Askm, Terkini isu negara Islam yang diperjuangkan PAS berbangkit lagi walau pun versi negara Islam yang akan ditegakkan bukan pada nama tetapi lebih kepada mendaulatkan syariat Islam. DAP walaupun berada dalam Pakatan Rakyat bersama PAS Pengerusinya Karpal Singh tetap dengan pendirian menolak negara Islam. Isu ini dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa ianya lebih kepada pandangan peribadi Karpal Singh. Sebenarnya cukup menghinakan bagi orang Melayu/Islam apabila mencapai kemerdekaan UMNO yang menjadi tulang belakang parti pemerintah masih meneruskan dasar dan sistem perundangan yang ditinggal penjajah. Hak penganut Islam diketepikan dan jelas ini meletakkan kekuatan aqidah orang Islam pada tahap cukup rendah bahkan dikhuatiri merudum ketahap sifar kerana iman dan beramal dengan segala perintah yang terdapat dalam kitab Nya serta Sunnah Nabi Nya Muhammad SAW itu tidak dapat dipisahkan.
Berimankah kita jika masih menerima pakai sistem perundangan yang ditinggalkan penjajah kuffar itu ? Apakah kerana negara ini sama-sama didiami oleh bukan Islam maka orang Islam terpaksa menggadai pegangan (syariat Islam) mereka kepada bukan Islam ? Bahkan ada pemimpin tertinggi UMNO sendiri menakut-nakutkan umat Islam terhadap syariat Islam. Akibat nya orang bukan Islam bahkan sebahagian orang Islam sendiri selesa dengan peraturan dan sistem perundangan yang berteraskan apa yang ditinggalkan oleh penjajah. Kalau orang bukan Islam tidak menjadi masalah dengan sistem perundangan penjajah sedangkan penjajah itu sudah balik kenegerinya mengapa pula mereka sukar menerima sistem Islam ?? Jika Islam telah dilengkapi dengan sistem perundangan nya sendiri dan selayaknya diterima pakai maka mereka yang bukan Islam bebas memilih jika mereka tidak dapat menerima sistem Islam sepenohnya !! Islam tidak memaksa tapi jangan bertindak seperti Abu Jahal yang menghalang orang lain yang ingin menerima Islam. Karpal Singh boleh pilih sistem yang dia suka tapi jika majoriti rakyat boleh terima syariat Islam maka dia perlulah menyambung belajar tentang sistem perundangan Islam sehingga dia layak diiktiraf sebagai seorang peguam. Namun agak sukar dia memahami syariat Islam jika dia tidak memahami apakah itu aqidah Islam. Aqidah mempercayai Allah tuhan yang maha esa yang telah dibawa oleh lebih seratus ribu para Nabi termasuk Nabi Isa as. Apakah Karpal begitu jahil bahawa ramai Nabi-Nabi sebelum Muhammad SAW yang wajib diperakui oleh penganut Islam adalah Nabi-Nabi kepada orang Krtistin (Nasrani) dan Yahudi (Bani Israel). Malangnya orang Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa yang dikenali sebagai Jesus adalah Tuhan dan Yahudi/Bani Israel pula menganggap mereka sebagai umat pilihan dan menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Kabarnya kepercayaan bahawa Nabi Isa adalah Tuhan sebenarnya rekaan yang didalangi orang-orang Yahudi. Jika dia (Karpal) masih tidak mahu terima perundangan Islam jangan lah halang mereka yang ingin mengamalkan cara hidup Islam. Dia amalkanlah pegangan hidup dia tapi Malaysia sebagai negara yang beri kebebasan dalam menganuti sebarang agama maka janganlah pula dia nak halang orang lain beramal dengan kepercayaan mereka sebagaimana Abu Jahal menghalang mereka yang memeluk Islam sebaik saja Islam diwahyukan melalui Nabi Muhammad SAW. Mereka yang menganut Islam pula mestilah menerima Islam itu dalam segala aspek bukan dengan memilih milih sendiri mana yang sesuai mana yang tak sesuai diamalkan kerana ini adalah kerja kaum Nasrani dan Yahudi yang dikutuk oleh Allah SWT. Wallahu'alam. ibnuAli