Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

…….sambungan daripada Hadith (1) dan masih dalam Bab 1.

Bab 1 : Sebenar-benar perkataan dan sebaik-baik jalan pimpinan.

  1. Hadith ini diambil daripada Jabir bin Abdullah r.a.

Katanya : Pernah Rasulullah s.a.w. merah menyala matanya bila berpidato serta lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi arahan yang menyatakan kepada angkatan tentera tentang kedatangan musuh, dengan katanya, "Bahwa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan mungkin pada waktu petang."…Serta baginda bersabda, "Masa aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti 2 jari ini,yakni Nabi tunjuk sambil merapatkan jari telunjuk dengan jari tengah.Serta baginda Rasulullah bersabda lagi,"(Ketahuilah)Selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah Kitabullah, dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad s.a.w.; dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap p! erkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bida`ah, dan tiap-tiap bida`ah itu sesat." Kemudian baginda bersabda lagi,"Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri.Sesiapa yang meninggalkan harta-benda,maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang,atau orang yang kehilangan tempat bergantung, maka terserahlah kepada ku menjaganya dan akulah yang menanggung hutang-hutangnya." (HR Muslim)

[ Hadith ini (yang bergaris) merupakan satu pengistiharan yang cukup besar ertinya kepada kita.Bahwa tidak ada sebenar-benar perkataan dan sebaik-baik ucapan/perkataan, melainkan Kitabullah, iaitulah al-Quran, yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada kita sekelian.Dimana kita perlu memahami berhubung dengan al-Quran itu sendiri; iaitu bagaimanakah berlaku proses penurunan al-Quran dan sedikit daripada perkara yang ada hubung-kait dengan ‘tunazzalah’ atau penurunan al-Quran itu.

Apa yang perlu kita tahu ialah :

  1. yang pertama, para ulama telah menegaskan bahwa al-Quran itu datang daripada sisi ALLAH SWT, kemudian menuju ke suatu tempat yang dinamakan ‘Lauh Mahfuz’.Dan daripada sisi ALLAH ke ‘Lauh Mahfuz’ ini, yang disebut dalam Suratul Buruuj ayat 21/22 yang bermaksud,"Bahkan dialah Quran yang mulia.Dipapan yang terpelihara (Lauh Mahfuz)."…Bagaimana rupanya ‘Lauh Mahfuz’, ALLAHU TA`ALA A`LAM.Tapi kita diajar supaya beriman dan mempercayai bahwa daripada sisi ALLAH, al-Quran diturunkan melalui peringkat ‘tunazzalat’ yang pertama.(Bila kita mengaji ‘Ullum Quran’, diajar subject ini kepada kita, iaitu dalam Bahagian Tunazzalat).Dimana pada fasal yang pertama ini, daripada ALLAH ke ‘Lauh Mahfuz’, al-Quran diturunkan sebanyak 30 juzuk dengan 114 Surah sekaligus.Fasal yang kedua pula ialah daripada ‘Lauh Mahfuz’ menuju ke suatu tempat di langit dunia, ya! ng dinamakan ‘Baitul `Izzah’.Ini adalah ‘tunazzalat’ yang kedua.Daripada ‘Lauh Mahfuz’ ke ‘Baitul `Izzah’, juga 30 juzuk dengan 114 Surah sekaligus.Dan proses penurunan yang ketiga, iaitu daripada ‘Baitul `Izzah’ di langit dunia, turun ke bumi atau al-maklumnya kepada Nabi s.a.w. secara beransur-ansur, yang berjalan selama 23 tahun.Yakni 13 tahun turun di Mekah dan 10 tahun turun di Madinah.Dan surah-surah yang diturunkan di Mekah,dinamakan ‘Surah Makiyyah’.Manakala surah-surah yang diturunkan di Madinah,dinamakan ‘Surah Madaniyyah’.
  2. Bila kita sebut sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah, dan apabila sebut saja penurunan al-Quran itu, yakni apa yang dipanggil sebagai ‘wahyu’; maka perkara yang perlu kita faham ialah hendaklah dihubung-kait pula dengan satu makhluk, dengan suatu hari dan dengan suatu tempat.Jadi, bila sebut ‘tunazzalat’ Quran yakni penurunan al-Quran, maka dikaitkan dengan satu makhluk,iaitulah Saiyyidina Jibril a.s..Kemudian dikaitkan dengan suatu hari,iaitulah hari Ithnin.Dan dikaitkan juga dengan sebuah tempat,iaitulah ‘Gua Hira`’.Inilah detailnya ulama membahaskan kepada kita dalam membicarakan sejarah penurunan al-Quran.

  1. Dimana Jibril a.s. adalah merupakan malaikat yang menjadi ‘penghulu bagi segala malaikat’.Sifat Jibril a.s. ini,telah ALLAH sebut dalam Suratul Najm ayat 5 yang bermaksud, "Yang mengajar Muhammad itu adalah Jibril yang teramat-amat kuat."…Dalam ayat ini,ALLAH menyebut secebis sifat Jibril yang kuat itu.Dengan kekuatannya itu, maka dialah yang layak menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w..Sehinggakan ALLAH menjelaskan bagaimana kekuatan dan kehebatan Jibril a.s. ini dalam firmanNya yang bermaksud, "Dan dia (Jibril) berada di ufuk tinggi, tiba-tiba dia sudah berada depan Nabi."…Yang kata ufuk ni, dia ada 2 jenis.Yang pertama ialah ufuk adna (ufuk yang dekat),yakni sejauh mata memandang.Tapi dalam ayat tadi,ALLAH bagitau bahwa Jibril berada di ufukil a`la (ufuk tinggi),yakni jenis ufuk yang kedua.Yang dikatakan ufukil a`la ini,mungkin ia di arasy dan mungkin di langit yang ke 7! .Ulama sebut ayat ini bermaksud, katakanlah Jibril berada di langit ke 7, tiba-tiba dia spot dia punya vision betul-betul ke Masjid Batu ni, maka dengan dia pandang saja lalu sampailah dia di Masjid Batu ni.Ini menunjukkan betapa kuat dan lajunya Jibril tu.
  2. Penurunan al-Quran dikaitkan juga dengan suatu hari,iaitulah Ithnain, yang merupokan hari yang kedua dalam taqwim Islam.Bila disebut penurunan Quran dikaitkan dengan hari Ithnin, sebab itulah kita muslimin/muslimat sekelian disuruh oleh Nabi supaya melakukan ibadah puasa sunat pada hari Ithnin.Diatas beberapa sebab, lebih elok kalau kita puasa pada hari Ithnin/Khamis :

  1. kerana hari Ithnin itu adalah hari lahirnya Rasulullah s.a.w..Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan oleh Siti Aminah binti Wahab radiallahu anha, ibu kepada Rasulullah s.a.w.
  2. selepas waktu Asar pada hari Ithnin/Khamis, Malaikat akan mengadap ALLAH dengan membawa ‘buku’ amalan kita masing-masing.’Buku’ amalan kita inilah yang disebut dalam Quran yang bermaksud,"Dan tidak adalah setiap perkataan yang diucapkan mahupun perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, melainkan Kami hadirkan di sisi tuan punya tubuh itu malaikat Raqib/Atid yang mencatitkan segala ucapan/perbuatan."…Kemudian sabda Rasulullah s.a.w., "Alangkah eloknya, ketika malaikat membawa kitab amalan kamu selepas waktu Asar Ithnin/Khamis, lalu ketika itu kamu sedang berpuasa."…Sebab inilah yang Nabi suruh sangat kita berpuasa pada hari Ithnin/Khamis ni.Letih tara mana pun, kita mau cuba try puasa Ithnin/Khamis jugak.
  3. Sebab disuruh puasa hari Ithnin ialah kerana al-Quran mula-mula mencecah bumi ialah pada hari Ithnin.Iaitulah Surah al-`Alaq dari ayat 1-5, turun di Gua Hira`.Kalau ada orang kata ayat ke 6 dan seterusnya juga turun di Gua Hira`, maknanya orang tu pembohong, sebab ayat 6 dan seterusnya itu turun di tempat lain di Mekah.Maka kata Nabi, "Berpuasalah kamu pada hari Ithnin kerana hari Ithnin itulah mula-mula perintah ALLAH turun, iaitulah Surah al-`Alaq, yang mengajar kita membaca."…Ayat sebutan Nabi inilah yang dibahas oleh Said Ramadan al-Buti dalam kitabnya ‘Fiqhul Sirah’.Diantara persoalan yang disebut dalam kitab itu ialah mengapa ALLAH tidak menurunkan kepada Nabi s.a.w. ayat mula-mula sekali suruh dia pi lawan Abu Jahal? Mengapa mula-mula sekali tak turun ayat perang? Mengapa tak turun ayat hukum hakam?…Sedangkan di Mekah pada waktu itu, serba mak nenek punya dok ada.Dengan berhalanya, dengan araknya, judin! ya, berzina ikut suka dan sebagainya.Mengapa tak turun ayat haram arak/judi dulu?…Sebaliknya, yang turun mula-mula adalah Surah al-`Alaq.Sebenarnya inilah message daripada ALLAH kepada setiap kita,terutamanya yang menjadi pejuang Islam, supaya berilmu.Jangan berjuang tanpa ilmu, sebab akan hancur di ‘tengah jalan’.Depa bagi kain pelikat aje, iman dah goncang.Depa bagi h/phone macam di Sanggang, habih lingkup iman.Sebab itu, kita mesti ada ilmu.Dan sebab itulah yang mula-mula sekali, ALLAH suruh Nabi membaca; walhal Nabi Muhammad itu buta huruf.Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang telah membangkitkan di kalangan umat yang buta huruf seorang Rasul yang tak reti baca/tulis."…Inilah apa yang ALLAH nak bagitau bahwa kalaulah Muhammad s.a.w. itu pandai baca/tulis, sah Abu Jahal nanti kata Muhammad yang tulis Quran.Oleh kerana Nabi tak reti baca/tulis, makanya Quran tu turun untuk suruh Nabi baca juga sebagai satu mess! age bahwa kita pejuang-pejuang Islam mesti mencari ilmu.Antara puncanya ilmu selain kuliyyah/ceramah, ialah membaca.Sebab itu, kita jangan malas membaca.Kata Said Abul `Ala Mawdudi rahimatullahu ta`ala, "Bagi setiap individu muslim, paling minima masa yang mesti diperuntukan untuk membaca ialah 1 jam."…Tapi bila disuruh baca, jangan pulak pi baca majalah ‘Mangga’.Hangpa jangan salah faham.Yang dimaksudkan oleh Mawdudi ialah membaca buku-buku agama, sirah, perjuangan Islam dan sebagainya.Dalam bab membaca ni, yang paling champion sekali ialah orang-orang Jepun.Menurut sahabat yang belajar di sana, mereka mengatakan bahwa orang-orang Jepun membaca buku setebal 500 mukasurat dalam masa 1 bulan.Pasai tu bila kita pi Jepun, tuan-tuan boleh tengok lagumana perangai orang-orang Jepun.Tak kiralah mana saja; dalam bas ka, kat bus-stand ka, kat market ka; dengan buku aje depa ni yang kita nampak.Sebab itu, ALLAH kurniakan kecerdikan dan ‘gentlem! an’nya orang-orang Jepun ni.Awat pi kata ‘gentleman’ kat orang-orang Jepun ni?…Mau tak kata macam tu; bukan ka hari tu depa punya PM kena koma, lalu serentak dengan itu, satu kabinet dia pi tender surat resigned, dengan alasan depa tak layak mentadbir sebab PM depa sakit.Itulah ‘gentlemen’ namanya.Bukan macam kita, kalau PM mati tegak atas kerusi sekalipun, kabinet nanti relax aje.Silap-silap haribulan, tepuk tangan lagi pasai seronok.Pasai apa kita kata lagu tu?…Sebab mentaliti orang kita, memang macam tu.Orang Jepun dekat bus-stand, depa baca buku.Tapi ‘orang kita’ kat bus-stand, baguih punya dok termenung gigit kuku.Kalau dak pun, pi mengorat minah kilang.Yang tu saja yang depa tau.Jadi lagumana nak tambah ilmu kalau macam ni punya gaya?…Sepatutnya, kita orang Islamlah yang mau rajin baca buku sebab ayat yang mula-mula sekali turun ialah Iqra`, yakni disuruhNya kita membaca…..SubhanALLAH.Tapi kalau kita h! entam baca saja, tanpa teknik pun tak boleh jugak.Hentam baca sampai 2 buku habis dalam masa 1 hari, tapi tak faham apa yang dibacanya.Yang ni namanya buat buang masa dan penat membaca saja.Kita mesti ada kaedah dan strategi .Yang ni kena belajar management dan cara-cara ilmu saikologi bagaimana nak faham sesuatu perkara.Salah satu caranya yakni yang paling simple yang boleh kita buat ialah cuba buat ringkasan apa yang kita faham tentang buku yang baru kita habis baca tu.Insya`ALLAH, dengan kaedah seperti ini, kefahaman itu akan melekat dalam pemikiran kita.

c) Bila disebut penurunan Quran, maka dikaitkan juga dengan sebuah tempat yang bernama Gua Hira, yang terletak di Jabal Nur (Bukit Cahaya).Lalu ulama pun membahaskan persoalan mengapa ayat yang mula-mula sekali itu diturunkan di sebuah gua? Mengapa wahyu yang pertama ini tak diturunkan di Masjidil Haram? Ataupun mengapa ia tidak diturunkan di rumah Nabi saja?…Ulama kata, "ALLAHU TA`ALA A`LAM; ALLAH lah yang Maha tahu kenapa Dia pilih gua sebagai tempat untuk menurunkan wahyuNya yang pertama."…Cumanya dengan Nabi berkhalwat dalam gua, maka inilah konsep uzlah.Kita mesti ber’uzlah’ mengasingkan diri daripada maksiat dan kemungkaran.Waktu itu, Nabi mengasingkan diri kerana meluat/benci dengan maksiat yang wujud di kota Mekah, sambil itu dia juga memikir serta merenung akan kebesaran ALLAH SWT.

  1. Yang perlu kita faham tentang Kitabullah ini ialah ia diturunkan di dalam bahasa Arab.Sebab itu, kita disyorkan supaya belajar bahasa Arab untuk senang memahami kaedah-kaedah ‘lughatul Arabiyyah’; terutamanya bagi orang yang mengajar tafsir al-Quran.Kalau dia tak dak bahasa Arab, boleh lingkup tafsirnya tuan-tuan.Perkara macam ni, jangan main-main sebab bahasa Arab ini adalah bahasa al-Quran.Mengapa Quran diturunkan dalam bahasa Arab?…Sebab Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah orang Arab.Mai kita tengok tuan-tuan, walaupun Abu Jahal itu orang Arab juga dan al-Quran itu pun dalam bahasa Arab, tetapi Abu Jahal tak boleh lawan mukjizat al-Quran itu.Sebabnya bila kita belajar dan menggali ilmu al-Quran melalui bahasa Arab, kita akan melihat kehebatan bahasa al-Quran itu.Inilah yang telah mengalahkan Abu Jahal/Abu Lahab dan kroni-kroni mereka; walaupun al-Quran itu di dalam bahasa mereka sendiri yakni bahasa Arab.Diantara indahnya mukjizat al-! Quran itu ialah cara ALLAH bercakap yakni yang kita panggil sebagai balaghah, bayan, badi` dan sebagainya.Jadi inilah kaedah yang mesti digunakan oleh para pendakwah, iaitu mengambil kaedah ALLAH bercakap.

  1. Yakni adakala ALLAH menggunakan ayat yang berkias-kias seperti dalam Surah at-Takwiir ayat 18 yang bermaksud, "Demi waktu subuh, bila ia mula bernafas (memancarkan cahayanya)."…Tengok tuan-tuan betapa indahnya ayat kiasan daripada ALLAH SWT.Ayat ini nak cerita kat kita bahwa apabila datang waktu Subuh, maka menandakan munculnya hari yang baru atau kehidupan yang baru.Maka ini bermakna selagi tak dak Subuh, tidak akan ada hari yang baru.
  2. Dan adakalanya pula, ALLAH SWT mengambil kaedah suruh kita berfikir.Sepertimana firmanNya dalam ayat 6 Surah Qaaf yang bermaksud, "Apakah mereka tidak melihat langit yang berada di atas kepala mereka; bagaimana Kami susun pembinaan langit yang kukuh itu? Dan Kami hiaskannya dengan bintang-bintang dan cakerawala.Dan kamu lihat tiada kecacatannya dengan langit Aku."…Selain daripada disuruhNya kita berfikir tentang alam sekeliling, disuruhNya juga kita berfikir tentang ayat hukum sepertimana firman ALLAH dalam ayat 9 Surah Qaaf yang bermaksud, "Dan kamu tengoklah air yang diturunkan Kami daripada langit, yang membawa berkat,…."…Bila kita tengok tv, dan ada pula berita tentang negara-negara Afrika seperti Ethiopia umpamanya; kita akan rasa sedih bila tengok keadaan negara itu yang dilanda kemarau dengan begitu dahsyat.Ethiopia itu adalah negara Habsyah pada masa dahulu, tuan-tuan; yang juga pernah mela! ksanakan undang-undang Islam suatu ketika dahulu, yakni sejak zaman pemerintahan Raja Najashi lagi.Kalau tuan-tuan masih ingat, Raja Najashi inilah yang telah memberikan perlindungan kepada rombongan yang diketuai oleh Saiyyidina Ja`afar bin Abi Talib r.a., yang telah berhijrah ke Habsyah ketika mereka teruk diseksa di Mekah pada zaman mula-mula Islam nak berkembang dahulu.Jadi, sejak daripada peristiwa inilah Habsyah diperintah dengan hukum Islam.Kemudian apabila pemerintahan bertukar ganti sehinggalah sampai kepada pemerintahan yang kuffur kepada ALLAH SWT sehingga ke hari ini; mengakibatkan ALLAH tidak turunkan hujan sudah 4 tahun lamanya.Inilah realiti yang berlaku di Habsyah sekarang, yang memang kita simpati tengok lalat di hidung/ lalat di telinga/ lalat di mata, yang mengundang berbagai-bagai penyakit.Inilah bala` yang ALLAH turunkan setelah mereka lawan hukum hakam ALLAH.Tapi yang kenanya ialah rakyat yang tidak berdosa.Jadi, apa yang berlaku di Ethiopia ini sepatutny! a diambil iktibar oleh kita di M`sia ni, yang juga masih liat untuk melaksanakan hukum hakam ALLAH SWT.Mungkin ALLAH menangguhkan bala` ke atas kita di M`sia ini sebab kita masih ada pejuang-pejuang Islam dan jamaah-jamaah Islam yang sanggup korban masa/harta/diri mereka untuk mengajak masyarakat kembali kepada Islam.Sebab itu, kita tak nafikan bahwa bumi M`sia adalah bumi yang barakah.Hang campaklah benih tumbuhan apa pun, Insya`ALLAH, hidup benih tersebut.Tuuu dia, punya la ALLAH beri keberkatan.Sehinggakan di bulan Ramadan, kalau jual selipar goreng salut dengan tepung adabi pun, boleh laku juga orang beli.Ini menunjukkan betapa makmurnya negara kita dengan rezeki yang melimpah ruah.Sebab itu, ayat 9 dalam Surah Qaaf itu, ALLAH suruh kita berfikir tentang keberkatan air hujan itu.
  3. Dan ada juga ayat yang ALLAH tak suruh kita fikir dah.Inilah kaedah ‘pancung’ terus namanya; tarak pujuk-pujuk dah.Seperti dalam Surah al-Muthaffifiin ayat 1 yang bermaksud, "Celakalah untuk orang-orang yang menipu."…Kemudian ALLAH pancung sekali lagi dalam ayat 10 Surah yang sama yang bermaksud, "Celakalah pada hari ini untuk orang-orang yang mendustakan agama."…Sebab itu, bila kita dengar kuliyyah ka atau ceramah ka; adakala ustaz kata kasar sikit dan adakala pula dia berlembut.Maka itulah kaedah yang betul, yang diajar sendiri oleh ALLAH SWT.Semua kaedah yang ALLAH ajar ini, perlulah kita adunkan secantik mungkin sepertimana yang disebut oleh ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya ‘Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam’.

Oleh kerana hebatnya mukjizat al-Quran inilah, maka Abu Jahal/Abu Lahab dan kroni-kroninya menjadi lemah, sebab mereka tak boleh lawan dengan ayat-ayat yang ada dalam al-Quran itu walaupun mereka tahu Nabi kita seorang yang buta huruf.Bila Abu Jahal/kroninya mati kutu dah, tak boleh nak pikiaq dah macamana nak bagi Nabi kalah, maka mereka panggil seorang yang Emeritius (full respect) dalam bidang syair Arab yang bernama `Utbah bin Robi`ah untuk buat tawaran terakhir kepada Nabi s.a.w. sebelum mereka menyusul dengan tindakan yang lebih kasar.Lalu pergi lah `Utbah bin Robi`ah berjumpa dengan Nabi, yang ketika itu sedang berehat di bawah sepohon pokok.Kata `Utbah, "Wahai anak saudaraku, kamu ini telah membawa satu ajaran yang memecah-belahkan perpaduan umat Arab.Yakni kamu telah mengkafirkan undang-undang nenek moyang kami dan kamu juga mencela berhala-hala kami.Yang sebenarnya, kamu nak apa wahai Muhammad? Cuba terangkan kat aku :

    1. adakah kamu buat semua ini untuk kamu nak jadi raja?…Kalau itulah hajat mu wahai Muhammad, kami bersedia untuk lantik kamu sebagai ‘Raja Mekah’ sebab kami memang tak dak raja lagi.( Ambik lah elaun RM25K/- sebulan.Habaq saja kamu nak ke mana; kami akan susun program untuk kamu.Kami akan arrange escort, inrider/outrider, semua boleh, no problem.)
    2. ataupun kamu inginkan harta kekayaan sebab kami kenal yang kamu ni seorang gembala kambing yang miskin.Kalau itulah hajatmu, maka kami bersedia untuk menghimpunkan harta untuk kamu supaya kamu jadi hartawan.( Kamu akan jadi ahli korporat.Saham kamu di papan pertama bursa saham Mekah akan melambung tinggi.)
    3. ataupun kalau kamu ingin berkahwin, kami bersedia untuk cari wanita yang paling cantik untuk kamu.(Ada riwayat lain sebut : ataupun kamu ni sakit kot ya Muhammad, sebab pada pandangan kami, ucapan-ucapan kamu ni merapu dana saja.Maka oleh kerana kamu sakit, kami bersedia untuk carikan tabib untuk ubatkan kamu.)

Kalau kamu mahukan apa yang ditawarkan tadi kepada kamu, maka syaratnya hanya satu saja.Iaitu hendaklah kamu hentikan dakwah kamu kepada masyarakat.Kamu jangan kata arak/judi kami haram.Kamu jangan kata berhala kami syirik.Dan kamu jangan kata undang-undang jahiliyyah kami zolim.Kalau kamu setuju dengan syarat-syarat kami ini, habuan yang kami tawarkan tadi adalah hak kamu."…Nabi relax saja dengar `Utbah berhujah.( Inilah yang kita nak bagitau kat puak-puak umno, yakni inilah contoh bermuzakarah.Hangpa bagi hujah, kemudian dengar pula hujah daripada kami.Lepas tu compare lah, mana satu yang betul, itu saja.Awat yang hangpa takut sangat? Mana aci dok act sorang-sorang dalam tv atau dalam paper.Mai la ‘face to face’ dengan kami, macamana Nabi dengan `Utbah tu.Baru la ‘real’.)

Selepas Nabi diam mendengar hujah `Utbah tadi, dan apabila `Utbah habis saja berucap, maka kata pula Nabi s.a.w. dengan nada yang tidak sedikit pun beremosi, "Habis dah ka akan ucapan kamu ya Abal Walid ( gelaran bagi `Utbah)?"…Apabila `Utbah mengangguk, maka kata Nabi, "Laa, hang dengar hujah aku pula." (Inilah kaedah bermuzakarah.Dulu kami ajak debat, hangpa takut, pasai bunyi debat dengaq lagu ‘Hang Jebat’ saja.Kemudian daripada debat, tukaq pi muzakarah, pun hangpa tak mau jugak.Habih lagumana nak selesai?)…Kata `Utbah, "Silakan."…Nabi kata, "Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang." ( Yang ni, yang depa tak mau tu.Sikit-sikit Quran; sikit-sikit hadith.Bila kita bawa mai ayat Quran, tembelang depa nanti pecah la; yang tu yang depa takut tu.Pasai Nabi, dia tak cakap merapu.)…Nabi baca Surah Haa Miim as-Sajdah kep! ada `Utbah :

    • ayat 1 : Haa Miim (ALLAH yang mengetahui maksudnya).
    • Ayat 2 : Inilah dia Quran yang diturunkan daripada ALLAH yang Pemurah dan yang Penyayang.
    • Ayat 3 : Iaitu sebuah kitab yang Kami jelaskan ayat-ayatnya.Yaknilah Quran dalam bahasa Arab, bagi kaum yang mahu mengetahuinya.
    • Ayat 4 : Memberi khabar gembira dan memberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, lalu mereka tiada mendengarkannya.

…Menurut riwayat, bila Nabi s.a.w. selesai baca ayat-ayat ALLAH itu, `Utbah tersentak dengan ternganga mulutnya sambil menggeletar seluruh tubuh badannya.Lalu Nabi sujud tilawah di bawah pokok itu, kemudian bila Nabi bangkit, Nabi kata, "Hang dengaq dah kan?"…Jawab `Utbah lagumana terpukau, "Ya, Ya."…Maka kata Nabi lagi, "Haaa! yang itu untuk kamu dan juga untuk Abu Jahal.Sekarang kamu boleh balik."…Nyong! nyong! nyong! `Utbah melangkah balik,macam orang kena pukau saja lagaknya.Kepulangan `Utbah memang ditunggu-tunggu oleh Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Suffian (sewaktu belum Islam) dan kroni-kroni mereka di Darul Nadwah.Mereka semua pakat tunggu sebab kalaulah Nabi dapat dipengaruhi `Utbah supaya menerima tawaran tersebut, maka lega banyaklah mereka.Dan selesailah permasalahan pecah-belah dalam masyarakat, maka boleh bersatu-padulah bangsa Arab ini diatas arak/judi.Tetapi sangkaan mere! ka meleset bila tengok muka `Utbah pucat lesi.Lalu mereka pun mengerumuni `Utbah sambil bertanya, "Ya Abal Walid, apa keputusan Muhammad?"…Jawab `Utbah, "Wahai Abu Jahal, wahai Abu Lahab dan pemimpin-pemimpin Quraisy yang lain.Aku dah pun dengar.Kalau aku nak kata yang aku dengar tadi itu syair, bukannya syair sebab aku sendiri ahli syair.Nak kata pantun, bukan pantun.Nak kata sajak, pun bukan juga.Walhal dia bahasa Arab.Bila aku dengar saja, ia lagu satu macam punya menyucok di jantung ku.Laaa beginilah wahai Abu Jahal, aku nak pesan bahwa kita biarkanlah saja Muhammad tu.Tok sah kacau dia lah.Dia nak dakwah ka, dia nak buat apa ka, lantak pi lah kat dia, sebab yang aku dengar itu adalah satu qalam dalam bahasa Arab yang aku sendiri tak pernah dengar sebelum ini."…Lalu sindir Abu Jahal, "Nampak gaya, hang pun dah kena sihir Muhammad."…Ucapan Abu Jahal itulah penyudahnya, namun nak tunduk kepada ALLAH, tidak sekali-kali.Itulah! cerita hebatnya ayat al-Quran ni tuan-tuan.

  1. Kemudian ada juga ayat-ayat yang disebut sebagai ‘Muhkamat’, yakni ayat yang terang lagi jelas dan tak perlu ditakwilkan lagi.Seperti ayat 2 Surah an-Nur yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, bila cukup syaratnya, maka sebatlah mereka masing-masing seratus kali rotan sekiranya belum berkahwin……" Ataupun ayat 38 Suratul Maa`idah yang bermaksud, "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, bila sabit kesalahan, hendaklah dikerat tangan keduanya,…." Begitu juga dengan ayat 183 Suratul Baqarah yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, diperlukan atas kamu berpuasa,…" Dan ayat 110 Suratul Baqarah yang bermaksud, "Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat,…." Ayat-ayat ni semua adalah contoh ayat ‘Muhkamat’.
  2. Dan juga yang dikatakan ayat ‘Mutashabihat’ ialah seperti di tengah-tengah ayat 10 dalam Suratul Fath yang bermaksud, "Tangan ALLAH di atas tangan mereka."…Adakah ALLAH bertangan? Sedangkan ALLAH itu zat seperti yang disebut dalam ayat 4 Surah al-Ikhlaas yang bermaksud, "Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya."…Begitu jugalah yang kita belajar tentang sifat Wahdaniah,iaitu Esanya ALLAH TA`ALA seperti Esa pada zat, Esa pada sifat, Esa pada perbuatan, tak sama dengan makhluk.Tapi tiba-tiba Quran beritahu dalam ayat tadi bahwa ALLAH bertangan.Pendapat ulama terbahagi kepada 2 tentang ayat ini :- a) ‘tangan’ itu bermakna kekuasaan; b) tok sah dok takwil-takwil, hanya ALLAH yang Maha mengetahui.Inilah pendapat paling selamat.

Jadi maksud ayat ‘Mutashabihat’ ialah kurang jelas maknanya.

  1. Ustaz Halim baca beberapa potong hadith berkenaan dengan tajuk ‘Kitabullah adalah sebenar-benar perkataan’; yang mana ALLAH/rasulNya memuji pembaca-pembaca dan pengkaji-pengkaji al-Quran.

  1. Sabda Nabi s.a.w., "Orang-orang yang mahir membaca Quran adalah orang-orang yang sentiasa ditemani oleh malaikat yang mulia lagi berbakti." (HR Bukhari/Muslim) …Maknanya, orang yang mahir baca Quran, malaikat akan jadi kawan dia.Tuan-tuan kena ingat bahwa dalam hadith lain Nabi sebut bahwa memang ada malaikat yang dok kawal kita,i.e. ada malaikat yang jaga depan/belakang kita, terutamanya budak-budak kecik.Kan kita pernah dengar cerita accident kereta satu keluarga mati, tapi yang selamat hanyalah sorang bayi.Ini adalah dengan izin dan pertolongan ALLAH melalui malaikat yang mengawal manusia.Antara kaedah kita nak berdamping dengan malaikat ni ialah hendaklah mahir baca Quran.Ini cerita orang yang mahir baca Quran.Tapi bagaimana pula dengan orang yang tak mahir baca Quran,yakni umur 62 tahun baru nak baligh, umur 62 baru nak kepit kitab tajwid, umur 62 baru nak idram/izhar, baru nak belajar bedengung?&hellip! ;Orang macam ni kata Nabi, "Dan orang yang membaca al-Quran tetapi sulit/payah hingga merangkak-rangkak, dia dapat 2 pahala.Yang pertama, dia dapat pahala nak baca Quran.Dan yang keduanya ialah kerana walaupun susah tapi dia tetap mencubanya."
  2. Sabda Nabi s.a.w., "Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran, kemudian diajarnya balik." (HR Muslim)…Samada dia belajar tajwid ka atau tafsir ka, kemudian bila dia ajar balik kat orang lain, maka kata Nabi bahwa orang macam ni adalah baik.
  3. Dari hadith Mushabih Sunnah, Nabi bersabda, "Seseorang yang dalam kehidupan sehariannya langsung tak dak Quran ( seperti tak pernah beramal, tak pernah baca dan jauh sekali menghafal), maka dia seperti sebuah rumah yang usang."…Cuba tuan-tuan masuk rumah yang sudah ditinggalkan begitu lama; apa yang ada dalam rumah tu?…Apa yang mungkin kita tengok ialah taik tikus, teloq ular, aksesori penagih dadah dan bermacam-macam lagi benda yang teruk-teruk belaka.Inilah keadaan orang yang langsung tak dak dalam kepala hotak dia, al-Quran.
  4. Sabda Nabi s.a.w., "Barang siapa yang membaca 1 huruf daripada al-Quran, maka dia dapat 1 kebaikan.Dan 1 kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (HR Tirmidzi)…Ini merupakan satu bonus untuk kita daripada ALLAH SWT.Itu belum lagi ganjaran faham makna ayat.Dengan kita baca saja ayat Quran, boleh bonus tu kat kita.Timbul satu persoalan, iaitu seelok-eloknya banyak mana kita nak baca?…Seelok-eloknya kita ambik kaedah yang ALLAH sebut dalam Surah al-Muzzammil ayat 20 yang bermaksud, "…bacalah oleh mu apa yang kamu rasa senang/mudah daripada Quran itu."…Kalau tuan-tuan rasa mudah hanya baca satu mukasurat sahaja, takpa silakan.Kalau tuan-tuan rasa mudah baca daripada satu `ain ke satu `ain, pun boleh, silakan.Kalau tuan-tuan rasa mudah baca satu juzuk, boleh silakan.Asalkan mau baca sudah la, kalau boleh sekurang-kurangnya mau pederaih setengah jam.Tengok bola sejam boleh pi; a! wat baca Quran setengah jam tak boleh pi pulak?…Lagi baguih, kalau boleh hari-hari mau baca sebab itulah aset yang Nabi sebut baca 1 huruf dapat 10 kebajikan.Tapi Nabi tak sebut kebajikan itu dalam bentuk apa.Mungkin dalam bentuk diberi umur kita panjang.Boleh jadi dalam bentuk rezeki kita murah.Boleh jadi anak-anak kita nanti semuanya berjaya jadi orang-orang yang baik, masuk Univ. mengaji tinggi-tinggi, kemudian bila keluar jadi pulak pejuang-pejuang Islam.Ini semua ada kemungkinannya, yang ALLAH janjikan kebajikan dari 1 huruf yang kita baca itu.Sebab itu, saya seru diri saya sendiri dan kepada muslimin/muslimat sekelian, rebutlah peluang ini dengan memperbanyakan membaca al-Quran kerana ia adalah ibadah yang tidak ada tolok bandingnya.

Kesimpulannya :

    1. Proses penurunan al-Quran daripada ALLAH ke ‘Lauh Mahfuz’ ke ‘Baitul `Izzah dan kemudiannya ke dunia.
    2. Bila sebut penurunan al-Quran; ia dikaitkan dengan Jibril a.s., dikaitkan dengan hari Ithnin dan dikaitkan dengan Gua Hira`.Kemudian ustaz Halim pecah pula hari Ithnin berkenaan dengan puasa sunat hari Itnin/Khamis berdasarkan 3 sebab : a) hari lahir Nabi s.a.w. ialah hari Ithnin, b) amalan kita dibawa selepas waktu Asar pada hari Ithnin/Khamis, c) kerana Quran mula-mula diturunkan pada 17 Ramadan itu adalah hari Ithnin.
    3. Walaupun Quran itu dalam bahasa Arab, tapi ia penuh dengan seni/sastera/keindahan mukjizatnya, yang menyebabkan orang lemah tak boleh lawan dengan al-Quran.Dan ustaz sebut juga contoh-contoh macamana ALLAH bercakap, yakni ada cara berkias, ada ayat yang suruh kita berfikir dan ada yang Dia ‘pancung’ terus.
    4. Ustaz sebut 4 hadith yang berhubung dengan kelebihan al-Quran :

    1. tentang orang mahir dan yang tak mahir baca al-Quran,
    2. orang yang paling baik ialah yang belajar al-Quran, kemudian mengajarnya pula kepada orang lain.
    3. Orang yang dalam otaknya tak dak langsung al-Quran adalah seperti rumah yang usang.
    4. Hadith kelebihan membaca al-Quran.

 

ALLAHU TA`ALA A`LAM

…….BERSAMBUNG…….

 

 

 


 



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke