H-Net* [Fwd: [Mutiara-Net] Yayasan Melaka: Jelaskan Wang Pelaburan RM45 Juta]

2000-10-17 Terurut Topik Ahmad Chukari





Kenyataan Akhbar Naib Pengerusi DAP Lim Guan Eng Di Melaka Pada 17.10.2000. 

Yayasan Melaka Mesti Menjelaskan Kedudukan Wang Pelaburan RM45 Juta Dalam 18
Buah Syarikat Samada Untung Atau Rugi.
==

ADUN DAP Kawasan Durian Daun Betty Chew Gek Cheng telah mendedahkan skendal
penyelewengan kewangan Yayasan Melaka yang menggunakan  perbelanjaan
tahunannya untuk membeli barangan mewah. Ini jauh menyimpang daripada tujuan
penubuhannya meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di Melaka dengan
memberikan bantuan kewangan, khususnya pelajar miskin.

Betty Chew juga mempersoalkan mengapa sebahagian besar daripada perbelanjaan
tahunan Yayasan Melaka tidak digunakan untuk bantuan kewangan, tetapi untuk
menyokong aktiviti anak syarikat yang tidak ada hubungan dengan pendidikan.
Hanya 5-6% perbelanjaan digunakan untuk tujuan pendidikan:-

1998   (Juta)  1997
Pinjaman Wang Pengajian Tinggi   3.42.7
Biasiswa  Tabung Pelajar Miskin 0.70.7
Sumbangan kepada pelajar 0.40.4
Jumlah Perbelanjaan Pendidikan   4.53.8

Perbelanjaan Tahunan Keseluruhan77.9   70.8
% Perbelanjaan Pendidikan   5.8%   5.4%

Sudah sampai masanya Yayasan Melaka memberitahu kepada orangramai prestasi
pelaburannya dalam syarikat-syarikat. Dalam 18 buah syarikat sahaja, Yayasan
Melaka telah melaburkan RM45 juta sehingga tahun 1998 seperti berikut:-

 1. Dazun Paper Sdn Bhd  16,870,000
 2. Panca Sri Holding Sdn Bhd   100,000
 3. Mific Sdn Bhd12,000
 4. Y.M. Resources Sdn Bhd1,000,000
 5. Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd  1,714,601
 6. Hasil Padu Sdn Bhd5,000
 7. Firma Padu Sdn Bhd   50,000
 8. YM Management  Consultancy Sdn Bhd  99,900
 9. Iktis Sdn Bhd   411,000
10. Pelangi Air Sdn Bhd   1,891,250
11. Longterm Focus Sdn Bhd  220,000
12. Melaka Golf Resort Sdn Bhd  400,000
13. The Southern Hospital Sdn Bh  2,500,000
14. Ira Perdana Sdn Bhd  75,000
15. Malaysia Technology Venture Two Sdn Bhd   1,800,000
16. Konkrit Express Sdn Bhd   1,800,000
17. Photran Corporation Sdn Bhd  14,000,000 
18. Far-East Uited Industri Sdn Bhd   2,039,285
  -
 JUMLAH   RM 44,988,036
  -

Yayasan Melaka mesti menjelaskan sebab dan kriteria RM45 juta dilaburkan.
Saya tidak tahu samada pelaburan dalam Melaka Golf Resorts Sdn Bhd bermakna
Yayasan Melaka rasa mengajar pelajar miskin bermain golf boleh meningkatkan
prestasi pendidikan mereka. Rakyat berhak tahu kedudukan pelaburan RM45 juta
ini samada untung atau rugi kerana wang RM45 juta ini adalah wang rakyat.



-  LIM GUAN ENG  -



-- eGroups Sponsor -~-~
No bidding, no 
guesswork.  Just  
great fares at Hotwire.
http://click.egroups.com/1/9756/11/_/493750/_/971783770/
-_-

--Welcome to Mutiara-Net--
A Discussion Forum for Better Penang  
--
Email DAP Penang at [EMAIL PROTECTED]
Website   http://www.dappg.org.my/dappg
Mirror site http://dappg.hypermart.net

Send messages to: 
To join the discussion: [EMAIL PROTECTED]
To subscribe, [EMAIL PROTECTED]
To switch to digest mode, [EMAIL PROTECTED]
To unsubscribe, [EMAIL PROTECTED]
Archive: http://www.escribe.com/politics/mutiara-net







Re: H-Net* [Fwd: [Mutiara-Net] Yayasan Melaka: Jelaskan Wang Pelaburan RM45 Juta]

2000-10-17 Terurut Topik salam sejahtera


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Wow
Cekapnya pemimpin UMNO/BN menguruskan kerajaan.
Wow...wau...wau bulan.


From: Ahmad Chukari [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* [Fwd: [Mutiara-Net] Yayasan Melaka: Jelaskan Wang Pelaburan 
RM45 Juta]
Date: Tue, 17 Oct 2000 21:32:23 +0800


 message3.txt 

_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "salam sejahtera" [EMAIL PROTECTED]