Oleh kerana nak kaya cepat halal dan haram sudah tidak menjadi perhitungan. Atas dasar pembangunan dan bagi ? menjana ekonomi ummah agaknya maka labor dalam kilang arak pun dikira tidak menjadi kesalahan apa-apa. Agama saja yang tidak membolehkan tapi pemerintah tak kata apa, maknanya oklah BOLEH LAH !! Berapa banyakkah kilang arak di negara kita yang "halal" kerana berlesen dan berapa pula yang "haram" kerana tidak diberi lesen ?? Tanpa diberi lesen pastinya kilang arak tidak dapat beroperasi secara "halal" maka apabila dasar tidak betul dari awal maka semua yang lain turut berkait-kaitlah. Yang beri lesen adalah kerajaan. Yang kuasai kerajaan ialah UMNO/BN. Yang pilih UMNO/BN ialah rakyat yang mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya termasuk orang Islam. Apabila Islam menghalang satu-satu maksiat maka Islam halang semua yang berkait dengan nya sebagai berbuat dosa lebih-lebih lagi berkaitan arak yang dikategorikan sebagai dosa besar. Yang berdosa termasuklah pihak yang beri lesen bukan saja tentang arak tapi dalam apa-apa juga yang diharamkan (seperti pergaulan bebas lelaki perempuan yang mungkin membawa kepada perzinaan atau pendedahan aurat wanita kepada lelaki bukan mahram sama ada di premis yang perlukan lesen atau pun tidak). Apabila dikaitkan dengan lesen yang dikawal oleh kerajaan, maka yang mengundi dan pilih kerajaan yang bertanggungjawab memberi lesen pun dikira ? turut juga berdosa. Arak dan judi memang mendatangkan mudarat. Bukan Islam pun akui dan kita selalu dengar kes kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu mabuk kerana minum minuman keras/arak. Eloklah jika kilang arak yang besar-besar tidak dibenarkan dan yang kecil-kecil dikurangkan disamping usaha berterusan dilakukan bagi mengurangkan jumlah mereka yang mengambil minuman keras !! Harap nama-nama yang disebut menjadi Ahli Lembaa Pengarah itu adalah cerita lama, bukan yang terkini !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Tue, 4/14/09, id...@yahoo.com <id...@yahoo.com> wrote: From: id...@yahoo.com <id...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kerabat diraja & tokoh korporat Islam - Ahli Lembaga Pengarah CARLSBERG To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Tuesday, April 14, 2009, 9:39 AM Tuesday, April 14, 2009 Eksklusif: Kontroversi, Kerabat DiRaja Dan Tokoh Korporat Malaysia Terlibat Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Arak Terbesar Iaitu Carlsberg ! Sama ada disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak sengaja atau memang sudah tidak dapat dielakkan lagi, ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. Ia berikutan terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat diraja menjadi ahli lembaga Pengarah sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Korporat dan Pengarah Scomi Berhad). Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini. Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga "Tauke Kilang Arak". Sebagai bukti berkenaan dengan perkara ini sila klik sini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad atau klik sini untuk laporan eksklusif oleh Reuter. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)