Re: Help Palestine [hidayahnet] Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat

2010-02-26 Terurut Topik Kholid Ali
Puak yang suka berarak sangat ni sekadar nak menunjuk-nunjuk yang mereka 
mengagongkan Nabi Muhammad SAW. Macamlah juga mereka kononnya mengagongkan dan 
berpegang kepada dasar-dasar yang mereka gariskan serta Perlembagaan negara. 
Contohnya Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tapi parti mereka masih 
mendewakan bahasa Inggeris. UMNO tu istilah Melayukah ? Jelaslah mereka cakap 
lain buat lain. Kalau yang mereka tetapkan pun mereka langgar apa nak takut 
langgar yang mereka tidak buat termasuk dalam hal-hal yang telah ditetapkan 
oleh agama Islam yang Allah dan Rasul Nya tetapkan. Hairan masih ada dok 
percaya pemimpin seperti ini !! Kalau benar-benar mereka perjuangkan Melayu 
termasuk Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mereka patut sentiasa tonjolkan 
identiti pertubuhan mereka sebagai ? Pertubuhan Kebangsaan Melayu. Takpalah 
kalau dalam kurungan diletakkan sebagai UMNO tapi hingga dah lebih setengah 
abad merdeka pun masih mendabik dada identiti mereka hanya
 dengan nama UMNO . Mereka asyik berlarak kesana kemari.  Memang mereka dengan 
berarak-arak ni tak dapat dipisahkan. Mereka boleh lah diibaratkan seperti 
ayam jantan yang kuat berkokok tapi ekor bergelomang tahi !! Wallahua'lam.






From: ah...@yahoo.com ah...@yahoo.com
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Sent: Tue, February 16, 2010 4:15:09 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tidak cukup dengan berarak, angkat 
sepanduk dan berselawat


Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat



KUALA TERENGGANU, 16 Feb: “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, 
berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di 
hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan,” 
kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan 
Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.
“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. 
mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan 
ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.
Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS 
Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli 
Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.
Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui 
semua nabi dan rasul.
Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat 
masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan 
Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.
“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, 
mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran 
berhubung perintah Allah tersebut.
Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka 
Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan 
dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang 
beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.
Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman 
selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat 
kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai 
agama yang memerintah dan berdaulat.
Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. 
sudah wafat.
Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul 
setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam 
masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.
Tambahnya, akibat tidak melaksanakan  hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan 
menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, 
pembunuhan dan sebagainya.
 Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia 
meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.
“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. 
mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.
Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana 
berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah 
dengan syariat Allah.



  

Help Palestine [hidayahnet] Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat

2010-02-22 Terurut Topik ahmad mat
  *Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan
berselawat*http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=24966:tidak-cukup-dengan-berarak-angkat-sepanduk-dan-berselawatcatid=41:utama-muka-depanItemid=125




 *KUALA TERENGGANU, 16 Feb:* “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun
sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita
tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak
diamalkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa
dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan
Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah
s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika
menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam
tadi.

Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS
Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui
semua nabi dan rasul.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat
masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan
Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk
memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah
Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka
Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya
mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan
kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan
di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman
selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat
kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam
sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah
s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul
setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi
dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan  hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan
menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian,
pembunuhan dan sebagainya.

 Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia
meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua
perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah
s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana
berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan
memerintah dengan syariat Allah.