Ismaily Bungsu, RAZALEIGH BUKAN BACUL, PEJUANG RAKYAT. TAHNIAH!
Nota Saya|Nota tentang Saya|Profil Ismaily
 
Perubahan anda telah disimpan.
RAZALEIGH BUKAN BACUL, PEJUANG RAKYAT. TAHNIAH!
Kongsi
 Hari ini pada pukul 8.05 pagi | Sunting Nota | Padam
PEMIMPIN yang pak turut adalah pemimpin BACUL dan tak layak jadi pemimpin sebab 
kerjanya mahu isi perut sendiri dan tidak memikirkan rakyat jelata. Orang 
semacam itu baik jangan jadi pemimpin kerana tidak layak jadi pemimpin.

Ramai pemimpin sekarang macam IBRAHIM ALI adalah pemimpin Katak yang merapu dan 
gila publisiti murah dan kelihatannya dia akan menuju ruang mampus di PRU13 
akan datang ini.

SAYA kagum dengan sifat kamu duhai Tengku Razaleigh. Kamu dipilih oleh rakyat 
dan suara kamu adalah suara rakyat dan kamu berhak untuk menyuarakan pandangan 
tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri itu meski kamu 
dalam kerajaan Barisan Nasional. 

Kamu jangan sekali-kali ikut si kaki bodek yang namanya Mustapha, Ibrahim Ali 
dan Awg Adik yang jelas menjadi talit barut Najib yang mahu kasih bodoh orang 
Kelantan. 

Mereka ingat orang kelantan bodoh atau bisa dicucuk hidung macam hidup mereka. 
Mereka salah tingkah dan akan menjahanamkan diri mereka di election yang akan 
datang. Lihatlah nanti!

Apa yang dilauknan oleh ekas Menteri Kewangan memang betul dan dia bebas untuk 
bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun 
berada di atas pentas pembangkang malam itu. Apa hak Najib mahu mempertikai? 
Suara Tengku adalah suara rakyat dan suara seluruh rakyat Malaysia termasuk 
Sabah dan Trengganu yang punya minyak. Apa BN ingat rakyat "stupid". Bagus 
mereka letak jawatan.

Tuduhan BN yang mengatakan tindakan bekas Pengerusi Petronas berbicara mengenai 
minyak adalah konon sebagai langkah awal untuk beliau menyertai pakatan 
pembangkang. Inilah kenyataan orang yang sudah muflis untuk berbicara yang 
sebenarnya dan kelihatan pemimpin BN mencuba bersilat kata, tetapi bangkai 
gajah tidak akan bisa disembunyikan

Saya memerhati tingkah Tengku dalam dunia politik. Dia bukan jenis pemimpin 
yang suka menjadi pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, 
Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia saya perhati tidak pernah 
menjadi pak turut, malah dia berani melawan arus kalau kepimpinan itu tidak 
betul, Nah, inilah pemimpin sejati bukan bacul macam Ibrahim Ali.

Iya, itulah yang saya perhatikan bicaranya selepas Majlis Solat Hajat dan 
Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV malam lalu. 
Rakyat harus mengerti perjuangan seorang Tengku demi rakyat jelata.

Dalam perhimpunan itu seperti yang saya tulis di dua NOTA saya sbeelum ini, 
jugu turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan 
Exco kerajaan negeri. Untuk bukti rakyat hadir seperti semut/lihat fotonya dan 
BN sila buka mata, hati dan minda

Ceramah Tengku mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas 
kerajaan negeri yang ditunjangi Pas, tetapi yang jelas kehadirannya berdasarkan 
prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat 
Kelantan yang ditindas sejak dulu dan saya kira orang Trengganu, Sabah yang 
punya minyak pasti bersetuju, malah seluruh rakyat Malaysia akan akur apa yang 
diperkatakan kecuali Ibrahim Ali yang kerja ikut buntut Najib dan mahu menjadi 
jaguan tengek. 

Tengku adalah orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta 
Kemajuan Petroleum dan dia Tan Sri Salleh Abbas tahu yang kerajaan negeri 
sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada 
kawasan bertindih dengan Thailand. Nah, apakah Najib, Ibrahim Ali, Mustapha dll 
buta mengenai hal ini? 

Betullah kata Tengku bahawa kalaulah Kerajaan Pusat tidak yakin dengan 
kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, adalah lebih baik 
dicadang supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang 
berkenaan diuruskan dengan baik, tetapi bukan melalui Wang Ehsan yang dipantau 
oleh UMNO sendiri. Jelas penipu!

Lewat ucapan malam itu Tengku berkata bahaya beliau sanggup menjadi jambatan 
kalau kerajaan pusat tidak yakin akan kerajaan Negeri untuk mengurus royalti 
minyak itu dan sikap BN melengah-lengahkan wang itu adalah satu sikap yang 
berdolak dalik dan jelas tidak ada keikhlasan untuk memperbaiki kehidupan 
rakyat yang tersepit.

Rakyat Sabah dan Sarawak harus melihat secara insaf keadaan ini dan tidak 
hairan kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Pakatan, maka sistem royaliti 
itu bertukar menjadi WANG EHSAN dan akan dikuasai oleh BN seperti juga 
penubuhan JPPS masa pemerintahan PBS. Apakah PBS lupa hal ini atau pura-pura 
buta alias tuli?
PUISI BUAT NAJIB

Kamu kata negara ini negara demokrasi
negara malaysia yang merdeka
tetapi kebebasan rakyat bersuara dihalang
rakyat diugut ditakut-takutkan
media milik kamu tak habis2 memfitnah
membohong dan berdusta khianat
memenjara dan kes liwat berjuta
semua instrumen kamu guna mengongkong jadi penjajah
demokrasi di sini sudah mati
kemerdekaan terkubur
keadilan sirna ke jalan raya
1malaysia hanya bangkai busuk
menyebar baunya di bumi konon merdeka
Sebaiknya kau turunlah wahai Najib
kita sama beradu minda bertingkah di mata rakyat jelata
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah 


      
"_________________________________________________________________________
Try the new Yahoo! Messenger 10 Beta. Now with real-time updates, enhanced 
video-calls and more! Check it out at http://malaysia.messenger.yahoo.com/"

Kirim email ke