*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AlQubah:
>Saya memang tak faham.Tiger memang faham lebih  dari saya,
>tapi Imam Nawawi langsung tak faham noh...pelik.

Lagi AlQubah tak faham. Saya kata Imam Nawawi menulis dalam
konteks pemerintah itu adalah 100% dan pemerintah Islam itu
diwujudkan atas dasar berbaiah (janji sepakat) setia kepada
pimpinan Islam, bukan cara pilihanraya ala demokrasi di
Malaysia. Pemerintah di zaman Imam Nawawi wajib ditaati
kerana wujudnya mempertahankan NEGARA ISLAM dan MENDAULATKAN
undang-undang Islam. Negara Islam tertegak secara berkekalan
dan TIDAK dibubar oleh pembubaran parlimen kerana akan diadakan
pilihanraya.

Hari ini kerajaan Barisan Nasioanal menjadi pemerintah. Ia
dibentuk cara pilihanraya, bukan cara berbaiah bersama umat
Islam. (Kalau sudah berbaiah, wajib taat). Apabila menjelang
pilihanraya, ketika parlimen dibubarkan, ertinya kerajaan
Barisan Nasional TIDAK ADA lagi. Jika parti lain yang mendapat
majoriti, parti baru itu pula memerintah bukan Barisan Nasional
lagi. Kita bebas mengundi atau tidak mengundi Barisan Nasioanal,
dan tidak timbul perkara taat kepada pemerintah ketika kita
pergi mengundi. Oleh itu kata-kata Imam Nawawi sebenarnya 
berbicara tentang pemerintah NERGARA ISLAM yang sah secara
baiah, 

>Imam Nawawi menghuraikan syarah Sahih Muslim hal. 235 antaranya.
>"Sayugialah  bersabar atas kezaliman mereka dan sesungguhnya tidak 
>gugur ketaatan kepada mereka dengan sebab kezaliman mereka".....

Lagipun Imam Nawawi mengharamkan mengadakan pemberontakan oleh
umat Islam sendiri yang menggulingkan pemerintahan Islam (100%)
yang sudah teguh. Sekiranya berlaku pemberontakan dan mereka
berjaya menggulingkan pemerintah, pihak pemberontak berjaya
mendirikan "kerajaan baru", para ulama mewajibkan kita taat
kepada "kerajaan baru" pula kerana kerjaan baru itu adalah 100%
Islam mengikut kaidah Fekah. "Taat" disini bermaksud haram
mengadakan revolusi berdarah untuk menggulingkan kerajaan Islam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke