H-Net* Ikhlas

2002-07-09 Terurut Topik ku6ku6 ku6ku6


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
  Ikhlas adalah sifat kelakuan hati yang terpuji.Ikhlas dalam pengertian 
bahasa adalah bersih,suci.sesuatu bekas yang bersih,suci juga disebut 
ikhlas(dalam pergertian bahasa).Ikhlas dalam ibadat dan amal ibadat 
semata-mata kerana Allah taala dalam bentuk perintah
atau larangannya,dan tidak ada tujuan selain dari itu.Bukan
kerana harta benda pangkat atau pujian manusia.Segala amalan
tidak diterima sekiranya tidak ikhlas."Akhir zaman ramai yang berpuasa
tetapi dapat lapar dan dahaga sahaja.Tidak ada syrik dengan
Allah taala,seperti ada yang sembah Tuhan,dan dalam masa yang sama,
sembah patung,sembah manusia,sembah harta,inilah dia penyesekutuan
kepada Allah Taala atau mengambil hukum selain daripada hukum
Allah taala.Atau melakukan ibadat mau sanjungan,pujian (syirik)
yang merosakkan segala amal ibadat.Firman Allah Taala yang bermaksud
"Tidak disuruh akan mereka itu melainkan menyembah merika akan Allah Taala 
pada ketika membersihkan merika baginya aakan Ugama daripada
syirik kecil atau syrik besar".

  Segala amalan kita bergantung kepada niat,dan akan diberi "uhuhuh"
(pahla).Barang siapa berpindah ia dari negeri kafir kepada negeri
Islam dengan niat yang ikhlas kerana menjunjung perintah Allah
dan Rasul nya maka perpindahan itu mulia dan diterima dan diberi pahla.
Barang siapa yang berpindah kerana dunia,dapatlah dunia dan berpindah
kerana perempuan dapatlah dia bergantung pada barang berpindah dan
padanya amat keji.Terengganu,Kelantan daripada sistem Kafir kepada Islam 
adakah kita nak tukar pulak kepada sistem kafir?.Tergantung
pada niat masing-masing dan perpindahan tersebut adalah haram dan
amat keji sekali.Bagitu juga pindah duit dari Bank-Bank Islam keBank 
Swiss,keNegeri Kafir sesungguhnya perpindahan tersebut tidak
kepada Allah dan Rasul.Merika ini bukan jahil tetapi jahat.
Marilah kita melakukan perpindahan dari hukum manusia kepada
hukum Allah dan Rasul.
   Marilah kita sama-sama berjuang dengan mengiklaskan diri semata-mata
kerana Allah dan Rasul bukan kerana wang ringgit pangkat atau
harta.Ikhlas itu adalah rashia daripada rashia Allah Taala,dan
Allah muliakan Dato Fadhir Nor kerana keikhlasannya dalam perjuangan
menegakkan Islam dibumi Malaysia.Marilah kita sama-sama berdoa
semuga perjuangan kita semua diterima olih Allah Taala.
Insyaallah kalau saya tiada halangan dan panjang umor kita bertemu di
Anak Bukit,Insyallah


_
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "ku6ku6 ku6ku6" <[EMAIL PROTECTED]>



H-Net* IKHLAS - Bahagian 2

1999-10-19 Terurut Topik Abdul Jamil Lam


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang dikasihi, disayang, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya membicarakan bab IKHLAS - Bahagian 2, di dalam untuk 
memenafaatkan setiap ilmu dan amalan kita diterima dan mendapat keredhoan 
daripada-Nya.

InsyaAllah...Amin!



IKHLAS - [Bahagian 2]



- Hukum Amal Yang Bercampur Antara Ikhlas Dan Tujuan-Tujuan Lain -

SYEIKH Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menjelaskan tentang seseorang yang 
beribadah kepada Allah, tetapi ada tujuan lain. Beliau membagi menjadi tiga 
golongan :

1.  Seseorang bermaksud untuk taqarrub kepada selain Allah dalam ibadahnya 
dan untuk mendapat sanjungan dari orang lain. Perbuatan seperti ini tentu 
saja membatalkan amalnya dan termasuk syirik, berdasarkan sabda Rasulullah 
SAW : Allah berfirman : "Aku tidak dibolehkan pada semua sekutu. Barangsiapa 
beramal mempersekutukan-Ku dengan yang lain, maka Aku biarkan dia bersama 
sekutunya."

[HRS. Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad]


2.  Ibadahnya dimaksudkan untuk mencapai tujuan duniawi, seperti ingin 
menjadi pemimpin, mendapatkan kedudukan dan harta, tanpa bermaksud untuk 
taqarrub kepada Allah, maka amal seperti ini akan terhapus dan tidak dapat 
mendekatkan diri kepada Allah.

Allah Ta'ala berfirman, bermaksud :

"Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya 
Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna 
dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak 
memperoleh di akhirat kecuali Neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang 
telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka 
kerjakan."

[Hud : 15-16]


Perbedaan antara golongan kedua dan pertama, kalau golongan pertama 
bermaksud agar mendapat sanjungan dari ibadahnya kepada Allah, sedangkan 
golongan kedua tidak bermaksud agar dia disanjung sebagai ahli ibadah kepada 
Allah dan dia tidak ada kepentingan dengan sanjungan manusia kerana 
perbuatannya.


3   Seseorang yang tujuan ibadahnya untuk taqarrub kepada Allah sekaligus 
untuk tujuan duniawi yang akan ia peroleh, seperti :

- Niat membersihkan badan di samping berniat ibadah kepada Allah tatkala 
melakukan thaharah (bersuci).

- Puasa dengan tjuan diet dan juga taqarrub kepada Allah.

- Menunaikan ibadah haji untuk melihat tempat-tempat bersejarah, 
tempat-tempat perlaksanaan ibadah haji dan melihat para jamaah haji.

Semua ini dapat mengurangi balasan keikhlasan! Andaikata yang lebih banyak 
(lebih berat) adalah niat ibadahnya, maka akan luput baginya ganjaran yang 
sempurna. Tetapi hal itu tidak menyeret pada dosa, seperti firman Allah 
tentang jamaah haji, bermaksud :

"Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil niaga) dari Rabb 
mu."

[A;-Baqarah : 198]


Namun, apabila yang lebih berat adalah niat bukan untuk ibadah, maka ia 
tidak memperoleh ganjaran di akhirat, tetapi balasannya hanya diperoleh di 
dunia, bahkan dikhawatirkan hal itu akan menyeretnya pada dosa. Sebab ia 
menjadikan ibadah yang mestinya kerana Allah yang merupakan tujuan yang 
paling tinggi dijadikan sebagai saranan untuk mendapatkan keduniaan yang 
rendah nilainya. Keadaan seperti itu difirmankan Allah, bermaksud :

"Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentang (pembahagian) zakat, jika 
mereka diberi sebahagian darinya mereka bersenang hati dan jika mereka tidak 
diberi sebahagian darinya, dengan serta-merta mereka menjadi marah."

[At-Taubah : 58]


Dalam Sunan Abu Daud, Dari Abu Hurairah r.a., ada seseorang bertanya : "Ya 
Rasulullah, seseorang ingin berjihad di jalan Allah dan ingin mendapatkan 
harta/imbalan dunia?" Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada pahala baginya." 
Orang itu mengulang lagi pertanyaan itu sampai tiga kali, dan beliau 
menjawab : "Tidak ada pahala baginya."

Di dalam Shahihain (Sahih Bukhari no. 54 dan Muslim no. 1907) dari Umar bin 
Khattab r.a., sesungguhnya Nabi SAW bersabda, maksudnya :

"Barangsiapa hijrahnya diniatkan untuk (kepentingan harta) dunia yang hendak 
dicapainya atau kerana seorang wanita yang hendak dinikahinya, maka niat 
hijrahnya sesuai dengan tujuan niat ia berhijrah."

Apabila ada dua tujuan dalam takaran yang berimbang, niat ibadah kerana 
Allah dan tujuan lainnya beratnya sama, maka dalam masalah ini ada beberapa 
pendapat Ulama'. Pendapat yang lebih dekat kepada kebenaran ialah orang 
tersebut tidak mendapat pahala apa-apa.

Perbedaan antara golongan ini dengan golongan sebelumnya, bahawa tujuan 
selain ibadah pada golongan sebelumnya merupakan pokok sasarannya, 
kehendaknya merupakan ke

H-Net* IKHLAS

1999-10-18 Terurut Topik Abdul Jamil Lam


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang dikasihi, disayang, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya membicarakan bab IKHLAS, di dalam untuk memenafaatkan setiap 
ilmu dan amalan kita diterima dan mendapat keredhoan daripada-Nya.

InsyaAllah...Amin!



IKHLAS

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : 
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu, juga tidak kepada 
harta kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kamu."

[HSR. Muslim 8/11]


Takhrij Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh :

*   Muslim, kitab Al-Birr was Shilah wal Adab, bab Tahrim   Dhulmil Muslim wa 
Khadzlihi wa Ihtiqarihi wa Damihi wa'Irdhihi wa Malihi 8/11 atau no. 2564 
(34).

*   Ibnu Majah kitab Az-Zuhd, bab Al-Qana'ah no. 4143.

*   Ahmad dalam Musnadnya 2/539.

*   Baihaqi dalam kitabnya Al-Asma' was Shifat 2/233-234, bab   Ma Ja'a fin 
Nadhar.

*   Abu Nu'aim dalam kitabnya Hilyatul Auliya', 4/98.

Darjat Hadis ini Sahih.


Hadis ini diriwayatkan dari beberapa jalan dari Katsir bin Hisyam, telah 
menceritakan kepada kami Ja'far bin Barqam dari Yazid bin Al-Asham dari Abu 
Hurairah r.a.

Hadis ini ada mutabi'nya. Mutabi' ialah yang mengiringi atau yang sepadan. 
Maksudnya satu Hadis yang sanadnya menguatkan sanad yang lain dari Hadis itu 
juga. (Ilmu Musthalah Hadis, A. Qadir Hasan hal. 301-302)

Imam Ahmad berkata : "Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bakr 
Al-Barani, telah menceritakan kepada kami Ja'far, yakni Ja'far bin Barqan - 
dengan sanad ini." Lihat Musnad Ahmad 2/285.

Muslim meriwayatkan dari jalan lain dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW 
dengan lafadh "Ajsaa dikum" dan diakhirnya ada lafadh "Wash sharabi'u 
sobi'ihi ila sodrihi", dan beliau mengisyaratkan ke dadanya. Dalam riwayat 
Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi ada tambahan "Innama".

Jadi lengkapnya riwayat Hadis ini dengan tambahannya sebagai berikut :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kamu dan tidak juga kepada 
rupa dan harta kamu. Akan tetapi sesungguhnya Dia hanyalah melihat kepada 
hati kamu (Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan jari-jarinya ke dadanya) dan 
Dia melihat pula kepada amal kamu."

Keterangan :

Hadis ini dengan lafadh "Tetapi sesungguhnya Allah hanyalah melihat kepada 
hati dan amal kamu". Kata "Kullu bikum wa a'malikum" sangat penting kerana 
inilah yang akan dinilai oleh Allah nanti pada hari Kiamat. Kerana itu Imam 
Baihaqi (wafat th. 548H) setelah membawa Hadis di atas, beliau berkomentar : 
"Hadis inilah yang sahih dan terpelihara yang dihafal oleh "Huffadh" (Ulama' 
ahli Hadis). Adapun riwayat yang biasa diucapkan oleh sebahagian ahli ilmu, 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan amal kamu, tetapi melihat 
kepada hati kamu." Riwayat ini tidak ada satu pun yang sahih yang sampai 
kepada kami, juga menyalahi Hadis yang sahih. Riwayat yang sudah sahih 
itulah yang menjadi pegangan kita dan seluruh kaum Muslimin, terutama (yang 
harus berpegang dengan riwayat yang sahih ini) adalah Ulama' yang diikuti, 
yang menjadi anutan (bagi umat). Wabillahit taufiq."

Di dalam kitab Riyadlus Shalihin no. 8 tahqiq Syaikh Muhammad Nashiruddin 
Al-Abani dibawakan Hadis ini tanpa tambahan "a'malikum" iaitu : 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kamu dan tidak juga kepada 
rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian. (HSR. Muslim)

Kemudian Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Abani berkomentar : "Da;am riwayat 
Muslim dan lainnya ada tambahan "wa' malakum", dan tambahan ini sangat 
penting, kerana kebanyakan kaum Muslimin memahami Hadis di atas tanpa ada 
tambahan ini dengan pemahaman yang salah. Apabila anda menyuruh mereka 
dengan perintah syariat yang bijaksana seperti diperintahkan untuk 
memelihara atau memanjangkan janggut dan tidak boleh menyerupai orang kafir 
dan selain it dari beban syariat, mereka akan menjawab; "Yang penting adalah 
hati!" Mereka berdalil dengan Hadis di atas, mereka tidak mengetahui 
tambahan yang sahih ini yang menunjukkan bahawa Allah yang Maha Mulia dan 
Maha Tinggi melihat juga kepada amal mereka. Bila amal baik (sesuai dengan 
Sunnah Rasulullah SAW) maka Allah akan menerimanya dan jika tidak baik, maka 
Allah akan menolaknya sebagaimana terdapat dalam nas-nas yang sahih, seperti 
sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud :

"Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami ini 
yang bukan darinya, maka amal itu tertolak."

[HRS. Bukhari dan Muslim]


Sesungguhnya tidak mungkin dapat dibayangkan baiknya hati kecuali dengan 
baiknya amal melainkan de