*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Sudah diumumkan secara rasmi BN menang di Indera Kayangan (IK). Tak mengapa. 
Yang lepas, kita terima dengan lapang dada. Yang mendatang kita cari kenal 
pasti harapan dan cabaran.

Menurut laman web http://www.ik2002.info , kita dapati suatu trend undian 
yang amat menarik untuk dikaji dan diambil iktibar.
Cina: 99 - 5%; 2002: 35% (naik 30%!!)
Melayu: 99 - 65%; 2002: 40% (turun 25%!!)

1. Orang Cina rupanya tahu menilai strategi MCA menakutkan mereka dengan isu 
negara Islam. Ini terbukti kerana undi Cina kepada BA meningkat 30 peratus 
dari 5% ('99) kepada 35% kelmarin. Ini suatu yang memberikan harapan yang 
besar kepada BA. Ini juga menunjukkan BA mampu menawan hati pengundi Cina 
walaupun tanpa sokongan dan bantuan DAP. Syabas BA!! Dipihak BN pula, trend 
ini setentu menakutkan mereka. Ini kerana di tahun 99, mereka semata-mata 
mengharapkan undi Cina untuk menang besar. Itupun setelah memainkan isu 
negara Islam. Kali ini, orang Cina tidak lagi termakan dengan isu itu. Apa 
jadi kepada BN jika trend ini berterusan hingga 2004? Mengandaikan sokongan 
Melayu kepada BA tidak banyak berubah, perubahan 30% undi Cina, jika berlaku 
di seluruh negara, akan menjadi mimpi ngeri kepada BN. Namun, BA tidak boleh 
alpa. Kerana berkemungkinan trend ini hanya berlaku di IK sahaja. Justeru, 
menjadi cabaran kepada BA untuk meneruskan usaha-usaha menawan hati pengundi 
Cina terutama memahamkan mereka bahwa negara Islam baik untuk semua dan PAS 
tidak sama dengan Taliban.

2. Trend yang agak merimaskan pula ialah pengundi Melayu. Tahun 99, 65% 
pengundi Melayu mengundi BA. Kelmarin, menurun kepada 40%. Adakah ini suatu 
yang akan berpanjangan? Atau suatu peristiwa istimewa yang berlaku 
disebabkan faktor-faktor luarbiasa- spt keujudan samseng-samseng Pemuda 
tahan lasak, kepungan pihak BN di kawasan-kawasan yang diketahui penyokong 
BA (sebagaimana dikatakan oleh pemimpin BA)? Atau adanya keujudan pengundi 
hantu? Jika ianya disebabkan faktor-faktor luarbiasa, maka BA tiada apa yang 
perlu dirisaukan di tahun 2004. Ini kerana, pada pilihanraya umum, BN tidak 
mempunyai manusia yang cukup untuk membuat perkara-perkara luarbiasa seperti 
yang mereka boleh lakukan di pilihanraya kecil.

BN pula, walaupun menang, yang mungkin risau kerana pengundi Cina nampaknya 
semakin tertarik kepada BA walaupun dengan kempen-kempen menakutkan mereka 
dengan isu negara Islam, Taliban, dan lain-lain.

Walaupun tidak menang, Syabas BA kerana berjaya menjelaskan isu kepada 
pengundi Cina. Mari kita tingkatkan pencapaian dan kita cari dimana silapnya 
dengan undi Melayu kali ini. InsyaAllah, 2004 kita akan lebih berjaya.

Wassalam.

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke