*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Muktamar ke-48 di premis PAS yang canggih
> 
> Friday, May 17 @ 20:20:51 MYT
> 
> 
> KOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-48
> bakal mencatat sejarah
> apabila ia akan dilangsungkan di bangunan yang lebih
> selesa dan lengkap
> dengan peralatan canggih.
> 
> Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) yang
> bernilai RM6.8 juta merupakan
> premis milik PAS, yang dianggap paling canggih serta
> lengkap dengan sistem
> visual dan audio terkini.
> Penyokong PAS dari seluruh negara mampu berbangga
> kerana sumbangan wang
> ringgit dan keringat mereka untuk menyiapkan
> bangunan itu, kini menjadi
> kenyataan.
> 
> Bangunan yang menjadi kebanggaan itu dibina di
> kawasan seluas 3.4 ekar,
> dapat menampung seramai 4,000 orang, iaitu 3,000 di
> bahagian bawah dan
> selebihnya di tingkat atas.
> 
> Perwakilan, permerhati dan tetamu jemputan boleh
> mengikuti majlis perasmian
> dan perbahasan dengan lebih selesa di dalam bangunan
> berhawa dingin. Layar
> dan televisyen litar juga akan disediakan di luar
> bangunan, ketika muktamar
> itu berlangsung.
> 
> Pembinaan bangunan itu dilakukan pada awal tahun
> 2001 dan siap sepenuhnya
> pada 23 Ogos 2001, apabila dirasmikan oleh Mursyidul
> Am, Tuan Guru Dato' Nik
> Abdul Aziz Nik Mat menjelang sambutan ulangtahun PAS
> ke-50.
> 
> Kompleks Putik kini dilengkapi dengan pejabat
> pentadbiran dan dilingkari
> dengan pagar.
> 
> Selain itu, ruang-ruang niaga juga diwujudkan untuk
> membolehkan setiap PAS
> kawasan di Kelantan memasarkan produk masing-masing.
> 
> Bangunan tandas juga sudah dilengkapi dengan mozek
> dan boleh digunakan
> sepenuhnya.
> 
> Putik kini ditadbir oleh seorang pengurus, Mas
> Rozita Mas Mohd berkelulusan
> bidang akaun dari sebuah universiti di England dan
> beliau dibantu empat
> kakitangan lain.
> 
> Perasmian muktamar akan diadakan pada 31 Mei ini,
> bermula kira-kira jam 8.30
> pagi. Sebelum itu, Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil
> Mohd Noor akan memeriksa
> perbarisan oleh pasukan Unit Amal.
> 
> Bagaimanapun perasmian muktamar Dewan Pemuda
> diadakan di Putik pada 30 Mei,
> manakala muktamar Dewan Ulamak dan Muslimat diadakan
> di Hotel Perdana pada
> tarikh yang sama.
> 
> Pada sebelah malam, 31 Mei, juga akan diadakan
> sidang video di antara
> pemimpin utama PAS dengan wakil gerakan Islam di
> Amerika Syarikat, United
> Kingdom dan Qatar.
> 
> Ceramah perdana pula akan diadakan pada malam 1 Jun
> yang membariskan
> pemimpin tertinggi PAS. Muktamar empat hari itu
> dijangka berakhir pada
> petang 2 Jun.
> 
> Ekspo jualan juga diadakan sempena muktamar kali ini
> yang bermula 28 Mei
> hingga 2 Jun ini.
> 
> Kira-kira 300 gerai disediakan di tapak jualan
> bersebelahan dengan bangunan
> Putik.
> 
> Bagaimanapun sebelum berlangsung muktamar PAS,
> persidangan mengenai Palestin
> akan diadakan di Hotel Perdana.
> 
> Seminar itu akan diadakan pada 29 Mei 2002 yang
> bertajuk, Keganasan di
> Palestin Antara Air Mata dan Darah, dijangka
> dirasmikan Presiden PAS, Dato'
> Haji Fadzil Mohd Noor.
> 
> Pemimpin gerakan Islam dari beberapa negara dijangka
> hadir termasuk dari
> Jordan, Labenon, Indonesia dan Thailand.
> 
> Manakala pada sebelah malam akan diadakan pidato
> perdana oleh Tuan Guru
> Dato' Nik Abdul Aziz, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
> Hadi Awang, Drs Lokman
> Hakim (Indonesia), Dr Ismail Lotfi (Thailand),
> Sheikh Ishak Farhan (Jordan)
> dan Sheikh Fathi Yakan (Lebanon) bertempat di
> Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.
> 
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
LAUNCH - Your Yahoo! Music Experience
http://launch.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke