* 
Ismaily Bungsu, ORANG MELAYU KAYA SAYA "HAPPY", TETAPI JANGAN MANGSAKAN RAKYAT 
SABAH HINGGA MISKIN 24 [email protected]
Nota Saya|Nota tentang Saya|Profil Ismaily
 
ORANG MELAYU KAYA SAYA "HAPPY", TETAPI JANGAN MANGSAKAN RAKYAT SABAH HINGGA 
MISKIN 24 [email protected]
Kongsi
 Isn pada pukul 9.35 ptg | Sunting Nota | Padam
SIAPA berkuasa zaman USNO? Siapa antara menterinya dan kemudian kita perhati 
dan bukankah Menteri itu juga berkuasa di Zaman BERJAYA dan kala itu siapa yang 
dikasih kaya dan kemudian sekarang Zaman BN siapa pula?

Nah, kalau ada yang berkata bahawa harta balak dulu sudah dikerjain oleh 
pemimpin dulu, lalu baca catatan di bawah akan dapat jawabannya dan bukankah 
kenyataan tadi juga sudah terjawab? lalu kenapa pula dibangkit dan disalahkan 
kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS?

Kita sepatutnya tidak usah menyalahkan yang dulu2 sebab itu sudah menjadi 
sejarah bangsa kita dan ianya harus menjadi pengajaran buat kita terutama 
sekali pemimpin yang ada sekarang.
Saya terus terang akan merasa bangga kalau kekayaan negara diraih oleh orang 
Melayu dan tentu saja sayalah yang paling "Happy" di dunia ini, tetapi kekayaan 
itu biarlah didapatkan secara HALAL dan tidak menipu dan diambil secara RASUAH 
dan kita perhatikan siapa gerangan yang ampunya hotel Refflesia ini yang kalau 
tak silap dimiliki sejak zaman pemerintahan Berjaya. Cuba kita selidiki siapa 
gerangan yang memilikinya.
Kalau perniagaan Melayu semakin berkembang dan hebat/pun saya antara yang 
paling suka dan itu saya akan doa terus berjaya, tetapi kalau memangsakan 
melayu atau orang Sabah hingga miskin 24 persen dan hak mereka diambil, maka 
itu saya bantah dan tidak terima langsung. Titik

Saya dulunya kerja di kementerian kebudayaan, belia dan Sukan Sabah dan saya 
tahu sangat perkembangan bahagian Belia.

SANYA adalah persatuan Belia terbesar dan di bawahnya ada KOSAN yang cukup saya 
kagumi mempunyai bangunan sendiri di Kota dan bangunan yang saya sertakan 
fotonya di bawah ini asalnya milik KOSAN, tetapi sejak kepimpinan BN, bangunan 
itu berpindah milik kepada sebuah syarikat isteri seorang Menteri dan sekaligus 
banyak Jabatan kerajaan diarah pindah dari Wisma MUIS ke bangunan ini.

Apalah salahnya kalau jabatan-jabatan berkenaan terus menyewa di MUIS dan untuk 
menambahkan pendapatan MUIS demi Islam, tetapi diarah pindahkan pula ke 
bangunan milik peribadi. Kan elok perkara ini disiasat.
SAYA tidak terdengar orang Melayu punya hotel yang begitu hebat kecuali di 
Zaman USNO yang Hytt dulunya milik orang melayu, tetapi sudah dijual kepada 
orang lain.

Saya kira hotel Refflesia yang di atas tadi tidaklah sebesar mana, lalu cuba 
kita teliti Hotel MERIDIEN yang gambar saya sertakan/semua gambar saya potret 
siang tadi.

Wah, begitu hebat hotel Meridien berdiri dan siapa kira-kira yang memilikinya? 
Tak kan antara kita tidak tahu pula atau memang tahu tetapi pura-pura pula 
tidak tahu.
Sekali lagi saya katakan bahawa saya tidaklah marah sangat, tetapi bila mahu 
mencari kekayaan janganlah mengambil kesempatan kala kita duduk di kerusi yang 
kuasanya hebat dan kemudian membiar rakyat menjadi miskin 24% iaitu paling 
termiskin di Malaysia.

Dan kalau demikian keadaannya biar trilion dihantar ke Sabah, kemiskinan tidak 
akan berubah dan yang jelas yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin 
papa kedana.

Berfikirlah kamu duhai rakyat Sabah
Ya Allah yang Tuhanku. Jauhkan rakyatku dari kemiskinan kerana kemiskinan itu 
sabda nabi menghampiri kepada kekufuran dan bila kufur rakyat jadi buta hati 
dan buta mata sebab saya tahu akibat kemiskinanlah rakyat yang kurang iman bisa 
dibeli undinya dengan dollar. keluarkanlah kami dari kemiskinan 24% ini.
Ditulis pada hari Isnin · Komen·SukaTidak suka
Celebes Sea, Jabar Khan Napi dan Aby Zeehad BajauKhan sukakan ini.
 
Henry Jonik Jacob 
1. "Saya terus terang akan merasa bangga kalau kekayaan 



negara diraih oleh orang Melayu dan tentu saja sayalah ... Lihat seterusnya..



yang paling "Happy" di dunia ini, tetapi kekayaan itu 



biarlah didapatkan secara HALAL dan tidak menipu dan 



diambil secara RASUAH"
2. " Kalau perniagaan Melayu semakin berkembang dan 



hebat/pun saya antara yang paling suka dan itu saya



akan doa terus berjaya, tetapi kalau memangsakan 



melayu atau orang Sabah hingga miskin 24 persen dan 



hak mereka diambil, maka itu saya bantah dan tidak 



terima langsung. Titik"

Antara lain, saya sangat2 setuju dengan kenyataan Pak IB seperti yang saya 
petik diatas.

Alangkah baiknya kalau orang kita, kalau sudah maju, bisa membantu orang 
sendiri untuk maju. Tetapi, malangnya, apabila orang kita sudah maju, dia akan 
memam
ngsakan orang2 sendiri dan berlagak sombong. Kalaulah kita orang Melayu atau 
bumiputra bisa mempelajari bangsa lain, contohnya bangsa Cina, mereka akan 
bantu teman2 nya untuk maju. 

Isn pada pukul 11.11 ptg · 
 
Sidu Edin 
Ada jutaan hukum ciptaan cendikia dunia. Hukum-hukum itu didirikan dgn amat 
teguh mengalahkan segalah tembok di dunia, guna untuk menghalang corobohan 
musuh. Dan juga hukum-hukum itu ditenun rapat sehingga angin pun tidak 
melepasinya. Tetapi manusia licik pasti masih bisa menerobos-meloloskan diri 
dari kepungan atau hadangan hukum itu.

ADA satu hukum yg tidak dapat dibolosi. Malaikat pun takan dapat robohkan 
tembok hukum itu apatah lagi hanya nabi dan manusia; Hukum yg satu itu adalah 
HUKUM ALLAH.

Ramaslah wajah mu wahai manusia dan renunglah tubuh badan mu. Renunglah juga 
tapak tangan mu sambil beritahulah dirimu bahawa ada nanti waktu mendatang 
dimana tubuh kita ini menjadi MAYAT tak bernyawa lagi. Fikiran mu harus masuk 
sampai ke segenap tubuh mu sehingga kita benar-benar merasa bahawa perjalanan 
hidup kita semakin menghampiri maut.... Lihat seterusnya..

Maut itu akan memisahkan insan dgn hartanya. Memisahkan dia dgn isteri atau 
suaminya, dia dgn anak kesayangannya, dia dgn rumah kesayangannya, dia dgn 
kereta mewahnya, dia dgn kemiskinannya, dia dgn masyarakat kebenciannya dan dia 
dgn segala-galanya. Dia hanya dibalut kain serba putih saja. Wang jutaan dan 
emas murninya takan turut serta dia masuk dalam liang lahad. Adakah rohnya 
diterima Allah jika ia mengamalkan hidup yg dilaknati Allah? Tempat mereka yg 
derhaka kepada Allah adalah di NERAKA. A W A S.!!!!
Semalam pada pukul 12.15 pagi · 
 
Ismaily Bungsu 
bikin takut. berdiri bulu roma. gimanalah nanti mati. sendiri di liang 
lahad/harta isteri semua tak guna.adohhhhhh ngeri
Semalam pada pukul 12.54 pagi · 
 
Lemon Akhlek 
Tuan Sidu... HUKUM itu memang NYATA.... semua maknusia sedia maklum.. tapi 
HUKUM itulah yang paling tidak dikuti/dilanggar/ditakuti DEWASA ini...kerana 
melanggar hukum itu juga ramai maknusia kaya/senang lenang sementara di donia 
ini...disebabkan mereka senang lenang makin ramai yang ikut melanggar HUKUM 
ITU.... pada urang urang yang cuba melaungkannya mereka bilang kamu "ORANG2 
KACHIWA..." apa boleh buat..team abu jahal makin rama ahlinya di NERAKA
Semalam pada pukul 2.55 pagi · 
 
Jabar Khan Napi 
ALA pemerintahan penjajah kulit choklat....?
Semalam pada pukul 5.33 pagi · 
 
Eddy Kapalu 
hukum ciptaan Manusia diluluskan oleh manusia kerdil mindanya..Hukum Allah itu 
penentunya..nah disitu balasan ..biarkan mereka hari ini berenang dengan 
labu-labunya didaratan...diAkhirat nanti disitu balasannya..tiada siapa 
membantunya ..hanya orang berIman saja dan IMAN bisa menolong nya....
Semalam pada pukul 10.32 pagi · 
 
Lemon Akhlek 
selain tim abu jahal , tim padang padang juga sudah ramai... kenyang makan 
karabau seekor seorang... buncit perut.. tak boleh pikir dan gerak
16 jam yang lalu · 
 
Ismaily Bungsu 
tiada siapa tahu milik siapa bangunan2 di atas?
 ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
[email protected]
[email protected]
019-8400005/016-8222262
014-5555175 


sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah 

Kirim email ke