*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
…….sambungan…….

Nabi kata, “Di hari qiamat nanti,apabila berada di
Padang Mahsyar kelak; amalan umatku dibentangkan di
hadapan ku.Maka aku melihat sekecil-kecil kebaikan pun
dibentangkan di hadapan ku.Dan aku juga melihat
,sekecil-kecil dosa pun dibentang di hadapan aku.”
[ Lalu Nabi hurai, “Yang aku tengok paling kecik
kebaikan yang dibentang di hadapan aku ialah seseorang
itu membuang duri di tengah jalan.”…Hadis ini cerita
waktu zaman Nabi; jadi kalau zaman kita la ni kira
macam batu ka atau papan yang ada paku ka,di tengah
jalan tu.Lalu kita pun tolong alih la batu tu, takut
sat lagi budak-budak jatuh motor terkopak pulak  lutut
depa bila langgar batu yang dok ada tengah jalan tu.
Jadi,waktu zaman Nabi,baginda sebut duri la, pasai
atas padang pasir waktu tu pokok berduri banyak.
Sambung Nabi lagi, “Duri yang dibuang daripada tengah
ke tepi; apalah ada kebaikan sekecil itu.Tapi tetap
dibawa oleh ALLAH dan dibentangkan dihadapan ku.Dan
aku juga lihat sekecil-kecil kejahatan, iaitu
perbuatan seseorang meludah di dalam masjid.Lalu tidak
dikambus atau dibuang kahaknya secara elok,maka
menyebabkan kawasan masjid menjadi kotor.Bahkan orang
yang melihat kawannya itu meludah di kawasan
masjid,menyebabkan tercemarnya kesucian masjid (ludah
saja; belum lagi kencing / berak); tapi dia tidak
tegur perbuatan kawannya itu,maka dia pun dapat dosa
sekali.”
Apakah ‘point’ ustaz Halim menceritakan tentang hadis
ini?…’Point’nya ialah kalau sekecik itupun kejahatan
dibawa (hanya meludah di kawasan masjid saja); apatah
lagi kalau bangkang hukum ALLAH/ apatah lagi kalau
berjuang di atas dasar kebathilan/ apatah lagi kalau
mengamalkan sistem yang bercanggah dengan Islam.Apakah
‘kamu’ ingat tidak dibawa semua ni di hadapan
ALLAH?…Sedangkan kawan yang meludah tadi ni, dia baru
saja keluar masjid yakni baru saja sudah sujud
sembahyang,dan walaupun ludahannya itu boleh dicuci,
tapi tetap dibentang juga di hadapan Nabi kejahatannya
itu.Inikan pula ‘kamu’ yang sembahyang tetapi di luar
sembahyang ‘kamu’ menentang perlaksanaan syariat
ALLAH.Sehingga ‘kamu’ berhempas pulas supaya syariat
ALLAH tidak ditegakkan.Maka dengan sebab itu, ‘kamu’
lagi teruk kena hayun di hadapan ALLAH nanti.
Jadi inilah yang Nabi ajar,iaitu bila kita nampak saja
kemungkaran,maka cegahlah dengan ‘tangan’ / ‘lidah’/
‘hati’.Kemungkaran yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w.
disini ialah bersifat umum,yakni semua jenis
mungkar.Dan tidak diizinkan untuk membiarkan
kemungkaran tertegak walaupun yang paling kecil.Sebab
itu Nabi kata, “Mesti kamu mengikut apa yang telah
diajar dan telah aku bawa kepada kamu.” ]
     Kaedah-kaedah sebeginilah yang diajar oleh ALLAH
SWT.Sebab itu,kita mesti faham bahwa cara peribadatan
dan jalan manakah yang harus kita tempoh, maka itulah
yang dinamakan ‘syariat’.
[ ‘Syariat’ ialah pengabdian diri kepada
ALLAH,kemudian kita tahu kaedah-kaedah peribadatan
dengan mengikut adab-adab/sistem-sistem peraturanNya,
baik daripada sekecil-kecil sehinggalah kepada
memerintah sebuah negara. ]
‘Syariat’ mesti diutamakan dan dijadikan asas dalam
melakukan segala kerja.Dan tidak diizinkan bilamana
ALLAH menurunkan syariat dan perintah itu, lalu kita
cuba untuk menidakkannya dengan menggunakan logikal
akal.
[ Sebagai contohnya,dalam ribuan pengajaran,ustaz
Halim memilih untuk menyetuh akan seorang insan yang
telah mengajar kita akan erti mematuhi syariat ALLAH
SWT; iaitulah Ibrahim a.s..Sebab itu,Nabi Ibrahim
disebut dengan ‘Abul ambiya`’ yakni bapa segala
nabi.Manakala bapa kepada segala manusia ialah Adam
a.s. dan ‘Saiyyidul ambiya`’ yakni penghulu segala
nabi ialah Muhammad s.a.w.
Lalu ustaz Halim ambik satu point yang amat mahal
dalam ibadah haji; iaitu bilamana ALLAH SWT
memerintahkan Ibrahim a.s. supaya menempatkan Ismail
di suatu kawasan yang cukup kering kontang.Sudahlah
dapat anak pun umur Ibrahim a.s. sudah lewat yakni
ketika 87 tahun.Minta maaf sebut,kalau kita ni tara tu
punya umur,kira tak larat nak makan tongkat Ali
dah.(Lagi,antara Nabi-nabi yang lambat dapat anak
ialah Nabi Zakaria a.s..Beliau lambat dapat Nabi Yahya
a.s.)
Orang dah lama tak dapat anak, tiba-tiba bila dapat
anak, maka tentulah kasih sayang pada anak itu tak
berbelah bagi.Tapi tiba-tiba ALLAH perintahkan Ibrahim
a.s. tinggalkan Ismail di suatu kawasan padang
pasir.Cuba tengok tuan-tuan, Nabi Ibrahim ajar kita
erti taat kepada perintah ALLAH.Walhal kalau mengikut
logik,apa perlunya ditinggalkan di situ.(Padang pasir
tu sekarang dikenali sebagai Mekah al-Mukarramah).Nabi
Ibrahim ni orang kelahiran Babylon yang kini dipanggil
Iraq.Lalu diarahkan oleh ALLAH tinggalkan Siti Hajar
dan Ismail a.s. di padang pasir itu,dan kemudian
keluar pergilah bertemu dengan anak saudaranya Nabi
Luth a.s., dan seterusnya pergi ke Palestin untuk
berdakwah.Itu sejarahnya.Cuba tengok tuan-tuan, bila
ALLAH suruh saja, Nabi Ibrahim tak cakap banyak, terus
dibawa keluarganya dan dia letakkannya sepertimana
yang disuruh oleh ALLAH SWT,sambil mengangkat tangan
berdoa yang bermaksud, “Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku
telah ikut perintah Mu dengan meletakkan zuriat ku di
lembah ini yang tidak ada tumbuh-tumbuhan di sini,
yakni di sisi RumahMu Baitullahil Haram.”…Ini bermakna
Ka`abah sudah pun ada di zaman Nabi Ibrahim a.s..Sebab
itu,ustaz Halim sebut Ka`abah ni sudah pun wujud sejak
Nabi Adam lagi.Jadi,Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
hanyalah meninggikan tapak Ka`abah itu
sahaja.Sepertimana firman ALLAH yang bermaksud,
“Dan ingat ketika mana Ibrahim dan Ismail meninggikan
bangunan itu.”
…Yang ni kita kena faham,bahwa bukan Nabi Ibrahim yang
memulakan membinakan Ka`abah.Kerana Ka`abah sudah
sedia ada semenjak zaman Nabi Adam a.s. lagi.Maka
sebab itu,Nabi Ibrahim kata bahwa, “Aku letakkan
anakku di sisi Rumah Mu yang diharamkan untuk
dicerobohi.”   
…Waktu tu hanya yang ada ialah tapak Ka`abah
sahaja,yakni Masjidil Haram belum ada lagi.Mekah pada
waktu itu adalah sebuah lembah padang pasir yang
kering kontang.Kalau nak ikut logik akal manusia;
memang tak logik ALLAH suruh Nabi Ibrahim tinggalkan
Nabi Ismail yang masih bayi ketika itu di tempat yang
sebegitu.Tapi pasai apa Nabi Ibrahim tak komplen kat
ALLAH tentang tempat itu?…Inilah iman,tuan-tuan.Kalau
ALLAH kata , “Di situ!” Maka ‘di situlah’ Nabi Ibrahim
tinggalkan.
Setelah ditinggalkannya; Siti Hajar pun menggeletar
kerana dilihatnya sekeliling tidak ada apa pun.Dalam
keadaan Ismail pula menangis meronta-ronta,maka mahu
tak mahu terpaksa juga Siti Hajar berlari-lari mencari
air.Hinggalah dia berlari memanjat bukit
Suffah,kemudian dia tengok tak ada air.Siti Hajar lari
turun balik, kemudian berhenti tengok Ismail
sekejap.Lepas tu,dia lari lagi apabila dia nampak wap
panas di tengah padang pasir,yang seakan-akan air pada
pandangannya.Dia lari cari air sampai ke Marwah.Tak
jumpa air juga, dia lari patah balik.Apabila dia
letih, dia jalan sekejap, kemudian dia lari balik,
sampai ke Suffah.Lepas tu, dia turun  balik.Maka
itulah yang seluruh umat Islam lakukan ketika
umrah/haji setiap tahun.Oleh itu, barang siapa yang
mengerjakan haji/umrah,maka tidak mengapa dia
berlari-lari antara Suffah/Marwah.Inilah yang Siti
Hajar lakukan dan seterusnya menjadi ikutan kepada
seluruh umat Islam sampai sekarang. ]
Maka inilah haji dan korban, yang mengajar kita patuh
kepada ALLAH dalam keadaan apa saja.
[ Kalau ‘Pak Mentua’ (PM) hangpa tu dok main sangat
dengan logik akai dia; kemudian disokong pulak oleh
puak-puak karat.Hah! cantik, la ni kan musim cuti
sekolah, kenduri kendara pun banyak.Kan ka lebih baik
bila depa nak buat kenduri, suruh saja depa sembelih
kucing daripada sembelih ayam.Bagi puak-puak ni
mentahkedarah kucing pulak.Kan ka kucing tu lebih
bersih kalau nak dibandingkan dengan ayam.Pasai
apa,bila nak kenduri saja, ayam yang kena
sembelih?…Tak ka ayam tu kotor; patuh najis sana,
masuk lonkang sini.Tapi mengapa kucing yang bersih tak
boleh makan?…Kerana itulah ‘syariat’; yang mengajar
kita tak boleh makan kucing.
Faham ka puak-puak karat ni tentang ‘syariat’?…Kalau
tak faham, ok, satu lagi contoh.Bila kita kentut,batal
wuduk kita kan.Tapi awat masa kita renew wuduk; kita
hanya basuh muka,lengan,kepala dan kaki sahaja? Awat
kita tak basuh tang pungkok saja?…Kalau ikut logik
akai,tentulah tang pungkok saja yang kena basuh,
kan.Tapi itulah ‘syariat’; kerana basuh pungkok tak
termasuk dalam rukun wuduk.
Inilah kaedah yang ALLAH ajar kita,cara mana untuk
layan puak-puak bengong ni.Yakni loyar buruk,dilayan
dengan kaedah loyar buruk jugak.Sepertimana ALLAH ajar
para nabi menghadapi kerenah kaum yahudi. ]
Sebab itu, apa bidang kerja pun ,kita kena ikut
‘syariat’.Contohnya ialah perihal sembahyang.Kita kena
tahu orang yang macamana nak dilantik sebagai
imam.Kalau kita tak tahu,maknanya kenalah
mengaji.Kemudian,dalam susunan saf pula.Iaitu saf
depan,lelaki; kemudian kanak-kanak dan wanita di
belakang sekali.Mengapa wanita diletakkan di belakang
kanak-kanak?…Kerana walaupun dia kanak-kanak
lelaki,tapi dia layak jadi pemimpin.Bagi wanita
pula,dia hanya layak dipimpin.Sebab itu, sabda Nabi
s.a.w., “Hancur suatu umat kalau melantik wanita jadi
pemimpin.”
[ Selalunya di masjid-masjid, saf kanak-kanak lelaki
dipisahkan.Yakni kebelakang beberapa saf daripada saf
lelaki dewasa,kerana jika kanak-kanak berada satu saf
dengan orang dewasa, maka saf akan putus.Inilah
hukum.Kanak-kanak mesti duduk belakang walaupun dia
mummayiz,yakni boleh membezakan antara bersih dan
kotor.Tapi kalau dia sudah baligh, baru dia boleh
duduk satu saf dengan lelaki dewasa.Kita kena faham
bahwa ini adalah ‘syariat’ yang diatur oleh Nabi
s.a.w.
Menurut ustaz Halim; Ibn Abbas ketika kanak-kanak,dia
diletakkan oleh Nabi ke saf belakang.Ibn Abbas tak
sembahyang fardu dekat dengan Rasulullah,kecuali kalau
di rumah,bilamana Nabi buat tahajjud ka  apa ka,
kadang-kadang Ibn Abbas ikut bertahajjud.Sembahyang
malam di rumah,barulah Ibn Abbas duduk tepi Nabi,pasai
tak dak lelaki dewasa lain,dan Siti Aishah duduk di
belakang sekali.
Tetapi dalam bentuk berjemaah di masjid/surau, maka
kanak-kanak mestilah ke belakang,walaupun dia dah
berkhatan atau dah mummayiz.Yakni selagi mana
kanak-kanak itu belum baligh,maka tidak boleh dia
duduk satu saf dengan lelaki dewasa.Kerana akan
merosakkan saf orang-orang dewasa,serta boleh
mengurangkan pahala dan sebagainya.Sebab itu,di
masjid/surau, disyorkan bahwa kita buat satu papan
kenyataan yang menyatakan kat mana saf khas untuk
kanak-kanak.Bukan pasai apa; bimbang sat lagi bila
kanak-kanak ni mai awai, sedangkan saf di depan belum
lagi dipenuhi, maka dibimbangi kanak-kanak ni nanti pi
duduk saf depan pulak.Kita kenalah faham bahwa inilah
kaedah yang diajar  oleh Nabi yang kita tak boleh nak
ubah. ]
   Maka inilah beberapa contoh ‘syariat’ yang ustaz
Halim sebut.Yakni haji pun kena ikut peraturan
‘syariat’Nya; sembahyang pun kena ikut peraturan
‘syariat’Nya; puasa pun kena ikut peraturan
‘syariat’Nya; memerintah pun kena ikut peraturan
‘syariat’Nya.Maka oleh kerana itu, kita buat apa saja,
maka ‘syariat’ menjadi asas kekuatan yang tidak boleh
dipisahkan daripada kehidupan kita.

WALLAHU`ALAM.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
http://photos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke