*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Saya kira sdr tidak memahami mesej yang saya cuba sampaikan... Bukan kami tidak tahu bahawa LKY menghina Pas... ianya tidak menghairankan yang LKY sudah pastinya tidak redhakan kebangkitan Islam secara syumul iaitu sealiran dengan kefahaman Umno, mereka hanya dapat menerima Islam sebagaimana yang diredhai dan ditinggalkan oleh puak-puak penjajah dan orientalist ... Terbukti LKY begitu secucuk dan sealiran dengan umno dalam memusuhi parti pergerakan Islam... Dan apabila sdr mengatakan Pas umat sesama Islam dikutuknya, takkan sdr cepat lupa, apa kurangnya Mahathir pemimpin negara Islam contoh... merata-rata tempat Mahathir mengutuk Ust Harun Din pasal berbomoh berjampi... termasuk yang saya dengar sendiri di radio semasa Mahathir membuat lawatan rasmi ke N9 dan Melaka semasa dekat nak pilihanraya... (Utusan 3-Ogos-1999, petikan ucapan Mahathir: Beliau seterusnya berkata: ''Harun Din ni bomoh. Kalau dia jampi air jirus atas negeri Perlis, Perlis dapat duit. Pakai air jampi ini, dia tahu dia karut. ''Bila dia sakit, dia tidak jampi tetapi senyap-senyap pergi bedah di Australia. Inilah orang yang hendak jadi Presiden Perlis.'') (Utusan 21-Nov-1999: Di Kubang Pasu, Dr. Mahathir memberitahu para pemberita di sini pagi ini bahawa beliau sebenarnya menunggu-nunggu Haron Din. ''Depa kata Haron Din nak lawan saya. Saya dok tunggulah. Dia ni doktor (Ph.D) juga tetapi dia jual air jampi,'' katanya.) (Utusan 22-Nov-1999: Harun jelas tidak gemar dikaitkan dengan label ''jampi'' iaitu panggilan yang turut digunakan oleh Dr. Mahathir dalam kritikan-kritikan terhadapnya. Beliau mendakwa tidak pernah meminta wang daripada sesiapa kerana ''menjual air jampi''. ) Yang peliknya Mahathir sendiri pergi berbomoh (I'm not sure if I had mentioned this to you, iaitu ipar saya adalah menantu kepada bomoh Mahathir yang ketika ini berada di Pendang, iaitu Tn Haji Abdul Razak). Sungguh ironik??? (Utusan 31-Jan-2000: Beliau berkata semangat benci yang disemaikan oleh pihak-pihak tertentu ke dalam jiwa anak-anak di Tadika hingga ke peringkat universiti, menyebabkan anggota masyakat kita tidak boleh berfikir sendiri. "Kita janganlah mempunyai minda tertutup dan mestilah mendengar kepada kedua-dua pihak, barulah kita boleh membuat keputusan. Jika tidak, ini boleh menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat dan kita menjadi lemah, katanya. ) Tambah ironik lagi, terbukti sudah Mahathir sendiri menyemaikan semangat membenci dikalangan rakyat dengan memfitnah dan mengutuk Dr. Harun Din. Since Mahathir sendiri yang sarankan supaya mesti dengar dari kedua-dua pihak, dibawah adalah petikan ucapan Dr. Harun Din menjawab FITNAH Mahathir keatas beliau: ((Penjelasan oleh Prof. Dato' Dr. Harun Din al-Hafiz pada 6 September, 1998: Kadang-kadang teringat juga saya bahawa rupanya saya telah dibandingkan (sebagai seorang Perdana Menteri boleh bandingkan) diri dia dengan saya. Not bad! Apalah nak bezakan seorang pesakit bernama Harun Din dengan seorang Perdana Menteri yang dia sakit pergi ke hospital. Memang ditunggu oleh semua orang. Tapi Harun Din sakit, pada saat sakit dulu tahun 87, saya pergi ke General Hospital. Dua jam saya di wad kecemasan tanpa seorang doktor atau nurse yang datang tengok saya, sedangkan waktu itu saya tengah sakit jantung. Lillahi Ta'ala. Saya masuk General Hospital. Saya sebut ini nak clarify. Saya tahu semua ucapan saya orang akan dengar. Bagus tu. Tapelah, hantarlah. Saya masuk hospital GH kerana sakit jantung tahun 87, minta dibuat rawatan, masuk dalam wad kecemasan 2 jam lebih kurang, tidak ada orang yang layan saya. Pasal apa? Sebab saya Harun Din! Apakah jika PM masuk hospital kerana sakit jantung, boleh masuk ke emergency? Tunggu 2 jam? Tetapi, saya dibandingkan begitu. Menuduh saya, takut orang tahu saya sakit. Saya ke hospital, tak berjaya merawat di General Hospital, saya pergi ke Pantai. Pantai tolak saya pergi ke Subang. Pergi ke Subang, Subang tolak saya ke Australia, saya pergi ke Australia. Tetapi akhirnya saya pergi ke Mekah, Mekah tolak saya balik ke Malaysia. Tak apa. Tapi nak menyatakan perbandingan begitu satu pembohongan pula. Tak ada yang lain yang saya sebut dalam tape itu, dalam tape itu mengatakan bahawasanya, saudara hukum sendirilah, ini fitnah ke tidak fitnah. Dia suruh orang bawa botol letak di depan pintunya pada awal-awal pagi. Dia keluar hembus dalam botol itu, lalu kutip duit daripada orang ramai, maka kaya rayalah dia. Saya tak mahu komen. Betulkah itu? Kata dia lagi bila ada orang sakit datang, sakit sawan, dia letak tengah-tengah pintu dia basuh kepala dengan air yang tidak pernah saya buat seumur saya. Banyaklah lain cerita yang saya nak sebut, panjang sangat, tapi saya nak mengatakan bahawasanya ini kesemuanya senario yang termasuk dalam istilah yang saya sebut tadi, memang saya telah kenal lama dah iaitu fitnah. ) Buat pengetahuan sdr, saya sudah pun mendengar sendiri kedua-dua rakaman tersebut (ucapan Mahathir dan Dr. Harun Din), dan juga sahabat-sahabat yang pernah pergi berubat dengan Harun Din, ternyata Mahathir telah pun melakukan FITNAH secara terang-terang!!! Sdr juga kata "..orang cina macam LKY puji sikit dah mengampu macam kera dapat cincin...", I wonder mimpi mana dan ilham mana yang sdr dapat sampai mengatakan mengampu macam kera dapat cincin??? Nampak sdr juga boleh jadi CONTOH orang umno yang cepat jump into the WRONG conclusion!!! Kalau sdr baca balik BETUL-BETUL apa yang saya utarakan, ianya adalah berbentuk PERSOALAN diatas kenyataan LKY, yang pada saya LKY merupakan seorang tokoh politik veteran asing yang secara langsung melahirkan ramalan masa depan politik di Malaysia. Runding dengan Umno? Itulah sdr terlampau mempercayai sangat kenyataan pemimpin umno melalui media-media perdana yang banyak putar belitnya!!! Olehkerana terlalu banyak nak cover-up, putar-belit, kekadang tersasul dan terbongkar bukti putar-belit media-media ini spt kes Al-Maunah dimana terdapat media yang memberi fakta yang bercanggah, percanggahan antara BH & Utusan dalam artikel mengenai layanan DS Anwar didalam penjara, dan beberapa lagi.... Hai takkan sdr lupa, umno apa kurangnya juga dengan pra-syarat mereka (nak berdebat kat luar negara, kenapa takut untuk berdebat dalam tv tempatan secara live), dan orang umno juga sengaja mencari alasan untuk back-off last minute... oh ya!! Mungkin sdr tak ketahuan akan beberapa debat yang pernah antara umno & pas di utara semenanjung tapi sudah tentu tidak mendapat media coverage! (The Star 9-Jan-2001: KLUANG: Umno Youth chief Datuk Hishammuddin Tun Hussein has decided to cancel the proposed debate with his PAS counterpart Mahfuz Omar, citing respect for his party elders and not fear of the opposition party as the reason. However, Mahfuz has urged Hishammuddin to reconsider his decision, saying it would appear as if the Umno Youth chief was fickle if he did not go ahead with the debate. ) Itulah sdr terlalu bergantung harap kpd media kongkongan kerajaan. Sebagai contoh, suami sepupu saya ada berkhidmat di TV3. Kalau sdr masih ingat, semasa mula kumpulan reformasi memulakan demonstrasi di KL... ingat tak semasa kisah kereta rasmi TV3 diserang oleh para pendemo. Tidak pernahkah sdr terfikir kenapa pihak TV3 tidak menemuduga 2 kakitangan TV3 yang berada didalam kenderaan TV3 tersebut sedangkan kedua-dua kakitangan tersebut adalah saksi yang sahih akan kejadian sebenar!!! Mengapa pembaca berita yang berada didalam kenderaan tersebut di gam sehingga kini??? Adakah kerana menyokong gerakan reformasi dimana beliau yang juga mengetahui bahawa SB-lah pihak yang instigate-kan serangan keatas kenderaan TV3 tersebut??? Kalau sdr ada kenalan di TV3, cuba tanyakan mengapa seorang sub-editor dikenakan domestic inquiry dan akhirnya ditukar department? Adakah kerana keengganan beliau menyiarkan berita palsu mengenai parti pas??? Bukankah pemimpin umno juga berpelukan dengan mca dan mic yang terang-terang menolak negara Islam sedangkan Pas & Dap hanya bersatu dalam usaha untuk menjatuhkan kezaliman BN tetapi pas masih tetap usaha menegakkan Islam sedangkan umno (Mahathir) sudah pun memberi kata muktamad bahawa Malaysia tidak mungkin menjadi negara Islam!!! (Bernama 3-Ogos-2001; Kenyataan Setiausaha agung MCA Datuk Dr Ting Chew Peh: Katanya masyarakat Cina mesti sedar mengenai kerosakan yang boleh timbul akibat penubuhan negara Islam kepada masyarakat pelbagai kaum, supaya mereka tidak dikelirukan oleh PAS. Nyatanya hasrat PAS mahu mendirikan negeri Islam bukan lagi satu rahsia," katanya pada perasmian mesyuarat agung tahunan Wanita MCA ke-26 di sini Jumaat. Katanya dalam usaha untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina, PAS tidak akan teragak-agak menawarkan "gula" kepada masyarakat Cina dan mereka yang tidak gembira dengan kerajaan, yang mungkin tertarik dengan cubaan pembangkang itu. "Mereka gagal memahami bahawa sebaik sahaja PAS berkuasa, akan wujud halangan dan penindasan kepada cara hidup, budaya, tradisi dan kepercayaan agama kita," katanya.) Begitulah berjaya-nya pemimpin umno meracuni pemikiran rakyat sehingga masyarakat Cina menerima fahaman bahawa dengan tertegaknya negara Islam akan berlaku penindasan!!! (The Straits Times: Malaysia can never be Islamic state, says Mahathir Speaking in Parliament, the Prime Minister has reiterated that an Islamic state will not work because of the country's multi-racial make-up By Leslie Lau IN KUALA LUMPUR THE Malaysian Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, has reiterated his government's stand that an Islamic state cannot be formed because of the multi-racial make-up of the country.) Malangnya pemimpin umno sudah terbukti menggadaikan nasib melayu secara sistematik dan beransur-ansur (see one of my previous mail bertajuk: Umno Menggali Liang Lahad Sendiri Secara Sistematik. Samy Velu dengan bangganya mengatakan akan datang akan tidak ada lagi "United Malay National Organization", tapi yang akan tinggal ialah "United Malaysian National Organization" didalam konvensyen BN baru-baru ini!!!), dan lebih malang penyokong-penyokong umno masih leka dan lalai, masih leka menyorak "hidup melayu" disamping dengan dondangan nyanyian dan tarian artis-artis tanpa menyedari pemimpin mereka sedikit demi sedikit melelong melayu mereka!!! -----Original Message----- From: Cr. Mohd Azam [mailto:[EMAIL PROTECTED]] Sent: Friday, September 07, 2001 10:00 PM To: Hassan, Haslim Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; Saodi Subject: Re: S'pura Setuju Selesai Isu Utk Elak Berurusan Dengan K'jaan Bukan Umno Pada perenggan pertama surat saudara,saudara memetik Lee Kuan Yew ada berkata sepetri tertera di bawah ini.Tetapi apa yang menghairankan saya kenapa saudara tidak memetik secara penuh apa yang LKY kata(sila rujuk kepada keratan akhbar Berita Harian di bawah Yaitu yang berbunyi"Itu adalah masaalah kepada kami." "Itu " bermaksud kerajaan yang akan diketuai oleh PAS.Dan untuk berlaku adil dan professional beliau ,LKY telah menghina parti serta pentadbiran PAS yaitu kerajaan baru nanti adalah kerajaan yang tidak boleh deliver.Bukankah ini telah menjatuhkan maruah orang-orang PAS \seperti saudara dan secara langsung memalukan orang Islam.Ini yang saya kurang faham dengan orang ISLAM Didalam PAS.Umno sesama ISLAM di KUTUKNYA tetapi orang cina macam LKY puji sikit dah mengampu macam kera dapat cincin.sedarlah wahai umat Islam,mita umat Islam dah ditindas di seluruh Dunia.Bantulah orang-orang Islam di Malaysia, Kalau UMNO buat salah rundinglah. Tapi bila di ajak berunding macam-macam alasan dan syarat orang PAS bagi.kan Bodoh punya bangsa melayu tu. Kalau nak berunding tu duduklah semeja saya rasa macam-macam kita sesama Islam bolih runding.INI yang lagi memalukan saekali dan menunjukkan kebodohan pemimpin PAS ialah apabilalim kit siang yang memang telah dengan terang-terang menolak Negara Islam,mereka pemimpin PAS boleh berpeluk dan cium mulut.Bukankah rakyat memerhatikan ini semua? Ini akan menjatuhkan kredibeliti Pemimpin PAS/?Sebenarnya secara diam-diam "UMNOISME" telah mula menyerapi PAS. Saya tidak bolih menulis dengan lebih lanjut lagi. Wassalam.Yang penting orang Melayu Islam berjaya.Tak kira UMNO atau PAS. Tapi PAS belum terbukti membela orang Melayu. Maaf jika ada yang tersinggung.Selamat Membaca BYE. ----- Original Message ----- From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]> Cc: "'"Zahri Yunos"'" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'Ahmad Albakree Mohd Razalli'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Ahmad Shariman Mohamed Garip'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Aminuddin Alias'" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'Azlee Hj Mizan'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Dr. AzamHR'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Fid'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Hasni Abu'" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'Md. Syahrin Hassan'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'mior badri'" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'Suhaimi Taha'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Suhardy'" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Thursday, September 06, 2001 2:08 PM Subject: S'pura Setuju Selesai Isu Utk Elak Berurusan Dengan K'jaan Bukan Umno > >>>>>> > Lee Kuan Yew berkata: > "Andaikan kami tidak membuat sebarang perjanjian dan berlaku perkembangan > yang tidak disangkakan di Malaysia, umpamanya pada tahun 2004, semoga ia > tidak berlaku, anda tidak mempunyai gabungan yang diketuai Umno, dengan itu > kami mempunyai rakan baru untuk berunding.macam > >>>>> > > PERSOALAN: > Adakah Lee Kuan Yew tidak berkeyakinan bahawa Umno/BN mampu mengekalkan > kuasa pada 2004 nanti??? > > >>>>> > Bagaimanapun, Lee berkata beliau dimaklumkan oleh wartawan Malaysia bahawa > tidak mungkin PAS berkuasa pada pilihan raya akan datang walaupun ada > kemungkinan UMNO akan hilang sokongan akar umbi. > >>>>>> > > PERSOALAN: > Pihak wartawan Malaysia memaklumkan bahawa tidak mungkin Pas akan berkuasa > pada pilihanraya akan datang, tetapi adakah wartawan Malaysia boleh > dipercayai dan diterima-pakai sedangkan sudah banyak kali terbukti lapuran > yang dikeluarkan oleh setengah media ada konflik dan percanggahan??? > > Apakah yang dimaksudkan dengan kemungkinan Umno akan hilang sokongan akar > umbi??? > Adakah sokongan akar umbi ini dimaksudkan dengan penyokong-penyokong umno > sudah semakin luntur dan berkurangan??? > > > September 05 , 2001 22:32PM > S'pura Setuju Selesai Isu Utk Elak Berurusan Dengan K'jaan Bukan Umno > > KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew > pada Rabu berkata Singapura mencapai perjanjian dengan Malaysia untuk > menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertangguh bagi mengelak kemungkinan > berurusan dengan rakan lain yang bukan dari gabungan kerajaan pimpinan Umno > yang boleh menimbulkan masalah. > > Sambil berkata bahawa Singapura tidak beralah dalam mencari penyelesaian > itu, katanya perjanjian itu mungkin lebih baik bagi republik pulau > berkenaan. > > "Andaikan kami tidak membuat sebarang perjanjian dan berlaku perkembangan > yang tidak disangkakan di Malaysia, umpamanya pada tahun 2004, semoga ia > tidak berlaku, anda tidak mempunyai gabungan yang diketuai Umno, dengan itu > kami mempunyai rakan baru untuk berunding. > > Itu lebih bermasalah," katanya pada sidang media pada akhir lawatan empat > hari beliau ke Malaysia. > > Bagaimanapun, Lee berkata daripada mesyuarat dan pertemuannya dengan rakyat > Malaysia termasuk anggota media di sini, keadaan sedemikian tidak mungkin > berlaku. > > Lee menjawab pertanyaan yang berkisar kepada perjanjian yang dicapai semalam > dalam perbincangan dua hala antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Dr > Mahathir Mohamad, dengan kedua-dua negara pada dasarnya bersetuju untuk > menyelesaikan semua isu tertangguh. > > Isu-isu berkenaan termasuk penjualan air kepada Singapura, perjanjian bagi > membangunkan tanah kereta api milik KTM Bhd, dan status kemudahan Kastam, > Imigresen dan Kuarantina Malaysia di stesen KTMB di Tanjung Pagar. > > Isu-isu lain ialah penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara > Republik Sngapura dan pengeluaran wang caruman dari Kumpulan Wang Simpanan > Pusat Singapura oleh pekerja dari Semenanjung Malaysia. > > Antara soalan yang ditanya kepada Lee ialah rakyat Singapura mungkin > bertanya mengapa negara itu perlu membuat penyelesaian bagi jumlah air yang > kurang dengan nilai bayaran lebih tinggi dan perasaan umum bahawa Singapura > terpaksa banyak membuat pertimbangan untuk menyelesaikan masalah berhubung > bekalan air dan tanah milik KTMB, dalam perjanjian itu. > > Menteri kanan Singapura itu berkata isu-isu itu telah berlanjutan beberapa > tahun malah sebelum krisis ekonomi serantau lagi dan apa juga yang telah > dipersetujui adalah hasil daripada sikap bertolak ansur. > > "Kami boleh terus bertegas dan menunggu berlakunya perkembangan tetapi kami > mungkin akan berunding dengan kerajaan yang tidak boleh menunaikan janji," > katanya. > > Mengenai bekalan air, Lee berkata Singapura telah meminta 750 juta gelen > (satu gelen bersamaan 4.5 liter) air sehari dari Malaysia selepas 2061 > tetapi ia dikurangkan kepada 350 juta gelen. > > Menjawab soalan lain, Lee berkata beliau tidak percaya Malaysia akan > "menutup paip" dengan mudah. > > "Saya tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh kerajaan yang tidak waras > tetapi tidak ada kerajaan yang rasional yang mahu mengambil langkah yang > akan membawa kepada campur tangan Majlis Keselamatan PBB (Pertubuhan > Bangsa-bangsa Bersatu) dan tindakan oleh kami. > > "Maksud saya ia bukanlah sesuatu yang anda lakukan tanpa memberi kesan. > Perjanjian adalah perjanjian," katanya. > > Lee berkata perjanjian adalah perjanjian dan menggesa kedua-dua pihak untuk > terus bergerak dan melaksanakan apa yang telah dipersetujui. > > Ditanya tentang ramalan beliau mengenai situasi politik pasca Mahathir di > Malaysia, Lee berkata satu daripada tujuan lawatan beliau ke sini ialah > untuk mendapatkan pemahaman berhubung perkara itu. > > "Saya rasa saya mempunyai satu gambaran menyeluruh yang akan dilaporkan > kepada kabinet yang saya tidak harus bincangkan secara terbuka di sini," > katanya. > > Bagaimanapun, Lee berkata beliau dimaklumkan oleh wartawan Malaysia bahawa > tidak mungkin PAS berkuasa pada pilihan raya akan datang walaupun ada > kemungkinan UMNO akan hilang sokongan akar umbi. > > Mengenai mengapa beliau dan bukannya Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong > yang datang ke Malaysia dalam usaha menyelesaikan isu-isu dua hala, Lee > berkata Goh dan Dr Mahathir telah beberapa tahun mencuba untuk menyelesaikan > masalah itu tetapi mereka gagal mencapai keseimbangan. > > "Oleh itu, dengan mengingati cara saya mencapai persetujuan menerusi (bekas > Menteri Kewangan) Tun Daim (Zainuddin) dengan Dr Mahathir, saya bertanya > perdana menteri saya sama ada beliau mahu saya mencuba. > Beliau berkata ya, teruskan," katanya. > > Lee melawat Malaysia pada Ogos tahun lepas yang perbincangan beliau dengan > Dr Mahathir juga bertumpu kepada usaha menyelesaikan isu-isu tertangguh itu. > > Mengenai militan Islam, beliau berkata sesetengahnya telah melancarkan > serangan terhadap sasaran seperti Pusat Dagangan Dunia di New York dan kapal > laut Amerika di Aden, Yemen. > > "Saya rasa keadaan itu akan berterusan dan kami perlu mengawasinya dengan > berhati-hati kerana jika ia mula bertapak di Indonesia...Malaysia dan > kemudian ke Johor, kami akan terdedah kepadanya. > > Jadi, ia bukanlah sesuatu yang kami lihat tanpa sebarang kepentingan," > katanya. > -- BERNAMA > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>