Tiada Anak Bukit, tiada Langkawi
Friday, August 09 @ 06:13:30 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
MENGAPA Perdana Menteri Dr. Mahathir menyinga terhadap PAS walaupun BN dapat
menawan semula kawasan Parlimen Pendang dan mengurangkan agak banyak
majoriti kekalahannya di Anak Bukit dalam pilihan raya kecil baru-baru ini?

Adalah benar tabiat atau perangainya begitu; tidak belas kepada lawan yang
dikalahkannya.
Contoh termudah ialah apabila dia berjaya mengalahkan Tengku Razaleigh
Hamzah dengan 43 undi untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO dalam tahun
1987. Semua saranan adalah supaya keduanya melenyapkan perselisihan semasa
kempen dan keputusan pemilihan itu memperlihatkan perwakilan UMNO mahu
kedua-duanya.
Tetapi Dr. Mahathir yang menang itu tidak memberi muka kepada Tengku
Razaleigh dan orang-orangnya. Team B terus ditindas denga! n meningkatkan
permusuhan.
Tidakkah perangai itu terbawa-bawa dengan keputusan pilihan raya kecil di
Anak Bukit dan Pendang. Keputusan itu dilihat memihak kepada BN, tetapi dia
dan BN terus mengamok dengan tohmah PAS membawa budaya kempen ganas dan
mencadangkan pindaan peraturan pilihan raya mendenda pembangkang hingga
menyulitkan mereka menyertai pilihan raya kelak.
Adakah dengan itu nanti PAS akan tersiksa seperti Tengku Razaleigh yang
akhirnya menikus kepadanya dan sujud sebagai pengikutnya atau hulubalang Dr.
Mahathir yang setia?
Walaupun UMNO di Pendang dan di Anak Bukit dilihat lebih baik dari pilihan
raya umum 1999, tetapi Dr. Mahathir dilihat seperti menangis tidak berlagu.
Mengapa?
Walaupun beliau acap menangis berlagu di saat-saat pilu, tetapi hibanya
dipercayai lebih mendalam daripada menangis tidak berlagu selepas pilihan
raya kecil di Kedah.
Pilihan raya kecil pertama di Kedah iaitu di Lunas. BN kalah dan majoritidua pertiganya roboh. Pilihan raya di Anak Bukit adalah peluang untuk
menegakkan kuasa dua pertiga. Peluang dikatakan ada tetapi harapan BN bak
kaca terhempas di simin.
BN menang semua pilihan raya kecil di luar Kedah, tetapi tidak dalam pilihan
raya kecil di Kedah. Negeri Dr. Mahathir tidak menunjukkan mereka setia
kepada Dr. Mahathir.
Yang lebih mengeciwakan Dr. Mahathir dipercayai betapa ketiadaan kuasa dua
pertiga di Kedah itu menyulitkan usaha, jika ada, untuk menjadikan Langkawi
sebagai satu lagi wilayah persekutuan yang baru.
Ura-ura bertiup kencang kononnya Langkawi hendak diceraikan dari Kedah untuk
ditadbir terus di bawah Kerajaan Pusat. Jika Sabah dan Selangor sudah
berkorban melepaskan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menjadi
Wilayah Persekutuan, maka Kedah juga melepaskan wilayahnya satu lagi setelah
ia pernah hilang Pulau Pinang ketika Inggeris mula ke sini dulu.
Kemudahan itu dikira sukar sekarang sekurang-k! urangnya selama BN tidak
memiliki mandat dua pertiga di Kedah. Sebelum Langkawi boleh dipisahkan dari
Kedah, ia terlebih dahulu mesti mendapatkan persetujuan Dewan Undangan
Negeri.
Sudah tentu pembangkang yang 13 orang itu tidak akan bersetuju untuk
menyerahkan kedaulatan Kedah atas Langkawi.
Bebelas-belas Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan pusat berada di Komplek
Bernas di Anak Bukit untuk menyambut kemenangan calon BN, tetapi Allah
mentakdirkan mereka meraikan kemenangan calon PAS, Ir. Amiruddin Hamzah.
Mereka keciwa di khalayak ramai tetapi Dr. Mahathir tergamam sendirian di
hadapan TV.
Keputusan itu juga menghalang BN mencarik-carikkan negeri itu kepada kawasan
pilihan raya baru. Persempadanan baru tidak boleh dilakukan menjelang
pilihan raya akan datang untuk kawasan negeri di Kedah.
Yang dilihat orang UMNO tidak menangis bersama-sama Dr. Mahathir selepas
keputusan diumumkan. Tetapi ternyata UMNO dan pemimpinnya mengamok.> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke