*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan Maaf zahir batin.
....Sambungan....

    Raja Najasyi pun rasa bangga,lalu baginda tanya
lagi,"Ada hangpa bawa apa2 message drpd
Rasulullah?"...Lalu jawab Ja`afar,"Ada,iaitu kami bawa
Surah Mariam."
[ Pasai apa Saiyyidina Ja`afar bawa Surah
Mariam?..Kena pd tempatnyalah krn Raja Najasyi
berugama Kristian ketika itu. ]
    Apabila dengar saja cerita ttg Mariam yg suci yg
melahirkan Isa,termenunglah Najasyi sambil berlinangan
airmata,termasuklah tok2 paderi disekelilingnya sekali
turut menangis.Apabila melihat keadaan
sedemikian,wakil Quraisy,Amr bin `As (sebelum Islam)
pun menabur fitnah dgn mengatakan ,"Wahai
Najasyi,puak2 inilah juga yg kutuk Nabi Isa." Apabila
mendengar fitnah itu,tersentak juga Raja Najasyi,lalu
meminta penjelasan drpd Ja`afar.Maka jelas
Ja`afar,"Wahai Raja,kami katakan bahwa Nabi Isa itu
adalah hamba ALLAH; roh ALLAH; kalimat ALLAH yg
dicampakkan kpd Mariam yg suci lagi dara." Apabila
habis mendengar penjelasan Ja`afar,maka Najasyi pun
bersependapat dgn Ja`afar.Lalu Najasyi pun bagitau kat
wakil Quraisy,"Kalau hangpa bawa mai emas sebesar
gunung pun,aku tak akan bagi depa ni kat hangpa,krn
aku nak jaga depa."
[ Sebab drpd penerimaan Najasyi ke atas org2 Islam
inilah,maka ada sebahagian riwayat menyebut bahwa
antara solat ghaib yg pertama dilakukan oleh Nabi
s.a.w. ialah Nabi buat kpd Raja Najasyi yg telah
memeluk Islam. ]
    Inilah diantara cara Islam yg datang di dlm satu
masyarakat,dan Islam yg telah berjaya diterangkan oleh
para sahabah r.a.,yg kita sendiri pun tak mampu nak
terangkan kpd org bukan Islam.

    Kemudian ustaz Asri bagi satu lagi cnth,macamana
cara Rasulullah s.a.w. communicate dgn org bukan Islam
supaya menerima Islam.Caranya,ialah apabila baginda
Rasulullah menulis surat kpd Maharaja2 yg bukan Islam
(eg,Maharaja Rom),baginda akan menyelitkan bbrp ayat
dari Al-Quran,"Wahai ahli kitab,marilah kpd satu
kalimat antara kami dgn kamu.Kalau kamu tak mau ikut
aku dgn berpegang dgn ugama kamu pun takpa,tapi sama2
kita berpegang dgn satu kalimat iaitu jangan kita
abdikan diri melainkan kpd ALLAH."
[ Dgn memegang satu kalimah itu,maka mau tak mau,depa
kena terima Islam juga.Lalu selepas drpd itu,maka satu
persatu wilayah pun dapat menerima Islam. ]

    Satu lagi cnth macamana kita nak terangkan ttg
Islam kpd bukan Islam ialah sepertimana firman ALLAH
dlm Al-Quran yg bermaksud,"Tuhan tidak melarang kamu
utk melakukan kebaikan kpd org2 yg tak memerangi kamu
dlm agama kamu,dan tak mengeluarkan kamu drpd kampung
halaman kamu.Dan apabila kamu buat baik dan adil kpd
mrk,sesungguhnya ALLAH suka kpd org2 yg adil."
[ Ayat macam nilah yg kita mau non-muslim dengaq.Kita
kena bagitau dekat depa ttg ayat2 Al-Quran dari masa
ke semasa,krn kebanyakkan depa ni bukan pernah tahu
akan maksud ayat2 Al-Quran.Tapi yg jadi masalahnya la
ni,ialah ada pula sesetengah org2 Melayu yg paham
bahwa Quran tak boleh bagi dekat org bukan Islam.Org
Melayu nanti kata,"Hang tak boleh ambil Quran,pasai
hang takdak ayaq sembahyang."...Laaa,nak ambik ayaq
sembahyang macamana,pasai dia tu bukan Islam...apa raa
punya Melayu. ]   

    Ini,ada satu lagi cerita yg org bukan Islam perlu
tahu.Kisahnya berkisar semasa Baghdad diserang
tentera2 Tartar.Ust kata bahwa org2 Tartar ni dapat
tawan Baghdad krn atas kecuaian ummat Islam  itu
sendiri terhadap agama (yg mana sebelum itu,Baghdad
adalah satu tamaddun Islam yg unggul).
[ Inilah yg selalu terjadi; iaitu sapa2 yg cuai pd
agama,maka tunggulah hari kejatuhannya.Begitulah juga
dgn hal negara kita la ni,iaitu akan sampai pd tahap
itu (i.e. jatuh),sekiranya kita biarkan org2 yg tak
mau kpd agama memegang kuasa.Lihatlah saja semasa
kempen pilihanraya yg lalu.Media pro-BN attack
habis2an dgn menfitnah Islam; eg, kalau pilih
Islam,semua org tak boleh nak bekerja; pasai tangan
dah kena potong....Awat,semua org Islam mencuri
ka?...Utk makluman tuan2,dlm sejarah Islam,drpd zaman
Nabi s.a.w. hinggalah sekarang,tak sampai 50 org pun
yg kena potong tangan krn mencuri......Awat,ingat
senang ka Islam nak potong tangan org,buta2 macam tu
saja?...Kita mau kpd Islam ialah krn ROH keadilan
Islam tu (diantaranya,seperti tidak memilih kasih) ]
    Oleh krn kelalaian org2 Islam Baghdad inilah,maka
org2 Tartar menjadikan Baghdad sbg 'kolam
darah'.Semasa penduduk Baghdad ditawan (termasuklah
Kristian/yahudi),Sheikhul Islam Ibni Taimiyyah (seorg
ulama/panglima perang Islam),pun pergilah berunding
dgn org2 Tartar utk membebaskan tawanan perang.Lalu
org2 Tartar memberitahu bahwa mrk akan membebaskan
tawanan perang Islam shj,manakala yg bukan Islam tidak
dibenarkan bebas.Lalu kata Ibni Taimiyyah,"Kalau kamu
tak mau bebaskan tawanan bukan Islam,dan hanya nak
membebaskan tawanan Islam shj; eloklah tok sah
bebaskan kedua2nya sekali.Krn org2 bukan Islam ini
telah setia kpd kerajaan Islam ini,maka tak wajarlah
kami mengkhianati mrk."
[ Adakah ugama lain boleh layan macam Islam layan org
kafir?...Jawapannya,takdak tuan2.Bukan nak cakap besaq
tapi kenyatannya,tok sah dok pi cari lah,takdak
punya.Tapi org bukan Islam tak tau hal ni,pasai hari
tu,tv3/media massa habag dekat depa benda lain.
  Tuan2 tahukah,sebenarnya 'golden time' ajaran yahudi
ialah semasa depa duduk di bawah pemerintahan Islam;
krn depa tak pernah merasai kebebasan sebelum
itu,melainkan kebebasan yg diberikan oleh kerajaan
Islam Baghdad kpd mrk.Hal ini,org bukan Islam kena
tau,bahwasanya Islam itu adalah adil.
  Bagi kristian pula,mrk mula berkembang apabila mrk
duduk di bawah pemerintahan Islam Andalus.Krn mrk
menghadiri kelas2 pengajian drpd ulama2 Islam,yg
bercakap ttg Islam dari sudut sains; eg, ttg
perubatan,cakerawala,etc.Jadi,ilmu pengajian
tadi,boleh kat depa sama.Lalu,apabila mrk balik kpd
masyarakat kristian,mrk mula bercakap ttg sains.Dan
apabila ini didengari oleh tok2 paderi yg jumud,maka
tok2 paderi pun mengatakan bahwa mrk2 yg berilmu
itu,sudah terpengaruh dgn Islam.Dan apabila org2
kristian itu pun mendalami ilmu2 seperti galaksi,maka
mrk telah dianggap sesat.Lalu pihak gereja telah
menjatuhkan hukuman bunuh dgn cara membakar hidup2 ke
atas tokoh2 besar kristian yg mendalami ilmu sains itu
(menurut ust,melebihi 30k org telah dibunuh).Krn pd
waktu itu,gereja menguasai pentadbiran,yakni
pemerintahan mesti ikut cakap gereja.Dgn sbb ini
jugalah,maka berlakulah apa yg dinamakan 'revolusi
Perancis'.Sebenarnya revolusi ini adalah tindak-balas
atau reaksi org2 kristian yg sudah lama tak puas hati
dgn pihak gereja.Jadi,mrk mengambil keputusan bahwa
agama mestilah dipisahkan drpd politik.Kalau agama
campur dgn politik,maka manusia tidak akan maju krn
sebelum ini terlalu ramai tokoh2 sains telah
dihukum.Ini adalah fahaman apa tuan2?...Ia adalah
fahaman kristian,tuan2; Islam tidak ada kena mengena
dlm hal ini,sedangkan punca majunya org2 Islam ialah
apabila agama dicampurkan dgn politik; bahkan tak
boleh ada politik tanpa agama (Islam).Jadi,kalau ada
org mengatakan yg ulama tak boleh terlibat dgn
politik,maka dia adalah se'jahil2' manusia di atas
mukabumi ini ttg agama ALLAH SWT. ] 

    Nabi kita Muhammad s.a.w. telah menyebut dlm
hadisnya yg begitu banyak ttg ahlul zimmah.Mrk ini dlm
Islam,Nabi kata,"Sesiapa yg membunuh org kafir yg
setia kpd negara Islam,maka org yg membunuh itu tidak
akan cium bau syurga." 
[ Jadi,apa yg depa nak takut dgn negara
Islam,sekiranya inilah janji drpd Rasulullahi s.a.w. ]
    Satu lagi cnth ialah apabila Nabi membuat
perjanjian dgn puak2 kristian Najran.Yg mrk ini tak
mau masuk Islam,tapi mrk nak taat di bawah
pemerintahan Nabi s.a.w..Lalu Rasulullah menulis surat
kpd mrk berbunyi,"Bagi penduduk kristian Najran dan yg
bersekitarannya.Kamu adalah jiran ALLAH.Dibawah
perlindungan Muhammad,Nabi lagi Rasul; terhadap segala
harta benda,agama,gereja dan segala yg kamu miliki tak
kira banyak ataupun sedikit."...Tap!!! Cop drpd
Rasulullahi s.a.w.
[ Kalaulah org2 bukan Islam dengar kenyataan Nabi
ini,Insya`ALLAH,akan lembut hati2 mrk.Krn mrk dijamin
atas nama ALLAH SWT.Inilah adilnya Islam. ]
    Ini semua adalah nas agama yg menunjukkan bahwa
Islam boleh bagikan kebaikan kpd org ramai.Dan ini
pula,cerita ttg Saiyyidina Omar Al-Khatab r.a..Seperti
biasalah,semasa beliau berjalan2 meninjau keadaan
rakyatnya,pd hari itu dia terjumpa dgn seorg bukan
Islam yg sedang mengemis.Lalu Saiyyidina Omar bertanya
pd pengemis itu,"Kamu minta sedeqah,pasai apa?"
[ Amirulmukminin kerja dia,macam nilah.Bukan dia pi
duduk dlm kereta cermin gelap,yg 5 thn sekali baru dia
mai.Bila nak mai pulak,jalan yg dia nak lalu tu,kena
tampung pulak. ]
 Lalu dijawab oleh pengemis itu,"Aku dulu masa
muda,ada tenaga,bolehlah buat kerja utk bayar
jizyah,tapi la ni aku dah tua,tak larat buat kerja
dah.Jadi aku minta sedeqah la."..Kemudian kata
Omar,"Bukanlah satu pengikut agama yg berperasaan
insaf,sekiranya semasa mudanya org itu,kita ambil
jizyah drpdnya.Tapi bila dia dah tua,kita biarkan dia
minta sedeqah." Lalu Saiyyidina Omar minta Baitul Mal
biayai pengemis bukan Islam itu sampai akhir hayatnya.
[ Sebab inilah semua org bukan Islam berasa aman di
bawah pemerintahan Islam. ]

    Kemudian ust Asri mengalih perbincangan kpd
masalah org bukan Islam tak boleh jadi pemimpin no.1
di dlm negara yg rakyatnya majoriti adalah org2
Islam.Perkara macam ni adalah biasa saja,krn telah
menjadi lumrah; eg,kalau kita pi Amerika,mestilah
pemimpin mrk dikalangan org yg berfahaman kapitalis
Amerika.Begitu jugalah kalau di negara
komunis,mestilah pemimpin mrk dari golongan komunis
juga.Jadi,bagi negara Islam,mestilah org Islam yg jadi
pemimpinnya.Dlm keadaan demikian,ulama2 mengatakan
seseorg yg bukan Islam boleh juga memegang jawatan dlm
negara yg berkerajaan mengikut sistem Islam.Tapi
fungsi jawatan yg dipegang itu hanyalah utk
melaksanakan mengikut dasar perlembagaan Islam shj.Dia
tidak boleh mengubah/menggubal dasar tersebut.     
[ Jadi,apa perlu mrk (org bukan Islam) takut kpd
Islam? Oleh itu,kita sendiri mestilah berperanan utk
menghilangkan rasa takut mrk itu terhadap konsep
negara Islam yg adil. ]
    Lalu ust syorkan supaya kita dan kawan2 bukan
Islam membaca sebuah buku tulisan Dr. Yusof Al-Qardawi
bertajuk "Bukan Islam di dlm Negara Islam".Ini sangat
penting tuan2,kalau kita tak buat kerja ni (terang
Islam kpd org bukan Islam),...UHH! pakai tak jadilah
tuan2......org Penang,kira bawah puak2 sukun sampai
bila2 lah.Kita tak mau semua ni selama2nya tuan2,yg
kita mau ialah org Islam yg perintah kita.

    Kita dah tengok kan macamana kerajaan kempen
'inflasi sifar' dan macamana mrk telah menggunakan
wang yg begitu banyak ketika kempen semasa pilihanraya
yg baru lalu.Kita tak nafikan yg kempen2 mrk itu
memang berjaya; especially,kpd org2 bukan
Islam.Jadi,apalah salahnya,dgn budget yg banyak kita
ada,kita sbg org Islam (tak kira samada Pas/umno/atau
parti2 yg lain) menggembeleng satu tenaga,kita kempen
habis2an ttg kebaikan Islam ini kpd org2 bukan
Islam.Sbg cnthnya; kita edar2kan risalah2 mengenai
kebaikan Islam dlm pelbagai bahasa mengikut etnik2 yg
tinggal dlm negara kita.Maka dgn kempen yg besar2an
ini,tak mustahil org bukan Islam dapat menerima
Islam.Dan ingatlah sahabat2ku,kita adalah org yg
bersalah di depan ALLAH SWT jika sekiranya kita tak
dapat terangkan Islam kpd mrk.Inilah diantara cara utk
kita memperbaiki 'Islam phobia' yg dialami oleh
masyarakat bukan Islam mengenai negara Islam.
    Ya,memang kita mau akan negara Islam itu.Tapi apa
yg dimaksudkan ialah negara Islam di dlm fahaman Islam
yg tulin,bukan Islam drpd fahaman media massa yg dok
ada la ni.Ada ka baru2 ni,di kawasan Lembah
Kelang,puak2 sekular telah mengedar tape2 yg
menceritakan sekiranya M`sia jadi negara Islam,maka
org bukan Islam akan dibunuh macam di Indonesia.Memang
tak patut sungguh puak2 ni !!! Utk counter balik hal
ni,tolong bagi tau dekat org bukan Islam bahwa selama
ini masyarakat bukan Islam boleh duduk aman damai dlm
negara org Islam,krn Islam memang tak ajar pi bunuh
org tanpa sebab.Tapi org Islam tak boleh hidup aman
dlm negara Eropah kristian (walaupun mrk dikatakan
bertamaddun),krn mrk telah disembelih; eg,di
Bosnia,Kosovo,Chechnya etc.

    Kemudian tiba masa utk ust tegur geng2 yg dok pi
mengaji pulak.Ustaz kata bahwa sekiranya kita yg dok
pi mengaji secara consistent ni,tiba2 kita tidak
beriktikad utk menegakkan negara Islam,maka Islam yg
dok ada dekat kita semua la ni,kira tak sampai lagi
macamana yg di bawa oleh Nabi s.a.w..Jadi,yg kita dok
'terpa' pi mengaji kitab ramai2 ni,ialah
kesudahannya,kita nak buat Islam dlm masyarakat
kita.Krn tiada khilaf dlm nak menegakkan negara Islam.

    Kini sampai time utk ustaz tegur group yg
dikatakan mengikut salah satu drpd sunnah Nabi,pulak
(ust tak directly mentioned group apa la,tapi drpd apa
yg ust cerita; saya boleh katakan yg mrk ini adalah
pengikut aliran tabligh).Ust cerita semasa beliau
singgah utk bersolat disebuah masjid di KL; selepas
solat tu naiklah seorg utk bercakap.Yg mendukacitakan
kata ust,ialah di antara ucapan 'org itu' ialah dia
mengatakan bahwa zaman sekarang ramai org telah
melanggar sunnah Nabi dgn tidur di atas tilam.
[ Ust kata bahwa inilah di antara punca yg Islam
di'tikam' drpd dlm.Cubalah tuan2 pi bagitau kat Cina
kaya2 yg ada Merc meredap,"Diantara kepentingan Islam
iaitu jangan tidoq atas tilam."...Jawapanya,sampai
matipun depa tak akan masuk Islam.
  Kalau enta rasa kusyuk dgn suasana rumah enta yg
takdak tilam,kusyen,tv dan sbgnya,maka jadikanlah
suasana itu hanya utk keselesaan enta sendiri; jangan
kaitkannya atas nama agama,krn Rasulullah tak pernah
mem'fardhu'kan keadaan seperti itu.Sbg cnthnya,ust
membawa satu hadis yg diriwayatkan oleh Muslim; yg
mana datangnya seorg kpd Rasulullah s.a.w.,lalu
bertanya,"Apakah yg telah ALLAH fardhukan kpd mu,utk
kami laksanakan?" Maka kata Nabi,"ALLAH telah
fardhukan kpd kamu solat 5 waktu dlm satu hari."..Lalu
tanya lagi sahabat tadi,"Adakah solat2 yg lain drpd yg
5 waktu itu,wahai Rasulullah?"..Nabi jawab,"Sembahyang
sunat,jika kamu mahu."..Lalu tanya lagi sahabat
tu,"Wahai Rasulullah,saya hanya nak sembahyang yg 5
waktu ni shj,adakah boleh saya masuk syurga?"...Jawab
Nabi,"Ya,tapi solat yg 5 waktu itu mestilah kamu
lakukan bersungguh2 hingga tiada akan cacat celanya."
]
  Sebelum ini,ust cerita bahwa seorg bangsa Denmark yg
baru masuk Islam datang menemuinya.Beliau memberitahu
bahwa dia menjadi confuse apabila mengikuti satu
group; yg mula2nya mengajak dia bersembahyang jemaah
dan kemudian mrk mengajaknya keluar ke India ataupun
Pakistan,pulak.Yg dia confuse ialah pasai apa group tu
tak ajak dia pi Mekah,padahal semua org Islam berhajat
utk ke Mekah.
[ Masya`ALLAH,ini semua bahaya tuan2,krn mrk2 inilah
yg mengotorkan wajah Islam.Kalau enta nak keluar 40
hari ka,4 bulan ka,atau nak tidoq di masjid 1 thn
ka,enta boleh lakukan; tapi ingatlah,sesungguhnya bagi
diri kamu ada hak dan bagi kaum keluargamu juga ada
hak.Sepertimana,ada sahabat2 Nabi yg sehinggakan
berjanji nak berpuasa sampai tak mau makan2 dan nak
sembahyang saja hingga tak mau tidur2.Tetapi apabila
sampai berita ini kpd pengetahuan Nabi,maka Nabi pun
melarang sambil berkata,"Sesungguhnya aku,org yg
paling takut kpd ALLAH,tapi aku sembahyang dan aku
juga tidur.Aku puasa dan aku juga berbuka.Dan aku juga
berkahwin.Barang siapa yg berpaling drpd sunnahku,maka
dia bukan drpd puak aku." ]
   Kemudian ust sambung ceritanya yg mana kali ini
berlaku dialog antara 'org itu' dgn ustaz Asri.Setelah
ust tahu yg 'org itu' berasal drpd K`tan,lalu ust pun
saja tanya ttg politik di K`tan (perihal pilihanraya
baru2 ini.).Lalu kata 'org itu',"Apa susah2 nak pikir
ttg itu nye; dlm masa 5 thn,tapi kita ambil masa hanya
5 minit saja utk pangkah.Yg sekarang kita dok pikir
ialah macamana yg Nabi suruh supaya ramai2 sembahyang
jemaah di masjid."...Kemudian ust kata,"Selama 23 thn
Nabi berdakwah,takkan Nabi seru supaya mendirikan
sembahyang  berjemaah shj.Takkan Abu Jahal bergaduh
dgn Nabi,pasai tu kot? Tak patut sungguh Abu Jahal
tu."..Selepas tu,'org itu' pun menyebut nama bbrp buah
kitab,tapi diperbetulkan oleh ust.Lalu ust pun
menerangkan,dlm mazhab Syafi`i,sembahyang jemaah
adalah 'sunat muakkad',iaitu tidak sampai kpd status
'wajib',melainkan dlm mazhab Ahmad.Kemudian ust balun
'org tu' lagi,ust kata,"Kalau enta pikir 5 minit saja
utk 5 thn; tapi Nabi s.a.w. pikir perkara ini start di
Mekah,kemudian berhijrah ke Madinah dan sampai ke
mati,yakni seumur hidup Nabi pikir ttg hal
ini.Jadi,nak bandingkan dgn Nabi,siapalah
enta?"...Lalu tanya ust lagi kpd 'org tu',"Dlm sibuk2
enta kempen supaya org solat berjemaah,dlm pd masa yg
sama enta patut pikir pasai apa Masjidil Aqsa jatuh ke
tangan yahudi? Dan sepatutnyalah,enta juga berkempen
supaya org pi sembahyang di Masjidil Aqsa,seperti yg
Nabi s.a.w. sebut,"Jangan kamu bersungguh utk
melakukan pengembaraan,melainkan pergi ke tiga2 Masjid
ini,iaitu Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan Masjidil
Aqsa."...'Org tu' kata apa,"Puncanya yahudi ambil
masjid tu ialah krn depa tak sembahyang jemaah la."
[ Laillahaillallah,bukan punca pasai depa tak
sembahyang jemaah la sheikh oooi ! Krn sampai hari
ini,depa tak berhenti sembahyang jemaah di Masjidil
Aqsa tu.Yg sebenar puncanya ialah depa tak berjihad. ]
   Oleh sebab itu,ulama2 sepakat mengatakan bahwa
sesungguhnya jihad itu lebih afdal drpd beribadat di
Masjidil Haram.Sepertimana yg berlaku di zaman
sahabat; iaitu apabila Abdullah bin Mubarrak nampak
seorg lagi sahabat iaitu Fudail bin Iyad,sedang kusyuk
siang malam beribadat dan berdoa di kedua2 tanah
haram.Lalu Abdullah bin Mubarrak sbg seorg ulama besar
hadis pun menghantar surat kpd Fudail.Beliau
berkata,"Wahai org yg beribadat di tanah haram; kalau
kamu tengok kami,pasti kamu akan faham bahwa kamu
sebenarnya bukan beribadat.Sebaliknya,kamu sedang
bermain2,krn kalau airmata kamu sedang mengalir
kekusyukkan kpd ALLAH,manakala diri kami dibasahi
darah krn jihad."
[ Org2 Islam kena faham betul2 pengertian 'jihad',maka
barulah kita dapat membantu membentuk kerajaan Islam.
]

...WALLAHUA`LAM.....            




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke