*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
What was not part of Islam two thousand years ago (during the Prophet's time) is also 
not part of Islam today. Bid`ah sebenarnya yang telah memecah-belahkan umat Islam. 
Apabila da`wah menentang bid`ah dibuat, tiba-tiba sahaja ulama konservatif yang 
mengamal bid`ah menjadi liberal dan demokratik, dengan contoh-contoh argument mereka 
seperti; "Kalau awak tak nak buat tak apa, tetapi kenapa halang dan cemuh orang lain 
dari melakukannya". Saya ingin bertanya, sejak bila pula wujud `freedom to choose' ni 
di dalam mengamalkan Sunnah? Kalau penambahan boleh dibuat terhadap amalan agama, 
pengurangan juga boleh dilakukan. Penambahan atau pengurangan kesemuanya bermakna 
perubahan. Mustahil ulama tulen dapat berdiam diri apabila ahli bid`ah menyebarkan 
amalan mereka demi untuk mewujudkan (kononnya) perpaduan. Ahmad Ibn Hanbal (kalau tak 
silap) mengatakan; "Orang paling fasik dari kalangan pengamal Sunnah lebih baik dari 
orang paling warak dari pengamal bid`ah". 

Hanya mereka yang ingin menjadikan Islam sebagai `political force' untuk mencapai 
matlamat tertentu di dalam dunia sahaja yang berkompromi dengan bid`ah; sebagai contoh 
mahu mewujudkan masyarakat yang adil, bebas dari rasuah dan menentang hegemony USA di 
dunia sahaja. Memang matlamat ini mulia, tetapi kalau setakat nak mencapai 
perkara-perkara tersebut, fahaman Marxism juga boleh digunakan. Revolusi Shi`ah atau 
Marxism juga boleh berjaya menumbangkan rejim zalim, menghapuskan rasuah, menentang 
hegemony USA, ketidakadilan dll. Bagaimana dengan keredaan Allah di dunia dan akhirat? 
   



-----Original Message-----
From: "Mohd Nor, Muhamad Sharman"<[EMAIL PROTECTED]>
To: "'[EMAIL PROTECTED]'"<[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wed Oct 02 10:39:27 PDT 2002
Subject: H-Net* Perihal isu Bid'ah

>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum wbt,
>Nampaknya permasalahan Bid'ah masih lagi menjadi pertikaian di kalangan
>kita. Saya melihat, ada pihak yg terlalu rigid sehingga bersikap keras
>dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yg tidak menyenangkan seperti
>menuduh pihak yg mengamalkan amalan-amalan yang pada pandangannya sebagai
>bida'ah, atau yg tidak bersetuju dengan pendapatnya sebagai - ahli bid'ah,
>syirik, sesat dan seumpamanya. 
>
>Sedangkan perkara-perkara yg dibangkitkan tidak lebih merupakan perkara
>khilaf fiqh yang mana ramai Ulama'-Ulama' telah mengeluarkan fatwa-fatwa yg
>membolehkannya atau yang mengatakan ianya baik. Tidak dinafikan juga
>adakalanya ianya berbeza dengan fatwa segelintir Ulama' yg lain khususnya
>daripada Arab Saudi. Itu perkara biasa yg saya berpendapat, kita diminta
>berlapang dada & menghormati pendapat mana-mana Ulama' (yg benar) dan
>ambillah pendapat yg paling baik jika kita mampu membuat penilaian dengan
>memahami nas & dalil-dalil yg mereka kemukakan. Yang penting kepada kita,
>perkara khilaf sebegini tidaklah perlu diperbesarkan sehingga timbul
>pertelingkahan, buruk sangka, celaan & tuduh menuduh yg  ternyata merupakan
>suatu dosa. 
>
>Disini, saya mencatit sedikit huraian daripada buku yang menghuraikan
>Risalah Ta'alim Imam Hasan Al-banna oleh Muhammad 'Abdullah Al-Khatib
>berkenaan perkara bid'ah semoga dengan bertambahnya pengetahuan tentangnya
>akan terbuka minda kepada yg mahu, insyaAllah tidak ada lagi cercaan mahupun
>sokongan membabi buta. Wallahu'alam.
>
>Bahagian: Membataskan Bid'ah
>Di antara lafaz yang paling bahaya yang dihadapi oleh para pendakwah Islam
>dalam siri ceramah dan makalah mereka, yang diterima oleh para pengikut dan
>murid-murid mereka ialah lafaz bid'ah. Banyak berlaku perselisihan,
>perpecahan dan buruk sangka kerana seseorang itu memandang kepada sesuatu
>perkara sebagai bid'ah yang diharamkan (komen saya: bahkan mungkin ada
>netter hizbi yg seolah-olah menyamakan kesemua bid'ah dengan syirik),
>sedangkan orang lain pula memandang perkara itu tidak mengapa. Bahkan
>terkadang seseorang itu melihat suatu perkara itu sebagai masalih mursalah
>yang dielokkan mengikuti dan berpegang dengannya. Saya (iaitu Muhammad
>'Abdullah Al-Khatib) akan cuba menyentuh perkara khilaf antara kaum muslimin
>tentang kalimah bid'ah, dan bagaimanakah Imam Al-Banna telah cuba menyatukan
>kaum muslimin di atas satu pandangan yang khusus berkaitan dengan umat.
>
>Biar kami bentangkan dahulu nas-nas yang jelas tentang perkara ini. Telah
>pun diriwayatkan daripada Rasulullah saw " Setiap perkara baharu dalah
>bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat" (Hadith riwayat Ibn Majah).
>
>Sepertimana juga yang disebut dalam hadith lain yg maksudnya " Sesiapa yang
>mengadakan perkara baru dalam urusan Agama ini sedang ia bukanllah dari
>agama, maka ia adalah ditolak " (Hadith riwayat Muslim).
>
>Segolongan kaum muslimin cenderung bersandarkan hadith ini dan selainnya
>untuk melebarkan lagi makna bid'ah. Bagi mereka hampir-hampir kesemua
>perkara baru, yang meliputi semua urusan dunia dan akhirat adalah bid'ah.
>Meskipun ada sebahagian besar dari kalangan mereka yang membataskannya pada
>urusan Agama. Sekalipun sebahagian dari kalangan mereka terlalu banyak
>melebarkan makna bid'ah ini sehingga mereka menganggap qari yang membaca
>"Sadaqallahul Azim" selepas membaca Al-Quran merupakan bid'ah yang
>diharamkan. Baru-baru ini aku menghadiri suatu majlis, salah seorang sidang
>hadirin bertanya kepada seorang Ulama' semasa yang terkenal, berkaitan
>mengucup Al-Quran selepas membacanya, ia lantas menjawab ini adalah suatu
>bid'ah, setiap perkara bid'ah adalah sesat dan setiap yang sesat berasa di
>dalam neraka.
>
>Manakala segolongan Ulama' lain pula mengambil jalan lain serta menghadkan
>maksud bid'ah. Mereka menafikan sikap keterlaluan sebegini, serta ia telah
>melihat sebahagian manusia terjerumus ke dalamnya. Mereka berpegang dengan
>nas yang sahih lain yang menguatkan lagi pandangan mereka.
>
>Antara nas lain yang berkaitan dengan perkara ini ialah sabda Rasulullah saw
>" Sesiapa yang membuat dalam Islam satu sunnah yang baik, lalu diikuti orang
>selepasnya; maka ditulis untuknya seumpama pahala orang yang melakukannya.
>Sesiapa yang membuat dalam Islam sunnah yang jahat, lalu diikuti orang
>selepasnya; maka ditulis ke-atasnya seumpama dosa orang yang melakukannya,
>tidak kurang sedikit pun" (Hadis riwayat Muslim).
>
>Mereka mengatakan bahawa suatu perkara baru itu adakalanya menjadi suatu
>sunnah yang baik dan adakalanya ia menjadi suatu bid'ah yang diharamkan.
>Jika tidak dimanakah sunnah yg baik, jika kita menganggap semua perkara baru
>sebagai bid'ah sekalipun terdapat kebaikan padanya. Sekalipun hadith ini
>diungkapkan berkaitan dengan pengorbanan di jalan Allah, ini tidak bermakna
>hadith ini adalah khusus dengan kondisi yang berkaitan dengan pengorbanan
>semata-mata. Kerana sesuatu pengajaran itu - sepertimana yang diutarakan
>oleh Ulama' - adalah dengan keumuman lafaz bukan dengan sebab yang khusus.
>
>Dan para Ulama' itu juga bersandarkan kepada sabda Rasulullah saw pada
>hadith hasan " Sesiapa yang mencipta bid'ah sesat yang tidak diredhai Allah
>dan RasulNya, sesungguhnya ia mendapat dosa orang yg melakukannya, tidak
>kurang walaupun sedikit dari dosa mereka" (riwayat Al-Tarmizi).
>
>Mereka berpendapat bahawa sabdaan Rasul bid'ah sesat (bid'ah dholalah) yg
>tidak diredhai oleh Allah dan RasulNya adalah merupakan pengkhususan
>terhadap jenis-jenis bid'ah lain yang termasuk di dalam kategori sunnah yang
>baik. Mereka berdalilkan perkara ini dengan apa yang sahih riwayatnya
>daripada Umar bin Al-Khattab. Sesungguhnya beliau berkata setelah manusia
>berhimpun untuk menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di belakang Ubai
>bin Ka'ab " Sebaik-baik bid'ah adalah perkara ini" (Fath Al-Bari).
>
>Justeru, kita dapat perhatikan salah seorang Ulama' besar, iaitu Al-'Izz bin
>'Abdul Al-Salam yang mendapat julukan "Sultan Ulama'" telah membahagikan
>bid'ah berdasarkan hukum-hukum syariat Islam yg lima. Beliau mengkategorikan
>bid'ah tersebut wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
>
>Pada hakikatnya, kekhilafan sekitar konsep bid'ah bukan sahaja terbatas pada
>Ulama' tabi'in dan yang selepas mereka. Sesiapa yang meneliti perbahasan
>antara Abu Bakar, 'Umar dan Zaid bin Thabit pada topik penulisan Al-Quran
>akan mengerti bahawa perselisihan tentang konsep bid'ah memiliki sejarah yg
>panjang. Sesungguhnya Umar telah datang menemui Abu Bakar setelah beliau
>dihantui kebimbangan lantaran ramainya para penghafaz Al-Quran yg syahid
>dalam peperangan Yamamah, dan beliau memohon agar Al-Quran dibukukan sebelum
>para penghafaz lebih ramai yg terkorban dalam siri peperangan yg berikutnya.
>Abu Bakar menolak sambil berkata " Bagaimanakah mungkin aku melakukan satu
>perkara yg belum pernah dibuat oleh Rasulullah". Ini kerana pada mulanya Abu
>Bakar melihat ini suatu perkara bid'ah dalam urusan agama, namun Saiyidina
>Umar terus merayu sambil berkata " Demi Allah, ini satu perkara kebaikan".
>Lantas Abu Bakar memperkenankan permintaannya lalu memanggil Zaid bin Thabit
>agar melaksanakan tugas menghimpun Al-Quran. Jawapan Zaid adalah mirip
>dengan jawapan Abu Bakar, bila mana beliau berkata " Bagaimana kalian
>melakukan sesuatu yg belum pernah dilakukan oleh Rasulullah". Lalu kedua
>mereka memberi jawapan yg sama.
>
>Dengan ini kita dapat memahami bahawa perselisihan tentang konsep bid'ah
>telah berlaku sejak zaman silam, sekalipun Allah swt akhirnya memberi taufiq
>kepada para sahabat Rasulullah untuk bersatu kerana ingin memuliakan umat
>ini dengan menghafal kitabNya (Al-Quran). Kita juga dapat memahami dari
>hujjah yg diutarakan oleh Umar dalam menyokong pandangannya " Demi Allah ia
>adalah suatu kebaikan", bahawa bid'ah yg diharamkan tidak menyeru kepada
>kebaikan, dan setiap perkara yang membawa kepada kebaikan tidak akan menjadi
>bid'ah yang sesat, bahkan ia adalah satu sunnah yang baik.
>
>Namun, percakaran tentang isu bid'ah dan konsepnya terus berlangsung pada
>kebanyakan kaum muslimin dan perselisihan ini semakin genting apabila umat
>semakin lumpuh dari semangat jihad dan berhadapan dengan musuh. Lantas
>mereka terjerumus ke lembah bid'ah lalu tergelincir ke dalam kancah
>pertikaian yang mencerai beraikan saf dan mencetuskan perdebatan. -
>Penjelasan di sekitar Risalah Ta'alim Imam Hasan Al-banna oleh Muhammad
>'Abdullah Al-Khatib (dewan pustaka fajar).
>
>Cukuplah dulu setakat ini bagi mendapat gambaran, InyaAllah kalau ada masa
>akan disambung daripada buku tsb  ...
>Wassalam.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Mohd Nor, Muhamad Sharman" <[EMAIL PROTECTED]>


___________________________________________________
GO.com Mail                                    
Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Belut Pisang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke