Terdapat 10 Trilion Khazanah Petroleum Di Kelantan

 
KOTA BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Terdapat kira-kira 10 trilion kaki persegi khazanah petroleum yang dikesan tetapi masih belum diterokai di kawasan darat dan perairan Kelantan.


Timbalan Menteri Besar, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini Rabu bahawa di kawasan kira-kira 40km dari Pantai Bachok, terdapat dua buah telaga yang dianggarkan mengandungi tiga trilion kaki persegi khazanah petroleum.

Pada 1975, kerajaan negeri Kelantan telah menandatangani satu perjanjian dengan Petronas di mana dalam perjanjian itu Petronas diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam kerja-kerja mencarigali khazanah tersebut,katanya semasa menjawab soalan Hassan Mahmood (PAS-Tawang).

Menjawab soalan tambahan Ramli Abu Bakar (PAS-Wakaf Baharu), Abdul Halim berkata kerajaan negeri belum membuat apa-apa perjanjian dengan Petronas mengenai bayaran royalti kerana belum ada khazanah petroleum itu yang dikeluarkan.

-- BERNAMA


_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.

Kirim email ke