H-Net* bom air

2000-08-16 Terurut Topik mimi nina


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ape leee nak bom bom pulak kot pas memerintah pun nak juga merasa 
tinggal kat rumah MB t sudah leee tuuu udah2 l.  kot kalau dah dibom 
nak duduk kak gobok aje ke...
fikirkan. kalau pun duit kau orang. maknanya kau orang bom duit kau orang 
leee eee tak fikir keee... kalau betul dia guna duit rakyat lantak leee dia 
yang jawab dalam kubur bukan kau orang. fahamm ta???

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "mimi nina" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* cuba try

2000-07-12 Terurut Topik mimi nina


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
cuba try tengok

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "mimi nina" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* FW: Ceramah Umum di SERNDAH

1999-10-24 Terurut Topik mimi

Ceramah Umum   


Assalamualaikum;Dr. Wan Azizah pada 25/10/99 yang akan
datang. Sahabat-sahabat di PERODUA diminta bersama-sama membantu untuk
menjayakan program tersebut. Program persiapan akan diadakan seperti
berikut;Mesyuarat JK Penganjur   Tarikh : 21/10/99 (Khamis mlm
Jumaat) 
Masa : 9:30 mlm 
Tempat : Markas PAS Serendah (sebelah PASTI al-Akmal, Desa Aggerik
Serendah)   (*nota : kutipan derma dan sumbangan barang runcit untuk
sekolah tahfiz Rasa akan diadakan pada mlm tersebut. Sebarang sumbangan
dialu-alukan)Gotong - Royong I   Tarikh : 23/10/99 (Sabtu petang) 
Masa : 2:00 ptg 
Tempat : Taman Cempaka, Serendah (tapak ceramah) Gotong - Royong II
  Tarikh : 24/10/99 (Ahad) 
Masa : 9:00 pagi 
Tempat : Taman Cempaka, Serendah (tapak ceramah) Gotong - Royong
III   Tarikh : 24/10/99 (Ahad) 
Masa : 3:00 ptg 
Tempat : Taman Cempaka, Serendah (tapak ceramah) 
  Gotong - Royong IV   Tarikh : 25/10/99 (Isnin) 
Masa : 2:30 ptg 
Tempat : Taman Cempaka, Serendah (tapak ceramah) Gotong - Royong V 
 Tarikh : 25/10/99 (Isnin) 
Masa : 2:30 ptg 
Tempat : Taman Cempaka, Serendah (tapak ceramah)  
  "Menegakan negara Islam itu WAJIB, menganggotai jemaah Islam itu WAJIB,
melaksanakan aktiviti jemaah itu WAJIB"  
 
 
 
Attachment Converted: "c:\program files\qualcomm\eudora
pro\attach\FLIERS CER UM1.doc" 
 FLIERS CER UM.doc





No Subject

1999-01-16 Terurut Topik mimi




DARI MEJA DEWAN 
MUSLIMAT PAS PUSAT

Antara Perjuangan Muslimat 
PAS dan Wanita UMNO


Saban hari kecaman demi 
kecaman dilemparkan kepada pimpinan PAS terutama kecaman yang berkaitan dengan 
isu-isu wanita . Sering juga kedengaran kecaman-kecaman dari pelbagai pihak 
menuduh pimpinan PAS mengenepikan golongan wanita dalam segala aspek . Artikel 
ini antara lain bertujuan menerangkan pendirian muslimat PAS dalam beberapa isu 
terutamanya yang berkaitan dengan kedudukan muslimat di dalam PAS. Dan 
seterusnya membuat perbandingan akan kedudukan wanita didalam UMNO. 


PAS pada dasarnya adalah 
sebuah parti Islam yang berpaksikan kepada rukun syahadah dan keredaan Allah. 
Justru itu , PAS seboleh mungkin meletakkan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai 
sandaran pentadbiran dan perjalanan partinya. Bagi memastikan PAS tidak tersasar 
dari landasannya Majlis Syura yang 
terdiri dari para ulama berfungsi sebagai pengawal dasar kepada setiap cara dan 
tindakan yang diambil oleh PAS.

Bersesuaian dengan sebuah 
parti Islam sudah tentunya segala perlaksanaan dasar mestilah berpandukan kepada 
Al-Quran dan Sunnah. Islam satu cara hidup yang syumul yang merangkumi segala 
aspek kehidupan manusia dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya seperti masuk 
ke tandas hinggalah perkara yang besar seperti pemerintahan negara perlu 
mengikut adab-adab tertentu bersesuaian dengan kehendak zaman tanpa mengenepikan 
prinsip-prinsip asas ajaran Islam. 

Firman Allah yang bermaksud 
:
 
"Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang-orang yang 
menyerah dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan 
kebaikan dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas 
dasar tauhid), . . . . ."
 
 

(Surah 
an-Nisa':125)

Islam telah menaikkan taraf 
wanita ke suatu tempat yang amat suci dan unik sekali. Tidak ada agama yang 
mengiktiraf jawatan wanita sebagai ibu dan isteri di tempat yang paling tinggi 
dan sewajarnya di alam ini. Sedarkah kita siapakah yang telah mendidik kita 
menjadi orang-orang yang berjaya di dalam masyarakat. Lupakah kita akan jasa dan 
doa ibu kita yang tidak tahu membaca dan menulis itulah yang telah memberi kita 
semangat dan sokongan kepada kita untuk terus berjaya menjadi pemimpin 
masyarakat , menjadi orang yang bijak pandai. Berkat doa ibu jugalah kita 
mendapat kejayaan demi kejayaan di dunia ini. Justru itu peranan ibu merupakan 
peranan yang amat besar di dalam kehidupan seharian hidup kita. Pengiktirafan 
jawatan ibu dan isteri tidak boleh dipandang remeh. 

Sebagai isteri pula, wanita 
berperanan sebagai penenang hati suami dan pendorong suami dikala suami 
memerlukan .Allah telah menanamkan perasaan kasih sayang antara suami isteri dan 
wujudnya sakinah atau ketenangan di dalam sesebuah keluarga datangnya dari 
rahmat Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:

 
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu 
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram 
kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang . . . . . . . . "
 
 
( Ar-Rum: 21)

Tidakkah peranan isteri dan 
ibu merupakan peranan yang unik yang telah diiktiraf oleh Islam sebagai jawatan 
yang terpenting di dalam sesebuah keluarga ? Jika kedua-dua peranan ini tidak dapat 
diuruskan dengan baik boleh diumpamakan seperti sebuah organisasi yang tidak 
diuruskan dengan baik, maka akibatnya kepincangan akan berlaku. 


Pada prinsipnya juga Islam 
telah meletakkan kaum bapa sebagai pencari nafkah untuk keluarga. Merekalah yang 
akan bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga. Islam telah menggariskan 
menjadi kewajipan kepada kaum bapa untuk mencari nafkah di dalam apa keadaan 
sekalipun. Jika tanggungjawab ini tidak dilaksanakan dengan sempurna maka akan 
pincanglah sesebuah keluarga. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud 
:
 
"Dan para ayah wajib memberi nafkah kepada para ibu dan memberi pakaian 
mereka dengan baik."
 
(Al-Baqarah:233)

Tambahan lagi dengan sifat 
fizikal kaum lelaki yang gagah dan kuat melayakkkan mereka menjadi ketua 
rumahtangga. Justru itu pada dasarnya kaum wanita dan lelaki adalah saling 
lengkap melengkapi diantara satu dengan lain. Begitulah adil dan cantiknya 
ajaran Islam, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Berpandukan kepada prinsip 
di atas,muslimat PAS dengan rasa penuh bangga menerima pengiktirafan Islam ke 
atas kaum wanita sebagai isteri dan ibu sebagai satu penghormatan yang paling 
tinggi kepada kaum wanita. Peranan wanita di dalam sesebuah keluarga amat 
penting di dalam menjamin kebahagiaan dan keharmonian sesebuah rumahtangga. 


Walaubagaimanpun, muslimat 
PAS amat peka dengan tuntutan dan suasana semasa. Memandangkan kepada beberapa faktor 
seperti kenaikan kos sara hidup dan keperluan sumber manusia telah memaksa 
wanita keluar rumah bekerja . Di kalangan muslimat Pas sendiri ramai yang 
terpaksa bekerja bagi membantu suami dalam menampung perbelanjaan rumahtangga 
yang semakin hari semakin