Re: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa

2009-07-10 Terurut Topik Kholid Ali
   Baru-baru ni saya turut serta dalam satu aktiviti kembara remaja 
bermotosikal anjuran sebuah masjid sebagai ajk penganjur. Matlamat adalah untuk 
mendekatkan para remaja dengan institusi masjid. Kembara hanyalah sebagai satu 
tarikan untuk menyesuaikan dengan minat remaja yang suka kepada aktiviti yang 
mencabar. Distinasi nya ialah kesebuah jeram terletak tidak jauh dari Pasir 
Puteh di mana kemudahan yang disediakan agak mencukupi untuk menampong lebih 
kurang 150 orang pengunjung.
 
   Program selama 2 hari itu diisi dengan beberapa majlis ilmu/ tazkirah / 
bengkel dan di akhir program mereka diberi peluang melakukan satu aktiviti 
lasak iaitu jungle tracking .
Isu ketaatan kepada ibubapa adalah antara yang telah ditekankan. Kisah pemuda 
yang mengharapkan perbuatannya memikul ibunya semasa tawaf dan mengharapkan nya 
cukup bagi membalas jasa ibubapa turut disebut. Perbincangan semasa bengkel 
juga menunjukkan para remaja sangat berharap agar masjid memainkan peranan 
lebih aktif bagi menarik para remaja. Sikap mengutuk sahaja tidak akan 
menyelesaikan masalah.
 
    Saya rasa masjid juga wajar dilengkapkan dengn kemudahan bersukan. Mungkin 
kawasan di sebelah belakang setiap masjid dibina sebuah dewan (syaratnya 
? tidak boleh bersambungan dengan bangunan masjid) untuk kegunaan bersukan 
kerana melakukan riadhah dengn niat untuk menjadi seorang Muslim yang kuat dan 
sihat juga satu tuntutan dalam Islam. Dewan itu mungkin boleh digunakan sebagai 
ruang solat ketika solat hari raya kerana ruang dalam masjid biasanya tidak 
dapat menampong bilangan jemaah yang ramai. Ia boleh juga digunakan sebagai 
ruang makan di mana ketika bulan Ramadhan biasanya selepas solat tarawih ada 
masjid yang menyediakan jamuan ringan. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal


--- On Thu, 6/25/09, zail...@yahoo.com  wrote:


From: zail...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika 
guris hati ibu bapa
To: "Ikhwanul Muslimun" 
Date: Thursday, June 25, 2009, 8:33 AM










SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula 
daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan 
yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri 
yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu 
membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang 
dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana 
sampah yang tiada nilainya.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang 
berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap 
anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah 
kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan 
memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang 
yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian 
darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai 
orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan 
sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu 
bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan 
kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak 
dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan 
anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan 
cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku 
atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran 
tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara 
yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama 
ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: 
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- 
Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu 
bapa dan kaum kerabat dan anak

Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa

2009-07-03 Terurut Topik Zailina Mahmud
SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya
ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula
daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi
kekeluargaan.

Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan 
yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya,
kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang
sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu
membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati
seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir
pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada
nilainya.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang 
berkualiti.

Dalam
hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap
anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah
s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah
kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan
memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu
bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah
orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan
pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang
maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa
mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah,
sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu
bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika
mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak 
dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan 
anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada
seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan
cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat
keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku 
atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain
ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran
tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara 
yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama 
ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini
jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga
yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga
hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”
 http://zailina88.blogspot.com