KARYA POP: PENJUAL UBAT
* Cerita benar/Bukan rekaan/Maafkan saya sebelumnya/sekadar hiburan kala duka

P E N J U A L U B A T
[email protected]

Dua tiga hari ini saya banyak menelaah buku sebelum saya menulis hal 20 PERKARA dan BAHASA disamping menelaah buku-buku lain yang ada kaitan dengan penulisan/falsafah dan teater antarabangsa dan segala macam.

Otak kekadang jadi tak keruan/mana lagi memikir hal BALAK dan menjawab persoalan politik yang dibangkitkan oleh kawan-kawan lewat chat/laman web dan sebagainya. So, hari ini saya menulis hal lain yang saya harap/sebelum membaca dan melihatnya jangan pula saya dimarahin. Maafkan saya!

Pernahkah kamu melihat penjual ubat berbicara di kaki lima untuk maksud supaya ubatnya dibeli orang? Tentunya kamu akan menjawab memang pernah malah kamu mungkin saja mengakui telah pun membelinya.

Saya punya kesempatan menyaksikan penjual ubat beraksi di depan orang ramai di kota raya yang kononnya ramai sangat penipu. Ia mengakui berasal dari Sarawak dan gelagatnya memang meyakinkan sangat dan sesiapa yang singgah dan punya kesempatan melihatnya berbicara tentu akan terpesona dan saya sendiri memang merasa syok memerhatikannya kerana terpikat caranya berucap dan meyakinkan orang ramai tentang betapa mujarab ubat yang dijualnya.

“ Ini ubat kalau disapukan di pusat kala isteri kamu mahu beranak akan pasti senang dan mudah melahirkan anak” katanya serius sambil membetulkan letak songkok putih yang ada di kepalanya yang saya lihat ada tulisan bahasa Arab yang tentunya diharapkan dapat menambah keyakinan umum akan mujarabnya ubat yang didagang.

“ Siapa yang mahu giginya dicabut, silakan ke depan akan saya lakukan sekarang” katanya dan kemudian datanglah beberapa orang untuk maksud minta dicabut gigi mereka termasuk Sontoro dan memang benar ubatnya mujarab kerana setelah disapukan pada gigi yang mahu dicabut maka akan segera tercabut tanpa terasa sakitnya dan setelah itu kawasan tempatnya berdagang pun dipenuhi oleh gigi-gigi manusia yang berjuta-juta jumlahnya. Nah, siapakah yang tidak percaya kala terbukti di depan mata?

“ Awas, ubat ini kalau digosok di jari akan segera panjang dan membesar” katanya sambil ia tunjukkan yang nyata dengan cara digosokkan ubat itu di jari telunjuk kirinya dan memang kelihatan cepat membesar dan memanjang secara mendadak yang panjang dan besarnya melebihi jari manis dan jari hantu. Siapakah yang tidak percaya kalau memang segalanya terjadi di depan mata?

“ Ingat, jangan sampai digosokkan dianu kamu” ia memberikan amaran sambil menekankan secara keras perkataan anu yang membawa makna semua orang tahu. Ada penonton yang ketawa dan ada pula yang menahan ketawanya untuk mengelak diketahui orang kerana malu bila dikatakan yang ubat berkenaan bisa membesarkan dan memanjangkan sang pahlawan milik kita. Ssssstttt ketawanya perlahankan sedikit untuk maksud jangan sampai orang lain tahu!

Rupanya teknik dan caranya berdagang telah mempengaruhi kawan saya yang namanya Ibrahim Bidin yang lantas menyebabkan kawan terbaik saya itu terpengaruh untuk membelinya dan dengan penuh yakin serta percaya maka dibelinya sebotol dengan harga lima ringgit dan sebotol lagi sebagai hadiah untuk diberikan kepada kawan-kawan yang kononnya memerlukan sangat dan tentu sesuai untuk yang lemah tenaga batinnya.

“ Yang ini untuk saya dan yang ini pula saya sedekahkan kepada tuan haji” kata Ibrahim Bidin sambil tersengih dan sesekali ketawa, tapi ketawanya susah sangat saya dengar kerana selalu saja tersimpan di dalam tekaknya dan saya pun menerimanya kerana memang tidak baik kalau menolak pemberian orang lain sebab bagi saya hadiah itu merupakan rezeki yang ditentukan oleh Allah. Rezekikah?

Kononnya setelah itu kawan baik saya yang namanya Ibrahim Bidin pun kembali ke Pitas (asalnya dari Membakut tapi beristerikan orang Pitas dan tinggallah ia di Pitas) dan kala di rumah ia pun amat rajin mengosokkan ubat berkenaan ke anunya dengan harapan nantinya bisa membesar dan bisa memanjang seperti yang diperintahkan oleh sang penjual ubat. Bagaimana pula saya? tak perlulah diceritakan sebab cukup memalukan dan terasa tak syok diperkatakan sebab peribadi sifatnya. Nantilah bakal saya ceritakan dilain waktu.

Kira-kira tiga bulan kemudian entah bagaimana saya asyik bercerita hal gosok-gosokan di kalangan kawan-kawan yang namanya Hamzah Lahab, Alias Satang, Lahab Jailani dan Yusri Ismail, tak terkecuali Nad dan Sofian Zain. Mereka ketawa terbahak-bahak mendengarkan cerita saya kerana geli hati sangat, tapi yang nyata ketawa Alias Satang agak melebihi dari ketawa orang lain sehingga saya naik marah.

Saya diam saja sebab terasakan mereka mengetawakan saya dan lantas bertanya begini: “ Kenapa kamu ketawa?” tanya saya pada Alias yang terus ketawa dan ketawa, sedang saya terus jua diam dan terus marah lantaran terasakan diri saya semacam diperli sesuka hati.

Bila keadaan jadi reda dan semua orang tidak ketawa lagi disamping kerana mereka melihat yang saya agak marah, maka yang namanya Alias Satang pun menjawab pertanyaan saya, tapi dalam keadaan ketakutan dan bersalah.

“ Maafkan saya tuan haji, bukan maksudnya saya memperli tuan haji, sebenarnya saya sendiri pun terpengaruh dan telah pun membeli ubat berkenaan tiga bulan lalu dan menyapukan ke anu saya setiap pagi dan petang dan akhirnya anu saya tidak juga membesar dan memanjang seperti yang amat saya harapkan” penjelasan itu cukup menyatakan yang mereka lebih awal tertipu dari saya dan setelah itu barulah saya faham dan mengerti sangat tentang sebab-sebabnya mereka ketawa terbahak-bahak.

Tidak lama kemudian Hamzah, Lahab, Yusri, Sophian, Nad termasuk saya terus ketawa secara mendadak tanpa henti-henti hingga ketawa itu menjadikan bandar Kota Kinabalu tak menentu keadaannya sebab dipenuhi oleh suara orang ketawa dan akhirnya pegawai keamanan dipanggil untuk meredakan keadaan dimana kami diminta segera berhenti ketawa dan sejak itu terciptalah akta ketawa untuk maksud setiap yang mahu ketawa harus menghadkan ketawanya.
Nah, kesan dari ubat itulah pokok yang saya paparkan menjadi demikian panjang dan membesar seperti selayaknya yang saudara lihat/Sekali lagi jangan marahkan saya. Maafkan saya bah!
Nah kan/kamu nampaknya marahkan saya/kan sudah saya bilang jangan lihat gambar atas, tetapi kamu diam-diam suka juga lihat dia. Adoh, kan kamu sudah marahkan saya. Maafkan bah!

 
ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah


Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!

<<inline: --static--greencircles_br.gif>>

Kirim email ke