H-Net* Penyakit Hasad Dengki

2001-07-26 Terurut Topik alias mohd yusof

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Satu dari perangai buruk kebanyakan orang kita, tidak senang melihat
orang lain lebih dari kita. Kita rasa susah hati bila kawan kita atau
jiran kita lebih kaya atau lebih berjaya dari kita. Kalau boleh biarlah
mereka itu tidak mendapat lebih dari apa yang kita ada atau
sekurang-kurangnya sama dengan apa yang kita ada.

Perasaan iri hati ini memang telah sebati dengan budaya orang Melayu.
Malah di zaman yang lampau, ada di antara mereka yang sanggup
menggunakan cara kotor seperti menabur fitnah dan menggunakan ilmu hitam
atau sihir semata-mata tidak suka melihat saingan mereka lebih maju
darinya. Apabila kesedaran beragama di kalangan masyarakat kita semakin
bertambah baik maka penggunaan ilmu hitam untuk menghapuskan pesaing
makin bertambah kurang.

Namun begitu perasaan iri dan rasa tidak senang dengan kejayaan orang
lain itu masih juga belum hilang dari masyarakat kita. Padahal agama
kita juga melarang perasaan iri yang sedemikian. Perasaan iri seperti
inilah yang boleh menghalang bangsa kita dari mencapai kejayaan dan
kemajuan.

Orang Cina mempunyai satu pegangan yang begitu menarik yang berkaitan
dengan kejiranan iaitu ‘jiran yang kaya lebih baik dari jiran yang
miskin’. Sepintas lalu falsafah ini kelihatan biasa saja tetapi jika
diamati dengan teliti, ia boleh memberi kesan yang besar kepada sesuatu
masyarakat yang menghayati falsafah tersebut. Berbanding dengan fahaman
masyarakat Melayu, masyarakat kita tidak berasa senang dengan jiran yang
lebih kaya.

Padahal kalau kita menggunakan fikiran yang rasional, jiran yang kaya
sebenarnya tidak akan menyusahkan kita sekalipun mereka tidak
memperdulikan kita. Tetapi jika jiran kita miskin, bukan saja mereka
tidak mampu untuk membantu kita, silap-silap mereka pula meminta bantuan
dari kita, paling kurang pinjam cili atau garam.

Kalau jiran kita kaya tentu anak-anak kita akan diutamakan untuk bekerja
dikilang atau dipejabat mereka. Kalau kita membuka kedai runcit tentulah
kedai kita akan maju kerana orang-orang kaya ini mampu berbelanja besar.
Tetapi jika jiran-jiran kita miskin, mereka bukan saja tidak mampu untuk
berbelanja besar di kedai kita, silap haribulan mereka beli pun cara
hutang.

Ini bukanlah bermakna kita benci jiran yang miskin tetapi yang hendak
ditekankan di sini ialah tidak seharusnya kita iri dengan jiran kita
yang lebih kaya atau lebih berjaya dari kita. Sebenarnya banyak faedah
yang kita dapat bila jiran kita kaya. Kalaupun faedah itu tidak kita
dapat secara lansung, secara tidak lansung kita akan dapat juga
faedahnya.

Berdasarkan kepada inilah dapat kita lihat kenapa masyarakat Cina tidak
ada menaruh perasaan iri terhadap jirannya yang lebih kaya. Orang Melayu
kalau buka kedai, suka kalau ditempat itu hanya ada satu kedai dia
sahaja, jadi semua orang akan bertumpu ke kedai dia sahaja. Kita kena
ingat, mana ada orang nak pergi ke pekan yang mempunyai satu atau dua
kedai sahaja. Orang mesti tertarik ke pekan yang mempunyai banyak kedai
yang tentunya mempunyai banyak pilihan.

Sebaliknya pekedai Cina tidak pernah berasa bimbang jika orang lain
membuka kedai berdekatan dengan kedainya, kerana ini akan menarik lebih
ramai lagi orang untuk datang ke kawasan itu.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: alias mohd yusof [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Penyakit Hasad Dengki

2001-07-26 Terurut Topik sham sham

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum..Sedikit-sebanyak saya bersetuju dengan pendapat saudara, walaupun mungkin bukan semuabahawa penyakit hasad dengki ini menjadi satu wabak yang menyukarkan orang Melayu untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. Pada pengamatan saya, bangsa lain pun dilihat kadangkala iri hati atau cemburu juga dengan kejayaan atau kekayaan rakan sebangsa mereka yang lain, tetapi itu dijadikan sebagai cabaran. Berbeza dengan kita.ianya dilihat sebagai satu persaingan yang menyakitkan.
Itu sekadar pandangan atau pendapat peribadi melalui pemerhatian.sebab tiada kajian atau dapat dibuktikan secara penyelidikan bahawa adakah betul tahap hasad dengki orang Melayu itu adalah tinggi? Adakah ianya berkait rapat dengan keturunan (gen), budaya atau ianya merupakan masalah umum kepada semua bangsa, tetapi ditangani secara berbeza.Mungkinkah juga kerana tahap pendidikan orang Melayu masih rendah dan bagaimana mereka melihat sesuatu permasalahan sebagai satu ancaman kepada diri mereka dan bukannya sebagai satu peluang? 
Mungkin ada rakan-rakan kita di luar sana dapat memberikan pandangan yang lebih praktikal berdasarkan kepada pengalaman masing-masing hidup dalam kelompok orang Melayu, khususnya di kampung-kampng atau taman perumahan yang majoritinya orang Melayu...
sham

From: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>
To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>, "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>, Purple Haze <[EMAIL PROTECTED]>, "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>, kamariah <[EMAIL PROTECTED]>, Junaidah Abu <[EMAIL PROTECTED]>, Zaihayati <[EMAIL PROTECTED]>, "Faizal bin Hashim @PUSATKAWAL" <[EMAIL PROTECTED]>, Nor Mila Mohd Shafie <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* Penyakit Hasad Dengki 
Date: Fri, 27 Jul 2001 04:58:19 +0800 
 
 *~* 
 { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } 
 { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } 
 { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } 

ditekankan di