


 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 



sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah 













Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for 
Yahoo! to put your mind at peace. It's free.
Get IE8 here!


      

Kirim email ke