*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

assalamualaikum,

lawak, lawak, pandai Dr M ni, very pandai, very very pandai,
kona sana, kona sini, pastu org2 yg "terlampau" cerdik percaya kat dia.
Pandai, pandai.
Mmg tak sia2 dia jadi PM. Such a genius.

wassalam



KUALA LUMPUR, Isnin – Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, ada arah 
aliran di kalangan parti pembangkang sekarang sengaja mencabul undang-undang 
dengan tujuan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka.

Perdana Menteri berkata, apabila tindakan diambil golongan terbabit akan 
memberitahu rakan mereka di luar negara, yang seterusnya akan mengecam 
kerajaan Malaysia, konon tiada kebebasan di negara ini.

“Parti pembangkang sepatutnya menyerahkan kepada rakyat sama ada mereka 
menerima sokongan popular atau tidak, bukan mengadakan perhimpunan serta 
meminta bantuan asing bagi mencapai matlamat mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai perhimpunan haram parti 
pembangkang di Jalan Kebun, Shah Alam semalam apabila pihak berkuasa 
terpaksa menahan lebih 100 orang kerana membantah arahan polis supaya 
bersurai.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Majlis 
Telekomunikasi Komanwel ke-40 di sini hari ini, beliau berkata perhimpunan 
itu tidak menjadi kenyataan kerana pihak berkuasa tidak membenarkannya 
kerana ia perhimpunan haram.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan seperti ini tidak akan menghentikan tindakan 
mereka kerana apa yang penting bagi mereka ialah mencetuskan masalah kepada 
negara supaya pelabur dan pelancong tidak datang ke Malaysia.

“Tapi orang-orang ini minta kita ikut peraturan undang-undang. Apabila kita 
ikut peraturan undang-undang mereka kecam kita,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim boleh ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 
selama mana yang dikehendaki, tetapi kerajaan membenarkan polis mengambil 
tindakan melalui pembicaraan terbuka di mahkamah.

Perdana Menteri berkata, perbicaraan itu berlangsung selama setahun dan 
dikendalikan dalam bahasa Inggeris bagi memenuhi kehendak media asing, 
manakala Anwar dibela oleh sembilan peguam terbaik di negara ini.

“Tapi mereka masih kata tidak ada proses yang sewajarnya... saya tak faham 
apa yang dimaksudkan dengan proses sewajarnya itu. Kita negara bebas, 
undang-undang kita jelas dan kita ikut undang-undang sepenuhnya, namun 
mereka kata tidak ada proses sewajarnya,” katanya.

Dr Mahathir berkata, banyak proses dalam negara yang parti pembangkang boleh 
gunakan sebagai saluran untuk mengukur sokongan seperti dalam pilihan raya 
atau di mahkamah bagi sesuatu kes.

“Malaysia bukanlah sebuah negara yang ahli politik pembangkang tidak boleh 
menang. Mereka boleh menang, malah merampas dua negeri (merujuk kepada 
Kelantan dan Terengganu yang dikuasai Pas).

“Namun begitu kita masih bersedia pergi kepada rakyat dan bertanya kepada 
mereka sama ada mereka masih mahukan kita atau tidak... jika tidak mahu 
mereka boleh jatuhkan kita,” katanya.

Merujuk kepada tindakan beberapa anggota kongres Amerika Syarikat yang 
meminta perbicaraan Anwar diadakan semula, Dr Mahathir mengulangi bahawa 
mereka tidak faham undang-undang negara ini.

“Kalau buat semula, kena singkirkan semua hakim... apa salah mereka. Kalau 
ada rayuan, adalah satu lagi perbicaraan,” katanya.

Beliau berkata, sesetengah media asing masih memberi gambaran negatif 
mengenai negara ini, antaranya Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang 
mengeluarkan penarafan bahawa Malaysia adalah negara paling tidak bebas di 
dunia.

“Akhbar itu dicetak di negara ini dan kita tidak pernah sekali-kali sentuh 
apa yang dikatakan oleh mereka. Dan mereka tidak pernah mengatakan sesuatu 
yang baik mengenai negara tempat mereka mencetak akhbar mereka itu,” 
katanya.

Sebaliknya, kata beliau, ada majalah lain seperti Business Traveller yang 
menyatakan Kuala Lumpur adalah bandar raya rahsia kerana orang tidak tahu 
betapa eloknya bandar raya itu.

“Sebab orang tidak tahu ialah kerana sikap buruk akhbar antarabangsa. Begitu 
pun, kita akan terus bercakap menyatakan yang benar walau apapun kata 
mereka,” katanya.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kita ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke