Rencana // Articles :
SPR Selamatkan Datuk Najib
hold=0>
Thursday, August 22, 2002 - 12:45 AM GMT



Aman Rais Ehsan
Malaysiakini.com, langgani Malaysiakini.com hari ini Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) menegaskan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang
dilakukannya sekarang adalah adil dan mengikut keperluan semasa, setelah
mengambilkira faktor jumlah pengundi dan keluasan kawasan berkenaan.
Dengan mengambilkira faktor-faktor itu, 25 lagi kawasan Parlimen diwujudkan
untuk menjadikan jumlahnya sebanyak 219 berbanding 194 sekarang. Kini draf
persempadanan semula itu dipamerkan kepada umum untuk! bantahan sebelum ia
dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. Menurut SPR ia tidak bertujuan untuk
memberi kelebihan kepada parti kerajaan, Barisan Nasional (BN) dalam
pilihanraya umum ke-11 menjelang tahun 2004. Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh SPR itu sebagai adil
dan wajar. Namun bagi parti-parti pembangkang khususnya PAS, apa yang
dilakukan oleh SPR itu adalah satu pengkhianatan kepada rakyat dan berat
sebelah. PAS mempertikaikan mengapa tiada tambahan kerusi Parlimen di
Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan sedangkan jumlah pengundi di
negeri-negeri itu juga telah meningkat? Kini rakyat sedang meneliti draf
baru kawasan pilihanraya itu. Dari tinjauan awal jelas sekali ia memberi
kelebihan kepada BN. Kawasan atau negeri yang BN kuat, telah diberikan
tambahan kerusi yang besar umpamanya di Johor, Pahang dan Sabah. Kawasan
di mana BN lemah termasuk Kedah, negeri kelahiran Perdana Menteri! tidak
mendapat apa-apa kerusi baru. Ini jelas menunjukkan kebimbangan BN dan Umno
terhadap pengaruh PAS dan parti-parti alternatif lain di Kedah, Kelantan dan
Terengganu. Perlis memang wajar tidak diberikan tambahan kerusi memandangkan
saiznya yang terlalu kecil. Adalah tidak logik sama sekali ketiga-tiga
negeri itu tidak layak untuk mendapat kerusi Parlimen baru,
sekurang-kurangnya satu. SPR dan kerajaan BN tidak boleh menyembunyikan
hakikat ini. Keuntungan bagi Najib Dakwaan pemimpin pembangkang
persempadanan semula ini mahu mengukuhkan BN ada kebenarannya. Contoh yang
paling jelas ialah Parlimen Pekan, Pahang. Kawasan Parlimen Pekan yang
diwakili Menteri Pertahanan, Datuk Najib Tun Razak itu sebelum ini tidak
trermasuk kem tentera Batu 10 yang terletak di Jalan Gambang, Kuantan. Kem
Bt 10 terlalu jauh dari Pekan. Sebelum ini ia termasuk dalam Parlimen Paya
Lebar yang diwakili Menteri Perpaduan Negara, Datuk Siti Zaharah Sulaiman.Najib, yang juga naib presiden Umno, menang dengan majoriti 290 undi sahaja
untuk menewaskan calon PAS. Bila kem Bt 10 yang dianggarkan mempunyai
lebih 1,000 anggota tentera itu dimasukkan ke kawasan Pekan, peluang Najib
untuk menang dengan majoriti selesa adalah cerah. Wajarkah kem Bt 10 yang
begitu jauh dari Pekan dimasukkan ke kawasan Pekan? Tidakkah lebih logik dan
sesuai ia dikekalkan dalam Paya Lebar. Nampaknya keuntungan bagi Najib
adalah kerugian bagi Siti Zaharah. Menteri Perpaduan Negara itu menewaskan
calon Keadilan di kerusi Parlimen Paya Lebar dengan majoriti lebih 3,000
undi. Nampaknya keyakinan Umno/BN untuk memenangi pilihanraya tahun 2004
bukan berdasarkan pemulihan sokongan orang Melayu kepada Umno tetapi dengan
"bertongkatkan" SPR. Umno terpaksa mengembalikan kegemilangannya dengan
menggunakan segala media dan jentera kerajaan serta mengeksploitasi orang
bukan Melayu. Kerajaan mahu menutup angkara memperalatkan SPR ini ! dengan
mematuhi peraturan mempamerkan draf cadangan itu. Bagaimanapun awal-awal
lagi sudah dapat dihidu semua itu hanya topeng kerana tidak mungkin teguran
atau bantahan serta cadangan baru akan dipertimbangkan oleh SPR. Semua ini
tidak lebih daripada satu formaliti. Apa yang dicadangkan oleh SPR
sebenarnya sudah muktamad. Jangan buang masa anda membuat bantahan atau
cadangan baru! Sedarlah, SPR sebenarnya membuang masa, tenaga dan wang
rakyat dengan semua kerja-kerja ini.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke