*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ NOTA DARI PENULIS ASAL: terimakasih kepada moderator kerana merahsiakan email address saya assalamualaikum para netters saya baru sahaja terima message mengenai alkohol daripada beberapa netters. di sini ingin saya menceritakan suatu peristiwa yang amat menyayat hati, terutamanya pada diri saya dan juga keluarga saya. hari ahad 21/1/01 adalah merupakan hari yang paling malang bagi hidup saya sekeluarga, dimana saya turut kehilangan ayah tersayang. pada hari yang malang itu lebih kurang jam 5:20 pagi ayah saya sudah bersiap sedia hendak ke surau berdekatan utk menunaikan solat subuh. selalunya beliau bertolak pada pukul 5 pagi (ayah adalah seorang ahli masjid dan sudah menjadi routine hariannya supaya awal ke surau - utk membuka surau, membersih surau, berwirik dan mengaji quran sampai waktu solat subuh kemudian bersiap sedia untuk khutbah subuh pulak) tapi entah kenapa hari itu beliau terlewat sedikit. setelah selamat menyeberangi jalan besar/utama ke surau dan sebaik saja kaki ayah saya menyentuh kaki lima pejalan kaki (pedestrian pavement/kerb) entah dari mana tiba-tiba sebuah kereta satria pecut dengan kelajuan maksima terhoyong hayang terus melanggar ayah saya. ayah saya terpelanting lebih kurang 20 kaki dan jatuh menghempap tiang pagar (tiang pagar corak 'L' tapi cuma tiang yang tinggal tanpa pagarnya) seterusnya terguling jatuh ke dalam parit di tepi kali lima jalan tersebut. mungkin kerana impact kuat akibat lambungan tadi, ayah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepalanya. tidak cukup dengan itu rupanya setelah melanggar ayah saya kereta satria itu terus merempuh 7 gadis kilang yang ketika itu sedang menunggu bas kilang ke tempat kerja. mangsa gadis pertama yang dilanggar tersepit di bawah kereta dan diheret sehingga kereta tersebut merempuh sebatang pokok berhampiran (kecederaan di bahagian pinggangnya yang begitu teruk mengakibatkan beliau meninggal dunia lewat hari itu juga), gadis ketiga berada di dalam keadaan kritikal dan kecederaan yang serius di bahagian otak, tulang belakang, tulang punggung, tulang kaki yang kesemuanya retak 8 sama sekali, paru-paru dan jantung - mengikut jangkaan doktor yang merawat beliau kalau paru-paru dan jantung mangsa masih lemah, kemungkinan pembedahan terpaksa ditangguhkan dan kemungkinan besar mangsa akan lumpuh separuh badan. mangsa-mangsa seterusnya mengalami kecederaan di mana kaki dan tangan patah. tetapi apa yang terjadi pada pemandu kereta satria dan penumpang-penumpangnya? oh mereka semua selamat cuma co-pilot mengalami kecederaan patah kaki. untuk makluman para netters semua pemandu dan penumpang kereta satria ini semuanya berada di dalam keadaan mabuk, di bawah umur (kecuali pemandunya) dan tidak mempunyai lesen memandu. mungkin keadaan mereka yang tidak sedar (masih pening lalat) akan keadaan sebenar, mereka tidak berupaya melarikan diri dari tempat kejadian. kata saksi mereka dibelasah teruk juga oleh orang-orang yang menyaksikan insiden tersebut apatah lagi setelah membunuh orang yang nak menunaikan solat subuh. tapi menurut laporan yang sediada pemandu dan penumpang kereta satria dengan tegas mengaku mereka tidak mabuk. bila di tanya kenapa memandu di dalam keadaan yang begitu merbahaya? mereka menjawab dengan selamba yang mereka cuma berniat utk seronok-seronok aje dan utk makluman semua netters pemandu sebenarnya tidak tahu memandu kereta cuma di waktu itu keadaan terpaksa kerana 4 penumpang yang lain sedang nyenyak tidur. kata para saksi selepas saja kejadian berlaku pemandu keluar dari kereta di dalam keadaan melelong dan tidak stabil, daripada mulutnya sudah boleh terhidu arak. menurut saksi yang juga menghala ke surau, beliau sempat menarik tubuh ayah saya keluar dari parit dan beliau mendapati ayah saya masih bernyawa dan beliau sempat menyuruh ayah saya mengucap - dan ayah terus meninggal dunia setelah mengucap. ayah pergi meninggalkan kami 9 beradik dan 3 cucu. sepatutnya selepas saja solat subuh di hari itu, ayah akan bersambung khutbah subuhnya di masjid yang lain berhampiran dan lewat dinihari pulak ayah akan membawa anak saudaranya menuntut menjadi imam tapi itu semua bertukar menjadi kenangan yang teramat sedih sekali bagi mereka yang terlibat. wahai para netters, apa yang saya ceritakan di atas adalah yang sebenarnya bukan rekaan semata-mata. sesiapa yang tinggal atau berasal dari pulau pinang (kawasan bukit jambul) mesti tahu akan cerita malang ini. pesanan saya ialah sesiapa yang kaki mabuk tu tolonglah insaf dan taubat tika peluang masih ada. kalau tak nak jugak mungkin peristiwa di atas akan berulang lagi dan siapa mangsa seterusnya pulak? lihatlah macamana alkohol boleh membawa maut bukan kepada pemabuk tapi kepada orang lain yang tidak berdosa. AL-FATIHAH kepada ayah saya, EN RAMLI BIN YAACOB semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. terima kasih Who needs Cupid? Matchmaker.com is the place to meet somebody. FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>