*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



From: Omar alkhatab <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Fri Oct 25, 2002 2:53 pm
Subject: Qanun Jinayah Syar`iyah - Bah I - Bab 2 - Fasal 3/4 - Perkara 64-68.

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

http://bicaraislam.tripod.com/

Qanun Jinayah Syar`iyah

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 64 - 68.

Perkara 64: Menarik balik pengakuan.

1) Jika pesalah yang telah membuat pengakuan menarik balik pengakuannya itu, maka pihak

hakim boleh menerima penarikan balik pengakuan yang dibuat oleh pesalah itu, kerana 
kesalahan minum arak (khamar) adalah hak ALLAH - bukan hak manusia. Kesalahan minum 
arak (khamar) samalah seperti kesalahan-kesalahan hudud yang lain menjadi hak ALLAH.

[ Maknanya, seseorang yang mengaku bersalah kerana minum arak ataupun melakukan 
kesalahan-kesalahan hudud yang lain, dia boleh menarik balik pengakuannya itu, 
walaupun setelah mahkamah jatuhkan hukuman kepadanya. Misalnya dalam kes zina, 
walaupun dia dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, tapi semasa dia direjam 
itu tiba-tiba dia melarikan diri, maka sunnah daripada Nabi s.a.w. mengatakan bahwa 
pesalah itu tidak boleh dikejar. Ini adalah kerana sikapnya yang melarikan diri 
daripada hukuman itu, menunjukkan bahwa timbulnya unsur keraguan. Jadi sekiranya 
pesalah itu melarikan diri daripada hukuman walaupun hukuman sedang dijalankan, maka 
sunnah daripada Nabi s.a.w. ialah jangan ditangkap balik pesalah tersebut. Dalam lain 
perkataan, apabila pesalah itu melarikan diri daripada hukuman, bermakna dia telah 
menarik balik pengakuannya itu. Nampak tak tuan-tuan, macamana ada satu kelonggaran 
yang diajarkan kepada kita dalam kesalahan hudud. ]

2) Penerimaan hakim penarikan balik pengakuan yang telah dibuat oleh pesalah yang 
melakukan kesalahan minum arak (khamar), kerana kemungkinan pengakuan yang dibuat oleh 
pesalah itu tidak benar dan menimbulkan kesamaran dan keraguan yang boleh melepaskan 
orang yang dituduh dari hukuman hudud. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. 
yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas`ud r.a. yang bermaksud:"Tolaklah hukuman 
hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan kesamaran dan keraguan."

3) Pengakuan yang dibuat oleh orang yang sedang mabuk tidak boleh diterima, kerana 
mungkin pengakuannya itu tidak benar, dan pengakuannnya tidak boleh diambil kira dan 
tidak boleh diterima penyaksian dan keterangannya.

[ Jadi di sini, kita difahamkan bahwa hukum syara` mengambil satu pendekatan yang amat 
tegas dalam menerima pengakuan seseorang. Hukum syara` sekali-kali tidak menerima 
pengakuan seseorang yang dalam keadaan mabuk termasuklah penyaksian dan keterangannya. 
Tapi kalau dia melafazkan cerai ke atas isterinya dalam keadaan mabuk, maka talaknya 
sah. Begitulah juga kalau seseorang yang mabuk itu melakukan sesuatu jenayah, maka 
jenayahnya itu akan diambil-kira, samada mengikut undang-undang Islam maupun mengikut 
undang-undang di bawah penal code kanun keseksaan. Misalnya kalau dia bawa kereta laju 
dalam keadaan mabuk, dia tetap akan dikenakan pertuduhan kerana memandu dalam keadaan 
merbahaya. Begitulah juga kalau orang yang mabuk tu pi bunuh orang. Walaupun dia tak 
sedar apa yang dilakukannya, tetapi di bawah kanun keseksaan dalam negara kita 
mengatakan bahwa dia boleh dituduh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan, yang boleh 
membawa kepada hukuman mati di tali gantung. Nampak tak tu!
an-tuan bagaimana wujudnya persamaan dari segi penerimaan jenayah yang dilakukan oleh 
orang yang minum arak di bawah undang-undang Islam maupun dalam undang-undang sekular. 
Cuma yang bezanya ialah dalam undang-undang Islam, dia tidak menerima pengakuan minum 
arak oleh seorang yang dalam keadaan mabuk. Nampak tak tuan- tuan macamana hudud 
mempunyai satu procedure yang cukup ketat, untuk mengelak daripada berlakunya 
kezaliman kepada sesiapa jua. Maknanya hanya orang yang benar-benar bersalah sahaja 
yang dipastikan dikenakan hukuman mengikut seadil-adilnya sebagaimana yang diajarkan 
mengikut nas yang ada dalam al-Quran dan hadith daripada Nabi s.a.w. ]

FASAL 4.

SARIQAH (MENCURI)

Perkara 65 : Sariqah (mencuri)

1) Ialah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebagaimana yang disebutkan dalam 
perkara 5 perenggan (d).

i) Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya.

[ Ciri yang pertama untuk mengatakan bahwa seseorang itu melakukan kesalahan sariqah 
ialah dia memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milikkan tuannya. 
Yang pertamanya, cuba kita tengok perkataan "memindah" tu. Maksud "memindah" di sini 
ialah satu harta yang asalnya berada dalam milik tuannya, tapi tiba-tiba dipindahkan. 
Contohnya seperti wang ringgit yang disimpan dalam peti besi dalam sebuah rumah, 
tiba-tiba kita pi ambik duit tu dan apabila kita bawa keluar duit tu daripada rumah 
tersebut, maka itu adalah satu elemen "pemindahan hak milik". Tapi sekiranya kita 
ambik duit tu tapi masih belum bawa keluar duit tersebut daripada rumah tuan miliknya, 
maka itu belum lagi boleh dikatakan mencuri. Itu hanyalah cubaan mencuri. Tapi 
sekiranya kita bawa keluar duit itu daripada rumah tuan miliknya, maka itulah yang 
dikatakan mencuri, yang boleh dikenakan hukuman potong tangan mengikut hudud yang 
ditetapkan dalam undang-undang sariqah.

Okay sekarang mai kita tengok pula satu lagi elemen dalam ciri yang pertama ini 
iaitulah "sembunyi". Kalau ambik harta orang secara terang-terang, itu bukannya 
sariqah tapi itu dah jadi hirabah (merompak). Jadi, sariqah ini adalah pemindahan hak 
milik secara orang tak nampak. Dan elemen ke3 pula ialah "harta alih" (movable 
property). Misalnya seperti motosikal, kereta, wang ringgit, balak yang sudah ditebang 
dan sebagainya. Tapi kalau pokok balak yang belum ditebang, yang batang dan akarnya 
masih utuh tertanam dalam tanah, itu bukannya "harta alih" kerana ia adalah immovable 
property. Begitulah juga dengan rumah bungalow yang terpacak atas tanah, dia juga 
adalah harta bukan alih. Ini perbezaannya. Maknanya, perbuatan mencuri adalah 
membabitkan harta yang boleh dialih. Kalau membabitkan harta yang tak boleh nak alih, 
maka itu tidak dikatakan sebagai mencuri. Boleh ka kita kata curi sungai?...Tak boleh 
tuan-tuan sebab sungai satu benda yang tak boleh alih. Curi tanah?...Kalau !
kita kaut tanah pasir orang lain punya bubuh dalam lori, kemudian bawa lari, itu 
memang mencuri. Tapi kalau kita masuk duduk atas tanah yang ada sempadan apa semua tu, 
itu bukan mencuri, tapi ia dikatakan sebagai menceroboh. ]

ii) Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.

[ Kalau tuannya izin, itu bukan mencuri. Tapi kalau tuannya tidak izin, atau tanpa 
pengetahuan tuannya, atau tanpa persetujuan tuannya, maka itu dikatakan sebagai 
mencuri. ]

iii) Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jagaan atau 
milik tuannya.

[ Maknanya, pemindahan harta daripada milik tuannya itu dengan satu elemen yang 
dipanggil sebagai mensrea. Dalam mensrea tu pulak, dia ada bad intention (malafide). 
Maknanya seseorang itu niat ambik harta itu keluar daripada hak milik penjagaan 
tuannya dengan niat nak curi. Tapi kalau tidak ada mensrea, tidak ada elemen 
intention, maka itu tidak boleh dikatakan sebagai mencuri. Kalau ambik dengan niat nak 
pinjam, lepas tu hantar balik, itu bukan mencuri. Yang kata mencuri ialah ambik harta 
dengan niat untuk menghilangkan barang itu daripada jagaan tuan dia. ]

2) Seseorang yang memindahkan secara terus terang harta alih dengan cara kekerasan 
tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan dan 
milik tuannya tidak boleh didakwa di bawah kes sariqah, tetapi mereka itu hendaklah 
didakwa di bawah kes hirabah (merompak) sebagaimana yang dikehendaki dalam fasal 5 
perkara 78 (1) dan (2).

Perkara 66 : Jenis hukuman yang dikenakan ke atas pencuri.

1) Hukuman yang wajib dikenakan ke atas pencuri terjenis kepada 2 jenis:

a) Hukuman hudud (potong tangan); b) Hukuman ta`zir (didera)

[ Maknanya dalam Islam, ia memberikan kepada kita 2 undang-undang berkaitan dengan 
mencuri. Yang pertamanya ialah hukuman hudud. Ini adalah hukuman yang telah ditetapkan 
ALLAH TA`ALA yang tidak boleh dipinda. Maknanya, jikalau seorang pencuri ditangkap dan 
dia mengaku bahwa dia telah mencuri, atau ada 2 orang saksi lelaki yang adil yang 
boleh mensabitkan bahwa orang itu telah mencuri, maka pada masa itu, ALLAH SWT 
mewajibkan kepada kerajaan yang memerintah untuk memotong tangan tertuduh itu apabila 
cukup syarat- syaratnya. Tetapi sekiranya tertuduh itu didapati bersalah walaupun 
tidak dalam peruntukkan hudud, maka hukuman ke atasnya hendaklah digantikan dengan 
satu hukuman alternatif. Iaitulah hukuman ta`zir. Misalnya orang tu ditangkap mencuri 
coklat sebijik. Bila nilai harta yang dicuri itu tidak sampai pun 1/4 dinar, maka 
nilainya tak cukup nisab. Bila tak cukup nisab, tak bolehlah potong tangan. Ia 
hendaklah diganti dengan ta`zir, samada nak sebat dia 2x ka, atau denda d!
ia RM200 ka, atau nak penjarakan dia seminggu; itu terpulang kepada kebijaksanaan 
pemerintah.

Kalau hanya ta`zir sahaja yang dijalankan, hudud tidak, itu tidak cukup untuk 
mengatakan bahwa kita "Negara Islam". Sepertimana kita orang Islam, puasa okay, zakat 
okay, tapi sembahyang tak mau; ini bukannya ciri orang Islam yang sejati. Walaupun dia 
puasa dan bayar zakat tetapi dengan sebab dia enggan mendirikan sembahyang, maka dia 
berdosa kepada ALLAH SWT. Begitulah juga dalam masalah undang-undang. Kalau setakat 
melaksanakan ta`zir sahaja dengan mengenepikan hudud, qisas dan diyat; maka kita juga 
berdosa kepada ALLAH SWT...Nauzubillah. ]

Perkara 67 : Hukum hudud ke atas pencuri.

Hukuman hudud (potong tangan) yang wajib dikenakan ke atas pencuri telah ditentukan 
dan ditetapkan oleh ALLAH dalam firmanNya di dalam surah al-Ma`idah ayat 38 yang 
bermaksud:"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka 
hukumannya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka 
telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari ALLAH. Dan ingatlah, ALLAH 
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

[ Ayat di atas cukup jelas, yang merupakan satu authoriti daripada ALLAH SWT untuk 
menunjukkan kepada kita bahwa wajib memotong tangan si pencuri. Walaupun ia adalah 
satu authoriti daripada ALLAH, tapi apa yang kita dapati sehinggalah ke hari ini, 
negara Islam M`sia masih lagi buat tak tau dengan ayat ini. Pasai apa jadi lagu 
tu?...Sebenarnya ini adalah masalah iman, tuan-tuan. Sejauh mana keyakinan kita kepada 
ALLAH SWT, inilah tanda soalnya. Kalau kita kata kita seorang yang percaya kepada 
ALLAH, tapi pasai apa undang- undang berbentuk preventive seperti di atas ini tidak 
kita laksanakan?...Kalau kita seorang muslim sejati, sudah tentu dengan senang hati 
melaksanakan segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh ALLAH TA`ALA, betoi 
tak?...Kita yakin sebab ayat hat last tu ALLAH sendiri kata bahwa Dialah yang Maha 
Berkuasa dan Maha Bijaksana. Maknanya, Dia punya suka apa yang Dia nak buat pun, tarak 
sapa boleh halang. Inilah caraNya ALLAH nak bagitau kepada kita bahwa Dia!
 hebat, Dia Agong, Dialah yang mengatasi segala-galanya.

Jadi kalau kita seorang yang benar-benar menanamkan keimanan kepada ALLAH, maka apa 
saja yang ALLAH SWT suruh itu, hendaklah kita yakin bahwa suruhan itu adalah 
semata-mata untuk kebaikan manusia seluruh alam. Jadi setiap suruhan ALLAH sepatutnya 
kita laksanakan. Tapi masalah ini sebenarnya bergantung kepada keimanan kita kepada 
ALLAH SWT. Umpamanya, kita boleh tengok sendiri macamana ucapan dari seorang yang 
imannya boleh dipertikaikan, apabila dia mengatakan kalau hudud dijalankan di negeri 
K`tan/T`ganu, bolehlah pergi makan sup tangan di kedua negeri tersebut. Tak boleh 
pertikai ka iman orang macam ni tuan- tuan?...Sehingga dia sanggup kata bahwa 
undang-undang hudud ini adalah satu undang-undang primitif yang tidak ikut peredaran 
zaman. Undang-undang yang updated ialah seperti undang- undang yang hanya denda dan 
penjarakan pesalah. Kalau undang-undang potong tangan dan rejam dengan batu sampai 
mati ini dilaksanakan, ia dianggap sebagai kolot, sedangkan undang- undang ini !
lah yang diturunkan oleh ALLAH SWT.

Sebenarnya apa yang disebut oleh ALLAH SWT melalui lidah Nabi s.a.w. 1400 tahun yang 
lalu, sekarang ini ternyata terbukti kebenaranNya. Apabila manusia mengkaji al-Quran 
dan as- Sunnah hari ini, satu persatu kebenaran tersingkap. Umpamanya yang paling 
simple, cuba kita tengok bagaimana Nabi s.a.w. dalam hadithnya pernah melarang kita 
menghembuskan nafas dalam minuman panas. Satu ketika dulu, ada dikalangan kita 
menganggap bahwa itu adalah perkara yang remeh temeh. Tapi kalau kita kaji dari segi 
saintifik, memang benar apa yang Nabi s.a.w. kata tu. Sebab air minuman akan menjadi 
berasid hasil daripada nafas kita yang berkarbon dioksida. Bila kita minum, ini 
berkemungkinan mengancam kestabilan kesihatan tubuh badan kita. Cerita macam ni hanya 
boleh diketahui apabila kita berilmu dengan mengaji bab- bab sains. Tetapi benda ini 
telah disebut Nabi s.a.w. 1400 tahun yang lalu. Jadi, ini menunjukkan kepada kita 
bahwa apa yang dinyatakan oleh ALLAH melalui Nabi s.a.w., semuanya meng!
andungi kebenaran. Bila kita yakin dengan kebenaran ini, lalu kita melaksanakannya, 
maka InsyaALLAH akan datang kebaikan kepada kita.

Jadi bila ALLAH kata hukum potong tangan itu adalah satu preventive punishment, maka 
inilah rahsia untuk mempastikan masyarakat menjadi baik, tenang dan aman damai. 
Apabila kita menyimpang saja daripada ajaran ALLAH SWT, maka sudah pasti tidak ada 
lagi jaminan daripada ALLAH SWT. Sebab itu bila kita menderhaka kepada ALLAH SWT, maka 
akan datanglah pelbagai penyakit di dalam masyarakat, menyebabkan kita hidup dalam 
keadaan tidak lagi aman dan tidak lagi tenteram. Sebagaimana yang kita tengok hari 
ini, bilamana manusia tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ALLAH SWT secara 
keseluruhan, maka kita dapati sekarang ni masyarakat mula menyimpang daripada 
norma-norma kehidupan yang ditetapkan oleh ALLAH SWT. Contohnya sekarang ni saban hari 
kita boleh dengaq macam- macam cerita pasai rogol. 2 minggu sudah kita dengaq seorang 
tua berusia 78 tahun yang merogol budak perempuan berusia 13 tahun di ladang kelapa 
sawit. Umur orang tua ni lebih kurang je dengan "kawan kita" tu. Kalau ki!
ta tengok gambaq dia dalam paper, macamana photographer tu tangkap gambaq dia tengah 
dok merangkak naik tangga mahkamah. Punya la tak laratnya orang tua tu naik tangga. 
Tapi macamana hat "satu" lagi tu pi larat pulak?...Ini menunjukkan kepada kita satu 
gambaran macamana menyimpangnya masyarakat kita dari kehidupan normal manusia biasa.

Salah satu sebabnya berlaku keadaan seperti ini ialah sebab tidak adanya integrated 
education di antara elemen agama dengan elemen keduniaan. Awat tak nye?...Cuba kita 
tengok sekarang ni macamana pemimpin dalam negara kita menghentam pendidikan agama, 
dengan mengatakan bahwa pendidikan agama perlu dirombak kembali. Seperti kena ajaq 
komputer dekat bakal-bakal ulama` kita. Kena ajaq Bahasa Inggeris kepada orang yang 
belajar ugama supaya terbuka sikit minda. Itu takpalah, memang bagus. Tapi yang 
menghairankan kita, pasai apa orang yang belajar ugama sahaja yang syllabusnya hendak 
diubah dan dipinda?...Macamana dengan orang yang belajaq sains?...Saya sendiri dari 
aliran sains, tuan-tuan ooiii!...Semasa form4-form5 dulu, tak pernah pun saya jumpa 
dalam buku text pengajian yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, walau sepotong 
ayat Quran pun di dalamnya. Cuba tuan-tuan buka buku biologi, buku fizik dan buku 
kimia tingkatan 4-5; tuan-tuan boleh cari sendiri ada dak satu ayat !
Quran atau satu hadith Nabi s.a.w. yang menceritakan penemuan-penemuan sains ini dari 
perspektif agama?...Satu pun tarak!...Maknanya, inilah dia gambaran kejujuran pihak 
yang tertentu boleh dipertikaikan...Okay kalau depa benar-benar ingin mewujudkan satu 
bentuk pengajian integrasi (mensepadukan di antara elemen dunia dan elemen akhirat), 
maka apa yang perlu depa buat ialah bukan sahaja setakat pengajian agama mesti 
dimasukkan dengan ilmu-ilmu dunia, malah ilmu dunia juga mesti dimasukkan dengan 
ilmu-ilmu agama...Amacam, boleh ka kita buat lagu tu?...Tapi hakikatnya hari ini, 
Kementerian Pendidikan gagal melaksanakan kaedah ini dalam negara kita. Ini soal 
pendidikan, begitu juga dengan soal undang-undang. Yang ada pada hari ini dalam negara 
kita hanyalah ta`zir. Mana pi hudud, qisas dan diyat?

Kemudian, cuba tuan-tuan tengok pula macamana dasar luar negara kita hari ini dalam 
nak menangani masalah keganasan?...Kita boleh lihat macamana pemimpin-pemimpin kita 
cukup mengambil hati dengan mengikut telunjuk negara-negara asing yang clear menjadi 
musuh kepada ALLAH SWT. Cuba tuan-tuan flashback balik ke tahun 1998, macamana salah 
seorang pemimpin PULO (Patani united liberation organization) yang dikehendaki oleh 
k`jaan Thailand telah ditangkap dalam negara kita oleh k`jaan kita, dan kemudiannya 
diserah kepada k`jaan kafir Siam, sedangkan dia seorang Islam. Apa yang berlaku kepada 
Nur Misuari, pun lagu tu jugak. Sampai k`jaan kita terketaq-ketaq sangat nak hantaq 
balik dah Nur Misuari tu ke Filipina walaupun k`jaan Filipina kata depa tak ready lagi 
nak tangkap Nur Misuari. Dan yang paling terbaru, kita boleh tengok macamana Ahmad 
Ibrahim Bilal (pelajar UIA) ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika 
Syarikat. Sedangkan Ahmad Ibrahim Bilal adalah seorang Isla!
m dan dia seorang yang cemerlang akademiknya. Awat tak cemerlangnye?...Pencapaiannya, 
4.0 tuan-tuan ooiii!...Sapa yang belajaq u, tau lah apa maknanya 4.0 tu...4.0 itu 
adalah markah yang paling tinggi sebab takdak dah markah yang lebih tinggi daripada 
4.0. Markah lulus ialah 2.0. Sapa dapat <2.0, dia fail. Sapa dapat 2.1 atau 2.2, dia 
lulus. Sapa yang dapat >3.5, dapat senarai dekan. Ahmad Ibrahim Bilal bukan dapat 3.5, 
malah dia dapat 4.0. Nampak tak betapa cemerlangnya sheikh tu?...Dia seorang pelajar 
kuliyyah dari Fakulti Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin). Menurut ust Jailani 
maupun ust Asri Zainal Abidin, Ahmad Ibrahim Bilal ini adalah seorang yang perwatakan 
kemas dan aktif dalam halaqah (usrah) sehingga mampu memberi pandangan-pandangan agama 
yang cukup bernas kepada sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba orang macam ni dianggap 
terroris dan ditangkap dan diserah pada US laknatullah. Tuan-tuan tau ka apa alasan 
yang k`jaan M`sia bagi bila depa serah dia kat US?...Depa ka!
ta ini adalah kerana ianya bertentangan dengan undang-undang imigresen yang ada dalam 
negara kita. Tu saja. Tuan-tuan, imigresen tu undang-undang "man made law" ka atau 
undang-undang daripada ALLAH dan rasul?...Kalau dia undang-undang daripada ALLAH dan 
rasul, yes, memang tak boleh ubah. Tapi yang kita pertikaikan sebab ia adalah 
undang-undang ciptaan manusia, yang memang boleh diubah. Ingat tak tuan-tuan tahun 
80an dulu semasa umno team A lawan team B dalam mahkamah. Bila dah habih lawan apa 
semua, lalu berkata si pemenang yang hampir-hampir nak kalah tu, "Kalau aku memang 1 
undi pun, aku tetap menang!"...Selepas daripada pergeseran inilah, undang-undang 
negara diubahnya, dengan krisis dalaman parti tidak boleh lagi dibuat aduan kepada 
mahkamah. Maknanya, mula- mula dulu pada asalnya apabila ada orang bermasalah dalam 
politik, dia boleh dibicarakan dalam mahkamah. Tapi apabila undang-undang diubah 
sekarang ni, tiba-tiba saja mahkamah tidak ada lagi bidang kuasa untuk membic!
arakan kes-kes politik. Nampak tak tuan-tuan, macamana "man made law" boleh diubah 
bila satu pihak merasakan kepentingannya terancam. Jadi, macam tu la juga kalau kita 
nak selamatkan Ahmad Ibrahim Bilal. Sedangkan dia adalah seorang Islam yang mewajibkan 
kita memberi perlindungan kepada dia. Sepatutnya kita kena cari jalan macamana untuk 
menggunakan undang-undang yang ada bagi melindungi Ahmad Ibrahim Bilal. Tapi apa yang 
menyedihkan, k`jaan Msia langsung tidak mahu menggunakan provision yang ada untuk 
melindungi sahabat seagama kita itu. Apa salahnya kita bagi PR (permanent resident) 
kat dia kerana kecemerlangan akademik dia yang luarbiasa tu, sebagaimana kita bagi kat 
tokoh-tokoh profesional dan ahli-ahli sains luar negara sebagai ganjaran untuk mereka 
bekerja dengan kita?...Nampak tak tuan-tuan, bila kita tidak melindungi Ahmad Ibrahim 
Bilal, ini menandakan kita tidak melayan dia sebagai saudara seagama.

Dalam Islam, sepatutnya kita mengamal sikap "keras terhadap orang kafir dan berkasih 
sayang kepada saudara seIslam", betoi tak tuan-tuan?...Tapi apa yang kita tengok hari 
ini, berlakunya keadaan terbalik. Kita "berkasih- sayang" dengan sapa?...Dengan 
kuffar. US minta Ahmad Ibrahim Bilal, la la tu jugak kita bagi cepat-cepat. Manila 
minta Nur Misuari, terketaq- ketaq kita bagi walaupun Manila kata depa tak prepare 
lagi. Punyalah hebatnya "berkasih- sayang" kita dengan puak kuffar. Tapi kalau dengan 
saudara seagama, dengan orang masjid, dengan orang pakai kopiah lebih-lebih lagi hat 
hijau-putih tu, siap!...Silap-silap haribulan, boleh kena puak-puak ni...Okay berbalik 
pada cerita Ahmad Ibrahim Bilal tadi. Ada seorang peguam di P.Pinang ini yang cuba 
menyelamatkan dia. Nama peguam itu ialah Darshan Singh Khaira, yang asalnya beragama 
Sikh tetapi sekarang telah memeluk Islam. Sebab itu ada Khaira di hujung nama dia, 
maknanya Singh yang baik. Okay apa yang mula-mula dia buat iala!
h dia failkan di mahkamah tinggi KL. Tuan-tuan pun tahukan siapa hakim mahkamah 
tersebut?...Ini membuatkan keluarga kepada Ahmad Ibrahim Bilal tak berapa percaya 
dengan keadilan dalam negara ini sebab sejarahnya yang tak berapa boleh nak percaya. 
Maksudnya keluarga Ahmad Ibrahim Bilal nak tujukan kepada orang tertentu yang 
tuan-tuan sendiri sedia maklum. Bila berlaku macam ni, maka kes tersebut dibatalkan, 
kemudian difailkan balik di mahkamah tinggi P.Pinang pula. Di P.Pinang, peguam Darshan 
Singh Khaira failkan kes itu di hadapan hakim Mahkamah Tinggi 1 P.Pinang. Hakim 
Mahkamah Tinggi 1 P.Pinang ini asalnya ialah hakim Mahkamah Tinggi Seremban. Dialah 
yang bertanggungjawab memberi kemenangan kes budak sekolah yang pakai serban yang 
dibuang daripada sekolah. Maknanya, budak pakai serban menang, yang kalahnya k`jaan 
M`sia. Selepas dia buat keputusan tersebut, dia pun bagitau kat peguam yang mewakili 
budak pakai serban tu bahwa dia rasa lepas ni dia akan kena tukaq. Betoi tuan!
-tuan sekelian!...Makbul doa dia. Dia kena tukaq datang ke P.Pinang kerana kita pun 
tahu pada kebiasaannya keputusan macam tu sudah tentu tidak disenangi pihak-pihak 
tertentu.

Okay berbalik kita sekali lagi pada kes Ahmad Ibrahim Bilal. Menurut ust Jailani, 
dalam nak failkan kes-kes di mahkamah pun dia kena ada caranya. Contohnya di mahkamah 
tinggi P.Pinang, dia ada 4 hakim mahkamah tinggi. Tuan-tuan tau lah, hakim semua ni 
pun manusia juga. Kadang- kadang dia boleh bagi satu keputusan yang betoi-betoi elok. 
Dan kadang-kadang tu dia boleh bagi satu keputusan yang boleh membuatkan kita rasa tak 
puas hati. Maklumlah dia pun manusia, jadi kita kena tengok mood dia juga. Pernah 
diceritakan oleh ust Jailani macamana seorang hakim pernah menghalau keluar seorang 
peguam hanya kerana peguam tu pakai improper je. Awat, tak boleh ka hakim tu tegur 
suruh peguam tu keluaq pakai dulu elok-elok, kemudian lepaih pebetoi tu masuk balik 
dalam court?...Tak boleh ka cakap elok-elok lagu tu?...Sepatutnya begitulah sikap 
seorang hakim sebab mahkamah tu bukannya balai polis. Mahkamah adalah satu tempat 
untuk bagi keadilan kepada rakyat. Bila rakyat dapat keadilan, hati!
nya boleh tenteram. Tapi yang berlaku hari ini, bila orang dengaq saja perkataan 
"mahkamah", naik seram bulu roma dibuatnya. Ini yang tak kenanya. Sebab itu, bila kita 
nak failkan kes di mahkamah, kita kena pilih hakim yang sesuai dengan kita. Cara dia 
macamana?...Sebenarnya apa yang saya nak bagitau ini adalah rahsia peguam. Ust Jailani 
pun tak bagi bagitau kat orang. Tapi untuk pengetahuan kita, saya nak bagitau 
jugak...Okay cerita macam ni. Bila satu kes masuk, kes yang mula-mula tu akan masuk 
mahkamah 1. Kemudian kes yang kedua akan masuk ke mahkamah 2. Lepaih tu kes ketiga 
masuk mahkamah 3. Kes keempat masuk mahkamah 4. Kemudian bila mai kes kelima, dia 
patah balik masuk mahkamah 1. Yang keenam pi pulak mahkamah 2 dan lagu tu lah 
seterusnya. Kalau kita mau hakim mahkamah 1, kita pi bagitau kat kerani tu, "Ini dia 
kes saya. Hang tolong tunggu giliran hakim #1, baru panggil kami masuk."...Inilah dia 
cara nak pilih hakim. Menurut ust Jailani, dari pengalaman dia, dia rasa !
Darshan Singh pun buat lagu tu jugak. Dia pilih hakim sebab hakim Mahkamah Tinggi 1 
adalah hakim yang bertanggungjawab memberi kemenangan budak yang pakai serban. Tetapi 
walaubagaimana pun seperti yang kita semua tahu, Ahmad Ibrahim Bilal tetap diserahkan 
kepada pihak berkuasa Amerika.

Nampak tak tuan-tuan, macamana hari ini seperti sudah tidak ada lagi protector yang 
boleh bagi perlindungan kepada orang memerlukannya. Cuba kita imbas balik ke zaman 
Nabi s.a.w., cerita ini berlaku pada malam pertama baginda berhijrah ke Madinah. Pada 
malam tu Nabi s.a.w. berkata kepada Aishah r.ha., "Tidak ada kah orang yang boleh 
menemani aku pada malam ini semasa aku tidur?"...Bila habis saja Nabi kata lagu tu, 
tiba-tiba terdengar bunyi pedang berlaga di luar tempat tidur Nabi. Lalu Nabi s.a.w. 
bertanya, "Siapa di luar sana?!"...Maka lelaki itu menjawab, "Aku Saad bin Abi 
Waqash!"...Lalu Nabi pun menjemput dia masuk dan Nabi tanya, "Pasai apa kamu datang 
wahai Saad?"...Kata Saad bin Abi Waqash r.a., "Aku datang sebab aku terfikir, siapakah 
yang akan melindungi engkau wahai Rasulullah?"...Nampak tak tuan-tuan, macamana 
sahabat berfikir. Sebab ketika itu keadaan sekeliling Nabi s.a.w. amat membimbangkan 
sebab adanya satu komplot untuk membunuh Nabi yang terdiri daripada pe!
muda-pemuda Quraisy. Bila Saad berfikir bahwa kemungkinan komplot itu sampai ke 
Madinah, maka dia volunteer pada malam itu untuk menjadi pelindung kepada Nabi s.a.w.. 
Inilah cara orang Islam. Begitulah juga dengan kita hari ini, kalau ada seorang yang 
seagama dengan kita memerlukan kepada perlindungan, maka menjadi kewajipan kepada kita 
bagi perlindungan kat dia. Bukannya dengan mengkhianati ukhuwah saudara seagama kita. 
Cuba tuan-tuan bayangkan, katalah kita lari dari satu k`jaan kafir, tiba-tiba saudara 
seagama kita pulak yang pi tangkap kita dan serahkan kita kat puak kafir; kita rasa 
macamana?

Ada orang kata, "Cakap saja memang la senang. Macamana kalau Amerika attack kita, apa 
kita nak buat?"...Nampak tak tuan-tuan macamana mentaliti orang kita bila berdepan 
dengan perkara macam ni. Apa yang saya nak sebut ni, tuan-tuan kena ingat betoi-betoi. 
Ini ilmu psikologi, tuan-tuan. Musuh hanya berani bila kita takut kat dia. Itu je yang 
saya nak bagitau. Kalau kita berani, dia terpaksa pikiaq 2-3x. Ingat tak tuan-tuan 
satu ketika pernah seorang Menteri Luar Iran menyeru supaya dikumpulkan 100juta 
sukarelawan Islam seluruh dunia, bagi membebaskan umat Islam dari cengkaman 
musuh-musuh ALLAH?...Bila keluar seruan ini, tuan- tuan tau ka apa kata seorang 
pemimpin dalam negara Islam kita ni?...Dia kata, "Apa depa nak mampuih ka?...Macam nak 
pi bunuh diri aje sebab kita bukan ada apa pun!"...Inilah dia contoh kepala hotak 
pemimpin sekular. Apakah dia sudah lupa macamana mujahidin Afghanistan lawan Rusia 
dulu?....Hanya dengan Kaleshnikov je keretakebal-keretakebal Rusia boleh de!
pa tawan. Asasnya, kita kena yakin dengan bantuan daripada ALLAH SWT. Walaupun 
kelengkapan kita tidak begitu lengkap, syaratnya mesti ada perancangan yang rapi, 
InsyaALLAH, kemenangan akan diberi oleh ALLAH SWT kepada kita. Tapi dalam pada itu 
kita sebagai orang Islam, kita kena pegang prinsip asal. Iaitu jangan kita 
bercita-cita nak jumpa dengan musuh, jangan minta nak berjumpa dengan ujian dan jangan 
kita minta nak jumpa dengan masalah. Musuh yang kita jumpa kalau boleh mau buat dia 
jadi kawan, supaya lembut hati dia. Tetapi sekiranya dalam keadaan kita tak mau buat 
musuh, tiba-tiba ada juga musuh, maka pada masa itu Nabi s.a.w. mengajar kepada kita 
bahwa hendaklah tetap bersabar di atas landasan kita. Jangan sekali-kali goyah dengan 
segala dugaan, fitnah dan tribulasi yang datang. ]

Perkara 68 : Hukuman ta`zir ke atas pencuri.

1) Hukuman ta`zir (dera) yang wajib dikenakan ke atas pencuri ialah pencuri yang tidak 
memenuhi syarat-syarat untuk menjatuhkan hukuman hudud sebagaimana yang diperuntukkan 
dalam perkara 72 (1) perenggan (i), (ii) dan (iii).

[ Contohnya kalau barang yang dicuri itu kurang nilainya daripada 1/4 dinar, ataupun 
saksi tak cukup syarat, maka ta`zir menjadi alternatifnya. ]

2) Dalam menentukan jenis atau kadar hukuman ta`zir yang dikenakan ke atas pencuri 
yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk dijatuhkan hukuman hudud, hakim mempunyai 
kuasa penuh secara mutlak memilih hukuman yang sesuai dan munasabah dengan nilai dan 
kadar harta atau barangan yang dicuri itu.

[ Dalam nak menentukan hukuman ta`zir, hakim kena tengok pada keadaan. Cara pesalah 
itu buat kesalahan seperti banyak mana yang dia ambik dan apa kah kesan yang berlaku 
akibat kesalahannya itu mesti diambil kira. ]

3) Untuk melaksanakan hukum ta`zir ke atas pencuri yang disebutkan dalam perkara 68 
(1) hakim dengan kearifannya mestilah mengambil kira dan mengenal pasti tentang 
keadaan pencuri itu supaya benar-benar hukuman ta`zir yang dikenakan ke atas pencuri 
tadi seimbang dengan kesalahannya.

[ Yang disebut kearifan hakim dalam nak menjatuhkan hukuman ta`zir ini, dia mesti 
mengambil- kira kebaikan dan keadilan yang ditegakkan dalam masyarakat. Ini ada satu 
contoh saya nak cerita macamana seorang hakim menggunakan kebijaksanaannya dalam 
perkara-perkara yang hukum syara` membenarkannya. Cerita yang dibawa oleh ust Jailani 
ini adalah tentang kes budak pakai serban hari tu. Hakim yang membuat keputusan bagi 
kes ini ialah hakim Mahkamah Tinggi Seremban, yang sekarang ini ditukar ke Mahkamah 
Tinggi 1 P.Pinang. Kes ini hari tu adalah satu kes dimana kanak-kanak yang pakai 
serban telah dibuang sekolah oleh Gurubesarnya atas alasan melanggar peraturan pakaian 
yang dibuat oleh sekolah. Dalam kes ini, hakim yang mengendalikan kes tersebut telah 
menggunakan kebijaksanaannya untuk kepentingan agama dan untuk memberi keadilan kepada 
pihak yang terbabit terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak berdosa...Okay untuk 
pengetahuan kita dalam sistem perundangan ini, kita akan dapati!
 kes dalam mahkamah yang lebih tinggi akan mengikat kes mahkamah yang lebih rendah. 
Maknanya kalau dalam mahkamah tinggi ada satu kes yang lebih kurang sama dengan kes 
yang telah dibuat keputusannya di mahkamah yang lebih tinggi seperti di Mahkamah 
Rayuan umpamanya, maka mahkamah tinggi mesti patuh kepada keputusan yang dibuat oleh 
mahkamah yang lebih tinggi daripada dia, samada hakim tersebut setuju ataupun tidak 
setuju. Okay sekarang kita tengok kes budak pakai serban itu yang membabitkan 
kebebasan beragama. Bermakna kes ini lebih kurang sama dengan kes Halimatun Saadiah 
(kes pakai purdah kat tempat kerja tu). Dia kena buang kerja sebab dia tidak mematuhi 
arahan majikannya yang suruh dia buka purdah atas alasan keselamatan. Dan kes budak 
pakai serban ni jugak lebih kurang sama dengan kes Che Omar bin Che Soh, yang mana 
dalam kes itu walaupun undang-undang hukuman gantung sampai mati bertentangan dengan 
undang-undang Islam, tetapi bila dia selari dengan undang-undang perlem!
bagaan, maka undang-undang hukum gantung sampai mati kepada pengedar-pengedar dadah 
adalah sah mengikut perlembagaan negara. Nampak tak tuan-tuan, macamana kita tengok 
sekali imbas seolah-olah kedua-dua kes ini mengikat hakim Mahkamah Tinggi Seremban 
semasa mendengar perbicaraan budak pakai serban tu. Tapi dengan kebijaksanaan yang ada 
pada seorang hakim yang ingin memberi keadilan kepada manusia, dia boleh buat satu 
alasan bagi melepaskan dirinya daripada terikat dengan kes Halimatun Saadiah dan kes 
Che Omar bin Che Soh itu. Ini dia alasannya. Kata dia, "Kes ini hendaklah dibezakan 
dengan kes Hajjah Halimatun Saadiah Hj Kamarudin melawan Public Services Commission 
and Another..."...Maknanya dia tak mau terikat dengan kes Halimatun Saadiah, sebab 
kalau dia terikat dengan kes tersebut, dia tahu budak pakai serban akan kalah. Sambung 
hujjah dia lagi, "Ia hendaklah dibezakan sebab pakai purdah dengan pakai serban adalah 
dua benda yang berbeza. Kalau pakai purdah, kita tidak aka!
n dapat mengenal-pasti siapa pemakainya, manakala seorang yang memakai serban memang 
boleh kita kenali. Jadi, orang yang memakai purdah sedemikian boleh menjejaskan 
keselamatan awam, tetapi tidak pada seseorang yang memakai serban."...Orang pakai 
purdah ni kalau dia kerja di tempat-tempat sulit yang tinggi tahap keselamatannya 
seperti mengendali fail-fail sulit umpamanya, maka ketika itu dia boleh mengancam 
keselamatan sebab majikan tak tau siapa pekerjanya itu. Tetapi kalau orang pakai 
serban, kita tak boleh kata dia boleh menjejaskan keselamatan sebab orang boleh nampak 
muka dia. Nampak tak tuan-tuan macamana bijaknya hakim tu pusing.

Okay yang keduanya dia kata, "Kes ini hendaklah juga dibezakan dengan kes Che Omar bin 
Che Soh kerana isu pokok yang timbul adalah berbeza. Dalam kes Che Omar bin Che Soh, 
hukuman mati adalah sah di sisi undang-undang sivil walaupun tidak sah di sisi 
undang-undang syara`..."...Bila hukum gantung itu bertentangan dengan undang-undang 
Islam, itulah yang Che Omar bin Che Soh lawan k`jaan dalam mahkamah tu. Tiba-tiba 
hakim buat keputusan bahwa memang undang-undang tersebut bertentangan dengan Islam, 
tetapi sah mengikut perlembagaan negara. Bermakna kes Che Omar bin Che Soh adalah sah 
mengikut undang-undang negara tetapi tidak sah mengikut undang-undang Islam, maka 
hukuman itu sah mengikut perlembagaan negara. Tetapi bagi kes budak pakai serban ni, 
dia berbeza sebab serban itu sah dari segi hukum syara`dan tidak pula sah mengikut 
undang-undang sivil bagi orang Islam mahupun bagi orang bukan Islam, maka memakai 
serban juga adalah sah menurut perlembagaan. Jadi isu pokoknya terbali!
k. Nampak tak tuan-tuan macamana hakim tu ulas?...Nak ulas lagu ni tuan-tuan ingat 
senang ka?...Payah tuan-tuan sekelian. Dia memerlukan kepada seorang hakim yang 
benar-benar jujur dengan tanggungjawab dia. Dia terpaksa pusing juga supaya tidak 
terikat dengan kes Halimatun Saadiah dan juga tidak terikat dengan kes Che Omar bin 
Che Soh.

Lepas itu dalam kenyataannya lagi, katanya, "Peraturan pakaian seragam sekolah (bil.3- 
1983) yang mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki, dengan pilihan seluar 
panjang; dan mewajibkan pakai blouse bagi murid perempuan, dengan pilihan memakai baju 
kurung dan kain sarung serta tudung atau telekung, adalah tidak peka tentang pakaian 
bagi orang Islam dan tidak mengutamakan Islam sebagai agama persekutuan. Peraturan itu 
adalah songsang dan tidak selari dengan perlembagaan, dan adalah terbatal di sisi 
perkara 4 perlembagaan."...Tuan-tuan faham dak apa yang tuan hakim ni nak 
bagitau?...Undang-undang pakaian sekolah sekarang ni kata wajib bagi murid lelaki 
pakai seluaq pendek tetapi diberi pilihan kalau sapa nak pakai seluaq panjang. Bagi 
budak perempuan pula, wajib pakai blouse tapi kalau ada sapa nak pakai baju kurung, 
boleh. Hakim tu kata undang-undang macam ni batal (tak sah) mengikut perlembagaan 
negara. Sebab perlembagaan negara kata Islam is the religion of the fe!
deration. Kalau kata Islam adalah agama persekutuan, maka sepatutnya peraturan 
berpakaian mau bunyi macam ni: "Bagi lelaki wajib pakai seluar panjang, tapi kalau 
orang bukan Islam nak pakai seluar pendek, ia dibolehkan. Dan bagi murid perempuan 
pula, diwajibkan pakai baju kurung berserta tudung atau telekung, tapi bagi murid yang 
bukan Islam, dibenarkan kalau tak mau pakai tudung."...Inilah yang sepatutnya 
tuan-tuan. Ni dak, ada ka diwajibkan pakai seluaq pendek tapi kalau sapa nak pakai 
seluaq panjang, boleh. Islam apa lagu tu?...Sepatutnya kalau Islam dah jadi agama 
rasmi negara, umat Islam kenalah dimuliakan seperti mewajibkan pakaian cara orang 
Islam. Tu dia tuan-tuan. Tapi apa sebenarnya yang saya nak bagitau di sini ialah sikap 
hakim tersebut terhadap Islam. Hari ini nak cari hakim lagu ni, memang payah dah nak 
jumpa?...Ada, bukan takdak. Tapi payah sikit nak jumpa. Jadi setakat ini lah dulu 
tuan-tuan sekelian. Last sekali kita harap, mudah-mudahan kita semua akan dire!
dhai oleh ALLAH SWT. ]

WALLAHU TA`ALA `ALAM.

 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke