Re: [ingatan] Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)

2001-02-11 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~

--- Si Tanggang [EMAIL PROTECTED] wrote:

4. rogol selalunya ditempat tempat yg sunyi tiada
berorang dsbnya..namun jika ada yg nampak tapi buat
dek saja bukan hal aku katanya...maka apakah hukuman
yg jatuh terhadapnya..adakah dia terlepas dari
hukuman.walhal dia tahu orang tu akan menjadi mangsa
rogol..

J : Menurut ustaz Jailani, orang yang buat dek saja
bila dia nampak sendiri depan mata dia bahwa seorang
perempuan sedang dirogol, maka berdosalah dia.Dia
berkewajipan untuk mencegah perbuatan itu dengan apa
cara sekali pun.Lainlah kalau ketika itu si perogol
ada senjata ditangannya, maka ikhtiar cara lain perlu
diusahakan.Bukan makna ditinggalkan begitu
sahaja.Kalaulah dia bersama dengan 1 atau 2 orang
rakan lain yang nampak perbuatan itu, bermakna tidak
lagi cukup 4 saksi, maka mereka tetap kena pi tangkap
si perogol itu untuk dihukum ta`zir walaupun tak boleh
hukum hudud kerana tak cukup saksi.  

WALLAHU`ALAM.


__
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Omar AlKhatab [EMAIL PROTECTED]



Re: [ingatan] Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)

2001-02-04 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Wa`alaikum salam warahmatullah,

 1.4 lelaki adil sebagai saksi...adakah adil yg
dimaksudkan meliputi yg beriman dan takwa..sila
berikan sedikit penerangan..jika salah seorang saksi
itu beragama lain boleh kah diterima ...kalau tidak
diterima maka tidak cukup bilangan saksi...maka
bolehkah sebarang pertuduhan dibuat...

J : Diantara syarat-syarat sebagai saksi dalam kes
zina ialah 4 orang lelaki.Maka dengan kerana itu,
penyaksian orang perempuan tidak diterima.Diantara
satu syarat lagi ialah orang yang adil, yakni orang
yang tidak melakukan dosa-dosa besar, dan tidak
berterusan melakukan dosa-dosa kecil.Insya`ALLAH kita
akan bincangkan dengan lebih detail bagi kelayakan
saksi-saksi dalam kes zina ini dalam perkara 29 akan
datang.

Berhubung dengan persoalan bolehkah orang bukan Islam
menjadi saksi; ia dibahaskan dengan panjang lebar di
dalam kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah' ini sendiri,
yakni dalam Perbahasan 7.Ini bermakna lambat lagi kita
nak sampai kat perbahasan ini, mungkin sampai ke tahun
2004 kot.Sebab kita baru saja masuk Bab 2 : Fasal
Pertama.Tetapi secara ringkasnya, ia adalah daripada
pendapat-pendapat Fuqaha` dari Imam Mazhab yang
4.Seperti menurut mazhab Hanafi; boleh diterima saksi
daripada orang kafir zimmi untuk menghukum sesama
orang kafir zimmi sahaja.Dan saksi orang kafir harbi
untuk menghukum sesama orang kafir harbi sahaja.Sebab
ada hadith yang mengatakan Rasulullah s.a.w. menerima
saksi orang Nasrani untuk menghukum orang Nasrani yang
lain.Tetapi lain pula pendapat daripada mazhab Maliki
dan juga Syafii, yang mengatakan tidak boleh diterima
saksi daripada orang bukan Islam, walaupun untuk
menjadi saksi kepada orang yang bukan Islam (yakni
saksi antara sesama mereka).Kemudian dibahas dengan
lebih terperinci lagi dalam Perbahasan 25, mungkin
sampai ke tahun 2010 kot.Jadi, kalau nak tahu dengan
lebih terperinci dari ustaz Ahmad Jailani, janganlah
jemu-jemu mengikuti perbahasan demi perbahasan yang
akan dibentangkan (cehhh, bunyi macam iklan pulak).   
  



6. dan last sekali ...jika kita memaki hamun sesama
saudara Islam, memanggilnya dengan panggilan
mengaibkan dirinya dsbnya kerana kita tak suka
dengannya...adakah kita berdosa jika berdosa
adakah berdosa sesama saudara Islam, dengan Allah Maha
Pencipta atau sebaliknyadan lagijika dilakukan
ditempat beribadat adakah oranganya mendengarnya turut
berdosa walhal dia tidak bersetuju namun mendiamkan
diri saja tanpa bantahan dibuat...

J : Apakah yang dimaksudkan oleh saudara dengan
istilah 'maki hamun' itu?…..Adakah yang kata sampai
dalam kain tu?…..Kami di Penang, kalau kata yang dalam
kain tu, ia dikatakan sebagai mencarut.Sepanjang saya
pi mengaji kat masjid-masjid, tak pernah pulak dengar
ustaz-ustaz kata 'yang dalam kain' tu.Jadi, bagi kami
'maki hamun' dan mencarut adalah dua istilah yang
berbeza.Yang saya dok cerita ni, Penang punya
istilah.Mungkin bagi negeri-negeri lain, kefahaman
tentang istilah 'maki hamun' ini lain pula.Disebabkan
bahasa Penang ni agak kasar sikit, jadi yang dikatakan
'maki hamun' seperti celaka, haram jaddah dan
sebagainya ni kira 'small matter' saja.Lagi pun ALLAH
SWT juga menggunakan istilah seperti celaka/laknat
dalam al-Quran, betoi tak?….Seperti dalam Surah
al-Mutthaffifiin, awal-awal lagi ALLAH menggunakan
perkataan 'Celaka'.Begitu juga dalam ayat 10.Jadi, apa
kita nak hairan bila ustaz-ustaz bertegas dengan
menggunakan istilah yang sama kepada puak-puak kafir/
munafik/ fasik.
Memangla kalau tak pasal-pasal maki hamun orang, sudah
tentulah berdosa.Hendaklah dia minta maaf  daripada
tuan tubuh yang di cercanya itu serta diikuti dengan
beristighfar, bertaubat kepada ALLAH SWT dan berazam
tidak akan mengulanginya.

Tapi kalau orang itu fasik/munafik/ ulama` jahat; maka
kita kena kata satu perkataan yang membekas di jiwa
orang-orang sebegini.Sepertimana firman ALAH dalam
ayat 63 Suratul Nissa`, "….katakanlah kepada mereka
perkataan yang fasih (terang) tentang diri
mereka."……Seingat saya, ulama` jahat (ulama` su`) ni,
ALLAH SWT menggelarkan mereka sebagai anjing.Kata
ALLAH SWT yang bermaksud, "Mereka adalah seperti
anjing.Yang dikatakan anjing ini, apabila kamu membawa
tulang, lidahnya terjelir.Kalau kamu tak bawa tulang
pun, lidahnya tetap terjelir."……..Maksudnya,
ulama`jenis ni, mereka akan memutar belitkan ayat-ayat
ALLAH supaya menghalalkan apa yang diharamkan oleh
ALLAH SWT, hanya kerana habuan duniawi
semata-mata.Tapi yang dikatakan "tak bawa tulang pun,
lidahnya tetap terjelir", jenis ni dia tidak
dijanjikan dengan apa-apa habuan pun.Tapi untuk supaya
dia tidak diganggu-gugat 

Re: [ingatan] Re: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)

2001-02-01 Terurut Topik Omar AlKhatab


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
--- Si Tanggang [EMAIL PROTECTED] wrote:
 assalamualaikum
 terima kasih atas penerangan yg berharga itu...
 cuma ada sikit kemusykilan 
 
 3. mengikut pandangan yg daif ini pencegah maksiat
 adalah seorang yg diberikan tugas untuk mencegah
 sebarang kemungkaran...tetapi apabila digunakan
 untuk
 menangkap orang telah berbuat maksiat bukan nya
 mencegah orang berbuat maksiat...so masaalahnya
 sekarang adakah pengawai pengawai yg diberi tugas
 nie
 menunggu orang berbuat maksiat dahulu dan
 menangkapnya
 atau mencegahnya sebelum berlaku maksiat..

J :Sebenarnya seruan amal ma`ruf /nahi mungkar ini
adalah kepada semua manusia yang mengaku sebagai orang
Islam.Tak kiralah apa profesyen kita sekali pun,
kerana kita semua berkewajipan mencegah kemungkaran.Ia
hendaklah dimulakan dari dalam diri sendiri, kemudian
dalam kaum keluarga, lepas tu dalam masyarakat
sekeliling dan seterusnya ke peringkat negeri/negara. 

Bila bercakap mengenai 'mencegah kemungkaran', mau tak
mau, ia mesti melibatkan pihak yang berkuasa.Jadi,
dalam konteks perbincangan ini, siapa dia pihak yang
dimaksudkan 'berkuasa' di sini?…Tentulah pihak polis
dan pegawai pencegah maksiat yang dilantik.Kedua-dua
pihak ini semestinya bekerjasama sambil-sambil
ditolong sikit-sikit oleh penduduk kampung bagi
membanteras gejala maksiat yang semakin menjadi-jadi
mutakhir ini.Tapi nampaknya kadang-kadang tu,
kedua-dua pihak yang berkuasa ini macam mau tak mau
saja untuk bertindak bila menerima aduan dari orang
ramai.Ada satu hari tu kawan saya nampak dengan mata
dia sendiri, perlakuan sumbang sepasang teruna dara
dalam sebuah bilik bersetentangan dengan bilik kawan
saya tu.Lalu dia pun talipon polis, tapi respon yang
diterimanya dari polis amat menyedihkan.Kawan saya
cerita bahwa polis tu kata kat dia, "Saudara kena
contact pegawai pencegah maksiat dalam kawasan saudara
dulu, kemudian baru kami boleh bertindak."…Nampak tak
tuan-tuan.Apa salahnya, kamu seorang pegawai polis
yang memang ada contact dengan pegawai pencegah
maksiat itu, tolong kawan saya buat aduan.Kan ka cepat
sikit.
Jadi, bila kawan saya dengar polis kata lagu tu, patah
lah semangat dia untuk buat lapuran, lalu ditutup
buang h/phonenya.Maka bersenang lenanglah couple tadi
diulit syaitan malam itu.
Bila cerita pasai pegawai pencegah maksiat, ustaz
Jailani ada bagitau tentang masalah yang dihadapi oleh
pegawai-pegawai pencegah maksiat dalam siri Qanun
Jinayah Syar`iyah dalam perkara 6/7 yang lalu.Ni dia
saya bawa antara petikan dari siri tersebut : 
Sepertimana dalam ayat lain, dimana ALLAH sebut bahwa,
"Dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan, wahai
orang-orang yang berilmu pengetahuan dan yang berakal
fikiran."…Maknanya, bila kita laksanakan undang-undang
ALLAH SWT ini, maka ALLAH SWT akan mempastikan bahwa
Dia akan cegah benda ini daripada berleluasa dalam
masyarakat umat Islam yang melaksanakan hukuman
daripada ALLAH SWT.Tapi jikalau kita tidak
melaksanakan undang-undang ALLAH SWT, maka ALLAH SWT
tidak akan memberi jaminan kepada kita.Oleh kerana
itulah, kira boleh tengok macamana masyarakat kita
pada hari ini berlakunya kacau bilau dan
sebagainya.Ini adalah kerana tidak mendapat jaminan
daripada ALLAH SWT. Dalam hal ini, pihak berkuasa
mesti serious dalam memahami perkara ini.Sebagai
contohnya, untuk menangani masalah khalwat umpamanya,
pihak pemerintah mestilah lebih aggresif
lagi.Tuan-tuan nak tau dak berapa ramai pegawai
pencegah maksiat yang dilantik ( yang diberi elaun)
oleh kerajaan negeri P.Pinang dalam negeri P.Pinang
ini?…. 7 orang sahaja,tuan-tuan.P.Pinang dok ada 7
daerah, ini bermakna sorang pencegah maksiat untuk
satu daerah.Apa depa ingat superman ka pencegah
maksiat ni? Boleh ka dengan sorang-sorang dia; pi
tangkap pelacur, pi tangkap orang berzina, tangkap
orang berkhalwat dan sebagainya.Dengan backup pun tak
dak, silap-silap haribulan, dia nanti kena katok
dengan qangster.Awat jabatan agama tarak duit sangat
ka nak bagi elaun kat orang lain yang nak tolong
pegawai pencegah maksiat buat operasi?…Ustaz Jailani
kata Jabatan Agama Islam banyak duit, tuan-tuan.Mau
tak banyak, cuba tuan-tuan calculate tengok; kalau
satu couple ditangkap berkhalwat dan mengaku bersalah
di hadapan mahkamah syariah, biasanya denda yang
dikenakan ialah lebih kurang RM2000/- seorang.Yang
kata khalwat ni bukannya sorang punya kerja, dia mesti
ada 2 orang yang buat kerja ni.Maknanya, untuk 1
couple, denda yang dikenakan ialah RM2000/- X 2 =
RM4000/-. Jadi dengan masalah sosial yang dihadapi
oleh masyarakat kita la ni; agak-agak nak dapat 10
couple satu malam dalam satu