Jangan abai kami
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin - [EMAIL PROTECTED]
PASIR GUDANG: Jangan abaikan kami, bantu dan bimbinglah kami supaya dapat
memahami Islam dengan lebih sempurna, kata Bowen Tarawan atau nama Islamnya
Abu Bakar Abdullah, 46, yang baru memeluk Islam tiga bulan lalu.
Abu Bakar adalah antara 21 Orang Asli dari Kampung Pasir Salam, Sungai Tiram
yang secara rasmi memeluk Islam di Masjid An Nur, di sini, Jumaat lalu, atas
inisiatif dan dakwah dilakukan warga Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
(PNTPG) dan jemaah masjid berkenaan sejak setahun lalu.
Abu Bakar mengakui tertarik dengan ajaran Islam sejak kecil lagi kerana
pergaulannya dengan rakan beragama Islam terutamanya orang Melayu tetapi hanya
bertekad untuk mengucap dua kalimah syahadah tiga bulan lalu.
Selain bantuan keperluan hidup, saya memerlukan sokongan moral daripada
saudara Islam supaya saya dan penduduk lain yang baru memeluk agama suci ini
dapat menjalani ibadah dan kehidupan sebagai seorang Muslim sejati, kata bapa
kepada tujuh anak itu.
Manakala Tengah Anyahntah, 66 yang juga Tok Batin bagi masyarakat Orang Asli
Kampung Pasir Salam berkata, 21 orang yang memeluk Islam itu terdiri daripada
tujuh keluarga di perkampungan itu.
Secara peribadi, Tengah berkata, dia amat gembira kerana akhirnya hasrat
penduduk kampung untuk memeluk agama Islam secara beramai-ramai akhirnya
menjadi kenyataan.
Pun begitu kami tahu masih banyak kami perlu pelajari mengenai Islam kerana ia
amat berbeza daripada kepercayaan yang kami anuti sejak daripada nenek moyang
lagi, katanya.
Mereka mengucap dua kalimah syahadah dengan dibantu wakil Jabatan Agama Johor,
Mohd Zaki Maidin, Mohd Shahrul Rozaat Rashid dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA) Johor Bahru dan Mohd Shafiee A Rahman, Imam Masjid An Nur
-
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
[Non-text portions of this message have been removed]
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub: Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
* Your email settings:
Individual Email | Traditional
* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/