Re: Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Muslim Dari Semua Parti Wajib Terapkan Islam

2010-04-07 Terurut Topik Kholid Ali
Memang itulah yang sepatutnya berlaku. Namun bagi Kelantan yang belum 
sepenohnya menerapkan dan menegakkan  Islam usaha-usaha dalam mendidik rakyat 
serta dakwah terus dilakukan demi keimanan kepada Allah kira dah agak baik 
dibanding dengan yang dah lebih 52 tahun UMNO berkuasa di peringkat Pusat tapi 
bukan mangambil langkah yang sama seperti Kelantan bahkan semakin bergerak 
kebelakang maka apalah nak diharapkan dengan pemimpin/ ulamak UMNO !! Nak 
jatuhkan hukuman sebat mengikut yang diputuskan mahkamah syariah pun 
macam-macam helah ? Tak ada tukang sebat lah dan macam-macam alasan diberi 
sedangkan hukuman mati keatas pesalah pengedar/miliki dadah melebihi had mampu 
dilaksanakan !! Agama Islam yang diwahyukan Allah telah lengkap bagi menjamin 
kesejahteraan kehidupan umat manusia dalam segala aspek kehidupan. Hukuman jika 
sabit sesuatu kesalahan pun telah ditentukan tapi mengapa apa yang dah ada 
dalam agama ditolak dan yang ditinggal penjajah juga yang
 diterima pakai ?? Kelantan telah nobatkan Hukum Allah (Kanun Jenayah) tapi 
perlaksanaannya saja ditanggoh atas sebab halangan kerajaan Pusat dan 
Perlembagaan Persekutuan. Jika dilaksanakan terus tanpa mengambil kira 
kedudukan Kelantan yangt hanya sebuah negeri, maka dikhuatiri sekiranya di 
Kedah 25 tahun lalu seorang ulamak serta beberapa orang pengikutnya telah 
menjadi korban maka tidak mustahil pembunuhan itu berulang dan ulamak PAS di 
Kelantan pula yang akan menjadi mangsa. Ketika PAS ambil alih pemerintahan 
negeri Kelantan, PM adalah orang yang sama ketika berlakunya peristiwa Memali. 
Mana mungkin kezaliman dilakukan kerajaan Pusat ditentang ? Segala bala tentera 
yang lengkap dengan senjata hanya menerima arahan pemimpin UMNO yang berkuasa 
sahaja seperti di Memali. Situasi perang Badar lebih baik kerana kalau kaum 
Musyrikin terdiri dari 1000 orang tentera, orang Islam pula ada juga sekitar 
300 orang tapi Kelantan ada berapa orang tentera untuk
 menentang jika diserang ?? Maka jalan terbaik ialah melakukan penerapan secara 
beransur-ansur tetapi jujur dan istiqamah demi mendapat keredaan dari Allah 
SWT. Wallahua'lam.






From: a...@yahoo.com a...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Thu, March 18, 2010 12:48:37 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Muslim Dari Semua Parti Wajib 
Terapkan Islam


Apabila kita ingin menilai kedudukan seseorang pemimpin itu sebenarnya tidak 
cukup dengan hanya berdasarkan kepada samada pemimpin tersebut aktif dan 
sentiasa mendampingan rakyat dan berjaya membuat pembangun fisikal sahaja 
ataupun tidak. Sebagai orang Islam apa yang  sepatutnya kita lihat dan 
dijadikan kayu ukur yang paling besar dan yang paling utama bagi sesebuah 
pemerintahan itu adalah persoalan sistem dan undang-undang yang dipakai dan 
diterapkan oleh pemerintah tersebut.
Sebagai seorang muslim yang diberikan amanah dan kuasa untuk memerintah, 
sewajibnya pemimpin pemimpin Islam dari pihak pemerintah negara (UMNO) dan 
pemerintah negeri negeri (PKR  PAS) menyedari kewajiban besar menerapkan Islam 
yang terletak di atas bahu mereka. Namun kini, setelah hampir 52 tahun pemimpin 
Islam dari UMNO berkuasa, dan lebih 18 tahun pemimpin PAS menguasai Kelantan 
dan lebih 2 tahun menguasai Kedah dan Selangor, mereka masih terus setia dan 
begitu taat mengamalkan sistem perlembagaan dan pemerintahan yang di rangka 
oleh penjajah Lord William Reid. Kesemua sistem-sistem yang dijalankan oleh 
mereka pada hari ini adalah sistem berasaskan ideologi Kapitalisme yang rosak.

(Kita lihat pemimpin pemimpin tegar dari PAS sahaja yang bercita cita dan 
berusaha untuk menghapuskan sistem taghut ini, tetapi pemimpin pemimpin Islam 
lain begitu taksub dengan  orang puteh Lord William Reid).
Hakikatnya, tidak ada peringatan mahupun pujian yang lebih wajar diberikan 
kepada mereka selaku orang yang berkuasa saat ini melainkan firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka 
mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 44].

 “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka 
mereka itu adalah orang-orang yang zalim”.[TMQ al-Mai'dah (5) : 45].

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka 
mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. [TMQ al-Mai'dah (5) : 47]
 Dari laman Blog hembusan-amal4u


Salaam  Regards
Amri el Wahab
Mutiara Kata:Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan 
kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita 
hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu 
atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang 
sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa 
berkewajiban menyampaikan ilmu.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan 
kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam

Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Muslim Dari Semua Parti Wajib Terapkan Islam

2010-03-22 Terurut Topik amri el wahab
*A*pabila kita ingin menilai kedudukan seseorang pemimpin itu sebenarnya
tidak cukup dengan hanya berdasarkan kepada samada pemimpin tersebut aktif
dan sentiasa mendampingan rakyat dan berjaya membuat pembangun fisikal
sahaja ataupun tidak. Sebagai orang Islam apa yang  sepatutnya kita lihat
dan dijadikan kayu ukur yang paling besar dan yang paling utama bagi
sesebuah pemerintahan itu adalah persoalan sistem dan undang-undang yang
dipakai dan diterapkan oleh pemerintah tersebut.
Sebagai seorang muslim yang diberikan amanah dan kuasa untuk memerintah,
sewajibnya pemimpin pemimpin Islam dari pihak pemerintah negara (UMNO) dan
pemerintah negeri negeri (PKR  PAS) menyedari kewajiban besar menerapkan
Islam yang terletak di atas bahu mereka. Namun kini, setelah hampir 52 tahun
pemimpin Islam dari UMNO berkuasa, dan lebih 18 tahun pemimpin PAS menguasai
Kelantan dan lebih 2 tahun menguasai Kedah dan Selangor, mereka masih terus
setia dan begitu taat mengamalkan sistem perlembagaan dan pemerintahan yang
di rangka oleh penjajah Lord William Reid. Kesemua sistem-sistem yang
dijalankan oleh mereka pada hari ini adalah sistem berasaskan ideologi
Kapitalisme yang rosak.

(Kita lihat pemimpin pemimpin tegar dari PAS sahaja yang bercita cita dan
berusaha untuk menghapuskan sistem taghut ini, tetapi pemimpin pemimpin
Islam lain begitu taksub dengan  orang puteh Lord William Reid).

Hakikatnya, tidak ada peringatan mahupun pujian yang lebih wajar diberikan
kepada mereka selaku orang yang berkuasa saat ini melainkan firman Allah
SWT:


*“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang kafir”.* *[TMQ al-Mai'dah (5) : 44].*


* “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,
maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”.** [TMQ al-Mai'dah (5) : 45].
*


*Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,
maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”.* *[TMQ al-Mai'dah (5) : 47]*


Dari laman Blog hembusan-amal4u http://hembusan-amal.blogspot.com/


Salaam  Regards

Amri el Wahab

Mutiara Kata:Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita
hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk
kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.