Kelantan dalam gerhana tingkatkan pelancong ke Kelantan
Thursday, September 19 @ 12:25:14 MYT


KOTA BHARU, 19 Sept (Hrkh) - Segmen khas Kelantan Dalam Gerhana yang
disiarkan oleh RTM setiap hari bermula 26 Ogos lalu, menyebabkan negeri ini
menjadi tarikan sehingga berjaya mencatat peningkatan pelancong melebihi 100
peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Abdul
Rahman Yunus, berkata pihaknya terus menerus menerima surat permohonan
pelancong luar untuk mengunjungi negeri ini walaupun musim cuti sekolah
sudah berakhir.
Ketika menghubungi Harakah beliau berkata, sebelum sagmen Kelantan Dalam
Gerhana kedatangan pelancong tidak begitu ramai, iaitu ditahap biasa.
"Namun setelah segmen ini disiarkan oleh RTM, peningkatan pelancong begitu
ketara sekali sehingga mencecah lebih 100 peratus dalam tempoh yang sama
cuti persekolahan tahun lalu.
"Ada di antara! pelancong turut bertanyakan tentang kesahihan segmen
tersebut, jadi kita telah memberi penjelasan mengenainya di mana ianya
hanyalah direka-reka sahaja untuk memburukkan imej kerajaan negeri,"
ujarnya.
Tambahnya lagi, antara pelancong yang ramai mengunjungi negeri ini ialah,
Perak, Kedah dan Perlis.
Sambungnya lagi, antara tujuan mereka mengunjungi negeri ini rata-ratanya
ingin mendapat maklumat berhubung Kelantan Dalam Gerhana selain
membeli-belah.
"Ekoran kedatangan pelancong yang meningkat lebih sekali ganda ini,
menyebabkan semua hotel pelbagai kategori termasuk rumah tumpangan biasa
tidak mencukupi," ujarnya.
Abdul Rahman, seterusnya berkata, bagi memberi keselesaan pada mereka, pihak
urusetia terpaksa mencari alternatif lain, seperti menyediakan tempat
penginapan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di samping asrama
sekolah.
Bahkan, jelasnya bagi pelancong persendirian yang tidak menghubungi pihak
urusetia ada ! yang terpaksa tidur di wakaf Dataran Majlis Perbandaran Kota
Bharu (MPKB).
Beliau berkata lagi, kebanyakkan pelancong yang datang adalah terdiri dari
pemimpin masyarakat, badan-badan politik termasuk KeAdilan, Ngo selain orang
perseorangan.
Katanya lagi, antara pemimpin yang meraikan pelancong baru-baru ini ialah,
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Pelancongan, Kebudayaan dan
Ngo, Anuar Tan Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan,
Ustaz Wan Mohd Jamil Mahmod, Adun Meranti, Ustaz Nasaruddin Haji Daud, Adun
Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad dan Penghulu Tanpa Mukim, Ting Lai Hong.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke