H-Net* Perang Iraq

2003-04-03 Terurut Topik Ahmad

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Perang pencerobohan di Iraq semakin zalim. AS
menggunakan senjata-senjata bahaya yang membunuh
kanak-kanak, orang perempuan serta orang tua, dan
memusnahkan harta benda. Bush memang gila perang dan
penjenayah perang. Mengapakah Bush sanggup hendak
bertindak sebegini gila? Pertama, beliau hendak
menaikkan populariti agar boleh dipilih semula sebagai
presiden untuk satu penggal lagi.

Kedua, beliau hendak memastikan kedudukan AS sebagai
kuasa besar dunia yang tunggal dan tidak boleh dicabar
bertambah kuat. Ketiga, beliau berazam hendak
menjatuhkan Presiden Saddam dan menggantikan beliau
dengan seorang boneka. Keempat, beliau hendak
memperkukuh penguasaan AS ke atas minyak di Iraq. 

Kelima, beliau hendak menjamin perubahan imbangan
geo-politik di Timur Tengah akan menguatkan lagi
kedudukan Israel di rantau itu. Berikutan kejatuhan
Uni Soviet dan negara-negara Eropa Timur, AS mulai
tegak sebagai kuasa besar tunggal dalam dunia. Sepuluh
tahun lalu, semasa perang pertama ke atas Iraq
dilancarkan, Presiden Bush (tua) mengumumkan
pembentukan sebuah New World Order (atau susanan baru
dunia). Pada masa yang sama, Pentagon telah
mengemukakan sebuah kertas dasar, yang menyatakan
bahawa selepas kejatuhan regim komunis di dunia,
ancaman yang dihadapi oleh AS ialah dari gerakan Islam
dan apa yang digelarnya sebagai rogue state (negara
bajingan), terdiri antara lain dari Korea Utara dan
Cuba. 

Peristiwa 11hb September memberikan Presiden Bush
peluang untuk melaksanakan kertas Pentagon yang sudah
menjadi dasar AS itu. Golongan yang beliau tuduh
sebagai pengganas Islam dipersalahkan. Pada mulanya
Bush semacam mengisytiharkan perang salib yang baru
terhadap Islam (walaupun beliau berusaha keras untuk
menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya hanya golongan
pengganas dan semua negara yang melindungi mereka). 

Dalam suasana kesedihan dan kemarahan rakyat Amerika,
Bush berjaya menaikkan popularitinya. Mula-mula Bush
mengisyiharkan kempen perangnya terhadap pengganas
antarabangsa, terutama Usama bin Ladin dan gerakan
al-Qaeda. Selepas itu AS menyerang Afghanistan dan
mengganti pemerintahan Taliban dengan sebuah
pemerintahan boneka di bawah Presiden Karzai. 

Kita tidak menyetujui banyak dasar Taliban, akan
tetapi apakah hak AS untuk menggantikan pemerintahan
dengan kekuatan sejatanya? Bukankah ini perbuatan yang
boleh dilakukan hanya oleh sebuah negara pengganas?
Sekarang Bush hendak mengulangi di Iraq apa yang
dilakukannya di Afghanistan. Bush telah mengumumkan
juga apa yang disebutnya sebagai axis of evil (paksi
kejahatan), terdiri teruama sekali dari negara Iraq,
Iran dan Korea Utara. 

Setelah gagal menangkap Usama dan Muhamad Omar (ketua
Taliban) atau memusnahkan al-Qaeda, Bush mengalih
perhatian kepada Iraq, yang dituduh bermacam termasuk
bekerjasama dengan Usma dan membantu pengganas
antarabangsa. Seperti biasa, beliau mengemukakan
tuduhan serta fitnah saja, tanpa mengemukakan bukti
yang kukuh. Bush merancang untuk mencapai
berbagai-bagai matlamat, seperti tersebut di atas,
dengan tindakan ke atas Iraq. 

Salah satu matlamat besarnya, dan mungkin terbesar
sekali, ialah untuk menguatkan kedudukan Israel.
Negara Zionis ini, yang kini mempunyai simpanan 200
peluru berpandu nuclear, merupakan negara paling
banyak mempunyai senjata pemusnahan awam di seluruh
Timur Tengah. Selain itu ia dipimpin oleh Sharon,
seorang yang sudah berkali-kali terbukti sebagai
pengganas. 

AS telah membuang undi veto untuk membatalkan lebih 70
resolusi Majlis Keselamatan terhadap pencerobohan
Israel terhadap Palestin. Israel sendiri tidak
mematuhi semua resolusi yang sudah diluluskan,
termasuk resolusi 242 pada tahun 1967, yang
mengarahkan supaya Israel berundur dari semua bumi
Arab yang didudukinya. Mengapakah AS tidak
menghiraukan perkara ini? Mengpa menumpu kepada
keingkaran Iraq saja? 

Seterusnya, mengapakah AS mahukan hanya senjata Iraq
dimusnahkan? Mengapakah mereka tidak mengambil apa-apa
langkah untuk memusnahkan senjata pemusnahan awam yang
dimiliki Israel? Israel di bawah Sharon bukan saja
menyerang bahkan menduduki bumi Palestin. 

Dalam proses itu ramai rakyat Palestin yang tidak
berdosa terbunuh dan banyak bangunan serta harta benda
persendirian musnah. AS tidak berdetuk atau berdetik
pun. Bush membiarkan saja Sharon melakukan segala
keganasan yang tidak berperikemanusiaan. Tiada usaha
untuk menyekat beliau. Tiada usaha untuk memusnahkan
senjata pemusnahan awam milik Israel. Mengapakah sikap
dwi-standad (double standards) Bush dan AS ini? 

Sharon menyokong bahkan menggesa supaya Bush
meneruskan serangan terhadap Iraq dan 

H-Net* Perang Iraq: ULASAN SELARI

2003-03-20 Terurut Topik Temingat Di Belantara

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Ish, musim-musim perang nie, dok tengok dlm hizbinet
hangpa semua pakat dok tunggu nak baca saja. Mai kerja
pagi-pagi, dok bukak la jugak inbox nak tengok berita2
terkini atau pun apa-apa ulasan selari. Tak dak pun!

Jadi, hari ini bagi aku try buat Ulasan Selari tengok.

Tengok perang Teluk kali ini, teringat aku masa Perang
Teluk tahun 1991 dulu, masa tu aku ada di Amerika.
Sebaik-baik saja perang meletus, kira aku jadi macam
ikan lumut dlm akuarium, dok melekat kat depan
TV...tengok siaran langsung live thru CNN masa tu.

Aku ingat lagi, tengok siaran langsung 24 jam di
Amerika nu, macam tengok siaran langsung piala dunia. 

Awat daknya, lima sepuluh minit selepas wartawan di
Arab Saudi dok ulas live Peluru Berpandu Amerika naik
di sana, lepas tu depa switch pula ke wartawan di
Baghdad; kamera fokus kat satu peluru berpandu yg lalu
atas kepala depa, wartawan di Baghdad tu pulak
sambung:

HA, tu dia...dah sampai dah.dah sampai dah...!

Kemudian, bedebum peluru tu jatuh tak jauh dari situ.

Sekali tu pula, masa depa tengah dok ulas rancak
suasana di Baghdad, kamera switch pula ke Israel. Masa
dok tengah interview Benyamin Netanyahu, tiba2 bunyi
siren, kelam kabut juru kamera dan wartawan tu. 

Wartawan hat dok kendali interview dari Atlanta,
Amerika tu cakap:

Mr Prime Minister, if you think you need to put on
Gas Mask, pls do so!

Lepas tu, live depan TV, kelam kabut Benyamin
Netanyahu sup sap sup sap pakai Topeng Gas tu.
Agak-agak kalau waktu tu, depa kata kena bukak seluar
tukaq pakai seluaq kalis senjata kimia ka apa ka; sure
live depan kamera Benyamin Netanyahu kelam kabut
londeh seluar depan TV!

Nak tergelak sungguh aih!

So, malam tadi, bila Perang meletus, sekali lagi saya
jadi macam cerita tahun 1991 dulu, jadi macam ikan
lumut melekat depan TV; sat-sat tukaq siaran pi CNN,
sat-sat tukaq pi CBS, sat-sat tukaq pi NBC sat-sat
tukaq pi Al-Jazeeera.

Bukannya apa, nak tengok kot-kot boleh tengok lagi
suasana kelam kabut Perdana Menteri Israel nak pakai
Topeng GAS tu berulang lagi. 

Ish, Saddam nie bila la nak lepas Scud ka apa ka ke
Israel sana nusebijik pun jadilah!

After all, nothing to loose.pi mai pi mai pun,
Iraq for sure kalah punya.

Sapa nak bet?

-Temingat Di Belantara-





__
Do you Yahoo!?
Yahoo! Platinum - Watch CBS' NCAA March Madness, live on your desktop!
http://platinum.yahoo.com

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Temingat Di Belantara [EMAIL PROTECTED]