*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

......sambungan Muqaddimah......

Lalu sambung ALLAH SWT dalam ayat 62 yang bermaksud,
"Maka bagaimanakah jika ditimpakan kepada mereka
musibah, yakni kecelakaan hasil daripada tangan mereka
sendiri.Lalu datanglah mereka kepada kamu bersumpah
dengan nama ALLAH TA`ALA : Sesungguhnya kami tak mau
benda lain kecuali kebaikan."….. Inilah dia perangai
puak-puak munafik apabila ditimpa kesusahan.Yang mana
orang dah tak percaya lagi dah kat dia kerana dia
jahat dan zolim.Pasai apa orang dah tak mau dah kat
dia?……Sebab daripada kerja-tangan dia sendiri,
bukannya orang lain buat aniaya kat dia.Jadi, bila dia
tersepit sebegini, ketika itulah dia datang kepada
kita dengan menggunakan demi agama/rasul, sambil
menghulur tangan katanya, "Marilah kita berdamai dan
bersatu-padu."
Tapi kata ALLAH SWT dalam ayat 63 yang bermaksud,
"Jenis puak-puak sebegini, ALLAH SWT tahu apa yang ada
dalam hati mereka."……Dia bersumpahlah diatas nama
bangsa ka, dia bersumpahlah di atas nama agama ka, dia
bersumpah dengan nama ALLAH sekali pun;  tapi ALLAH
SWT kata bahwa Dia tahu apa yang ada dalam hati orang
macam ni.  
Kita dah pun mendengar cerita tentang orang munafik ni
daripada ayat 60-63 dari Surah an-Nissa`; jadi
sekarang ALLAH SWT suruh kita buat 3 benda daripada
ayat seterusnya (masih dalam ayat 63) iaitulah yang
pertama ialah "berpalinglah kamu daripada golongan
macam ni"…..Maknanya, jangan duduk sekali dengan orang
macam ni.Contohnya; 2-3 hari sudah, ada satu kawan
menceritakan kisah lampaunya ketika masih bersama-sama
dengan pemimpin-pemimpin umno yang womanizer pergi
berpoya-poya.Sekarang dia dah okay, malah telah
menjadi seorang aktivis Pas yang tak mengenal erti
penat.Pendedahan-pendedahan tentang kegiatan-kegiatan
yang tak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
umno bersama-sama dengan kroni-kroni mereka, semakin
diketahui rakyat.Ini berlaku atas kehendak ALAH SWT,
yakni apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai
bekas-bekas umno ke dalam BA, maka kezoliman yang
selama ini dapat dirahsiakan, sekarang telah terburai
habis.Kembali kita kepada cerita sahabat tu tadi, yang
mana ketika itu dia duduk semeja sekali dengan
puak-puak ni dalam sebuah bilik VIP di sebuah Night
Club.Diantara mereka itu termasuklah seorang menteri
yang menjadi kontroversi tidak lama dulu akibat
skandalnya dengan seorang gadis bawah umur.Menurut
sahabat tu, table charge saja yang dikenakan pada
malam itu ialah RM1500/-.Kemudian, dalam keghairahan
lampu berwarna merah, tiba-tiba masuk melalui tirai 4
orang gadis yang cantik-cantik datang melayan
mereka.Kemudian dengan iringan muzik, seorang demi
seorang gadis tadi naik atas meja bulat di
tengah-tengah mereka, sambil menari-nari lalu
ditanggalkan satu persatu…….geli-geleman saya rasa nak
teruskan cerita macam ni.Yang akhirnya, keempat-empat
gadis tadi disetubuhi beramai-ramai, di atas meja
bulat tu juga oleh para vip-vip tadi.Kejadian ini
berlaku didepan mata sahabat kita ni, dan cerita tu
habis di situ saja tanpa dibagitau beliau sertai sama
atau tidak.Tapi apa yang nak saya bagitau ialah bila
kita berada dalam keadaan sedemikian, maka kata ALLAH
SWT, hendaklah kita keluar daripada puak-puak ni. 
Okay mai saya nak tanya tuan-tuan; aman kah kita kalau
jiran di sebelah kanan rumah kita tu kaki
judi?….Manakala jiran di sebelah kiri pula, kaki
pompuan?….Jiran sebelah belakang pula kaki
botol?…..Dan jiran sebelah depan kita kaki hingaq
pong! Pang! Pong! Pang! Siang malam non-stop?…..Boleh
aman kah kita bila persekitaran sebegini?…..Mustahil
boleh aman tuan-tuan.Malah kita sebagai suami, antara
amanah/tanggungjawab yang ALLAH TA`ALA bagi kepada
suami ialah meletakkan isterinya di rumah yang
mempunyai jiran-jiran yang baik supaya aman daripada
fitnah.Sebab berlaku satu kes dimana seorang isteri
Melayu Islam yang suaminya pula seorang kaki judi,
bila setiap hari suaminya yang kaki judi tu keluar
rumah, maka jiran sebelah rumah mereka yang kafir akan
masuk dan berzina dengan bini dia.Inilah contoh akibat
yang berlaku bila kita jahat, kemudian berjiran pula
dengan orang jahat……Nauzubillahi min zalik.Oleh sebab
itu, ALLAH SWT suruh kita berpaling dan jangan duduk
sekali dengan puak-puak macam ni.
Yang keduanya ALLAH SWT kata, "Bagilah peringatan
kepada puak-puak macam ni."…..Bermakna, kita yang
disebut sebagai orang Islam ni, tak cukup dengan kita
keluar terus daripada kelompok mereka begitu sahaja;
malah ALLAH SWT suruh kita bagi peringatan pula kepada
puak-puak ni.Bukanlah ajaran daripada ALLAH SWT, kalau
kita tinggalkan mereka begitu saja, dan kita buat hal
masing-masing. Bukanlah juga ajaran daripada ALLAH
SWT, kalau masyarakat kita jahat, lalu kita pi lari
duduk dalam hutan sorang-sorang.Yang ALLAH SWT suruh
ialah disamping kita keluar daripada kelompok yang
jahat; kita juga disuruh bagi peringatan demi
peringatan, nasihat demi nasihat dan teguran demi
teguran; supaya kawan/ orang kampung/ masyarakat kita
tadi akan berubah menjadi orang baik.
Dan yang ketiganya kata ALLAH SWT, "Dan katakanlah
kepada orang-orang macam ni, dengan perkataan yang
membekas kepada perasaan mereka."……Inilah yang ALLAH
SWT suruh kita buat, yakni kita kena kata sehinggakan
boleh meninggalkan kesan dalam diri mereka.Pilihlah
perkataan yang sesuai, yang mana bila kita kata benda
tu, dia akan ingat sampai bila-bila.Terpulanglah
kepada tuan-tuan untuk memlih perkataan yang macam
mana.Dalam bentuk pujuk rayu ka, dalam bentuk ancaman
ka, dalam bentuk maki hamun ka; terpulanglah kepada
kita berdasarkan kepada individu yang terbabit.Janji
mau buat apa yang ALLAH SWT suruh, iaitu kita mau kata
satu perkataan kat orang tu, biar sampai membekas
dalam diri dia.
Jadi, inilah 3 benda yang mesti kita buat kepada
puak-puak munafik ni.Jangan pula ada dikalangan kita
yang berkata, "Janganlah bergaduh dengan puak-puak
ni.Biar pi lah kat dia.Dah memang dia
jahat."…..Dak,dak,dak,…ungkapan sebegini bukannya
daripada ajaran ALLAH SWT.Yang ALLAH SWT suruh ialah
lawan balik puak-puak macam ni dengan berpaling
daripada mereka, kemudian tegur akan kesalahan yang
mereka buat, dan akhir sekali kena sebut satu
perkataan yang boleh membekas dalam jiwa mereka.Ini
merupakan satu arahan direct daripada ALLAH SWT.


 Sambungan pengajian kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah'.

Perkara 19 : Lelaki yang merogol dan memperkosa
perempuan berzina.

Lelaki yang telah sabit kesalahannya merogol
(memperkosa perempuan berzina) selain dari hukuman
hudud (rejam dan sebat) yang dikenakan ke atas lelaki
itu sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 18 (ii)
tertakluk pula di bawah kes ini perkara-perkara
berikut : 

[ Yang kita belajar undang-undang hudud yang
dijatuhkan keatas perogol yang cukup bukti, samada
dengan pengakuannya atau ada 4 orang saksi yang
nampak, ialah wajib disebat ataupun  direjam dengan
batu sampai mati.Selain daripada undang-undang hudud
yang wajib dikenakan ke atas lelaki yang merogol ini,
maka akan disenaraikan kepada kita juga
perkara-perkara lain yang perlu dibuat ke atas si
perogol ini. ]  

i) Wajib ke atas lelaki yang merogol itu membayar
mahar misil kepada perempuan yang dirogolnya itu.

[ Yang dimaksudkan dengan 'mahar misil' ini ialah, ia
adalah mas kahwin yang setanding dengan adik
beradiknya yang lain.Contohnya katakanlah kakak kepada
perempuan mangsa rogol itu berkahwin dengan mahar
sebanyak RM1000/-, maka perogol wajib bayar mahar
sebanyak RM1000/- juga kepada mangsa rogolnya itu. ]

ii) Apabila perempuan yang dirogol itu hamil
(mengandung) wajib atas perempuan itu beriddah, dan
anak yang dikandung oleh perempuan tadi tetap menjadi
nasab lelaki yang merogolnya itu.

[ Maksud beriddah dalam ayat ini ialah perempuan itu
tidak boleh kahwin dengan lelaki lain sehinggalah
habis iddahnya.Yang kita tahu iddah orang mengandung
ialah sehingga dia melahirkan anak.Kalau suami/isteri
bercerai cara biasa (bercerai hidup), maka iddah bekas
isteri itu ialah 3x suci.Jadi kalau haidnya datang
tiap-tiap bulan, maknanya iddahnya adalah 3 bulan.Tapi
kalau si isteri diceraikan oleh suaminya semasa
mengandung (talak bidd`i) yakni talak yang diharamkan
oleh Nabi s.a.w. (si suami dapat dosa) tapi ia tetap
sah di sisi hukum syara`. Jadi bila berlaku perceraian
semasa si isteri mengandung, maka si isteri itu wajib
beriddah, yakni tidak boleh berkahwin dengan lelaki
lain sehinggalah dia melahirkan anaknya.Tujuan
beriddah ini ialah supaya dibesihkan perutnya daripada
benih-benih bekas suaminya.Jadi, bila si perempuan itu
berkahwin sekali lagi, kalau ditakdirkan dia
mengandung, maka sahlah benih yang menyebabkan dia
mengandung itu adalah datang daripada suami barunya.  
   
Manakala dalam sambungan ayat ini juga mengatakan
bahwa anak yang dikandung hasil perbuatan rogol itu
(bila dilahirkan) tetap menjadi nasab lelaki perogol
itu, yakni anak itu akan di 'bin'kan kepada si
perogol.Dengan ini, si perogol itu wajib membayar
nafkah kepada anak yang lahir hasil daripada
pemerkosaan yang dibuat kepada perempuan
tersebut.Dalam erti kata lainnya ialah segala
pembelanjaan makan minum si anak, pakaian si anak,
sekolah/tuitionnya; semuanya menjadi tanggungjawab si
perogol itu.Ini adalah hak kepada anak mangsa rogol
untuk menuntut nafkah daripada ayahnya yang merogol
ibunya.
Bila bercakap tentang 'hak' seseorang, lalu ustaz
Jailani pun menceritakan tentang satu kes yang mana
datangnya seorang isteri yang kematian suami ke
pejabatnya.Wanita itu menceritakan bahwa suaminya ini
ada 2 orang isteri dan beliau adalah isteri yang
pertama.Masalahnya ialah suaminya telah meninggalkan
sejumlah wang yang banyak di dalam satu 'account
bersama' di sebuah bank.Yang mana penama-penama dalam
'account bersama' itu hanyalah suaminya sendiri
bersama dengan madunya.Selepas suaminya mati, madunya
ini telah mengeluarkan berpuluh-puluh ribu ringgit
dari account tersebut.Ini membuatkan isteri tua tak
puas hati dan mai jumpa ustaz Jailani untuk
menyelesaikan masalahnya itu.Menurut ustaz Jailani, 
si isteri berhak ke atas 2 benda bila suaminya
mati.Iaitu harta sepencarian dan harta
pusaka.Contohnya katalah suami mati meninggalkan
RM100K/- dalam account bersama itu, tiba-tiba
dikeluarkan kesemuanya oleh isteri muda bila suaminya
mati.Dalam keadaan ini, maka isteri pertama boleh
mengemukakan saman di mahkamah syariah untuk menuntut
'hak'nya dalam harta sepencarian.Yang mana
kebiasaannya, mahkamah bagi 1/3 daripada harta yang
ditinggalkan oleh suaminya.Kenapa harta itu tadi
disebut sebagai harta sepencarian?…Menurut ustaz
Jailani, ini adalah kerana isteri yang ditinggalkan
suami yang meninggal dunia, diibaratkan sebagai isteri
yang diceraikan (cerai mati).Maka berhak dia mendapat
harta sepencarian daripada harta yang ditinggalkan
oleh suaminya.Kemudian setelah diambil 'panggu'nya
itu, balance harta tadi baru dikira sebagai harta
pusaka.Jadi, isteri tadi dapat pula 1/8 daripada harta
pusaka ini.
( Wehhh! Seronoknyaaaa…dapat 2x mak oooi!……Jangan
pulak ada yang seronok pi berdoa minta suami lekas
sikit mati bila dapat tau hal sebenarnya hak kita ke
atas harta si suami.Yang saja ustaz nak bagitau ini
ialah 'hak' kita yang diberikan oleh mahkamah syariah
dalam negara kita hari ini. Itu saja.) ]         

iii) Apabila perempuan yang dirogol itu luka, wajib
bagi lelaki yang merogolnya tadi membayar pampasan
luka perempuan itu.

[ Tak kiralah luka yang lagumana, janji ada luka saja,
maka wajib lelaki perogol itu membayar pampasan luka
wanita berkenaan. ] 

iv) Jika perempuan yang dirogol itu mati disebabkan
persetubuhan yang dilakukan oleh lelaki yang
merogolnya tadi wajib ke atas lelaki yang merogolnya
itu membayar pampasan kematian perempuan
itu.Perkara-perkara tersebut dinyatakan di dalam Kitab
Al-Fiqhu `alal Mazahibil Arba`ah:5/94-95.

[ Dalam ayat di atas, kita perlu faham bahwa kematian
yang dinyatakan itu bukanlah sebab dibunuh.Tetapi
wanita ini mati sebab persetubuhan yang dilakukan ke
atasnya.Pada kebiasaannya perbuatan persetubuhan ini
tidak boleh membawa maut, betul tak tuan-tuan?…Tapi
inilah yang dikatakan 'Fekah andaian'.Iaitu diandaikan
kalaulah mangsa rogol tadi mati kerana persetubuhan (
bukan sebab ditikam/dicekik/ditembak), maka hendaklah
si lelaki tadi membayar pampasan kematian tersebut. ]

Dalam perkara 19 ini, selain si perogol itu kena
hudud, di atas ini ada 4 benda yang disenaraikan
kepada kita, yang mana si lelaki perogol itu mesti
buat selepas dihukum dia bersalah kerana merogol si
wanita berkenaan.Ini berbeza dengan amalan
undang-undang dalam negara kita hari ini, yang mana
dalam kes rogol, ia terbahagi kepada 2.Iaitu criminal
case dan satu lagi ialah sivil case.Dalam criminal
case, ia hanya memperuntukan hukuman kepada si
penjenayah.Maknanya, kalau si perogol tadi dikenakan
tuduhan rogol, maka dia akan dibicarakan.Dan kalau dia
didapati bersalah, dia hanya akan dihukum mengikut
hukuman yang telah ditentukan oleh undang-undang
negara.Kemudian kalau wanita mangsa rogol itu nak
minta pampasan/gantirugi, dia kena saman pula lelaki
perogol itu di sivil suit, yakni dia kena failkan
saman kes sivil.Ini bermakna ada 2 kerja kena buat,
iaitu satu kes jenayah dan satu lagi kes sivil.
Tapi dalam undang-undang syara`, apabila seseorang itu
didapati bersalah kerana merogol satu perempuan, maka
dia dihukum dengan hukuman rejam dengan batu sampai
mati atau disebat, dan sebelum itu wajib dia buat 4
benda yang kita belajar tadi.Inilah mudahnya
undang-undang Islam, sekaligus membela kebajikan
mangsa rogol yang tidak ada pada undang-undang sivil
yang ada dalam negara kita pada hari ini.Inilah
kelebihan yang ada kepada undang-undang Islam.       

Perkara 20 : Perzinaan perempuan yang hamil atau
nifas.

(a) Perempuan-perempuan yang sedang hamil atau nifas
yang melakukan perzinaan apabila sabit kesalahannya
wajib juga dikenakan hukuman hudud (direjam atau
sebat), samada hamilnya disebabkan persetubuhan dengan
suaminya sendiri, atau persetubuhan dengan pasangannya
yang dituduh melakukan perzinaan itu, atau
persetubuhan dengan orang lain.  

(b) Hukuman hudud yang dikenakan ke atas perempuan
yang sedang hamil atau nifas tidak boleh dilaksanakan
semasa perempuan itu sedang dalam hamil atau
nifas.Hukuman hudud itu hendaklah ditangguhkan dan
diundurkan sehingga perempuan itu melahirkan anaknya,
atau setelah kering darah nifasnya.Penangguhan hukuman
hudud ke atas perempuan yang sedang hamil atau nifas
yang melakukan perzinaan adalah berdalilkan
hadith-hadith berikut : 

[ Perempuan yang perut kembung tengah hamil pun nak
berzina juga, begitu jugalah dengan perempuan yang
darah baru lepas beranak (nifas) pun tak kering lagi,
tapi pun nak berzina juga; maka Islam kata wajib
dikenakan hudud ke atas perempuan-perempuan macam
ni.Cumanya perlaksanaan hudud tadi ditangguhkan
sehingga dia bersih daripada darah nifas, ataupun
sehinggakan dia melahirkan anak dalam kandungannya
itu.Itulah kelebihan yang ada dalam undang-undang
Islam. ] 
     
i) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada
Imran bin Hussain r.a. bahawa seorang perempuan dari
suku Juhainah (yang dikenal dengan nama Ghamidiyah)
datang menemui Rasulullah s.a.w., dan perempuan itu
sedang hamil kerana berzina, lalu berkata : "Ya Nabi
ALLAH! Telah sampai kepadaku hukuman hudud (aku telah
melakukan kesalahan yang mewajibkan aku dikenakan
hukuman hudud) maka laksanakanlah hukuman hudud itu ke
atasku."…Lalu Nabi s.a.w. memanggil walinya (bapa
kepada perempuan itu) dan bersabda :"Jagalah dia
baik-baik (jangan dicaci maki dan dicela).Apabila dia
telah melahirkan anaknya, bawalah dia kembali
kepadaku."….Perintah baginda itu dilaksanakan oleh
wali perempuan tadi.(Setelah selesai perempuan itu
melahirkan anaknya, maka perempuan itu pun dibawa
kepada Nabi s.a.w.), lalu Nabi s.a.w. menyuruh supaya
ditutupkan kain perempuan itu ke badannya,…
 
[ Memanglah wanita itu dah pun berpakaian, tapi Nabi
s.a.w. suruh tambahkan satu lagi lapis pakaian kepada
tubuh wanita itu, supaya dapat menjaga maruah wanita
itu.Tengok tuan-tuan, Islam ni punyalah jaga maruah
penjenayah.Perempuan dalam hadith ini memang dia
berzina, dan Nabi s.a.w. hukum dia dengan hukuman
hudud.Tapi Nabi suruh jaga maruah perempuan tadi
supaya takut-takut kalau pakaian dia robek dan nampak
aurat dia akibat di hudud.Ini boleh membuat dia aib,
maka dibubuh selapis lagi pakaian supaya tidak mudah
nampak aurat perempuan tadi.
Ini tidak berlaku pada hari ini, contohnya kita lihat
saja apa yang diperlakukan kepada seorang reformis
wanita yang ditahan dalam lokap tempohari.Dia disuruh
telanjang dan didenda didepan orang lelaki,
tuan-tuan.Adakah Nabi s.a.w. ajar kita suruh buat
macam tu kepada tahanan?….Ini hanyalah untuk memuaskan
nafsu puas hati mereka sahaja semata-mata.
Kalaulah si penjenayah itu jahat sekali pun, dengan
ada 4 orang saksi yang nampak betul-betul dia berzina
umpamanya, tapi wajib kita jaga/tutup aurat si
penjinayah.Inilah ajaran daripada Nabi s.a.w..Dan
hanya orang yang beriman sahaja ikut ajaran Nabi
s.a.w.; manakala orang yang jenis derhaka kepada ALLAH
SWT, dia tidak akan buat sebagaimana Nabi suruh.Ini
disebabkan apa yang dilakukannya adalah semata-mata
mengikut kehendak nafsu. ]     
 
…kemudian Nabi s.a.w. menyuruh sahabatnya merejam
perempuan itu.Maka perempuan itupun direjam sehingga
mati.Kemudian baginda menyembahyangkan jenazahnya.Maka
Saidina Umar bertanya :"Adakah engkau wahai Rasulullah
hendak menyembahyangkan ke atas orang yang telah
berzina?"…..Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda
:"Sesungguhnya perempuan itu telah bertaubat.Sekiranya
dibahagi-bahagikan taubatnya itu diantara tujuh puluh
orang penduduk Madinah pun taubatnya masih luas (sama
dengan taubat mereka) dan adakah kamu dapati sesuatu
yang lebih afdal dari seorang perempuan yang datang
sendiri menyerahkan dirinya kepada hukuman ALLAH
TA`ALA." ( Riwayat Muslim) 
           
[ Inilah dia dalil yang mengatakan bahwa taubat wanita
yang bernama Ghamidiyah itu diterima dan dia juga
diterima sebagai wanita yang solehah di sisi ALLAH
SWT.Memang payah untuk kita nak cari orang macam
Ghamidiyah pada hari ini, yang sanggup menyerahkan
dirinya kepada hukuman daripada ALLAH SWT.
Saudara/saudari sekelian, satu saja kita mesti mau
ingat iaitulah satu hari kita akan mati.Persoalannya
sekarang, apakah ALLAH TA`ALA boleh menerima kematian
kita sebagai orang baik atau sebaliknya?….Yang ni kita
kena tanya pada diri kita sendiri.Contoh yang ALLAH
SWT tunjuk kat kita tentang peristiwa kematian ni,
saya agak dah banyak.Hanya terpulang kepada kita
sendiri untuk mengambil iktibar atau tidak.
Disini saya nak cerita tentang pengamatan saya sendiri
tentang 2 peristiwa kematian yang berlaku selepas
sahaja pilihanraya kecil di Sanggang tahun lepas.Iaitu
selepas 3 hari di Sanggang, ada satu kematian di
Lengkok Pemancar (kalau tak silam saya)  di Sg.
Gelugor, P.Pinang.Kematian itu berlaku ke atas isteri
kepada seorang ahli exco umno yang bernama Rashid
Ismail (kalau tak silam saya), yang dibunuh.Saya
secara kebetulan pada petang itu hanya lalu kot depan
rumah si mati untuk pergi ke masjid bagi menunaikan
solat Asar di masjid yang berdepan dengan rumah si
mati itu.Memang ramailah orang yang menziarahi si mati
ketika itu, maklumlah beliau adalah isteri kepada
seorang ahli exco.Tapi yang sedihnya bila masuk waktu
Asar, dalam hadirin yang ramai-ramai tadi, hanya
beberapa orang sahaja yang datang ke masjid (hanya
100m sahaja bersetentangan dengan rumah jenazah
berkenaan).
Kemudian selang seminggu sahaja, kita dikejutkan pula
dengan perginya ke rahmatullah bekas Mursyidul Am Pas
yang pertama iaitulah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusof
Rawa.Kebetulan pula, rumah Allahyarham hanya selang
lebih kurang 10 buah pintu sahaja daripada rumah
senator Rashid Ismail yang kematian isteri itu
tadi.Jadi, mereka berada dalam satu qaryah.Kemudian,
begitulah juga dengan hal keadaan di rumah Allahyarham
Hj Yusof Rawa, yang mana ramailah sahabat handai serta
sahabat seperjuangan yang datang menziarahinya buat
kali terakhir.Selepas sahaja disembahyangkan jenazah
Allahyarham Tuan Hj di rumahnya, kemudian diatas
permintaan ramai dan demi menghormati qaryah masjid
berdekatan, maka jenazah Allahyarham disembahyangkan
sekali lagi di masjid pula.SubhanALLAH Maha puji
ALLAH, jenazah Allahyarham terpaksa disembahyangkan 2x
di masjid yang boleh memuatkan 1000 orang itu.Jadi
yang menghadiri memberi penghormatan terakhir kepada
Allahyarham lebih kurang 2000 orang.Tuan-tuan tahukah
di masjid mana jenazah Allahyarham
disembahyangkan?…..Tentulah masjid yang bersetentangan
dengan rumah senator Rashid Ismail itu tadi sebab
mereka duduk dalam satu qaryah.Masya`ALLAH tuan-tuan,
saya rasa ketika itu seperti berada dalam satu
muktamar.Sebab apa saya kata macam tu?……Sebab
kelihatan saf di depan/belakang saya beberapa orang
ulama` besar yang dikenali ramai.
Inilah yang saya nak cerita ni, yakni memang betullah
apa yang orang tua-tua kata, "Kalau kamu nak menilai
seseorang, tengoklah semasa hari kematiannya.Manusia
jenis apa yang datang menziarahinya.Kalau dia seorang
yang alim, maka alim ulama`lah yang datang.Kalau dia
jahat, maka puak-puak seangkatan dengannyalah yang
akan datang."….Kesimpulannya, janganlah berkawan
dengan orang-orang yang jahat sebab bila kita mati,
mereka tidak akan hormat pun jenazah kita.Nak kata nak
berdoa untuk kita memang jauh sekali.Kalau dia berdoa
pun, kita yakin bahwa doa mereka-mereka yang jahat ini
tidak akan diterima ALLAH SWT., sebab dalam hadith
Nabi s.a.w. pernah bersabda bahwa doa orang-orang yang
soleh sahaja yang diterima ALLAH.Oleh sebab inilah
juga, maka beruntung kita kalau berkawan dengan
orang-orang yang baik-baik seperti orang-orang masjid,
tok-tok guru, orang-orang yang soleh dan semua yang
baik-baik belaka.Sebab bila orang-orang soleh ini
tengok jenazah kita, mereka tahu macamana nak
respect.Dan sudah tentu kawan-kawan kita orang-orang
masjid ini akan berdoa kepada ALLAH TA`ALA.Dalam
ramai-ramai orang-orang soleh (200-300 orang) yang
datang menziarahi jenazah kita, takkan tak dak satu
doa daripada orang-orang soleh ini yang ALLAH SWT tak
maqbul?…..Sebab itu kita kena kawan dengan orang yang
baik-baik kerana sedikit sebanyak mereka boleh tolong
kita di alam kubur kelak.
Kita memang tak tahu suasana di alam kubur,
tuan-tuan.Ia banyak bergantung kepada amalan kita
semasa hidup di dunia.Kalau kita orang jahat; maka
malaikat akan belasah kita, bumi pula akan himpit kita
sebab dulu kita pijak dia dengan langkah yang
sombong.Tapi kalau kita orang baik, yakni yang
sentiasa mengingati ALLAH SWT, pergilah mana pun, bila
masuk waktu sembahyang, dia akan sentiasa ingatkan
ALLAH dan berhenti mana-mana masjid untuk mendirikan
solat. Orang seperti ini, ada banyak saksinya di
negeri akhirat kelak.Masjid itu akan jadi saksi dia,
tanah itu akan jadi saksi dia dan bumi ini juga akan
jadi saksi dia; bahwa orang macam ni dia sentiasa
mengingati ALLAH SWT. ]

…….BERSAMBUNG……..               
 
           
  
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke