Re: H-Net* Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil???

2000-11-15 Terurut Topik amir zikri


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum,
itulah akibat dari pentadbiran kerajaan negeri yang bergerak tanpa kawalan 
exco,mereka bergerak dengan arahan
dan gerakan tangan ketiga dari Istana,.
Elok SUK Wan Hashim berfikir banyak kali untuk meneruskan
sikap nya yang membelakangkan hubungan baik dengan MB dan
Exco kerajaan negeri.Exco arah lain ...awat hang dok buat tang lain...

komen sinis secara spontan.
Komen secara terperinci akan menyusul sekejap lagi.
Wallahu'alam.


From: "Zakiah Zakaria" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil???
Date: Tue, 14 Nov 2000 16:47:36 +0800

Assalamualaikum
Dipetik dari Utusan Online Hari nih, ada sesiapa nak komen atau buktikan 
kesahihanya?
Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pentadbiran kewangan kerajaan Kelantan yang ditadbir 
oleh Pas sejak 1990 didapati kurang stabil termasuk berlakunya 
penyelewengan wang untuk urusan rasmi oleh pegawai-pegawainya, menurut 
laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Penyediaan laporan penyata akaun awam kerajaan negeri yang tidak stabil ini 
dikesan pada tahun lalu.

Ketua Audit Negara, Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, terdapat 
kesilapan dan 'kehilangan' perangkaan ketara selain ketiadaan dokumen 
sokongan, menyebabkan beberapa baki akaun gagal disahkan atau tidak 
dinyatakan dengan tepat.

Selain itu, pemeriksaan mendapati pengurusan kewangan di Pejabat 
Perbendaharaan Negeri masih lemah khususnya daripada aspek kawalan 
perbelanjaan, hasil dan pinjaman.

''Kedudukan kewangan kerajaan negeri secara keseluruhannya adalah kurang 
stabil. Kedudukan ini berdasarkan aset berbaki defisit (kurangan) berjumlah 
RM13.08 juta dan tanggungan semasa berjumlah RM180.07 juta terdiri 
tunggakan hutang dan deposit.

''Operasi kewangan kerajaan negeri pada 1999 berakhir dengan defisit 
RM124.976 juta. Defisit itu berpunca daripada penurunan hasil berjumlah 
RM175.15 juta pada 1998, kepada RM140.71 juta pada akhir tahun lalu,'' 
katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Rompin, Datuk Dr. Jamaluddin 
Mohd. Jarjis yang juga Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) mendedahkan 
beberapa butiran laporan itu semasa perbahasan Rang Undang-Undang 
Perbekalan 2001.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai negeri Kelantan 1999 adalah pertama 
kali didedahkan kepada umum.

Menurut Dr. Hadenan, pihaknya turut mendapati pengurusan Kumpulan Wang 
Pendahuluan Diri berjumlah RM500,000 sangat lemah sama ada di peringkat 
Perbendaharaan mahupun jabatan.

Beliau berkata, siasatan mendapati sebanyak 30 urusan wang pendahuluan 
berjumlah RM991,779 diambil oleh empat pegawai untuk membayar sewa pesawat, 
sewa kereta api, pembelian kenderaan dan jamuan makan.

Katanya, perbelanjaan berkenaan sepatutnya dilakukan menerusi prosedur 
kewangan biasa dan bukan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri yang bertujuan 
membolehkan pendahuluan diberi untuk urusan rasmi.

''Walaupun perkara itu dilaporkan beberapa kali, nampaknya pegawai kerajaan 
negeri masih meluluskan pendahuluan berkenaan,'' katanya.

Menurut Dr. Hadenan, pihaknya turut mengesan beberapa kelemahan ketara 
dalam pengurusan dan kawalan hutan di Kelantan, khususnya membabitkan 
kaedah pemberian kawasan balak, kawasan ganti dan penjelasan denda.

Beliau berkata, pengurusan kawasan balak di Kelantan jelas merugikan 
kerajaan negeri berikutan perolehan menerusi konsep tender lebih 
menguntungkan berbanding secara permohonan.

''Sebanyak 278 lesen diberi kepada pengusaha menerusi cara permohonan yang 
memberikan hasil sebanyak RM10.164 juta pada tahun lalu, manakala hanya 41 
lesen dikeluarkan secara tender dengan hasil sebanyak RM7.308 juta, 
sedangkan keluasan kawasan tender lebih kecil berbanding kawasan kaedah 
permohonan,'' katanya.

Menurut laporan itu, hasil kerajaan negeri telah menurun sejumlah RM34.43 
juta, iaitu berkurangan daripada RM175.14 juta pada 1998 menjadi RM140.71 
juta pada 1999.

Sungguhpun, hasil cukai bertambah sejumlah RM1.67 juta tetapi hasil bukan 
cukai dan terimaan bukan hasil masing-masing menurun RM13.62 juta dan 
RM22.48 juta.

Sebab utama kekurangan hasil kerajaan negeri adalah kerana Geran 
Persekutuan bagi tahun 1999 berjumlah RM47.03 juta hanya diterima pada 
tahun ini.

Perbelanjaan pembangunan pada tahun 1999 pula berjumlah RM43.99 juta 
berbanding RM53.73 juta pada 1998.

Antara projek pembangunan yang ketara pengurangan perbelanjaan ialah Projek 
Rumah Awam Kos Rendah sejumlah RM2.90 juta dan Projek Jalan Raya sejumlah 
RM1.04 juta.

Menurut laporan itu,

H-Net* Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil???

2000-11-14 Terurut Topik Zakiah Zakaria



Assalamualaikum
Dipetik dari Utusan Online Hari nih, ada sesiapa 
nak komen atau buktikan kesahihanya?
Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pentadbiran kewangan kerajaan 
Kelantan yang ditadbir oleh Pas sejak 1990 didapati kurang stabil termasuk 
berlakunya penyelewengan wang untuk urusan rasmi oleh pegawai-pegawainya, 
menurut laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan di Dewan Rakyat hari ini. 

Penyediaan laporan penyata akaun awam kerajaan negeri 
yang tidak stabil ini dikesan pada tahun lalu. 
Ketua Audit Negara, Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil 
berkata, terdapat kesilapan dan 'kehilangan' perangkaan ketara selain ketiadaan 
dokumen sokongan, menyebabkan beberapa baki akaun gagal disahkan atau tidak 
dinyatakan dengan tepat. 
Selain itu, pemeriksaan mendapati pengurusan kewangan 
di Pejabat Perbendaharaan Negeri masih lemah khususnya daripada aspek kawalan 
perbelanjaan, hasil dan pinjaman. 
''Kedudukan kewangan kerajaan negeri secara 
keseluruhannya adalah kurang stabil. Kedudukan ini berdasarkan aset berbaki 
defisit (kurangan) berjumlah RM13.08 juta dan tanggungan semasa berjumlah 
RM180.07 juta terdiri tunggakan hutang dan deposit. 
''Operasi kewangan kerajaan negeri pada 1999 berakhir 
dengan defisit RM124.976 juta. Defisit itu berpunca daripada penurunan hasil 
berjumlah RM175.15 juta pada 1998, kepada RM140.71 juta pada akhir tahun lalu,'' 
katanya. 
Terdahulu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) 
Rompin, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis yang juga Pengerusi Jawatankuasa Akaun 
Awam (PAC) mendedahkan beberapa butiran laporan itu semasa perbahasan Rang 
Undang-Undang Perbekalan 2001. 
Laporan Ketua Audit Negara mengenai negeri Kelantan 
1999 adalah pertama kali didedahkan kepada umum. 
Menurut Dr. Hadenan, pihaknya turut mendapati 
pengurusan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri berjumlah RM500,000 sangat lemah sama 
ada di peringkat Perbendaharaan mahupun jabatan. 
Beliau berkata, siasatan mendapati sebanyak 30 urusan 
wang pendahuluan berjumlah RM991,779 diambil oleh empat pegawai untuk membayar 
sewa pesawat, sewa kereta api, pembelian kenderaan dan jamuan makan. 
Katanya, perbelanjaan berkenaan sepatutnya dilakukan 
menerusi prosedur kewangan biasa dan bukan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri yang 
bertujuan membolehkan pendahuluan diberi untuk urusan rasmi. 
''Walaupun perkara itu dilaporkan beberapa kali, 
nampaknya pegawai kerajaan negeri masih meluluskan pendahuluan berkenaan,'' 
katanya. 
Menurut Dr. Hadenan, pihaknya turut mengesan beberapa 
kelemahan ketara dalam pengurusan dan kawalan hutan di Kelantan, khususnya 
membabitkan kaedah pemberian kawasan balak, kawasan ganti dan penjelasan denda. 

Beliau berkata, pengurusan kawasan balak di Kelantan 
jelas merugikan kerajaan negeri berikutan perolehan menerusi konsep tender lebih 
menguntungkan berbanding secara permohonan. 
''Sebanyak 278 lesen diberi kepada pengusaha menerusi 
cara permohonan yang memberikan hasil sebanyak RM10.164 juta pada tahun lalu, 
manakala hanya 41 lesen dikeluarkan secara tender dengan hasil sebanyak RM7.308 
juta, sedangkan keluasan kawasan tender lebih kecil berbanding kawasan kaedah 
permohonan,'' katanya. 
Menurut laporan itu, hasil kerajaan negeri telah 
menurun sejumlah RM34.43 juta, iaitu berkurangan daripada RM175.14 juta pada 
1998 menjadi RM140.71 juta pada 1999. 
Sungguhpun, hasil cukai bertambah sejumlah RM1.67 
juta tetapi hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil masing-masing menurun 
RM13.62 juta dan RM22.48 juta. 
Sebab utama kekurangan hasil kerajaan negeri adalah 
kerana Geran Persekutuan bagi tahun 1999 berjumlah RM47.03 juta hanya diterima 
pada tahun ini. 
Perbelanjaan pembangunan pada tahun 1999 pula 
berjumlah RM43.99 juta berbanding RM53.73 juta pada 1998. 
Antara projek pembangunan yang ketara pengurangan 
perbelanjaan ialah Projek Rumah Awam Kos Rendah sejumlah RM2.90 juta dan Projek 
Jalan Raya sejumlah RM1.04 juta. 
Menurut laporan itu, pelaburan kerajaan negeri telah 
menurun sejumlah RM145.82 juta menjadi RM9.88 juta berbanding RM155.70 juta pada 
1998. 
Pelaburan ini susut dengan ketara kerana kerajaan 
negeri terpaksa mencairkan simpanan tetapnya bagi memiliki ekuiti dalam Kelantan 
Water Sdn. Bhd. berjumlah RM100 juta, yang kini dikenali sebagai Air Kelantan 
Sdn. Berhad. 
Kajian audit, kata Dr. Hadenan , mendapati kelewatan 
dalam memproses permohonan tanah mengambil masa melebihi 10 tahun. 
Keadaan ini disebabkan segala rekod berkaitan 
permohonan tanah tidak diselenggarakan dengan kemas kini dan ketiadaan sistem 
untuk memantau proses permohonan tanah. 
Katanya, juga berlaku kes pelanggaran syarat 
penggunaan tanah menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil,'' katanya. 

Pengurusan subsidi baja padi kerajaan negeri, kata 
Dr. Hadenan, juga kurang memuaskan.
© UTUSAN 
MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
Lumpur.E-mail: [EMAIL PROTECTED]