H-Net* Motor Utk Di Jual

2001-01-09 Terurut Topik Yusran Baharom (EAM)


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

Asaalammualaikum...,


Motorsikal utk DiJual..,


Jenis   :   Honda Shadow
Model   :   VT600C VLX
Tahun   :   end 97'
Harga   :   RM 1X.XXX

Berminat contact Zulfa 0186830815



/Regards

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Yusran Baharom (EAM)" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Mastika Hadith - Muqaddimah 1(e)...(i)

2001-01-09 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan…….

Sambungan hadith yang bermaksud, "Kemudian baginda
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : Aku adalah berhak
menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia
menolong dirinya sendiri.Sesiapa yang meninggalkan
harta benda, maka itu adalah untuk waris-warisnya.Dan
sesiapa yang meninggalkan hutang, atau orang yang
kehilangan tempat bergantung, maka terserahlah
kepadaku menjaganya, dan akulah yang menanggung
hutangnya."

[ Muslimin/muslimat rahimmatulmullah; pada kali ini,
Insya`ALLAHU TA`ALA, saya akan cuba menghabiskan
hadith yang pertama ini.Yang mana yang telah kita
bahas beberapa fasa dan beberapa kaedah
perbahasannya.Dan kali ini, kita sampai di penghujung
hadith yang pertama, yang sebenarnya mahu menceritakan
kepada kita akan sifat-sifat terpuji yang dimiliki
oleh Nabi s.a.w.. Iaitulah sepertimana diantaranya
yang disebut oleh baginda s.a.w. bahwa, "Aku ni lebih
behak menolong kamu,lebih daripada kamu menolong diri
kamu sendiri.Kalau siapa yang ada hutang, maka aku
akan cuba tolong bayar."
…Walaupun kata-kata Nabi ini cukup ringkas/pendek,
yang menjadi penutup kepada hadith yang awal ini,
tetapi ia menunjukkan kepada kita bahwa inilah suatu
sifat yang baik yang tidak dimiliki oleh orang lain
kecuali para nabi/rasul a.s.

(Mana ada orang dalam dunia ni yang nak tolong orang
lain bayar hutang tak pasal-pasal?…Tapi bagi
Rasulullah s.a.w., inilah dia sifatnya.)

Dan sifat inilah yang dijelaskan oleh ALLAH SWT di
dalam ayat yang selalu kita baca, yakni dalam Surat
at-Taubah ayat 128 yang bermaksud,
"Dan telah datang kepada kamu seorang rasul dikalangan
kamu (manusia), yang amat berat baginya kesusahan kamu
serta harap akan keimanan mu, lagi sangat kasihan dan
penyayang kepada orang-orang yang beriman."
…Bila ALLAH sebut rasul yang dilantikNya adalah
dikalangan manusia juga, yakni bukan dari kalangan
malaikat, maka inilah yang dijadikan alasan remeh
temeh daripada pembesar-pembesar kafir Quraisy untuk
tidak menerima peraturan Islam yang diajak oleh Nabi
s.a.w.Sepertimana kata ALLAH dalam ayat 2 Suratul Qaaf
yang bermaksud,
"Bahkan mereka merasa ta`ajub (hairan) kerana yang
datang memberi peringatan itu dari kalangan mereka
juga.Lalu berkatalah golongan yang kafir itu : Inilah
perkara yang amat menakjubkan."
…Golongan kafir ini rasa hairan sebab apa ALLAH lantik
rasul dari kalangan manusia juga.Mengapa rasul tidak
didatangkan daripada malaikat? Inilah alasan remeh
temeh mereka untuk menolak Islam.Begitulah juga dengan
puak-puak sekularisma yang ada pada hari ini.Mereka
menggunakan pendekatan yang sama, yakni alasan yang
remeh temeh juga untuk menolak risalah-risalah
Islam.Seringkali mereka mengemukakan alasan-alasan
yang remeh temeh dan tak masuk akal untuk membenarkan
hujjah mereka dalam menempelak Islam dan menolak
risalah ALLAH yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.
Kemudian dalam ayat 128 Surah at-Taubah itu juga,
ALLAH memperjelaskan kepada kita tentang 3 sifat Nabi
Muhammad yang cukup mulia.Dimana dengan 3 ciri yang
ada pada Nabi inilah, kita boleh kaitkan dengan hadith
di atas.
a) Yang mana kata ALLAH, ciri yang pertama itu ialah
Nabi s.a.w. terasa berat/susah benar jiwanya kalau
umatnya ditimpa dengan kesusahan.Yakni Rasulullah
seorang yang tak boleh tengok orang lain susah.Dia
akan lebih susah bila dia tengok ada orang yang
susah.Inilah dia ciri kepimpinan yang diajar oleh
Islam.Dan ini telah dibuktikan oleh Nabi s.a.w. dengan
perlakuannya mengambil wanita-wanita yang kehilangan
suami sebagai isterinya.Sebab itu, 12 orang kesemuanya
isteri Nabi s.a.w..Dalam 12 orang isterinya itu, hanya
seorang saja yang dikahwininya itu anak dara, iaitulah
Saiyyidatina Aishah radiallahuanha.Maka 11 yang lain
adalah janda-janda belaka, seperti Ummi Salamah,
Zainab binti Jahashi, Safiah dan lain-lain lagi yang
boleh kita rujuk di dalam kitab Sirah.Yang
majoritinya, suami-suami mereka adalah
syuhadah-syuhadah yang gugur syahid pergi bertemu
ALLAH SWT.Lalu bila wanita-wanita ini kehilangan
suami, maka terbit rasa kasihan dalam hati Rasulullah
terhadap janda-janda ini.Maka sebab itu, Nabi melamar
wanita-wanita ini menjadi isteri-isterinya.Nabi ajak
mereka kahwin bukan atas dasar hawa nafsunya
sepertimana yang dilontarkan oleh para orientalis
barat.Mereka kata bahwa Nabi orang Islam ini
(sebenarnya Nabi adalah untuk semua manusia) adalah
seorang gila seks, sehingga tak cukup baginya seorang
isteri.Tuduhan-tuduhan seperti ini yang dilemparkan
oleh orientalis barat adalah suatu tuduhan yang
mencabar kewibawaan umat Islam.Sebagaimana yang kita
tahu, Nabi