*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            11 tindakan Kerajaan Pusat lumpuhkan Terengganu

            KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi,
Petroleum,
            Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali memberikan 11
tindakan
            Kerajaan Pusat untuk melumpuhkan kerajaan Terengganu pilihan sah
rakyat. Tindakan
            itu terbahagi kepada tiga kategori masalah yang disifatkannya sebagai
sekatan,
            gangguan dan diskriminasi.

            Dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Simposium Dua Tahun
Kerajaan Baru
            Terengganu, Dato’ Haji Mustapa menggariskan sekatan itu termasuk
menghentikan
            pelaksanaan 13 Projek Perumahan Awam Kos Rendah yang telah
dipersetujuinya.
            Menghentikan pelaksanaan projek infrastruktur Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu
            (MPKT); menghentikan geran dan pinjaman mudah untuk pembangunan
kawasan
            industri; menghentikan pinjaman mudah kepada projek bekalan air dan
            melambat-lambatkan bayaran wajib di bawah perlembagaan seperti geran
per kapita
            dan geran jalan.

            Sementara gangguan pula ialah: Menggunakan agensi kerajaan pusat
seperti KETENGAH
            dan FELDA untuk kepentingan politik; menubuhkan Jabatan Khas di bawah
seliaan
            Kementerian Penerangan untuk tujuan politik dengan dibiayai oleh Wang
Ihsan;
            menubuhkan semula JKKK yang telah dibubarkan oleh Kerajaan Negeri.
Kertas Dato’ Haji
            Mustafa juga memberikan tiga diskriminasi kerajaan pusat seperti:

            Yang terbesar ialah penafian bayaran royalti petroleum. Adalah
dijangkakan bayaran
            yang patut diterima dalam tahun 2000 tidak kurang dari RM900 juta dan
dalam tahun
            2001 tidak kurang dari RM1 billion berdasarkan harga minyak waktu itu;
Pengenaan caj
            perkhidmatan dua peratus ke atas pinjaman air bagi Terengganu dan
Kelantan sedang ia
            tidak dikenakan ke atas negeri di bawah Barisan Nasional (BN); Projek
pembesaran
            Lapangan Terbang Sultan Mahmud nampaknya tidak akan diteruskan.

            Dato’ Haji Mustafa juga menggariskan 10 program kerajaan negeri
terjejas akibat
            penafian wang royalti yang merupakan 75 peratus dari hasil negeri
seperti berikut:

            • Program pinjaman perumahan tanpa faedah untuk rakyat berpendapatan
rendah
            sebanyak RM20 juta setahun;

            • Pinjaman perumahan kakitangan kerajaan tanpa faedah RM10 juta
setahun walau
            terpaksa diteruskan dengan dana yang lebih kecil;

            • Tabung pinjaman usahawan kecil RM5 juta setahun;

            • Bantuan Kebajikan Masyarakat. Terdapat beribu-ribu bakal penerima
baru telah selesai
            dipilih, kebanyakan hasil dari diskriminasi kerajaan dulu terpaksa
ditangguhkan;

            • Pinjaman pendidikan tanpa faedah melalui Yayasan Terengganu yang
sudah
            dilaksanakan dalam tahun 2000 terpaksa ditangguhkan bagi kemasukan
seterusnya.
            Pinjaman pendahuluan bagaiamanapun masih diteruskan;

            • Pinjaman latihan kemahiran melalui TESDEC terpaksa dikurangkan
secara drastik;

            • Caruman kepada agensi kerajaan seperti Yayasan Terengganu (YT),
Yayasan Islam
            Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan Yayasan
Pembangunan
            Usahawan (YPU) terpaksa dikurangkan;

            • Peruntukan bagi pembangunan usahawan melalui Pejabat Daerah dan
Majlis Daerah
            terpaksa dikurangkan;

            • Peruntukan Pendidikan kepada sekolah agama rakyat terpaksa
dikurangkan;

            • Dan peruntukan untuk semua Jawatankuasa portfolio yang
dipengerusikan oleh Exco
            juga dikurangkan.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman Abdul Talib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke