Salam sejahtera. Kerana fakta berdasarkan fakta sila perhati dan menelusuri realiti sebenar sama-sama bertanggungjawab dalam memati dan menghidupkan bahasa Melayu. 09 December 2009
Peguam Orang Itu atau Orang Itu Tak Reti Berbahasa Melayu? Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah, demikian menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan semasa menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bahasa Malaysia mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumen-dokumen mahkamah, kata Hakim Abdul Malik Ishak dalam penghakiman setebal 31 muka surat bertarikh 2 November dan diedarkan kepada pemberita hari ini. Pada 10 Oktober, Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah. "Keutamaan Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dalam bahasa kebangsaan. "Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994 menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan. Oleh itu, kegagalan di pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Malaysia menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan," kata Hakim Abdul Malik. Beliau berkata mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Malaysia seperti ditetapkan oleh undang-undang. Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak, katanya. "Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan," kata beliau. Anwar memfailkan saman pada 26 Januari 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Pada 4 Julai 2007, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu. Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu. Pada 10 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan rayuan itu dan memerintahkan Anwar membayar kos. Hakim Abdul Malik berkata: "Semuanya silap berhubung rayuan itu dan secara terang-terangan melanggar peraturan di pihak perayu dalam kes ini. "Memburukkan lagi keadaan, memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris itu juga tidak ditandatangani oleh peguam yang mewakili perayu dan dengan itu menyebabkannya tidak sah dan tiada mempunyai sebarang kesan." Peguam Karpal Singh dan S.N.Nair mewakili Anwar manakala peguam Datuk V.K.Lingam dan R. Thayalan mewakili Dr Mahathir. - Bernama --- On Wed, 12/9/09, ISMAILY BUNGSU <[email protected]> wrote: From: ISMAILY BUNGSU <[email protected]> Subject: [ SASTERA ] YANG KOMEN MACAM TAK ADA AKAL To: "3 . KARYA SASTERA M0DERATOR" <[email protected]>, "3 . alfikrah" <[email protected]>, "3 .ISLAMIC" <[email protected]>, "3. LuqMan Moderator" <[email protected]>, "3. cerpen_puisi" <[email protected]>, "3. DAILY EXPRESS" <[email protected]>, "3. sastera" <[email protected]>, "3. al-Falaah Moderator" <[email protected]>, "3. apresisiasi" <[email protected]>, "3." <[email protected]>, [email protected], "3. bungamatahari" <[email protected]>, "3. HARAKAH DAILY" <[email protected]>, "3. HIDAYAH" <[email protected]>, "3. INGATAN" <[email protected]>, "3. komunitas puisi" <[email protected]>, "3. MELAYU CYBER" <[email protected]>, "3. msia ngo" <[email protected]>, "3. newakwfriends" <[email protected]>, "3. penyair" <[email protected]>, "3. perisikrakyat" <[email protected]>, "3. pkr power" <[email protected]>, "3. pkr realease" <[email protected]>, "3. pkr slgor" <[email protected]>, "3. RESPEK" <[email protected]>, "3. RESPEKK" <[email protected]>, "3. RESPOND" <[email protected]>, "3. sim yahoo" <[email protected]>, "3. SUTERA" <[email protected]>, "3. UiTM PMH" <[email protected]>, "3. watan sabah" <[email protected]>, "3.Sahabatsim" <[email protected]>, "6 Imam Nurmawan" <[email protected]>, "7. hazia mkut" <[email protected]>, "7. roslina" <[email protected]>, "8 ums asma" <[email protected]>, "8 ums fara syahidah" <[email protected]>, "8 UMS LUCY MAKTAB" <[email protected]> Date: Wednesday, December 9, 2009, 3:55 PM SAYA perhatikan mereka yang yang mencuba berusaha untuk membuat kritikan/ulan politik di mana-mana saja semacam bukan untuk kebaikan, tetapi lebih menjuru kepada hal-hal peribadi yang belum tentu betulnya dan rata-rata berunsur fitnah/makanya tak hairan kalangan kita ini ramai yang masuk neraka. Yang jelas segala komen hanya berdasarkan andaian semata bukan dari akal fikir yang sehat dan boleh saja dikatakan di kepala otak minda mereka penuh bergantungan setan-setan yang kerjanya mengadu domba menyebar fitnah yang rata-rata dilemparkan kepada anwar tak ada satupun yang terbukti salahnya, malah terbukti tidak bersalah dan menang pula di mahkamah. Saya sebenarnya merasa muak dan muntah meneleliti setiap komen lontaran yang tidak berkualiti kerana berdasarkan andaian semata bukan dari akal otak yang murni iklas kala membuat komentar dan keadaan ini cukup mengecewakan, apa lagi kalau datangnya dari mereka yang mengatakan diri sebagai ahli politik yang hebat dan penulis yang berwibawa. Makanya akibat itu saya jarang mahu mencampuri tulisan-tulisan yang berbentuk sampah dan selayaknya dimasukkan ke tong sampah/lagi pula seperti kata HAMKA kalau kita bergaul dengan orang bodoh, maka kita jadi bodoh, kalau bergaul dengan anjing maka kita jadi anjing/makanya saya hanya akan menjawab kritikan yang berdasarkan fakta bukan andaian. ISMAILY BUNGSU UMS-SABAH [email protected] [email protected] [email protected] 019-8400005/016-8222262 014-5555175 sila layari http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah Stay in loop with all your friends on Yahoo! Messenger Simply add them from your email or social networks today!
