"MARI KITA DEBAT PERKARA DI ATAS SECARA INTELEK SIKIT TANPA KAIT HAL DUNIA 
BARAT YANG TAK ADA KAITAN LANGSUNG"
 
Salam,
 
Baru bincang hal seperti ini tentang masalah dan isu semasa 
dah....melenting....itu belum lagi yang melibatkan aqidah dan agama....lagilah 
melenting...dan mungkin akan terus mengkafirkan orang....
 
Inilah yang berlaku dalam masyarakat Islam kita hari ini kerana bila ada kuasa 
kita tidak melaksanankan dan menggunakan kuasa itu pada kedudukan yang 
sebenar.  Semasa diberikan kuasa sebagai penjawat awam kita tidak menyuarakan 
apa yang sebenarnya dan sepatutnya.  Tapi bila kita tidak lagi berada didalam 
lingkungan penjawat awam barulah terserlah isi hati masing-masing.  Ramai 
manusia yang begini terutamanya penjawat awam.  Dulu mereka takut hilang 
pangkat, kuasa dan sebagainya.  Inilah kebejatan dan penyelewengan yang lebih 
parah kerana penjawat awam menjadi bacul, keberanian telah hilang dan wujudnya 
"yesmenism" dan "ampuism" yang tahap kritikal.
 
Teguran dan nasihat kepada pemimpin politik telah mati.  Apa yang hidup adalah 
budaya..ikut dan patuh.  Jikalau pegawai dan penjawat awam yang melaksanakan 
tugas itu bertegas dan mempertahankan prosidur dan undang-undang serta ada 
keberanian menyatakan "TIDAK" dan sanggup untuk hilang pangkat dan jawatan maka 
ketahuilah yang "HAQ" akan kekal dan yang "BATIL" akan pergi.
 
Tetapi apa yang berlaku, gelanggang kuasa penjawat awam sebagai pelaksana dan 
penasihat kepada kerajaan telah musnah.  Kepercayaan terhadap mereka telah 
hilang dan rakyat telah muak.  
 
Tak perlulah mengemukakan "fakta" seperti itu, kerana majoriti masyrakat 
mengetahuinya.
 
Lihat saja dalam sejarah Islam zaman dimana Muawiyyah mencerca dan mencaci 
keluarga nabi selama 70 tahun melaknat dan memaki hamun serta memencilkan 
mereka dalam masyarakat Islam.  Siapa yang menentangnya? Berapa orang yang  
berani bangkit menegur pemerintah?  Juga dizaman Saidina Othman, penyelewengan 
dan penyalahgunaan kuasa serta terdapatnya kronism dan nepotism dalam 
pemerintahannya, siapa yang bangkit mempersoalkan dan menentang mereka?  
sedangkan mereka itu adalah di kalangan sahabat dan yang dikatakan arif tentang 
agama.
 
Saya tidak tahu samada tuan masih lagi mendapat pencen dari kerajaan yang tuan 
tentang itu walaupun ianya merupakan haq yang tuan patut terima.  Saya juga 
merasa cara fikir tuan agak kabur dan keliru kerana..,tuan membawa fakta2 
domestik dan particular dan mengaitkan bahawa salahnya Anwar....itu kesimpulan 
yang tuan buat.
 
Kes yang sama tuan putuskan untuk menyalah semua perkara yang menyeleweng dan 
pecah amanah serta kejahatan berpunca dari UMNO.  Ketauhilah bahawa nama UMNO 
atau Keadilan atau PAS adalah nama semata-mata.  Nama-nama itu bukan hidup, ia 
adalah semata-mata nama.  Secara realtinya ia tidak boleh disalahkan kerana 
salah dan silap dosa dan pahala hanya berlaku kepada manusia bukan benda, 
haiwan dan tumbuh tumbuhan.
 
Tanah runtuh, UMNO, rasuah saja UMNO, MCA, MIC, PPP tak ada ke?
 
Yang ikhlas, PAS, yang adil, keadilan, yang mempertahankan kebenaran PKR....
 
Parti politik bukanlah segalanya untuk melakukan amar makruf nahi munkar.  Tuan 
semasa menjadi penjawat awam dulu pun tidak berparti tetapi melakukan amar 
makruf nahi munkar dan bukan amar munkar nahi maaruf.... betul tak?
 
Hakikatnya semasa seseorang berkuasa tak kita kuasa politik atau pentadbiran 
kerajaan bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar 
mengikut keupayaan masing-masing...tak perlupun kita ada parti? Tapi ternyata 
masih ramai di kalangan penjawat awam yang membuat dasar dan tradisi amar 
munkar nahi maaruf.  Tuan fikirlah sendiri apa yang tuan telah berikan semasa 
tuan menjadi pengarah kebudayaan dulu.
 
Fikirkanlah apakah sumbangan baik dan tidak baiknya yang telah tuan berikan 
kepada rakyat dan masyarakat ketika itu.  Adakah kebaikannya lebih atau 
kesilapan dan mengarahkan dosa kepada Allah yang banyaknya.
 
Penjawat awam perlu sedar sesedar-sedarnya tak perlu terus terjun ke arena 
politik dan menjadi jaguh keadilan, kesaksamarataan, human rights, anti rasuah, 
anti pemnyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.  Sedangkan ketika mereka berkuasa 
dan menjadi penjawat awam mereka saya kita bersekongkol dengan segala macam 
perkara atau bersubahat dengan yang tidak betul samada atas dasar "bos always 
right" atau "saya menurut perintah".
 
"Man is a political being", samada dia berparti atau tidak sememangnya manusia 
berpolitik terutama dalam pentadbiran.  Tuan sendiri pernah melalui zaman itu 
dan tuan perlu cenderung untuk perbetulkan apa yang salah ketika berada dalam 
kerajaan dengan memberi pendekatan baru kepada penjawat awam dan bukan 
menyerang terus berpolitik kepartian kepada kerajaan yang memerintah.  
 
Politik kecewa dan emosi bukan intelektual telah menguasai arena politik 
Malaysia.  Masyarakat semakin muak dan jelak dengan aksi dan theatre mereka.  
Kebenaran sudah berkulitkan kepalsuan, kepalsuan pula menjadi batil dan 
menghina agama.  Agama pula menjadi institusi sahaja.  Para alim ulama pula 
terperangkap di antara adil insaniyyah dan adil ilahiyyah.
 
Apa tidaknya adil menurut manusia dan keadilan di sisi Allah tidak jelas dan 
kabur....
 
Mereka yang kufur dan engkar serta menghina agama suci menjadi rakan taulah 
berpelukan dan bersama-sama menentang Muslim yang lain.
 
Allah berfirman: Mereka yang beriman adalah mereka yang bersama Rasul: Wallazi 
na maahu ashiddau alal kuffar ruhama ubainahum". Maksudnya mereka yang bersama 
Rasul adalah mereka yang keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama 
mereka."
 
Lihatlah apa yang berlaku hari ini, realitinya bercanggah dan menyalahi 
perintah Allah.  Bagaimana kita nak mengatakan bahawa kita bersama Rasul kalau 
kita sesama kita saling benci membenci dalam perkara-perkara duniawi yang 
masih  boleh diperbincangkan secara resmi atau tidaknya.
 
Isreal dan Palestine pun masih boleh duduk berunding dan berbincang walau pun 
tidak berjaya sepenuhnya.  Apakah hubungan di antara parti pemerintah hari ini 
dengan pembangkang umpama kedudukan Iran dan Amerika? Atau seperti Cuba dan 
Amerika? atau Korea Utara dan Amerika? atau Taliban dan al Qaeda dengan Amerika?
 
Bandingkanlah masalah dan isu kita di Malaysia....masih kecil ...masih ada 
ruang untuk memhami dan mengeruhkan keadaaan bukan menabur minyak dan membakar 
suasana.
 
Firman Allah: "Fainna Hizbullahu humul ghalibun" sesungguhnya yang berjaya 
adalah golongan "Hizbullah".  Tak tahulah siapa sebenarnya yand digolongkan 
sebagai Hizbullah....adakah PAS, UMNO, KEADILAN, PKR atau DAP, HINDRAF...
 
Fikirkan lah....maaflah ini nukilan Bahlol aje.
 
Barat sentiasa ada kaitan. Dalam rumah luar rumah, dalam politik luar politik, 
dalam jabatan kerajaan, dalam jabatan kebudayaan dan kesenian...lagilah banyak 
unsur BARAT yang ternyata hedonistik dan melawan agama......ada Tv isinya 
hedonistik, ada radio isinya entah apa-apa ....ada internet kuaasainya musuh 
kita.....bukankah kita dikelilingi BARAT.  TIMURnya apa.....pochik......apa 
pengisiannya.....yang ahli budayanya tu...hidupkan budaya Islam, theatre Islam, 
penulian Islamik, teori budaya Islam, pemidato Islam, karyawan Islam yang 
intelek dan tawaduk...ahli politik Islam....dan semuanya lah....
 
Apa yang berlaku adalah celup mencelup aje...hal berkaitan Islam, human right 
dan keadilan....
 
Barat dengan makna musuh kepada aqal, ruh dan agama....kalau 
bertetapan....dengan semua itu....ambillah.....jika tidak perangilah seperti 
mana kamu perangi syaitan.
 
Ini ruang sastera, hakikatnya memang sastera, tidak ada fakta...dan kes-kes 
particular....
 
Sebab itu tuan sebagai sasterawan dan budayawan perlu memberi konsentrasi 
rakyat dan masyarakat tentang budaya dan sastera yang betul yang tidak 
bertentangan dengan agama dan memertabatkan kebenaran dan menolak kebatilan 
bukan melalut-lalut dalam kerangka politik yang egocentrik seseorang dan 
sesebuah pertubuhan.
 
Jadilah sasterawan sebenar dan budayawan sebenar yang intelektual dan rasional 
dan mengikhlaskan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan mendekatkan 
diri kepada manusia.
 
Tolonglah...biar ruang sastera abadi dengan sastera dan bahasanya.....biarkan 
ia bebas mengemudi tatafikir masing-masing tanpa indroktinisasi pemikiran dan 
halafikir politikus perasaan.
 
Budayawan dihormati saat agama dicintai
Sasterawan dihormati kerana agama diikuti
Budayawan dijijiki bila politik menguasai
Sasterawan dibenci bila agama ditiduri
 
Masa berkuasa manusia lupa
Budaya diikuti tanpa dihalusi
Sastera ditikami lantaran arahan
Semuanya ok dan boleh asal dilepasi
 
Kebenaran kepalsuan nilaian kedua
Arahan dan wahyu menjadi sumbernya
Hati kecil perlu dimatikan 
Kerana Bos hama turutkan
 
Ketika pencen aku terlebih sedar
Dendam kesumatkan menjadi kuat
Politik dan "sastera" dibaluhkan
Lantaran keinginan pengislahan
 
Aku lupa apa yang perlu diperbetulkan
Diri ku, keluarga ku atau masyarakatku
Ku kata cinta pada agamaku
Tapi ku maki saudaraku
Ku bisikkan kata perjuangan pada diriku
Namun sememangnya benarkan usahaku
Ku gunakan sastera sebagai alat kuasaku
Tapi gurunya siapa untuk ku ikuti
Ku inginkan keadilan dalam semua perkara
Tapi keadilan Ilahinya bagaimana?
Ku inginkan pemerintah yang ada ditimbusi
Tapi pemerintah bagaimana yang diingini
Ku terkam musuhku ala harimaui
Tapi ternyata mereka bukan Kufuri
Ku berani berkata dan berdebat cuma
Tapi emosiku selalu memimpini
 
Ahhh apa yang sebenarnya yang ku ingini...
Di mana Allah yang ku Rabbi
Bila kejayaan Allah kan beri
Kalau begini lantaran yang ku juangi..
Entah bila entah dimana....
Allah, Muhammad memberi syfaati
 
 
 
Kembalilah wahai sasterawan dan budayawan dalam kerangkan berfikir yang benar 
dan terpimpin bukan kerangka rapuh emosi, kebencian menguasai.
 
Ameen...
 
Bahlol bin Tolol 
 
 
 




--- On Fri, 12/11/09, ISMAILY BUNGSU <[email protected]> wrote:


From: ISMAILY BUNGSU <[email protected]>
Subject: [ SASTERA ] SABAH; TULIS FAKTA BUKAN MERAPO
To: "3 . KARYA SASTERA M0DERATOR" <[email protected]>, "3 . 
alfikrah" <[email protected]>, "3 .ISLAMIC" 
<[email protected]>, "3. LuqMan Moderator" 
<[email protected]>, "3. cerpen_puisi" 
<[email protected]>, "3. DAILY EXPRESS" <[email protected]>, 
"3. sastera" <[email protected]>, "3. al-Falaah Moderator" 
<[email protected]>, "3. apresisiasi" 
<[email protected]>, "3." <[email protected]>, 
[email protected], "3. bungamatahari" <[email protected]>, 
"3. HARAKAH DAILY" <[email protected]>, "3. HIDAYAH" 
<[email protected]>, "3. INGATAN" <[email protected]>, "3. 
komunitas puisi" <[email protected]>, "3. MELAYU CYBER" 
<[email protected]>, "3. msia ngo" <[email protected]>, "3. 
newakwfriends" <[email protected]>, "3. penyair" 
<[email protected]>, "3. perisikrakyat"
 <[email protected]>, "3. pkr power" 
<[email protected]>, "3. pkr realease" 
<[email protected]>, "3. pkr slgor" <[email protected]>, "3. 
RESPEK" <[email protected]>, "3. RESPEKK" 
<[email protected]>, "3. RESPOND" <[email protected]>, "3. sim 
yahoo" <[email protected]>, "3. SUTERA" <[email protected]>, "3. UiTM 
PMH" <[email protected]>, "3. watan sabah" 
<[email protected]>, "3.Sahabatsim" 
<[email protected]>
Date: Friday, December 11, 2009, 10:14 AM






























dari facebook [email protected]
 
SOAL PTI : Masih ingat seorang rakyat Filifina yang tinggal di Likas kerajaan 
jadikan budak suruhan untuk mengurus pelarian mendapatkan IC untuk menjadi 
pengundi? Formula beribu/malah berjuta tak guna/kalau kerajaan main 
belakang/pembangkang hanya menyatakan kepada rakyat perbuatan khianat. Budak 
suruhan itu pura-pura ditangkap masuk penjara/tahanan dan keluar dari 
tahanan/dia dikasih hadiah projek sekitar 500 Juta/apa kita buta? dan masih 
menyalahkan pembangkang juga yang tidak punya kuasa untuk melaksana?

2. SABAH kaya/Negeri terkaya sejak zaman USNO/BERJAYA/PBS, tetapi zaman BN kita 
menjadi Negeri termiskin/Kita malu sekali Negeri kaya menjadi negeri 
termiskin/lagi miskin dibanding Kelantan di bawah pimpinan PAS. Ke mana wang 
rakyat? kita tak marah melayu kaya membina rumah 17 juta sekelip mata/tetapi 
biarlah yang halal/Apa pembangkang juga yang salahkah?

3. Sabah memang miskin/Belia/pengangguran kian bertambah/Ramai belia kita lari 
ke Selangor, Johor, Singapura kerja di Kilang dengan gaji sedikit kena sewa 
rumah/beli tiket kapal terbang/makan minum dan susah/akhirnya ada jadi pelacur 
di Singapura/Kena bunuh, Pembangkang bersuara berbicara apa yang benar/apa 
pembangkang juga di Salahkah? Pembangkang ada kuasakah untuk guna wang membina 
kilang di Sabah untuk menampung pekerjaan agar belia-belia tak cari kerja di 
semananjung Malaysia? Salah pembangkangkah atau Anwar juga disalahkan?

4. BACA perjanjian 20 perkara dan 18 perkara di Sarawak. Fahami 
betul-betul/hayati betul dan masih ada 17 perkara belum selesai. Apakah kita 
harus berdiam diri dan melupakan perjanjian yang diperkatakan itu? Apakah 
pembangkang harus berdiam diri dan rakyat tidak perlu tahu?

Nah, cuba fikir orang berbini dua/bini pertama ada 10 anak dan bini kedua 1 
anak/lalu apakah berbelanjaan makan harus 50-50 cara pembahagiannya? dan cuba 
kaitkan dengan perjanjian 1963 dan rujuk Untuk keluasan Sabah/Sarawak banding 
Semananjung Malaysia dan rujuk keluasan Negeri Perlis yang sama luasnya dengan 
daerah Semporna. Faham maksud saya? Baca lagi!

5. PROJEK : Di kampung saya sebuah dewan harga 250ribu. Orang UMNO dapat/Lalu 
disubkon kepada taukeh/Taukeh pula suruh oranbg lain buat/makna tiga orang 
kontraktor. Yang tadi bernilai 250k menjadi 40k sahaja. lalu bagaimana bentuk 
nilai dewan dengan 40k itu. Akhirnya menjadi seperti gudang padi dan 4 tahun 
kemudian diroboh/Salah siapa? Rakyat yang bersalah atau Anwar Ibrahim.

PROJEK BERSIH PARIT : Rata-rata kos RM5,000. lalu yang dapat hanya mengupah 
seorang dua/siap 5 hari dengan belanja RM500. Untung RM4,500( kasih komisen 
tuan punya lesen 5%, tiga abdul lagi dan itu ini lagi), maka kasianlah wang 
rakyat dibagi-bagi/Parit pula selepa 6 bulan/minta baiki 
lagi/Berulang/begitulah.

* yang di atas berlaku di depan mata/yang di luar mata ada berjuta lagi/kalau 
begini/KL lontar 20 bilionpun tak bermakna kerana masuk kantung jawabannya/yang 
susah rakyatlah melihat dengan putih mata. Salah Anwar jugakah?

6. BAKAR MASJID: Orang bakar masjid/dikata arahan Amerika. Tuduhan gila dan 
liar/kalau di Iraq barangkali sebab Amerika biayai pembangkang/Bakar mesjid di 
Sembulan misalnya ada kaitan dengan Amerikakah? lalu Anwar juga disalahkan? Ini 
kata-kata budak nakal yang jengkel pemikiran.

7. SIAPA MEMERINTAH SAMA SAJA: Hati tiada siapa tahu/itu andaian. Kita tak kata 
100% betul macam malaikat/tetapi kalau dapat yang baik sikit sudah cukup bagus. 
Kalau ada pemimpin kurangkan kemiskinan bawah 23% itu cukup bagus. Kalau ada 
pemimpin yang rumahnya macam Nik Aziz kita bersyukur kerana tidak menipu. Kalau 
ada pemimpin macam Nik Aziz serahkan hampir separuh gajinya kita bersyukur. 
Adakah? Kalau kita rujuk siapa perintah sama saja/Baik suruh tutup SPR jangan 
adakan pilihanraya/serah saja BN memerintah sampai kiamat agar taklah membazir 
duit rakyat bikin belanja pilihanraya. Kan mudah namanya macam negara 
komunislah. 

PERHATIAN: 
MARI KITA DEBAT PERKARA DI ATAS SECARA INTELEK SIKIT TANPA KAIT HAL DUNIA BARAT 
YANG TAK ADA KAITAN LANGSUNG
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 



sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah 













Searching for all friends on Yahoo! Messenger? 
You can easily invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger 
today!


      

Kirim email ke