Assalamu'alaikum

Berita ANN (Al-Ahkam Network News - http://ann.al-ahkam.com.my)

Fadlullah mengharamkan menolong Amerika menentang Iraq

URL : http://ann.al-ahkam.com.my/cgi-bin/ann/viewnews.cgi?category=3&id=1029230532

Satu lagi kroni Al-Ahkam Online (URL baru al-ahkam : http://www.al-ahkam.com.my/forum )

wassalam
----

Fadlullah mengharamkan menolong Amerika menentang Iraq
فضل الله يحرم مساعدة أميركا ضد العراق


Al-Jazeera - 12-08-2002, waktu Mekah 19:05, waktu GMT 16:05

[Sheikh Mohammed Hussain Fadlullah]

Alamah Mohammad Hussain Fadlullah telah mengeluarkan fatwa hari ini mengharamkan dari menolong Amerika Syarikat bagi melakukan serangan terhadap Iraq, menurut kenyataan yg dikeluarkan dari pejabatnya di Lebanon.

Dengan menggunakan keupayaannya sebagai Pakar Rujuk Syiah, yg mempunyai autoriti mengeluarkan fatwa, Al-Sheikh Fadlullah mengesahkan bahawa :

لا يجوز مساعدة أميركا أو أي من حلفائها على ضرب الشعب العراقي أو تمكينها من السيطرة على مقدراته الاقتصادية وثرواته الطبيعية وسياسته العامة لأن الله يحرم إعانة الكافرين على المسلمين والمستكبرين على المستضعفين


"Sesungguhnya tidak dibolehkan menolong Amerika atau mana-mana kuncu-kuncunya didalam menyerang rakyat Iraq, atau meletakkannya didalam situasi yg membolehkan dominasi keatas nasib ekonomi mereka, kesihatan dan juga polisi umumnya, kerana Sesungguhnya Allah melarang menyokong orang-orang kafir yg menentang Islam dan berlaku Kejam keatas orang-orang yg lemah (mustad'afin)."

Penentang Syiah telah menyertai perhubungan diantara pembangkang Iraq dan Amerika Syarikat di Washington bagi tujuan mengkaji langkah-langkah yg akan diambil setelah menjatuhkan pemerintahan Presiden Iraq, Sadam Hussein. Fadlullah, yg mendapat pengaruh rujukan yg luas dikalangan jemaah Islam yg mazhab dengannya, menyeru kepada semua orang Islam untuk "menukar perkara-perkara yg buruk didalam realiti diri mereka". (أن يتدبروا أمورهم بأنفسهم في تغيير الواقع الفاسد الداخلي)

Kenyataan menunjukkan bahawa Fadlullah telah mengeluarkan fatwa :

بعد أن وردت إليه عدة استفتاءات لتبين الحكم الشرعي الإسلامي حول شرعية التعاون مع أميركا وحلفائها في أجواء التحضير الأميركي لتوجيه ضربة عسكرية إلى العراق


"setelah menerima undian yg menunjukkan keputusan diantara hukum syariah Islamiyyah dengan keputusan musuh yg bekerjasama dengan Amerika dan sekutu-sekutunya didalam penyediaan serangan tentera keatas Iraq".

Dinyatakan juga bahawa negara Arab dan negara-negara Islam, termasuklah sekutu Amerika Syarikat menentang serangan ini.

sumber : http://www.aljazeera.net/news/arabic/2002/8/8-12-11.htm

Undian di Msnbc sila klik : Should America launch a ground invasion of Iraq?

----

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2002



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke