![]()
RAMAI kawan-kawan bertanya bahawa apa saja lagi yang saya cari dalam hidup ini? jawaban saya "Tiada" kerana saya sudah punya apa-apa. Anak semuanya sudah berkerja. Sewa rumah dan menjadi chairman dua syarikat perumahan lebih dari cukup. Adalah sikit-sikit berniaga anak buat/lalu apa lagi. Gaji pencen sampai matipun tak habis saya makan/Cukuplah dan bersyukur.
Lalu apa yang harus saya lakukan? tanya mereka. Banyak sangat dan hidup kita di dunia bukan sendirian. Ada ramai orang. Ada orang senang dan ada orang susah. Itulah tanggungjawab saya juga. Ini perintah Allah untuk saya membantu. lalu bagaimana saya membantu?
Saya gagal menduduki kerusi MP kerana barangkali Tuhan tidak mengizin saya berada di kerusi parlimen/Kalau saya ada sudah pasti kawan baik saya yang menjadi dipertua itu akan keluarkan saya secara ulang-ulang dari parlimen kerana saya lagi kepala batu/kerana itulah Tuhan tidak mahu saya menmenangi kerusi MP last
election/lagipun ada yang mengatakan saya tak sesuai jadi politikus/saya hanya sesuai jadi seniman. Barangkalilah, tetapi seniman juga orang politik katanya Shahnon Ahmad yang menulis novel Shit alias PuKima.
Adoh/lupakanlah semuanya itu/saya jadi lupa apa yang mahu saya tulis kali ini? lantaran bicara soal penulisan, sampai saya lupa tujuan. Begini, lebih baik saya menulis soal kemiskinan yang menyebabkan saya melolong macam anjing kata adalah seorang dua menulis dan mengemail kepada saya/say tidak kenal siapa/lalu bias saya menulis di sinilah/lagi mudah semua orang bisa membaca.
Saya memang macam anjing melolong sebab saya bertemankan anjing. Dalam FB ini/lihat foto dalam simpanan ada macam-macam anjing termasuk buaya, harimau dan segala macam. Sengaja saya simpan di sana kerana hewan-hewan itu bisa memberikan saya ilham untuk menulis dan bicra mengenai alam binatang nanti.
HIdup ini kalau tiada lolongan sudah pasti agar sukar
sikit dan orang bisa saja naik kepala dan mereka pasti injak-injak kepala kita. Misalnya kalau tiada lolongan di dewan rakyat, maka BN akan sesuka hatinya merampok wang rakyat macam dulu kes Pewaja, MBF dan macam-macam lagi sehingga berbilion wang rakyat disulap dan tiadapun tindakan kerana yang terlibat ialah para menteri yang bijaksana kononnya.
Lolongan anjing menyebabkan pencuri lari lintang pukang sebelum mencuri dan demikian juga lolongan saya yang kalau ada niat pemimpin mahu menyulap/barangkali akan ditangguhkan cara menyulapnya/makanya sekurag-kurangnya akibat lolongan anjing sang pencuri tak jadi mencuri. Itu gunanya salakan alias lolongan. Cuma yang tak mahu menyalak yang sedia terima habuan/maka yang mengkritik saya berkata "manusia mana mahu kerja kalau takda upah/pulus" betullah sebab dia saja antara yang menerima rasuah lalu diam dan mempertahankan dunia rampokan yang dilakukan. Moga mereka sekeluarga diampunkan akibat menelan wang
rasuah yang dirampok.
Kenaa saya selalu bicara soal kemiskinan? sebab negeri sabah memang miskin. Negeri kaya, tetapi dimiskinkan. Ke mana saja wang yang selama ini berbilion diperkatakan. Indah khabar dari rupa. Kalau bicara soal miskin, memang mereka menafikan, tetapi jangan lupa laporan 23% kemiskinan itu bukan saya cipta, tetapi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Lalu, siapa saja mahu menafikan?
Sebelum pilihanraya dulu saya keliling seluruh Sabah sambil berceramah dengan pemimpin lain dan memang sedih sangat. Misalnya beberapa buah kampung di Pitas/kalau dilihat rumahnya macam reban ayam/saya tidak berkesempatan mengambil fotonya/itu yang berdekatan dengan pekan pitas/belum bicara masuk ke Paitan yang agak dalam sedikit. Di sana lagi teruk dan kasian. Siapa saja pemimpin yang peduli kemiskinan mereka? di sana bukan pembangkang yang jadi wakil rakyat, tetapi orang UMNO/masa mereka tidak dapat memperbaiki kehidupan mereka di
sana.
Belum lagi ke Kinabatangan yang lagi teruk kelihatan dilewati melalui sungai dan letrik airpun tidak ada/kasiah mereka mati tak sempat menikmati letri dan air paip, malah TV pun susah nampak di sana/samalah keadannya seperti di zaman batu nenek moyang kita hidup/Yang ada di sana hanya balak-balak yang ditumbangkan menyembah bumi. Habis rakus dihentak sang menteri sejak dulu sehingga sekarang. Rakyat di sana tinggal gigit jari.
Itu di Kinabatangan/belum lagi di Sook yang masuk ke dalam kena jalan kaki sehari atau dua hari untuk sampai ke sempadan/di sana susahnya bukan main.. Mereka hidup paling susah dan ada yang tak sampai ke pekan dan kerjanya hanya menunggu wang songokan dari pemimpin rakyat. Makanya dulu kalau kempen ke sana cukup dengan membawa garam dan sigup, tetapi sekarang tidak dapat lagi kerana BN ajar mereka dengan wang. Wang yang menentukan undi mereka dan untuk berubah ke dunia yang moden/tidak dapat/Kasianlah mereka
hidup dalam keadan zaman batu. Bila agaknya mereka yang jauh di dalam hutan bisa menikmati kehidupan yang lebih sedikit sebelum kiamat datang?
Inilah yang saya dan teman-teman perjuangkan. Inilah sebab2nya saya menyalak bukit dan melolong. Saya tak kesan dikatakan gila menyalak bukit kerana katanya bukit tidak akan runtuh, tetapi jangan lupa kerana salakanlah orang jadi takut dan berfikir dua tiga kali untuk mencuri buat makanan anak bini dan akhgirnya wang itu tidaki berkat kerana makanan yang dimakan mengalir lewat darah dan anakpun menjadi perampok atau tinggi sikit pangkat menjadi kepala perampok, kalaupun tidak menjadi lanun.
Rumah semacam ini sepatutnya sudah sirna dan digantikan dengan rumah yang agak baik sedikit setelah kita merdeka berabad/tetapi ada pula pemimpin menyulap wang dan yang dapat rumah murah ialah yang makannya di hotel lima bintang bintang. Bagaimana ini bisa terjadi?
AKU lulusan Kolej, tetapi di negeriku ini tidak ada pekerjaan/lalu akupun mengembara di negeri asing untuk mendapatkan kerja, tetapi yang aku tahu ramai ke Johor, selangor dan Singapura untuk kerja di kilang2 dan ada pula kala kesempitan wang menjadi pelacur dan ada juga kena bunuh. kasianlah saudara-saudaraku itu