*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrbt,

Hari ini anak saya yang bersekolah ditingkatan dua meminta saya membeli 
sebuah kalkulator yang dijual oleh pihak sekolah. Saya tidak pasti samada 
ianya senarai yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan atau pun anjuran 
sekolah. Berikut adalah butir2 kalkulator tersebut dan syarikat yang 
dikatakan menjadi penjual :

Nama Calculator : TAC5 Kalkulator Saintifik 10-digit.
Harga satu unit : RM24.00

Nama pengedar :

MyWAY TRADING (IPO173170-D)
No. 20, Kedai MDKK, Depan Pasar Besar,
31100 Sungai Siput(U) Perak.
Tel : 013-510 6546 Fax : 605-597 5531

dalam borang pembelian, dinyatakan seperti berikut :

SPESIFIKASI KALKULATOR SAINTIFIK
(OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Anak saya menyatakan guru meminta semua pelajar wajib membeli kalkulator 
tersebut. Saya ada memiliki kalkulator saintifik jenama CASIO dan bercadang 
memeri kepada anak saya untuk kegunaan pembelajaran tanpa membeli dari 
sekolah.

Tetapi, anak saya terasa tertekan seolah-olah guru "memaksa" semua pelajar 
membeli kalkulatorjenis tersebut atas alasan keseragaman dan banyak fungsi. 
Berdasarkan gambar dalam borang pembelian, saya dapati fungsi nya sama 
sahaja dengan kalkulator yang saya miliki.

Apa yang saya musykilkan ialah :

1. Adakah ianya arahan Kementerian?.
2. Kenapa pilih kalkulator tersebut ?.
3. Kenapa Syarikat tersebut yang tiada telefon no. kecuali hp ?.

Apa yang saya bimbangkan, perniagaan telah pun menjadi fokus kepada segala 
program sekolah. Dan kemampuan ibu bapa, kesesuaian alat, kepentingan 
pelajar secara keseluruhannya sudah tidak menjadi perkara utama.

Cuba kita fikir jika seorang pelajar membayar RM24.00, berapa jumlah yang 
syarikat ini perolehi untuk keseluruhan pelajar seluruh Malaysia dalam 
tingkatan 2.

Saya tidak berniat untuk persoalkan perniagaan syarikat ini, tetapi 
janganlah sampai timbul unsur2 paksa dalam pembeliannya.

Wassalam.

Ibnu-Luqman.


_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke